Bismillahirrahmanirrahhim sebagai pembuka kata.

Selamat Datang ke blog saya yang tak seberapa ni.Bukan untuk menunjuk apa yang ada cuma sekadar untuk berkonsi beberapa cerita dan sebagai satu coretan kenangan buat diri saya sendiri dimasa hadapan.Boleh panggil saya Ain!!Umur 27 tahun (2015).Selamat berkenalan semua... =)


Terima kasih kerana sudi membaca.

Wednesday 29 October 2014

Diari Hamil: Harga antenatal check up di Columbia Asia Hospital

Assalamualaikum,

Kali ni nak share berapa harga buat check up kat Columbia Asia Hospital Setapak. Kalau nak tahu macamane saya boleh terjebak check up kat sini boleh gi link INI.

Saya banyak jugak google pasal hospital ni. Ade review kata ok, ade kata tak. Jadi baik pergi sendiri baru tahu. Tak boleh disangkal memang hospital ni tip top la. Cantik. Service pun ok. Masa pergi tu tak ramai orang. Kat kaunter pun ade 3 4 orang jaga. Jadi takde la nak menunggu sangat. Masa ni kami pergi hari khamis. Ingat nak jumpa dr. Masita tapi dia ade cuma hari selasa je kat situ. Nak buat next appointment dengan dia tapi penuh jadi terus jela check up kat situ. Saya bagitau masa register yang saya nak dr perempuan jadi diorang bagi dr Sudha. Korang kena cakap tau nak dr perempuan kalau tak diorang akan bagi dr suhaimi. Dr suhaimi ni popular jugak.

Masa jumpa dr Sudha macam biasa dia cek perut dan buat ultrsound. Masa ni memang kami bajet mesti beratus kena ni walaupun bukan lama pun check up. Husband pun dah cakap awal2 suh tanye banyak2 kat dr tu jadi berbaloi sikit kalau bayar lebih pun. Tapi biasa la bila gi je situ semua lupa. Huhuhu. Dr. Sudha ni baik je orangnya. Lembut.. Dia kata dah jumpa dengan dia automatik dia akan jadi dr saya masa bersalin nanti. Saya ok je kalau dengan dia. Tapi tak salah kalau usaha nak dr. perempuan muslim. Kalau tak dapat jugak baru la bersalin dengan dr. Sudha ni. Alhamdulillah berkat usaha dapat jugak. Boleh gi link NI kalau nak tahu ceritanya.

Ok ni saya nak share harga check up kat hospital ni. Sebelum gi check up kat sini saya ade jugak google nak tahu range harga dia. Kang tiba2 beribu mau pengsan dibuatnye. Tapi takde pun orang yang share. Jadi biar saya share supaya sape yang nak gi sini at least leh bajet berapa. Ni dia harganya......

Nampak x?RM240.. Mahal tang consultation. Kalau company tak cover jangan berangan la saya nak pi sini. 

In shaa allah lepas ni saya share harga kat GMC plak ea.

Wasalam.

Sunday 26 October 2014

Diari Hamil: Shopping barang baby part 1 - tilam dan bantal baby

Assalamualaikum,

Pencarian set tilam dan bantal baby. Mula2 saya ingat nak beli yang biasa2 je yang harga rm50 satu set tapi bila pikir kena beli sekali dengan kelambu jadi semua nye berubah ikit citarasa husband. Mula2 survey kat sura gate ade satu set skali dengan kelambu dan husband berkenan tapi sebab harga dia mahal dan lari dari bajet yang saya buat jadi biar dulu. Saya jumpa yang lagi murah tapi kat KL. Murah pun beza rm30 je. Masa gi KL hari tu gj kedai dia nak tengok. Tapi husband takmo sebab kelambu dia jenis jatuh. Kalau terlepas pandang mahu kena muka kelambu tj kat baby. Harga dia rm135. Husband kata better lagi yang kat sura gate tu. Jadinye balek ganu pergi kat sura gate balek. Kebetulan masa tu memang  tinggal satu je jadi husband terus beli nak2 lagi warna hijau favorite dia jadi kami pun beli la. Memang kalau compare yang kat KL tu ni lagi better sebab kelambu dia ade rangka yang memang tak kena kat baby. Harga dia rm159 memang lari betul dari bajet saya. Tapi bila pikir2 elok jugak ade benda ni sebab nanti kalau gi rumah mak or mil senang baby leh tido situ. Nak gi mane2 pun boleh bawak. Nyamuk pun dah tak kesah. Takpe la biar harga mahal tapi selamat dan selesa ape salahnye kan. Jadi meh nak share pilihan set tilam dan baby untuk baby kami nanti.

Dah siap dengan beg plastik. Lepas guna leh masuk balek dalam beg tu.


Ni dia bila zip kelambu. Kelambu dia tak jatuh.

Puas hati la. Besar pun besar.

Itu je.
Wasalam.

