Bismillahirrahmanirrahhim sebagai pembuka kata.

Selamat Datang ke blog saya yang tak seberapa ni.Bukan untuk menunjuk apa yang ada cuma sekadar untuk berkonsi beberapa cerita dan sebagai satu coretan kenangan buat diri saya sendiri dimasa hadapan.Boleh panggil saya Ain!!Umur 27 tahun (2015).Selamat berkenalan semua... =)


Terima kasih kerana sudi membaca.

Tuesday 25 June 2013

Kisah Supermoon + Jerebu + After Earth + World War Z

Assalamualaikum,

Wah banyak betul nak cerita.Malas nak update satu jadi combine semua.kikiki..
Meh citer satu-satu.Kalau larat baca la....

Sabtu lepas gi kerteh ikut husband outstation.Menara-menara kat plant petronas paka seriously nampak kabur sebab jerebu.Kalau tak tempat tu la paling cantik sebab banyak menara.Masa tu tak tahu lagi yang dah merebak sampai kat paka.Orang dok kecoh-kecoh kat johor dan melaka jer.Balek baru tau yang kat sana pun dah paras bahaya.Pantai kat kemasik pun tak berapa nak nampak pemandangannya.Bot pun terdampar kat tepi pantai mungkin sebab tak boleh ke laut.Kat kerteh dok kat residence hotel.Dekat dengan kedai makan.Merasa la sotong tepung kat situ.Harga RM7 seekor.Sedap.Minum abc dengan air jagung yang siap ade ais krim lagi.Memang best sebab dapat rasa angin pantai.Berdating la sekejap.Husband order ikan goreng.Tapi kedai makan kat situ takde jual nasi.Pelik.Tak tahu nape.Jadi kami makan  yang ringan-ringan jer.
Otw balek KL memang jerebu sepanjang jalan.Tiba-tiba kol 5 nampak matahari.Terang dan sangat merah.Malam tu baru tau ade supermoon.Husband pun ade cakap pasal tu.Tapi dia panggil bigmoon.Sama je tu.Cantik sangat.

Tak berapa nak clear.Tapi seriusly cantik.

Minggu lepas tengok after earth.Boleh la.Dia lebih cerita pasal macamane jude smith tu nak sampai kat tempat ekor kapal terbang diorang untuk ambik alat komunikasi.Cerita agak serius la.Dari awal sampai akhir muka masing-masing serius.Muke husband?comel je dia...Hehehe



Owh semalam uia cuti sebab jerebu.Dapat mesej malam tu tapi pagi esok nak pi kerja baru bace sebab hp tinggal dalam kete.Jadi memang dah siap-siap nek kete nak pi kerja dah.Jalan sikit sambil bace mesej terus suh husband patah balek cakap cuti sambil tersengih hepi.weeehoo..cuti....Jadi husband pun patah balek gi umah.Husband gi keje.Sampai rumah terus baring atas katil men game.Konon nak rehat la sebelum wat keje rumah.Tiba-tiba saya terdengar bunyi.Ignore kan jer.Mungkin bunyi dari luar.Tiba-tiba ade orang langgar kaki saya.Time tu tengah meniarap men game memang tak nampak belakang.Bila kaki dah kena sentuh aissh ade benda ni.Cuak betul.Setakat bunyi-bunyi boleh la bersangka baik.Bila dah sentuh-sentuh seram jugak.Pandang belakang husband sergah.Hahahaha.Dia tak pi keje jugak.Dia patah balek sebab name tag tinggal.Konon tak sempat nak pergi terus minta EL.Boleh plak masuk umah senyap-senyap.Tapi yang pasti cik ain oi, agak-agak la hantu kol 8pg.Penakut!!!

Lepas tu husband ajak gi brekpes.Lepas tu kol toyota service nak service kete.Nasib baik available.Terus pecut pi sana.Lama giler diorang buat.Dari kol 10 sampai kol 2.Pastu balek umah.Tau buat ape?Men nyorok-nyorok.Husband pi nyorok kat belakang sidai baju.Konon-konon tak nampak saya nangis la kuat-kuat.Berlakon.Tiba-tiba dua-dua sergah.Ye memang semata men nyorok-nyorok terus keluar balek nak pi tengok wayang.Tak paham kenapa lagu tu.

