Bismillahirrahmanirrahhim sebagai pembuka kata.

Selamat Datang ke blog saya yang tak seberapa ni.Bukan untuk menunjuk apa yang ada cuma sekadar untuk berkonsi beberapa cerita dan sebagai satu coretan kenangan buat diri saya sendiri dimasa hadapan.Boleh panggil saya Ain!!Umur 27 tahun (2015).Selamat berkenalan semua... =)


Terima kasih kerana sudi membaca.

Thursday 25 April 2013

Aktiviti hujung minggu - Program Persip

Assalamualaikum

Dah nak abes dah hari khamis baru nak tulis.Tapi nak share jugak pengalaman jadi fasi sabtu lepas di sekolah kebangsaan cherana puteh melaka.Senang betul jumpa sekolah ni.Jalan lurus pastu belok sampai.Program ni dianjurkan oleh syarikat suami saya.Dah lama dah diorang anjurkan.Setiap bulan ade je aktiviti yang diorang buat bersama pelajar-pelajar sekolah yang terpilih.Kali ni sekolah cherana puteh menjadi pilihan mereka.Kami adakan aktiviti spelling bee dan jugak cara nak cari word dalam kamus.Pandai-pandai budak ni.Comel plak tu.Darjah empat alalalalala kecik-kecik semua.Kami bagi ikan untuk pelajar-pelajar tu .Tujuannya adalah untuk ajar diorang jaga amanah yang abang2 dan kakak2 ni bagi.Jadi setiap orang ada tugas untuk tukar air, bagi makan dan jaga ikan tu sama-sama.Tapi minggu lepas  ikan tu dah mati kena beli lain.Jom tengok gambar.

Fasi tengah mengajar.
Waktu makan
Ni peserta yang terpilih untuk join kuiz.Azimah dan aina.Serius pandai budak-budak ni English.
Ni la diantara pelajar-pelajar tu.Bagus2.Fokus.Macam ni la yang kita nak.Hehhe
 Habis kena salam fasi tanda terima kasih.

Itu jer.Bulan depan takleh join sebab suami ada kursus.InsyaALLAH bulan lagi satu.Seronok jugak boleh tolong budak-budak ni.Kita pun boleh belajar sama.Hehehe

Wasalam


Friday 19 April 2013

Sarapan paling berkat

Salam jumaat,

Jom baca mathurat!!!Saya andaikan mathurat seperti sarapan.Pagi- pagi lagi benda ni la yang patut kita cari dulu.Kenapa?Sebab kelebihan membacanya sangat banyak..Pagi-pagi lagi sebelum melakukan kerja ringankan diri untuk baca mathurat.Sampai-sampai ofis mesti diantara kita akan bukak browser.Jadi letakkan satu link di bookmark bar korang dengan link ni. mathurat .InsyaALLAH bila setiap hari kita lakukan ia akan jadi kebiasaan.Hanya memerlukan 5min sahaja.Kalau ada masa lebih bacalah mathurat kubra, kalau tak, cukuplah sekadar membaca mathurat sughra.
Jika sesiapa mengamalkan zikit al mathurat ini akan merasakan perbezaannya dengan hari2 yang tidak dimulakan dengan zikir al mathurat. Begitulah kekuatan doa2 dan wririd dalam al mathurat ini sebagai senjata mukmin.

Kelebihan membaca al mathurat:

1. Tidak dihampiri syaitan
2. Rumah dan keluarganya terselemat dari perkara yang tidak diingini.
3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
5. Selamat dari segala sesuatu.
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
7. Allah berhak untuk meredhainya
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
9. Terhindar daripada syirik.
10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan



Creadit to: melangkahterus.blogspot.com

Wednesday 17 April 2013

Segmen saya nak menang hadiah dan dibloglist di Nabila Biela

Assalamualaikum

1st time join contest kt blog.Mane tau dapat hadiah kan.Ni dia segmen yang saya joined.


Kalau sape-sape nak join boleh terjah blog ni. Nabilabiela .Mane tau bernasib baik.