Saturday 25 October 2014

Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih

As-salam


Berita baik untuk semua kaki shopping online kerana Lazada Malaysia akan menganjurkan 1 jualan besar-besaran selama 1 hari pada 11th November 2014 dengan potongan harga sehingga 94%. 



Terdapat Flash Sale selama 1 jam untuk setiap satu kategori (12 Kategori) bermula 11 pagi hingga 11 malam! Harga rendah ditawarkan untuk semua kategori di Lazada Malaysia sepanjang Flash Sale. 

Mark your calendar and Jom Gegarkan Jualan Hebat ini dengan klik link ni : Jualan Hebat 

Any update tentang jualan besar-besaran ini sila ke Lazada Malaysia !! 

Ini adalah Blogger Giveaway Contest anjuran Lazada Malaysia dengan kerjasama Kisah Emas Putih. 11 Pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi hadiah berjumlah RM 700! Untuk sertai contest ini, sila ke blog Kisah Emas Putih dengan ke link ini : LINK CONTEST .

Friday 24 October 2014

Diari Hamil: Hospital bersalin pilihan saya Gombak Medical center (GMC). Pakej yang ditawarkan...

Assalamualaikum,

Sambungan.....

Kali ni nak share pasal hospital bersalin pilihan saya. Kalau baca entri sebelum ni mesti korang dah tahu hospital mane yang saya pilih.

Gombak Medical Center (GMC)

Sebab saya pilih hospital ni??

Of coz sebab utama adalah dr. perempuan. Masa mula2 pergi hospital ni memang semua saya tengok staff2 dia semua perempuan. Jadi 1st checkup saya checkup dengan Dr. Hamiza kalau tak silap. ke Dr. Fidak. Konfius la.huhuhu. Tapi yang sambut baby kami nanti in shaa ALLAH Dr. Zana.

Kedua sebab dekat dengan rumah mak. Jadi senang kalau ape2. 5 hingga 10 minit je dari rumah mak.

ketiga Pakej yang ditawarkan amat berpatutan.

Ni copy paste dari FB diorang. Boleh pi SINI 


Ni saya share ape yang ade pada setiap pakej.


Ni pakej yang saya ambik. Ade sekali urutan selepas bersalin iaitu sebanyak 3 kali. Barang nak berurut kena sediakan sendiri ea. Diorang akan datang rumah untuk berurut. Ia juga termasuk pemeriksaan postnatal. Suntikan hepatitis b saya dah buat dah kat sini hari tu. Ni dia akan buat untuk kali kedua.

Yang ni bila bersalin akan disambut oleh pegawai berpengalaman iaitu doktor la. Same jugak dengan pakej maryam.

Untuk yang ni akan disambut oleh bidan terlatih. Rasanya nurse yang akan sambut.

Ni untuk tambahan.

Okie itu je.
Harap boleh bantu korang yang masih tercari2 kat mane nak bersalin nanti.

Wasalam

Thursday 23 October 2014

Diari hamil: Free sample dari Drypers dan MAM

Assalamualaikum,

Sekarang suka cari free sample. Tapi yang selalu request diapers baby. Banyak juga apply tapi drypers dengan MAM je yang baru dapat. Yang lain tak tahu la dapat ke tak. Harap2 dapat la sebab nak cuba jugak diapers lain supaya nanti boleh tahu mane sesuai untuk baby.

Beg tu dapat bila register kat website drypers. MAM tu breast pad. 

Kalau saya dapat lagi free sample yang lain nanti saya update ea.
Kalau korang nak free sample drypers boleh gi kat website NI. Register lepas tu request la free sample.

Itu je.

Wasalam.

Wednesday 22 October 2014

Diari Hamil: Pengalaman minum air gula. 3 kali kena minum

Assalamualaikum,

Kali ni nak cerita pengalaman minum air gula. Sekarang kalau pergi klinik kerajaan memang diorang akan suruh minum air gula jika mengandung selepas umur 26 tahun walaupun dalam keluarga memang takde yang ade penyakit kencing manis. Memang diorang ambik berat pasal ni sebab selalunya masa mengandung la macam2 penyakit akan muncul. Salah satunya kencing manis. Selalunya diorang akan suruh minum air gula bila kandungan dah masuk 26 minggu. Saya pun tak terkecuali untuk minum air tu. Masa mula2 minum tu memang saya ade google jugak. Ade orang memang senang je boleh telan, ade jugak yang muntah. Tapi masa tu saya rasa macam saya boleh buat. Air gula je kot. Jadi malam tu kol 10 dah stop makan. Kena puasa. Pagi2 husband hantar gi klinik. Sampai je minum air gula. Konon nak sekali teguk je tapi tak boleh. Memang rasa meloyakan. Tapi habis jugak saya minum. Keluar je dari bilik tu sebab kena tunggu 2 jam lagikan jadi gi la cek perut dulu. Masa dok dengar nurse tu cakap rasa nak muntah. Tak tahan berlari gi toilet. Habis keluar semua. Lepas tu cakap kat nurse dah habis dah semua. Nurse pun tak leh nak wat ape dah. Dah muntah jadi dia suh balek next appointment minum lagi sekali.