Kali ni tengok citer World war 2.Cerita ni suspen betul.Ade sekali tu saya termenjerit sebab terkejut.Citer pasal zombie serang dunia.Geli tengok zombie yang banyak sangat terutama masa diorang panjat tembok ramai-ramai tu.Citer ni pun ok la.Jalan cerita dia tak berapa nak menarik.Tapi kalau bab suspen dia memang sangat suspen.Serius.Jadi setakat ni The Croods yang paling best bagi saya.Hehehe.



Kol 10 baru balek rumah.Dapat cuti suruh dok umah, ni merayau lagi adela.Ish.ish.ish....Hari ni IPU selangor makin naik.Jadi sama-sama kite jaga kesihatan ea.

Itu je nak share.

Sekian.

Wasalam.

Wednesday 19 June 2013

cup cakes comel

Assalamualaikum,

Baru ada mood nak update.

Sabtu lepas ikut husband gi melaka join program persip dengan pelajar sekolah kebangsaan cherana puteh. Dulu pernah wat entry pasal program ni. Boleh terjah kat sini.Tersalah bukan program bakti.Tapi program Persip.Kali ni aktiviti kami masak memasak.Bukan masak pun lebih kepada menghias.First aktiviti mencari maksud word BM-BI.Nak bagi biasakan budak-budak ni baca dictionary.Semua word ada kaitan dengan memasak macam dice,slice,cut dan .......

Lepas tu baru mula dengan aktiviti kedua wat koktel buah.Just bagi buah-buahan, nata de coco lepas tu campur kan semua.Bagi instruction kat setiap kumpulan tapi hanya 2 orang chef je dalam kumpulan yang leh wat.Yang lain kena baca instruction untuk chef.Ni nak mengajar bagaimana cara mendengar arahan.

Lepas tu aktiviti yang mencomotkan baju.Buat cupcakes.Kami dah siap bagi cup cakes yang memang dah siap.Tak yah nak masak-masak.Diorang kena hias cupcakes tu ikut kreativiti masing-masing.Saya dah suami pon sebok jugak.Makan....hehe..tapi sambil tu tolong-tolong bagi idea kat budak-budak tu.

Meh layan gambar.

kol 9 aktiviti bermula dengan senaman dulu....

Tengah cari makna dalam kamus.Comel jer kan...

Koktel group husband.Saya pun menyebok kat group husband jadi fasi.hihihi.
Sesi memhias cup cakes.

Ni la chef cilik... =)

Fasi pun tolong jugak..

Ni group yang menang sebab cantik. 

Ni la hasil setiap group.


Suke betul budak-budak ni wat aktiviti camni.Siap ade kata panjangkan lagi masa.Suh balek lambat.Alololo.Next month ea kite wat aktiviti lain plak.


Itu je nak share

Sekian.

To my lovely husband: Happy anniversary yang ke 200 semalam.Sayang abang.....

Wasalam.

Monday 17 June 2013

Suprise & Awesome Giveaway by SN

                                                                             
MEGA GIVEAWAY 
" SUPRISE & AWESOME GIVEAWAY BY SN " 


CLICK BANNER !


PRIZES :
 Peplum Lace Kurung, Jubah Dress, CTAC bag, Tudung/shawl ,Baucer discount, top up
cash, button bagde, Sabun GLuta 3 layer, jam moustache, anak tudung bawal berwarna
keychain felt craft, brooch felt,  shiseido black mask, broochquilling bookmark, Dress Labuh,
 Blouse, keychain Domokun, etude house styling eyeliner & tomatox, Gift dari Utara ,
1 unit mug PUTIH bercetak BERNILai RM27 (Sem)/RM32 (sbh/srwk), bookmark , coklat oreo



SAYA TAG : 




TARIKH TAMAT :  21 JUN 2013 


Friday 14 June 2013

Giveaway kecik-kecik


Klik Banner. Jom join..=)

Tuesday 11 June 2013

Part 3: Sabah yang indah

Assalamualaikum,

Pagi semua.

