Bismillahirrahmanirrahhim sebagai pembuka kata.

Selamat Datang ke blog saya yang tak seberapa ni.Bukan untuk menunjuk apa yang ada cuma sekadar untuk berkonsi beberapa cerita dan sebagai satu coretan kenangan buat diri saya sendiri dimasa hadapan.Boleh panggil saya Ain!!Umur 27 tahun (2015).Selamat berkenalan semua... =)


Terima kasih kerana sudi membaca.

Thursday 28 August 2014

Sarapan pagi ni : Pancake bersama Coklat

Assalamualaikum,

Selamat pagi.. Hari ni ade kerajinan sikit pagi2 ni nak buat pancake aka lempeng. Jadinya sebelum husband gi keje, buat dulu untuk dia. Dia suka makan dengan madu. Tapi saya suka makan dengan coklat. Resepi boleh gi kat link ni. Bahan semua ada jadi senang. Tapi tak berapa nak cantik pancake saya ni. Buruk rupenye. Rasa alhamdulillah sedap. Cuba la. Bahan pun mudah. Sekejap je buatnye.....

Permukaan dia x rata sebab sy letak minyak sikit. Kalau tak melekat. Patut tak payah letak minyak.


Ni letak coklat..

Selamat mencuba.

Wednesday 27 August 2014

Segmen Blogwalking Bulan Kemerdekaan.

Assalamualaikum,

Jom join segmen ni.

Klik banner untuk join.

Tuesday 26 August 2014

Chocolate Chipmore versi besar....

Assalamualaikum,

Morning semua. Alhamdulillah masih diberi nafas untuk hari ini. Semoga segala urusan hari ni dipermudahkanNYA.. okie... Meh nak share biskut chipmore yang super duper awesome. Besar dan sedap. Banyak chip banyak coklat. Tapi biskut ni ade kacang jugak. Kacang pun banyak. Memang berbaloi2 la.. Biskut ni saya dapat masa check in kat doubletree hotel kl. Boleh pi link ni untuk hotel review. Diorang panggil "welcome cookie". Jadi sape2 yang check in kat sini akan dapat biskut ni. Panas2 lagi. Memang sedap. Kalau ade jual kat kedai memang saya nak beli sebab puas dia besar.

Rasanya 3 kali ganda besar dari chipmore kat kedai tu. Besar dan tebal. Serius nak lagi.. nyum2.

Dapat 2. Saya dan husband

Okie. Itu je.

Wasalam

Tuesday 19 August 2014

Box sekecil ini mengandungi 9 jenis alat tulis. Tak percaya boleh tengok ni.....

Assalamualaikum,

Box ni husband bagi lepas dia dapat hadiah masa jawab soalan. Wahh tak expect plak dalam ni alat tulis sebab kecik sangat. Tak tahu nak kategorikan barang dalam ni ape sebab campur2 jadi saya anggap ianya alat tulis la ea.. Jadi bila bukak je semua ada. Awesome. Meh tengok.....

Kotak ni same size dgn mouse. Comel je kecik....

Jadi ape yang ade?

Tadaaaa...... Banyakkan.

Ada pen, pita pengukur,pengasah pensel, gunting, pembaris, pelekat magnet, note kecik, jarum dan klip.

Bila disusun dia akan muat macam ni..

Itu je.
Wasalam.


Monday 18 August 2014

Order sekarang!! Tudung labuh bidang 60 MURAH. RM18 sehelai..

Assalamualaikum,

Sape yang nak order tudung labuh bidang 60 boleh gi kat page fb ni. https://facebook.com/belitudunglabuh

Warna yang ada..

Klik pd gambar untuk lebih jelas.

Email: belitudunglabuh@gmail.com

Boleh bagi nama, warna, kuantiti, alamat, dan no telefon.