Next appoinment datang la lagi nak gi minum. Masa ni dah memang ready dah. Siap bawak vick lagi sebab takut muntahkan. Sebelum ni lupa bawak tu yang tak menyempat muntah jugak. Kali ni dengan harapan tak muntah la. Hancur jugak. Sebelum ni tak sampai 5 minit dah muntah kali ni bertahan lama lagi la. Tak silap 45 minit. Masa ni tengah borak dengan sorang kakak ni sambil menahan dari muntah. Kakak ni pun banyak plak tanye. Yang saya ni tengah bertarung nak menahan muntah. Jadi akhirnya terkeluar jugak. Lepas dah keluar tu nurse suruh gi makan. Baru sumbat karipap satu tiba2 rasa pitam. Gi bilik nurse terus terduduk sebab tak tahan nak pitam. Apelagi kelam kabut nurse semua tengok saya macam tu. Rehat2 kejap pastu nurse cek perut. Tapi diorang suruh gi klinik lagi satu jumpa dengan doktor sebab dah 2 kali minum air gula muntah dan paling teruk pitam. Jadi kol husband n husband pun bawak gi klinik lagi satu. Masa jumpa doktor, doktor suruh minum kali ke 3 next appointment. Kalau tak boleh jugak baru jumpa doktor pakar.

Jadi next appoinment datang lagi untuk minum air gula. Kali ni memang berharap sangat berjaya. Tak larat dah nak telan air gula tu. Meloyakan sungguh. Jadi minum la lagi untuk kali ke 3. Sebelum ni dah pernah pitam jadi lepas je minum air gula nurse suruh baring atas katil. Rasa diri ini special plak sebab leh tidur. hehehehe. Tunggu la sampai 2 jam. Akhirnya................................Alhamdulillah berjaya jugak bertahan.

Result pun alhamdulillah ok.

Dah jadi popular dah kat klinik tu sebab air gula ni.. Ni la pengalaman yang takkan dilupekan sampai bila2..

Okie itu jer.

wasalam

Diari Hamil: Pengalaman mencari hospital bersalin

Assalamualaikum,

Ni nak share pengalaman mencari hospital bersalin. Saya dah listkan dah beberapa hospital dan siap google lagi mana yang terbaik. Alhamdulillah kalau nak bersalin bab bayaran tak risau sangat sebab company husband ade cover. Tapi ade limit jugak la. Setakat normal tu boleh la. Kalau kena czer bayar la selebihnye. Husband pun tak kisah mana2 hospital yang penting service bagus dan paling penting doktor perempuan. Kat dungun ni ade hospital dungun je jadi orang2 kat sini kalau nak private memang akan ke kuala terengganu atau kuantan. Husband prefer hospital private bukan sebab mampu bayar ke ape. Yang tu semua belakang kira. Yang paling utama doktor nak sambut baby kami nanti mesti perempuan. Jadi hospital private boleh pilih2 doktor mane kita nak. Kalau kerajaan takut tak boleh buat. Tapi kalau request boleh jer. Banyak google pasal hospital. Kat kuala terengganu hospital semua dr. lelaki. Jadi kami decide nak bersalin kat KL je sebab family dua2 ade sana dan kat KL banyak pilihan.

1st hospital yang kami nak Columbia Asia Hospital Setapak yang mane salah seorang Dr. dia dr. yang memang femes. Dr. Masita Mansor. Baca review dari orang lain pun kata dia ni bagus dan islamik orangnye. Jadi pergi KL pergi klinik dia dulu kat Klinik Pakar Medina Taman Melati. Nak buat appointment dah penuh. Tak silap 3 kali kami buat appointment tak pernah dapat. Busy sungguh dr. tu dan ramai betul pesakit2 dia. Jadi kami decide gi direct kat Columbia Asia memandangkan dia pun ade kat situ setiap hari selasa. Jadi buat appointment tak silap bulan 6 hari tu tapi ade kosong masa bulan ogos. Lama betul nak tunggu turn. Before tu dah pergi jumpa Dr. Sudha kat columbia asia jugak. Tapi hati ni tetap nak Dr. Masita jugak sebab husband pun kata masa bersalin ni kita kena ade support. Kalau dapat Dr. Masita dia boleh la tolong2 ingatkan atau nasihatkan ape2 yang kita lupe berkaitan dengan islam. Contoh doa ke, surah2 terbaik ke sebab masa sakit bersalin tu semua boleh lupe. Jadi memang kami tunggu sampai bulan ogos untuk jumpa Dr. masita.