Hari ni nak share gmabar gi sabah hari tu.Tapi saya bukan la photographer.Tangkap pun guna camera biasa je,Tapi nak share jugak keindahan ciptaan Ilahi.

Meh layan.....




Cantik sangat laut diakan....serius cantik sangat ciptaan ALLAH.Tenang je tengok..Bot-bot lalulalang jer.Memang cantik la.

Ni view dari bilik hotel.Dari atas katil leh nampak terus laut.Takyah gi kat balkoni.Terbaik la.Husband...Please nak gi lagi...please2....


Ni permandangan kat api-api centre.Kami lepak kat sini sebab penat.Angin kuat.Best sangat.


Gambar waktu senja kat tepi kedai makan berhampiran hyatt hotel.Cantikkan langit dia?Cantik sangat2.


Waktu matahari terbenam.Kat kedai makan tu jugak.Cantiknya ciptaan Ilahi....

Banyak sangat perkataan cantik.Serius tak dapat nak cakap macamana dah kecantikkannya.Serius cantik....Geram!!!

Ok la.Itu je nak share...Hihihi

P/S : Harap lepas ni leh tengok bintang sama-sama dengan husband plak....ngeeeee..... =) 

Monday 10 June 2013

My First Giveaway by Nad

Klik Banner

Tamat:20.5 - 30.6.2013

#Segmen Button Runningman


1.Nama pada Button : Nur Ain
2.Warna : (ungu)

Part 2 : Jalan-jalan Cari Makan

Assalamualaikum,

Pagi!!!

Hari ni baru sempat update.Semalam rehat kat rumah.Penat sangat....

Kali ni nak cerita pasal makanan di sabah negeri di bawah bayu.

Hari sabtu tu lepas husband habis kerja dalam kol 11 kami sambung tidor lagi.Huhuhu.Syiok sangat dalam aircond kot hanyut sampai kol 2.Tunggu asar kami pun gerak nak jalan-jalan.Mula-mula pergi jalan kat pasar filipina.Pergi pasar kraftangan,pasar ikan masin, pasar kuih tradisional.Semua pasar kat situ la kami pergi sampai la jalan ke api-api centre.Lepak kejap kat situ.Tengok-tengok baru sejam kami jalan.Nak tunggu berbuka lama lagi.Kat sabah waktu berbuka 630.Sangat awal.Sangat la best.Jadi kami pun jalan-jalan pulak kat shopping complex area situ.Entah la.Kami jalan jer tanpa arah tujuan.Kira semua kadai kat situ kami pusing.Last-last penat kami tahan teksi balek hotel.Hahahaha.Teksi kat sini memang tak guna meter.Sekali naik rm10 gi hotel.Penat plak nak jalan kaki balek sebab dah jauh sangat dah berjalan.Dalam kol 600 baru turun balek gi kedai makan untuk berbuka.

Meh nak share gambar.





Pilih2.Ni kat kedai makan berhampiran hyatt dan pasar filipina.Banyak pilihan makanan laut ada kat situ.Boleh pilih masakan ape yang korang nak.Yang dah siap bakar pun ada.
Ni pilihan kami.Udang masak sambal.Harga 100gm RM5.Yang kami punye memang besar.Kena RM20.
Ni yang paling best.Udang.Besar giler udang ni.Harga sekilo RM120.Tapi kami ambik 2 ekor jer RM70.Memang puas.Lobster kat sini sekilo RM150.Memang sama dengan harga kat senibong.Tapi lagi suke kat topspot sarawak.Puas dan murah.
Ni pilihan air kami.Total makan kat sini RM104.Tapi udang dia memang fresh.Nyam2.
Ni jeli mangga.Sedap.Masa jalan-jalan kat pasar jumpa jeli ni.Boleh la untuk basahkan tekak.
Ni pasar yang jual banyak ikan masin.Kami beli 2 bungkus untuk dibawa pulang.