Wasalam

Sunday 17 August 2014

1st time hantar ticket kat nuffnang. non-glitterati dh tukar jd glitterati

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, pagi tadi check nuffnang status dah tukat ke glitterati. Actually, dah lama dah status non glitterati tu. Berbulan gak rasanya. Mungkin sebab tak rajin update blog. Tapi 2 3 hari ni rajin plak jadi macam tak best plak tengok nuffnang non glitterati. Jadinya semalam submit ticket atau nama kata lainnye email kat nuffnang tanye kenape status gitu. Tengok2 pagi tadi dh tukar. Wah cepat betul bertindak nuffnang ni tau.. Jadinya dah tau la macamane nak submit ticket kalau ade problem lg lepas ni....

Ni la yg sy tanye.. Tengok status pun dh tukar. Tq nuffnang.

Wasalam

Friday 15 August 2014

Tudung labuh bidang 60' RM18 sehelai.

Assalamualaikum,

Dah lama tak display stok baru. Alhamdulillah sebelum sempat display dah habis. Jadi kali ni buat banyak2.



Berminat boleh PM yer.

Wasalam....

Pureen Stock Clearance Promotion 16 & 17 August 2014

Assalamualaikum,

Kepada bakal ibu, yang dah jadi ibu ke dan sape2 yang saje2 nak gi usha2 barang2 pureen ni leh la serbu ramai2 kat tempat ni. Selalu dengar harga memang murah. Sehelai baju leh dapat RM3.. Perhhh syok tu. Ni info dia.

Date: 16 - 17 August 2014 (Saturday & Sunday)
Time: 10.00am - 6.00pm
Venue: Summit Company (M) Sdn Bhd
12A, Jalan Perunding U1/17,
Glenmarie Industrial Park,
40150 Shah Alam, Selangor.
(GPS Coordinates 3.09305, 101.56458)




SELAMAT BERSHOPPING SEMUA!!!!!


Thursday 14 August 2014

Resepi ayam masak kicap lada hitam

Assalamualaikum,

Kali ni nak share resepi ayam masak kicap lada hitam. Resepi ni saya ambik dari sahabat saya nurraihana. Pernah pergi makan kat rumah dia bersama nazihah daud sahabat saya jugak dan resepi ini yang dia sajikan untuk kami. 1st time makan terus jatuh cinta jadi minta resepi dari dia. Memang sedap. Husband pun suka. Jadi saya pun nak share dengan pembaca blog ni jugak.



Bahan2
Ayam 3-4 ketul.
3 biji bawang merah kecik hiris
2 biji bawang putih dihiris
1 biji bawang besar. Saya suka guna bawang holland dihiris
1 inci halia dihiris
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu besar kicap. Kalau suka pekat boleh tambah lagi
1 btg serai diketuk
2 sudu besar biji lada hitam di tumbuk
1 btg cili merah besar dibelah 2
Garam

Cara2
1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia.
2. Gaulkan bahan yang telah ditumbuk bersama kunyit dan sedikit garam.
3. Gaulkan bersama ayam. Panaskan minyak. Minyak sedikit je. Goreng ayam sampai masak.
4. Bila ayam dalam kuali dah kering, masukkan bawang besar, serai, lada hitam dan cili besar. Gaulkan.
5. Tuangkan kicap. Ikut nak banyak mane. Kalau pekat boleh tambah air. Masukkan gula.

Siap!!!
Selamat mencuba.
Wasalam

Pengalaman menjalani latihan industri di petronas.

Assalamualaikum,

Teringin rasa nak share pengalaman dan kenangan semasa saya menjalani latihan industri kat petronas walaupun dah 2 tahun berlalu. Saya buat masa tahun 2012. Memang satu kenangan terindah buat saya. Tapi setengah orang mungkin ade pengalaman yang berbeza. Tapi saya dapat kat department yang best.