Dalam pada yang sama saya cari jugak hospital lain. Selayang hospital dah tolak awal2 sebab google2 dr. dia lelaki. Jadi kalau tak dapat dr. Masita ni baru la akan gi survey Hospital Tawakal, Ampang puteri atau pusrawi. Tapi semua ni pilihan terakhir sebabnya hospital ni jauh dari gombak. Tiba2 masa google2 jumpa pasal Gombak Medical Centre (GMC). Hospital ni kecik je tapi yang penting dr. kat situ semua perempuan termasuklah nurse2 diorang. Jadi cakap dekat husband try pergi checkup kat situ kalau ok kite proceed je la bersalin kat situ. Masa nak pergi appoinment dengan Dr. Masita tu before tu gi check up kat GMC dulu. Kalau GMC ni ok bersalin je la kat situ dari mengejar Dr. Masita yang tak confirm boleh dapat tu. Jadi kami pun gi checkup kat situ. Memang dekat je dengan rumah mak. Tak besar sangat pun hospital dia tapi lengkap. Kiranya kalau kena czer pun dia boleh buat kat situ sebab sebelum ni kawan saya gi satu private hospital bila czer je dia kena transfer hospital lain. Leceh plak kena tukar2 hospital. Tapi kat GMC ni semua ade ok la. Jadi kami pun decide gi situ.

Next entri saya share pasal pakej hospital ni ea.

Itu je....

Wasalam.

Tuesday 21 October 2014

Diari Hamil: Penyakit Ekzema ketika hamil

Assalamualaikum,

sambungan.....

Sebelum ni saya ade cerita mengenai masalah kulit kering masa 3rd trimester ni. Benda ni betul2 terjadi kat saya sekarang ni masa masuk je 3rd trimester. Sebelum2 ni takde pun. Sekarang dah hilang sikit. 2 minggu lepas tangan saya dua2 belah rasa gatal teramat sangat dan kering. Nak menahan dari garu memang tak boleh. Sangat2 gatal. Kadang2 malam pun boleh terjaga sebab rasa gatal. Jadi sambil tutup mata yang mengantuk tu sambil menggaru. Masa mula2 tu memang garu guna kuku, lepas tu saya garu guna baju. Sampai luka2 tangan. Memang buruk sangat tangan sebab ade kulit hitam. Bila dah garu tu kulit2 jari memang kering dan luka. Sampaikan nak genggam tangan ni pun tak boleh. Kalau genggam tengah2 jarikan ade garisan kan, boleh terkoyak kulit tu sebab genggam sebab lepas garu tu kulit tu akan jadi tegang. Jadi kalau paksa jugak genggam memang akan luka la.

Sebelum ni ade gi klinik tapi dia bagi ubat sapu untuk kurap. Tapi saya ni bukan kurap. Jadi pakai pun memang tak berkesan. Husband kata sebab kulit kering tu yang buat gatal tu. Jadi saya pakai losyen setiap masa. Saya pakai losyen Rseries designer sebab memang pakai pun sebelum ni. Wangi sangat. Husband pun suka bau. Tapi still tak hilang jugak. Jadi lama2 kegatalan tu dah sampai kat tangan. Sebelum ni kat jari jemari je. Sekarang dah mula ade biji2 macam gegata. Sudah. Ni tahap bahaya ni. Ade jugak google diorang kata memang normal masa mengandung. Tapi ade satu tahap boleh buat baby mati dalam perut kalau serius. Bila hari berikutnya kegatan tu rasa kat perut plak. Naik biji2 jugak jadi pagi tu pergi jugak klinik. Sampai klinik dalam kol 10 pagi tapi ramai orang jadi saya dan husband gi breakfast jap. Boleh plak masa tengah tunggu turn jumpa doktor tu saya pitam. Masuk bilik doktor terus baring atas katil. Husband yang dok cerita kat doktor pasal kegatalan kulit tu. Jadi doktor tanye dalam keluarga ade tak yang ade penyakit darah tinggi dan asma. Selalu penyakit keturunan macam asma ni memang akan alami benda ni. Doktor kata ni penyakit ekzema. Memang dalam family saya ade keturunan penyakit asma. Itu la salah satu punca kenapa saya kena penyakit ekzema ni. Doktor pun tanye jugak pakai sabun basuh pinggan ape. Sebab yang tu pun salah satu jugak kenapa kulit kering. Tapi memang sebelum ni husband dah tukar dah sabun basuh pinggan dan sabun mandi dan dia jugak belikan sarung tangan untuk basuh pinggan dan potong bawang. Paling syok bila dia pun tolong basuh pinggan jugak. hehehehe. Alhamdulillah dapat husband yang memahami.

Jadi melalui wikipedia

Kalau nak tahu lebih lanjut pasal penyakit ni boleh la gi SINI.

Ekzema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik. Penyakit ini ada kaitan dengan tindakbalas hipersensitif pada bahagian kulit, iaitu organ terbesar pada tubuh manusia.

Ekzema adalah masalah kesihatan yang ada kaitan dengan penyakit genetik (diwarisi dari ibu bapa).