Pasar-pasar yang lain lupe nak tangkap gambar.Huhuhu.Khusyuk sangat berjalan.Tapi kalau nak tahu kat sini banyak jual mangga.Tapi mangga kat sini serius mahal.Setumpuk Rm10.Setumpuk tu ade la dalam 6 biji.Selain tu kami ada beli cendrahati dan makanan tradisional jugak.Kat sini memang kena pandai tawar menawar.Kami beli rumpai laut.Mula-mula harga dia RM13.Tapi tawar terus dapat RM5.Gilerkan.

Untuk pre honeymoon kali ni sangat-sangat best.Kali ni sebab ikut husband gi outstation jadi tak cukup masa untuk plan gi tempat lain.Lepas ni harap ade peluang lagi pergi sini.Memang nak honeymoon betul-betul.

Setakat ini jer.


Sekian..

To my beloved husband:Thanks abang.Tak sia-sia ponteng keje.Nak pergi lagi...................

Friday 7 June 2013

Part 1: Kota Kinabalu Sabah

Assalamualaikum,

Pagi,

Pagi saya hari ni di sabah.Sampai malam tadi.Tapi ni bukan honeymoon ea. Husband ade kerja kat sini.Tapi sekejap je.Jadi selebih tu memang kami pergi berjalan.Alang-alang dah datang.

Ceritanya.....

Husband pun macam dalam dilema nak bawak saya ke tak sebab flight semalam kol 7 malam.Hari ni pun saya sepatutnya kerja.Tapi oleh kerana takmo pergi sini sorang-sorang jadi dia belikan jugak tiket untuk saya.Yeeehoooo......saya ikutkan aje.Hehehe..Hari ni ponteng kerja.Tak tahu la macamane nanti.Jangan kena buang sudah.Last2.Lepas ni tak buat dah.

Semalam dengan pantasnye habes kerja terus berkejar ke KLIA.Flight kol 7.Gi KLIA of coz naik train.Kalau naik kete memang tak sampai la tambahan pulak waktu orang balek kerja.Husband dah siap tunggu kat KL sentral.Jadi memang berlari-lari takut tak sempat.Alhamdulillah.....sempat pun.

Kali ni naik Mas airline pulak.Budak ni 1st time naik MAS..Teruja sikit la.Paling teruja sebab de makanan.Hehehe.Kalau nek flight mesti saya akan alami sakit telinga.Urat telinga mcam menarik-narik.Husband suruh telan air liur banyak-banyak.Tapi air liur pun dah takde dahnak telan.Apa boleh buat.Tahan je la kesakitan tu.Serius sakit...Dengar budak nangis kat beakang.Takut dia kena macam saya jugak.Sian budak tu.Tapi memang saya kalau boleh jangan la bawak baby naik flight.Saya yang dah besar ni pun tahan kesakitan amat sangat, ini kan lagi baby.Diorang nak telan air liur pun tak tahu macamana.Kesian tengok.

Sampai-sampai je airport KK terus ambik teksi.Pergi je kat kaunter teksi.Charge untuk 2 orang RM30.Teksi kat sini memang besar-besar ea?Untuk kami berdua memang luas la dalam teksi tu.Sampai terus check in.Kami dok Kat Hyatt regency hotel.Sea view.Nanti saya share gambar ea.Seriously cantik..Lepas check in gi bilik letak barang terus keluar gi cari air.Haus sangat.Jadi kami jalan kat depan kedai makan betul-betul dekat dengan Hyatt hotel.Owhh ni la tempat makanan laut yang orang dok citer tu.Banyak sangat.Tapi oleh kerana kami dah kenyang, order air je.Lagi pun dah kol 11 kot nak makan.no.no.no...gemuk la saya camtu.Plan hari ni baru pi makan kat situ.InshaALLAH.

Dah.Nak share gambar plak.


Nek Mas.Sama je macam Malindo ade screen sume.