Ceritanya bermula bila saya nak apply untuk LI. Masa tu memang petronas menjadi salah satu tempat yang saya nak apply. Saya dapat offer dari petronas pun last2 minit. Masa tu saya dah dapat offer dari company lain. Tapi dalam hati ni tak tahu la kenapa saya mengharap sangat dapat kat petronas. Sampai saat2 akhir saya tunggu diorang kol. Sampai saat akhir jugak saya tak reply pun surat setuju dari company lagi satu sebab saya memang dapat rasa saya dapat kat petronas tu. Punye la mengharap. Keyakinan yang saya akan dapat kat petronas tu sebab 2 3 kawan saya dah dapat offer petronas. Kenapanya saya ni lambat sangat nak dapat. Memang saya tunggu sampai saat2 akhir baru dapat kol dari diorang. Bila diorang tanya nak ke tak buat intern kat situ terus saya jawab nak tanpa pikir panjang. Bila dah setuju memang lega sangat. Tak sangka lepas2 tu dapat kol dari diorang jugak tapi company petronas lain. Kan petronas ada company banyak2. Petronas gas, petronas dagangan, petronas carigali dan banyak lagi anak2 syarikat dia. Saya dapat petronas gas. Jadi saya pun tanya kawan2 saya yang tak dapat tempat lagi suruh kol diorang kalau nak intern kat situ sebab masih ada kekosongan lagi. Jadi mula la proses menghantar segala borang setuju bagai kat petronas. Jadi hanya menunggu untuk start intern je dengan perasaan excited.

Tempat intern saya kat nun bangunan paling tinggi kat malaysia. Twin tower. Tak pernah pun terpikir dapat naik situ apelagi keje kat situ. Lagi bertambah la keterujaan saya. Mana taknye sebelum2 ni curious gak ape la yang ada kat klcc tu. Selalu dengar tempat tinggi2 ni banyak hantu jer.hehehe

Bermula la hari pertama intern saya. Saya kena lapor diri awal pagi dapat level 50. Lebih separuh dari bangunan tu saya naik. Nasib la tak gayat. Masa mula2 tu blur2 lagi. Sampai salah naik lift sebab saya tak tahu lift kat situ fungsi dia lain dari lain. Pernah la naik bangunan TM tapi lift situ lagi senang nak paham walaupun 1st time guna. Nasib la ada orang tolong. Kalau tak mesti tak sampai level 50 tu. Lift kat situ sampai level 41 42 yang ade bridge tu kena tukar lagi. Level ganjil dengan genap lift dia lain. Mula2 tu konpius jugak tapi lama2 paham dah. Itu la pengalaman hari pertama selain duduk je kat ofis untuk sesuaikan keje. Tak silap seminggu jugak tak buat pape. Lepas tu baru la banyak keje.

Saya dapat kat department training. Department yang sediakan training untuk staff. Jadi memang awesome la. Selain dari tiap minggu dapat makan kat hotel, saya dapat jumpa dengan staff petronas dari bahagian exec  sampai la ke bahagian GM. Perhh memang pengalaman yang susah nak dapat ape tidak nye saya dapat dengar pengalaman2 dari orang2 yang dah berjaya. Cara kerja diorang. Memang cuak jugak la kalau keje kat sini. Tahap keje diorang memang high level. Professional yang super awesome. Keje yang ada kaitan dengan course saya tak banyak pun. Setakat buat slide dengan flash movie yang simple2. Itu je la. Yang lain gi ikut training kat hotel.

Lebih kurang 3 bulan lebih jugak saya LI kat situ. Memang saya puas hati dari segi pekerja dan jugak environment walaupun kadang2 banyak keje tapi sebab seronok banyak keje pun boleh jadi best. Kalau dapat lama lagi intern kat situ memang saya nak.

Dihari2 terakhir LI 2 kali diorang buat jamuan perpisahan. Berderai air mata walaupun sekejap je kerja kat situ. Saya sangat hargai segala ilmu dan juga bantuan dari staff2 kat situ. Memang pengalaman paling berharga dan takkan dilupakan. Setia dalam ingatan.....

Itu jer.
Wasalam.