Doktor bagi saya 3 ubat. Satu ubat gatal, lotion dengan ubat makan. Alhamdulillah bila pakai je ubat doktor bagi tu tangan saya dah ok. Ubat makan tu je saya tak makan. Saya cuma sapu ubat gatal dengan lotion. Tapi kat perut saya tak sapu. Takut. Jadi memang sampai sekarang bahagian perut je la yang gatal. Tapi boleh tahan lagi. Kalau tak tahan memang garu jugak.huhuhu

Sumber: Google
Lebih kurang macam ni la tangan saya hari tu. Alhamdulillah dah ok. 

In shaa Allah akan bertahan. Ni la pengalaman mengandung. Doktor kata lepas bersalin hilang la semua. Harap tak makin teruk la gatal kat perut ni.

Okie itu je

wasalam.

Diari Hamil : Pengalaman setiap trimester

Assalamualaikum,

Sambungan.....

Alhamdulillah sepanjang mengandung dari awal sampai la sekarang (32 minggu) saya takde morning sickness. Muntah2. Cuma waktu2 tertentu je muntah. Tapi satu je yang saya alah. Ikan. Saya tak tahu kenapa. Kalau tengok ikan pun saya rasa nak muntah.

1st Trimester
Masa 1st trimester badan banyak sangat angin. Jadi memang tak selesa nak tidor. Perut rasa tak sedap sebab angin takmo keluar. Dari segi makanan plak selain ikan semua saya boleh sumbat sampaikan sebulan naik 3kg. Masa awal2 tu memang tak boleh lapar sikit mesti rasa pedih sangat perut. Jadi sehari berkali2 saya makan. Tak kawal langsung. Kalau ikut husband pi outstation confirm akan muntah dalam kereta sebab angin banyak sangat. Jadi memang dah prepare plastik muntah dah. Lagi satu saya tak boleh gi toilet awam sebab hidung saya sensitif memang tahap menghidu tu sangat kuat. Jadi kalau gi tempat2 tu memang kalau sebelum pregnant biasa je tapi dah pregnant ni bau dia tak sedap sangat. Kalau terpaksa pergi pun confirm akan muntah lepas tu. Cara saya nak hilangkan muntah setiap masa saya akan bawak vick. Jadi sebelum masuk toilet tu saya akan sapu vick kat hidung banyak2. Kalau dalam kereta pun rasa nak muntah memang vick adalah penyelamat.

2nd Trimester
Masa nak masuk 2nd trimester ni semua benda tu dah hilang. Rasa macam tak mengadung ye jugak sebab memang rasa biasa jer. Memang masa ni ade sedikit risau sebab masa ni saya tak rasa lagi baby gerak jadi tahu keadaan baby macamane. Ade sekali tu pergi klinik nurse cek perut tapi tak rasa lagi ade baby kat perut. Masa tu memang cuak sangat. Nurse pun terus refer saya gi klinik lagi satu untuk scan. Jadinya saya pun pergi. Alhamdulillah baby ok je. Saya rasa pergerakan baby pun agak lambat. Akhir kandungan nak masuk 5 bulan baru rasa. Macam orang lain masuk usia kandungan 4 bulan dah rasa. Perut pun kecik lagi. Masa ni bulan puasa alhamdulillah saya berjaya puasa penuh tanpa tinggal sehari pun. Masa puasa berat turun sikit. Lepas puasa naik balik. huhuhu. Kena gi klinik kesihatan setiap 2 minggu sebab berat naik. Akhir2 nak masuk trimester 3 baru kawal balek makan.

3rd Trimester
Sekarang dah masuk trimester 3.
Berat dah boleh kawal tapi akhir2 ni Helobin (HB)tak berapa nak cantik. Sekarang saya ade masalah kulit kering. Nanti saya share pasal benda ni. Malam susah tidur sebab kaki lenguh. Tapi baru je beli massage oil tanamera untuk hilangkan rasa lenguh. Nanti saya share pasal set bersalin plak ea. Yang lain setakat ni alhamdulillah. Doakan segalanya dipermudahkan ea.

Itu je
Wasalam

Mini Giveaway by Syira Lokman

Assalamualaikum,

Klik banner utk join

Tamat 23 oktober 2014 jam 6am.

Wasalam

Monday 20 October 2014

Diair Hamil: Maksud istilah dalam ultrasound 2D 3D 4D Scan dan perbezaan ketiga2 dimensi

Surprise dari husband

Assalamualaikum,

Tarikh 21/10 memang sinonim dengan saya dan husband. Ade sejarah tersendiri. Kalau nak tahu boleh baca balek entri tahun lepas kat SINI. Cuma husband terawal sikit bagi sebab hari ni dia tak busy sangat. Tu yang sempat gi beli tu kot. Seperti tahun lepas saya memang tak ingat langsung. Balik2 dah ade bunga atas katil. Cakap kat dia sape bagi. Pelik kalau office bagi bunga kat staff. Lelaki plak tu. Lepas tu baru la husband ingatkan balek tarikh istimewa ni. Nasib tak buruk sangka. Huhuhu. Nah dia nak share....Simple tapi bermakna. Tersengih2 dah sejak dapat tadi.