Kat luar hujan.Memang bergegar la sikit masa kat awangan.

Ni dia yang paling best.Saya pilih nasi beriani dengan lauk ayam.Dapat kek buah, mineral, jus (boleh pilih nak jus ape) dan dengan coklat Hershey's.Dapat 1 je.Lagi satu tu husband bagi.Hehehe

Ni kat Hyatt cafe.Cantik.. =)

Lobby hotel


Bilik hotel
Lapas check in gi cari air plak.....
Ni la gerai kami pergi.Betl-betul sebelah laut.Nampak tak bot kat belakang tu?Sowie gambar takclear plak.

Giler besar kelapa kat sini.Tapi rasa kelapa kureng.More kpd rasaair masak je.Isi kelapa pun takde.Husband order abc.abc kat sini pelik sikit.Diorang letak macaroni dan tembikai.Ade lagi satu warna kuning tu tak tahu ape.Tapi yang pasti bukan jagung.abc dia rasa abc cuma kelainan pada bahan dia saje.
Ni view dari hotel.Serius nampak dengan jelas laut dari sini.Ni pagi tadi punya gambar.Bangun-bangun husband suh tengok luar.Pehh..cantik sangat.Bot-bot berkeliaran kat laut memulakan hari untuk mencari rezeki.

Cantikkan.Putih bawah tu jeti.Depan tu pulau.Petang nanti baru explore ape benda ada kat sini.

Itu je nak share.Nanti saya share tempat yang kami pergi pulak ea.

Sekian

Wasalam.

Monday 3 June 2013

Google penunjuk jalan sesat

Assalamualaikum,

Gempak betul tajukkan?Tapi memang penunjuk jalan sesat pun....

Kisahnya berlaku pada sabtu lepas.Kami nak ke kenduri sepupu dia felda tembangau.Jadi kami guna google maps.Yang ni la pengalaman paling ngeri dalam hidup saya.

Kami pergi ikut instruction yang sepupu saya yang diberi melalui sms sebab dia tak sempat nak pos kad jemputan.Lokasinya di felda tembangau 1.Sebenarnya dah sampai dah cuma instruction salah jadi kami terus hilang arah.Jadi kami guna la gps google maps.Cer korang google maps felda tembangau.Jadi kami ikut la jalan yang ditunjuk.Makin lama makin jauh kami jalan sampai la masuk ladang kelapa sawit.Jalan dia jangan cakap la.Tanah merah dan ada jugak batu-batu kecik.Mula tu jalan ok.Tapi makin lama makin teruk.Memang ngeri sangat.Nak patah balek tak boleh sebab dah jalan jauh.Jadi memang kena teruskan la walau macamane pun sebab dah nak sampai kat felda tembangau yang berkotak tu kalau ikut maps.

Husband saya yang drive, mak dan adik lelaki saya dok belakang.Perempuan tahu je la kalau berada dalam situasi macam tu.Memang serius ngeri.Bayangkan kereta tu bunyi 'bang' kat bahagian bawah.Semua kami redah.Saya dan mak dah mengucap dah tanpa henti.Memang rasa nak menangis.Macam orang yang sesat dalam hutan sorang-sorang cari jalan keluar.Tapi kami ni nasib baik berempat.Apa yang paling saya risau takut kereta tak boleh gerak.Bukan je ade lubang-lubang besar tapi ada lecah dan tanah jelus.Giler tak cuak.Adik kat belakang relax.Tapi mak memang tak berenti mengucap.Suruh kami patah balek.Tapi husband kata kalau patah balek lagi teruk sebab kami dah jalan jauh kedalam.Kalau patah balek kami terpaksa jalan kat jalan yang teruk tadi untuk kali kedua yang mane ia akan lagi bawak keburukan pada kereta.Bunyi kereta bahagian bawah jangan cakap.Rasa macam nak tertanggal.Kereta pun bukan jenis 4 wheel tayar besar macam hilux tu.Jadi paham-paham je la rupanya macam mane.Jalan tu pun makin dalam dah tak serupa jalan.Ade lubang besar.Ade jalan yang muat-muat kereta.Kecik sangat.Kiri kanan memang ladang kelapa sawit.Sape dok kat ladang kelapa sawit tahu la rupa dia macamane.Saya rasa motor je yang mampu jalan kat situ kalau tengok struktur tanah dia.