UPDATE

Alhamdulillah..Post ni plg ramai yg bg komen.Yang tanye direct di email pun ramai.Ni saya share soalan dan jawapan bg yg malas nk bace komen kt bwh.

Cara nk mohon di petronas?

Ade satu cara shj nk apply praktikal di petronas. Boleh pi website INI. Bace ape yg dia nak. Download 'Application form'. Isi lepas tu email ke i_training@petronas.com.my beserta dgn Curriculum vitae, Copy of the latest results transcript dan Copy of your Industrial Training University Letter. 4 ni kena hantar. Klu takde permohonan kira tak lengkap. Saya email borang 20/01/2012 dan pihak petronas reply 26/01/2012 yang mengatakan permohonan saya sedang diproses. Kalau dalam 2 bulan takde ape2 reply dari petronas kira permohonan tu tdk berjaya.

17/02/12 - Saya dapat email dari petronas suruh email borang jawapan samada terima/menolak tawaran praktikal di petronas.Dalam masa yang sama diorg attached borang jawapan untuk saya isi dan offer letter serta 2 lg borang yg kena serahkan pada 1st day report sbg praktikal student kat klcc. 2 borang tu ialah

-          The original Secrecy Agreement (signed by yourself and your supervisor in PETRONAS)

-          The original Indemnity (Yang ni pihak u yg sign iaitu Ketua Coordinator untuk student praktikal)

Lagi satu yg diorang minta serahkan ialah


-          Copy of your insurance coverage. (Yang ni saya rasa saya x bg sbb masa tu xde ambik insurance coverage)

21/02/12 - Saya email borang jawapan pd diorang

Dalam offer letter dia dh siap2 bgtau tarikh,tempat nak lapor diri dan borang indemnity tu perlu diserahkn pd sape. Jd bace offer letter betul2 ye.
Saya perlu lapor diri 5/03/12.Saya praktikal dari 5/3/12 - 8/6/12..

Penginapan/pengangkutan- Tak disediakan. Kena pandai2 sendiri. Bagi yg dpt dekat klcc boleh cari kt mudah bilik sewa.Better cari area yg dekat dgn train.Kl sesak jd xyah la nk bwk kereta sndiri.Klu motor boleh..Selalu yg dekat dgn train area tmn melati n wangsa maju. Ade lg tp ni jela yg sy tau. Saya x sewa rumah sbb mmg org gombak. Ulang alik dari rumah je. Bagi yg dapat kt area kerteh ke better ade transport sendiri. Sini xde bas yg tepi jln macam rapid kl tu. Teksi pun susah nk cari. Rumah sewa boleh cari kt mudah. Area kerteh n paka.Kijal pun boleh.Kalau dungun tu dh jauh sgt.

Elaun-Masa zaman sy dpt RM800 sebulan.La ni xtau bape.

Pemilihan tempat- Masa isi application form dia ade suh pilih nak area mana. Nak kt kl ke, kt ganu ke.Blh pilih..

Pemilihan kos/program- Part ni sy xtau ye mcmane diorg pilih. Macam sy computer science. Tapi sy x galakkan pd yg betul2 nak timba ilmu pasal komputer praktikal kt sini. Kalau betul nak apply kat petronas ict. Yang tu better sebb semua org computer. Di petronas lebih pd management. Kos selain dari tu sy xtau diorg ambik ke x.

Pointer/cgpa- Pointer saya above 3. Tapi 2 kwn sy below diorg still dapat praktikal kt situ. Jadi jgn risau sgt kalau pointer rendah. Apply je dulu. Mana tau ade rezeki.

Communication- Kbnyakkan staff malay. Jadi ckp pun melayu la. Cuma kdg2 je ckp omputih. Jadi jgn takut. Cuba ckp english walaupun x pandai. Masa ni la nk improve ur english.

Praktikal dapat diserap/ x? - Yang ni saya tau ade 2 3 org jugak yg praktikal n dapat masuk petronas. Tapi bukan tetap but as a contract staff. Nak tetap still kena gi interview dan kena tgk pd kekosongan.