\

ps: Terharu sebab dia ingat lagi. Kita je lupe. Huhuhu Thanks abang..... =)

Wasalam.

Birthday Giveaway by Shad

Greetings and Assalamualaikum to all
Jemput Join


Klik Banner untuk Join

Birthday Giveaway by Shad dianjurkan oleh Shad dan disponsor oleh 

Diairi Hamil: Set Bersalin pilihan saya Tanamera dan Sariayu

Assalamualaikum,

Kali ni nak cerita mengenai set bersalin pilihan saya. Saya banyak google dan tanye kawan set mane yang sesuai. Jadi last skali saya pilih tanamera sebab baca review pun ramai kata yang ok. Selain tu yang ok NR. Best friend saya baru je lepas dapat baby dan dia banyak share pasal tanamera ni. Tapi yang paling penting bila dia kata dia punye tak koyak padahal baby 3kg lebih. Dia sendiri pun terkejut sebab sebelum ni baby bawah 3kg pun kena jahit jugak. Dia kata dia amalkan sapu VOC setiap kali lepas gi toilet.

Saya memang google betul2 pasal set bersalin ni sebab harga dia kebanyakkan RM300 ++. Jadinya saya google setiap yang ade dalam set tu takut kalau beli semua tapi tak pakai kan rugi je. Jadi hasil pencarian saya, saya beli loose item je sebab ade beberapa benda dalam set tu yang saya rasa tak perlu. Untuk tanamera saya beli:

Cold press virgin coconut oil
Brown formulation body soap
Herbal Massage oil


Alhamdulillah. Rezeki yang amat berharga.

Assalamualaikum,

Baru la ni ade mood nak cerita. Ade je blogger yang tahu dan ade je reader yang tak tahu. Alhamdulillah sekarang usia kandungan dah 32 weeks. Lagi 8 minggu untuk bergelar ummi. Jadi meh saya story masa mula2 tahu saya pregnant.

 Kalau sape yang ikut blog saya ni, awal tahun hari tu saya ade gi kuching dalam bulan 4. Sempena besday husband jadi kami gi honeymoon sekali ke kuching untuk kali ke 3. Nak cerita pasal trip gi kuching tu pun sampai kesudah tak buat. Akhirnye lupekan la. Masa gi kuching ni tak silap dah masuk seminggu lebih saya tak datang period. Period saya regular jadi bila lewat tu ade la rasa macam nak wat pregnancy test. Kalau nak tahu saya tak pernah buat upt sejak dari berkahwin sebab takut kecewa. Memang dari awal kahwin dulu saya memang cakap kat husband kalau lewat period dalam 2 3 minggu baru buat. Jadi sampai la hari gi kuching tu memang lewat sangat tu yang check jugak. Ingat lagi masa mula2 nak beli upt kat guardian kuching tu. Malu2. Yela masa tu macam eh betul ke aku nak cek ni. Perangai macam budak2 ni betul ke aku pregnant ni. Masa nak beli tu rasa macam orang pandang semacam je. Eh budak lagi ni dah nak beli upt. Tapi tau masa tu perasaan sendiri je. Masa nak beli pun tak tahu mane ok ke tak. Main ambik je. Beli lepas tu tunggu subuh esok baru cek. Dengan lajunye muncul merah. Jadi bagitahu husband dia pun rilek je sebab memang kami berdua dah agak. Jadi takde la terkejut sangat. Bila dah tahu pregnant mula la sakit mengada2 tu datang. Nak jalan pun alalala kena slow2. Poyo jer. Tapi ignore kan je. Memang pi kuching hari tu jalan sakan sebab kami sewa kereta sekalikan.

Bila dah balek KL terus gi Klinik Melati Utama untuk confirmation. Cek2 masa tu tak silap dah 5 minggu. Bermula la kehidupanku sebagai pregnant woman.

Next entry saya cerita alahan2 yang saya alami ea.

ps: Hadiah hari jadi paling istimewa untuk husband. =)

Wasalam.

Sunday 19 October 2014

Diari Hamil: Sabun Baby. Pastikan No Paraben

Diari Hamil: Shopping barang baby part 3

Diari Hamil: Shopping barang baby part 2

Dinner di Restoran Village View Bangi

Assalamualaikum,

Khamis lepas pergi KL. Banyak sangat benda kena setelkan kat KL. Dan celebrate besday MIL and FIL pun salah satunye. Besday diorang dekat2. Beza 4 hari je. Jadi alang2 sambut je sekali. Takde kek2 bagai. Just ajak diorang gi dinner. Tempat diorang decide. Jadi bile dah kat bangi memang tempat diorang, diorang pilih nak dinner kat Restaurant Village View ni. Saya dan suami 1st time makan sini. Menu pun bagi diorang yang pilih. Banyak giler kami order. Tapi bagi saya berbaloi la dengan harga dan untuk 6 orang makan.Meh nak share ape kami makan dan harga. Senang kalau korang nak pergi nanti boleh la bajet berapa.