Dah sampai kat kotak felda tembangau tu kalau mengikut goolge maps terus dah takde dah coordinat kedudukan kami.Lagi la giler dibuatnya.Tapi tengok dalam google tu memang ade jalan besar kat depan.Jadi kami teruskan lagi harap-harap dapat la pergi kat jalan besar tu.Tak tahu la berapa lama kami dalam hutan tu.Husaband cuba tenangkan saya dan mak sebab memang kami macam nak nangis dah.Nasib baik husband penyabar.Dia tak marah pun.Cool jer.Dia dah la kena fokus dengan jalan lepas tu kena fokus dengan kami lagi.Memang respect la dengan tahap kesabaran dia.Ada satu jalan tu adik lelaki saya terpaksa keluar nak tengok boleh lalu ke tak sebab ade tanah jelus.Tapi macamane pun kami kena lalu jugak.Husband bawak laju sebab takut tersekat.Saya pun banyak kali cakap dengan husband jangan stop sebab takut kereta berhenti.

Alhamdulillah kami jumpa polis bantuan.Dia wat sekatan kat dalam hutan tu.Tak tahu kenapa ade sekatan kat dalam hutan tu.Jadi memang bersyukur sangat.Husband turun tanye dengan polis tu.Dia cakap jalan ni jalan short cut.Sebenarnya ade jalan lain.Jadi dia suruh kami terus lagi untuk jumpa jalan besar.

Bukan habis kat situ je ea.Jalan terus banyak lagi yang kami kena hadapi.Kami terus je macam polis tu cakap.Dan last sekali kami nampak jalan besar.Alhamdulillah.....................

Tapi bile dah jumpa jalan besar kami tak tahu macamane nak pergi ke jalan tu sebab sepanjang jalan tu ade longkang.Tapi ade satu jalan tu berbukit sikit.Yang tu bukan jalan tapi saya suruh husband try jugak.Yela sebab tak sabar nak pergi kat jalan besar tu.Jadi husband try akhirnya berjaya jugak berada kat jalan besar.Alhamdulillah.Nak kol sepupu tapi line telephone takde.Jadi kami tanye kereta yang lalu kat situ.Dapat jugak jumpa jalan yang benar.Perjalan yang sepatutnya 3 jam jadi 7 jam.Kami datang kenduri tu orang semua dah balek.Kereta husband jangan cakap la.Memang macam baru balek membajak.Turun-turun terkejut sebab bamper bahagian depan bengkok kedalam.Nasib baik bahagian bawah takde yang bocor.Tapi itu pun tak tahu la masih ok ke tak.Nanti baru nak hanta service tengok kondusi kereta tu macamane.

Alhamdulillah perjalanan balek berjalan lancar sebab sepupu bagi maps.Tapi otw balek ikut jalan tasik bera jumpa accident.Seorang mati sebab nampak seluruh badan telah ditutp.Jadi kami rasa bersyukur sangat sebab masih diberikan peluang untuk hidup walaupun menlalui dudgaan yang berat.

Meh nak share gambar rupa bendtuk kereta.

Nampak tak?Bamper dah bengkok ke dalam.Tak tahu la berapa kena nanti ni.

Kereta baru balek membajak.Huhuhu



Tapi memang ni satu pengalaman yang mengerikan dalam hidup saya.Jadi gps ni bukan tak boleh guna cuma kalau nak pergi ke kawasan kampung memang dia akan bagi jalan yang pelik.Short cut yang memang mengerikan.Kalau kawasan bandar takpe kalau nak guna.

Itu je la.Semoga tak jadi pada orang lain.


To my lovely husband: Thanks sebab sentiasa ade dalam susah senang...

Sekian
Wasalam.