Office hour- Macam biasa 8 jam.

Diploma/degree - Masa saya praktikal sy praktikal dgn sorg budak diploma. Saya degree. Jadi budak dip pun boleh cuba apply klu nak.

Keje ape?-Keje bergantung pada kat mana adik2 semua dapat ye. Kalau dapat macam sy bahagian training utk staff, jd memang join training je.. Macam kwn sy dpt bahagian pengambilan practical student, keje dia pi semua university yg ade kt malaysia ni utk share cara nk praktikal di petronas.

Ape2 soalan selain dari diatas boleh email moonstar.nia@gmail.com..Soalan yg dh dijawab dlm ni klu tanye lg tdk akan dilayan.penat akak type pjg2 dik..sila la rajin2kan diri utk baca..tq

Ni ambik dr website discoverpetronas.com.my

Requirements
  • Malaysian or PETRONAS Sponsored Student pursuing undergraduate degree in higher learning institutions, either in Malaysia or overseas in related disciplines where industrial training is a mandatory part of course completion (preference will be given to third and final year students).
  • Performing the industrial training for a minimum duration of two (2) and a half months and maximum of eight (8) months.
  • Submission of the following documents (completed documents MUST be submitted via i_training@petronas.com.my):
    • Application Form
    • Curriculum Vitae
    • Copy of latest academic results
    • Copy of the Industrial Training Letter (signed by the University)
Terms & Conditions
  • Application must reach i_training@petronas.com.my three (3) months prior to the commencement of Industrial Training programme.
  • Should you not receive any reply from us within two (2) months, please consider your application to be unsuccessful.
  • Acceptance OR declination of offer must be notified within five (5) working days.
  • Only online applications will be entertained. Postal/courier applications are deemed as incomplete.​
Ni share dari sorg reader
Hi meor! from my experience, diorang x kan tgk pointer tu. course awk ni mmg famous je as my sv dkt petronas pun from international business. yg iv tu based on department, time sy hari tu diorang buat phone iv je. standard 6 months la. tp tu ikt university masing2.

SEKIAN......


Sunday 3 August 2014

Baru lepas download myjakim

Assalamualaikum,

Pagi2 lagi dah rasa lapar. Jadinya benda pertama yang teringat chocolate snickers yang dapat free bila beli jus sunkist malam tadi.. Memang dari malam tadi dok teringat coklat tu.. Tapi sekarang kan dah sensitif isu halal haram coklat semenjak kes cadbury tu. Jadinya nak makan pun kena make sure jugak ada halal ke tak. Kalau nak ikutkan memang ramai yang hentam jakim dan ada yang tak percaya. Tapi saya masih lagi tiada was2 dengan jakim. Kalau yang masih tak percayakan jakim itu terpulang pada masing2. Yang penting saya masih ade keyakinan. Sambung pasal snickers. Sebelum makan sabarkan diri cek halal ke tak coklat ni. Sebelum ni saya pernah buqng coklat m&m sebab saya tak jumpa pun halalnya. Jadi kalau snickers ni pun tak halal, kena buang jugak la nampaknya.huhuhu.Mula2 saya pergi ke website halal jakim tapi takleh kluar plak list badan islam yang diiktiraf jakim sebab tak install plug in. Kalau guna laptop boleh la. Tapi malas nak on laptop. Jadinya google jumpa application yang dibuat oleh MAMPU. Myjakim. Senang. Ade directori halal, ade list badan islam yang diiktiraf. Jadi mudah nak cek semua kat situ. Selain tu ade jugak khutbah jumaat, bacaan yasin dgn doa2..... Jadi lepas2 ni kalau gi beli barang pun senang nak cek logo2 halal luar negara ni. Klik je myjakim. Ok. Setel sudah. Snickers ni pun dah nak abes gak.hehehe.....

Pengguna android boleh pi kat play store type myjakim. Ni ha logo apps tu.


Itu je.Wasalam