Menu yang kami pilih memang super duper banyak. Penuh meja.

Ikan kerapu masak sweet n sour seekor
Udang goreng butter untuk 3 orang makan
Ketam masak sambal 6 ekor. Ketam favorite husband jadi memang dia order banyak.
Sayur. Lupe sayur ape
Grill Lamb Chop
French Fries
2 mangkuk kecik sup
Chicken Boxing
Air tembikai 3 gelas. Jus oren 1. laici 1, ade lagi. Tak ingat air ape.
Nasi putih untuk 5 orang makan.

Total 215.00 (ade sen2. Terlupe berapa sen)

Harga untuk setiap menu tu lupe nak ambik. Tapi korang boleh gi blog NI kalau nak tahu harga sebetulnye. Tapi tak tahu la masih sama lagi ke or tak.

Kalau nak compare dengan harga masa kami makan kat senibong dulu memang yang ni lagi berbaloi. Boleh tengok entry NI kalau nak tahu berbaloi ke tak makan kat senibong atau sini.

Meh tengok gambar sikit.


Minta maaf la pengcahayaan tak cantik






 
Ade kolam yang ade banyak sangat ikan. Besar2 plak tu. Kalau nak bagi ikan makan boleh beli makanan dia kat counter. Tak silam RM1 untuk 1 cawan kertas tu.

Dari segi service dia plak. Makanan kat atas ni baru order rasa macam 5 minit dah sampai. Diorang dah masak siap2 kot. Menu yang takde gambar macam grill lamb chop, french fries dan chicken boxing sampai lambat sangat. Kami dah abes makan lauk atas ni baru menu2 ni sampai. Rasa dekat satu jam. 

Kalau dari segi kesedapan ermmm bagi saya biasa2 jer. Ketam masak sambal dia seriusly pedas sampai tak rasa pun isi ketam tu. Salah kami jugak kot sebab order masak sambal. Lepas ni wat kukus je. Baru betul2 leh rasa isi ketamnya. Udang pun tak besar sangat tapi masak butter ok la. Kalau nak compare kat senibong tu, senibong lagi sedap dan puas. Tapi dari segi harga ni lagi berbaloi.

Okie itu je nak kongsi.

Wasalam.

Sunday 12 October 2014

It's giveaway time @mamamyraslove

Klik banner utk join
Tamat: 1.00pm 15 oktober 2014

Giveaway Diari Jejaka Hangat 2014



Giveaway Diari Jejaka Hangat 2014 bermula pada jam 4.00 pe 11 Oktober 2014 hingga 11.59 malam 11 November 2014. Menawarkan hadiah yang bernilai RM 552.90 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.

Syarat-syaratnya :

1. Wajib Follow Blog Sponsor
Diari Jejaka Hangat | Yun Sing | Ana Solehah | Syaza Raihanah | Iklil Syahmi | Idah Rashid | IanFaizal | Mar Mansor | Kathy R'bain | Shad | Ssurianah Yana | NurAlja | Aika Azizan | Budak Bandung Laici | Hunny Kitty | Si Tracey | Noryussyairah 
2. Wajib Like Fanpage Sponsor

       

3. Follow Twitter + Instagram Sponsor
Twitter :   


Instagram :  Rexylla_Blogshop  Aerill_Hassan
4. Tambah Google Plus Sponsor 
+Mohamad Khairil  +ct fand 
3. Buat entri bertajuk Giveaway Diari Jejaka Hangat 2014
4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI


37 pemenang bertuah akan dipilih dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 12 November 2014.

Good luck!

Saturday 11 October 2014

Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang

Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang

Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang bermula pada jam 9.30 pagi 9 Oktober 2014 hingga 11.59 malam 28 Oktober 2014.Sepuluh blogger bertuah akan dipilih untuk memenangi Template Eksklusif untuk Bloglist dari cikkumbang.

Semua blogger dijemput untuk menyertai Giveaway ini sambil berkenalan sesama blogger.

Syarat-syarat penyertaan:

1. Follow Blog Sponsor
CikKumbangAzhafizahSyiraLokmanDayangDeno

2. Like Fanpage Sponsor


3. Buat entri bertajuk Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang

4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish.

5. Make sure korang tinggalkan link entri di ruangan komen INI & nyatakan Bulan Kelahiran korang untuk memudahkan Cik Kumbang letak di Bloglist mengikut Bulan Kelahiran plus boleh wish birthday nanti (x__X)

TARIKH TAMAT: 28 Oktober 2014

Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang

Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Oktober 2014.

Good luck!

Thursday 9 October 2014

Blogger Area Mega Give Away

Assalamualaikum,

Sape2 nak join boleh klik banner di bawah:-



Wasalam

Wednesday 8 October 2014

Resepi bubur lambuk kg baru. In shaa ALLAH confirm jadi!!!!!

Assalamualaikum,

Alhamdulillah hari ni buat lagi bubur lambuk. Baru 2 hari lepas buat. Kalau sape baca entry sebelum ni tau la ape jadi.huhuhu. 2 kali buat menjadi. Memang berkesan la resepi ni. Sama rasa dengan kat kg baru tu. Bau pun wangi jer. Kalau tengok orang yang pernah buat ikut resepi ni diorang pun kata menjadi. Kalau korang nak cuba buat pun boleh tapi kena betul2 ikut sukatan dia tau. Baru betul rasa rempahnye. Meh nak share.



Sumber: My resepi (boleh tengok komen2 yang pernah buat)

1 cawan beras
1 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar minyak masak (saya guna minyak masak biasa je sebab minyak sapi takde)
1 kulit kayu manis, 1 bunga lawang, 2 bunga cengkih, 2 buah pelaga
daging (ikut suka la..kalau suka byk daging isi byk..)
segenggam udang kering
2 helai daun pandan(x letak)
1 sudu kecil halba(x letak)
1 sudu kecil jintan kasar(x letak)
1 biji bawang besar - hiris
3 biji bawang putih - hiris
2 inci halia - di blend dengan 2 cawan air dan ditapis (halia jgn banyak sgt nnti pahit)
1 sudu kecil serbuk lada hitam ( saya guna lada hitam biji dan tumbuk) - ni saya letak lebih. Dalam 2 sudu besar. Rasa bykkan tapi mmg saya n husband suke. Rasa pedas2 sikit.
2 cawan santan pekat (saya letak 1 kotak santan kecik tu je)
6 biji bawang merah - buat bawang goreng(x letak)
daun sup dan daun bawang (letak daun sup. Sebelum ni letak daun ketumbar pun sedap jugak)
garam secukup rasa
air secukupnya

Cara-cara
Panaskan minyak sapi dan minyak masak..setelah panas tumis bawang besar dan bawang putih...tumis hingga naik bau..tak yah goreng sampai kuning

Lepas bawang dah naik bau...masukkan daun pandan, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, jintan kasar, bunga cengkih dan halba hingga naik bau.

Kemudian masukkan daging.. masak hingga daging keluar air...dah keluar air daging..masukkan air halia...biar didih.

Lepas tu masukkan air biasa...agak2 le banyaknya tuk masak nasik tu nanti..biar didih

Dah didih air..letak serbuk lada hitam yg dibancuh dengan sedikit air.

Masuk kan beras..masak hingga beras jadi hancur..kalau tak cukup air boleh tambah lagi..selepas beras dah hancur..letak kan garam dan udang kering.

Kemudian boleh la letak pati santan..ikut suka la..kalau tak nak lemak sgt boleh kurang kan santannya. masak hingga bubur pekat.bila dah pekat boleh la letak bawang goreng, daun sup dan daun bawang.

Ade je rempah yang x letak tapi still sedap. In shaa ALLAH nanti nak buat untuk mak pulak.

Terima kasih kepada empunye resepi. :-)

Itu je.

Wasalam

Monday 6 October 2014

Mini Giveaway Tengkubutang bersama Embun Beauty House

Assalamualaikum,

Sape2 nak join boleh la klik banner kat bawah ni.




Giveaway bermula 2/10/2014 - 30/10/2014

Sunday 5 October 2014

Hancur masakkan bila tersalah beli daun sup dengan daun ketumbar

Assalamualaikum,

Sekarang tengah duduk kat dapur masak bubur lambuk. Tak tahu jadi ke dok. Tapi gayanya ade kurang sikit la rasanya bila tersalah beli daun. Patutnya letak daun sup tapi tengok2 tadi beli daun ketumbar. Sedey... Tula main capai je tadi. Dah la dua2 daun tu lebih kurang sama je rupenye. Lain kali tengok betul2. Daun sup daunnya lebar sikit dari daun ketumbar. Bau pun lain. Ish3. Peringatan untuk diri sendiri supaya jangan cuai.... Ni ha beza dua2 daun.



Sumber google.
Wasalam

Friday 3 October 2014

Niat puasa hari Arafah

Assalamualaikum,







Sesiapa yg ada berkecil hati @ marah pd saya sepanjang saya berblog ni, saya mohon maafkan saya sebelum berakhirnya hari Arafah iaitu hari ini.
sbb Rasulullah 
صلى الله عليه وسلم 
bersabda:
'Pada hari Arafah di angkat segala amalan kpd ALLAH, melainkan org yg bermusuhan (bergaduh).

Maaf Zahir Batin... serta Salam Aidil Adha..