SENARAI HADIAH
VOUCER TIKET WAYANG X 2 ORANG*tajuk ikut suke korang*
Kardigan X 2
Legging X 2
Tony Moly Tint X 2
Topup RM5 X 1
Manicure Set X 2
Bloglist oleh aku sendiri X 10

GAMBARAN HADIAH
PEMBAHAGIAN HADIAH
TOP REFFRAL: BOLEH PILIH DUA HADIAH*akan diberitahu awal*
RANDOM: SATU HADIAH SORANG

SENARAI PESERTA*akan diupdate dari semasa ke semasa*
SEGMEN INI DITAJA:
  
Segmen ini dianjur oleh Nabila Biela dan disponsor oleh EzbuydiazGirl On The SlopeCheapest in Town,D'va Fashionista Boutique,YEZZA by SSS dan Klik & Beli Pakaian & Jersy Online.
p/s: syarat senang..hadiah pun best..rugi tak join taw^___^..err kalo rajin klik sini jap ea..TQ



1st Giveaway By Emas Putih

Asslammualaikum
Hari ni uzu nak lancar 1st Giveaway kat blog uzu. Dijemput join dan support Giveaway uzu ye.
Mana tau rezeki korang kan. Mudah-IIan :)
 1st Giveaway akan berlangsung pada 04 April - 17 April 2013/11:59pm

SYARAT-SYARAT
1. Buat entry yang bertajuk 1st Giveaway By Emas Putih
2. Follow sponser, Like fanpage, Klik iklan, Klik G+ dibawah (wajib akan diperiksa)
 3. PALING WAJIB Copy coding entry kat bawah dan Paste ke Html post

Coding Entry


[1. klik pada Html 2. paste coding entry 3. tekan compose . 4 klik publish]
copy coding entry ini di credit kan ke Mia Liana

Follow blog Sponser
Banyak sangat nak follow? Anggap je korang sedang berblogwalking and sambil menang hadiah.
Tak rugi ape pun kan . Dont worry diorang akan follow korang balik.
Like Fanpage Sponser


Klik Iklan Sponser
(Tunggu sampai habis loading) <-- data-blogger-escaped-data-blogger-escaped-jujur="" data-blogger-escaped-data-blogger-escaped-nbsp="">

Follow G+ Sponser



HADIAH-HADIAH

Top Referral
1st  Cash RM 30 
2nd Topup RM10

Hadiah Random
Domain (com/net/my) x 3
Banner 300x90/sebulan berharga RM100 di Ping.jer x 1
Bisness Card x 1
Bedak Arab x 2
T-Shirt Terengganu x 2
Beg x 2
Shawl x 3
Tudung Bawal x 3
Maskara Fiber berharga RM45 x 1
1x BB Cream Skin79 5g x 1
Necklace Vintage x 3
10 broochs x 2
Topup RM5 x 15
Topup 3 x 1
Buku "Aku Terima Nikahnya" x 1
Buku Diary of a Wimpy Kid : The Third Wheel by Jeff Kinney berharga RM48.50 x 1
Buku Ilmiah x 1
Bookmarks Eksekutif x 5
Frame x 1

Klik untuk melihat -->GAMBARAN HADIAH

Terima kasih kepada sponser-sponser yang sudi menaja 1st Giveaway by Emas Putih ini.

Tuesday 16 April 2013

Megi ketam kemaman

Assalamualaikum,

Morning all,

Last saturday gi kerteh.Jadi singgah kat kemaman semata-mata nak makan megi ketam yang orang kata sedap kat 4x4 megi ketam bistro.Lokasi dia dekat dengan masjid geliga.Kalau dari kuantan masjid geliga sebelah kanan, jalan depan sikit je jumpa t shoppe jalan lagi sikit dekat sebelah bangunan t shoppe tu la kedai dia.Tapi korang kena u turn kat depan sikit lepas jambatan sungai kemaman tu.Jom layan gambar.

Ni dia ketam yang masih hidup lagi.Dia ade gred a b c d.Korang boleh pilih mane yang nak.Kat sini ade ketam nipah dan ketam bunga.
ketam gred c. saya punya
ketam gred a. husband punya.Korang boleh tengok perbezaan 2 2 ketam ni.Gred a lagi besarkan.
Memang berbaloi la.Tapi still takleh tanding seafood kat topspot kuching tu.Masih teringat kesedapannya.
Meh sini saya share harga dia semua.Siap ambik gambar menu lagi.Hehehehe

Ni la menu yang ada.

Jadi sape yang pergi ganu tu leh singgah jap kalau nak rasa.Megi dia pun sedap.Tak tahu guna megi ape.Try buat megi camtu kat rumah semalam tak jadi.Huhuhu.

Itu je nak share.
Hehehe

Sekian

Monday 15 April 2013

Kisah sedih sambut besday husband.

Salam isnin,

Just nak share story pasal celebrate my husband punya besday last saturday 13/04/13.Cantikkan nombor.Celebrate dekat rumah jer berdua.Cer teka pukul bape?Kol 3 pagi makan kek.Aiishh patut la kami berdua ni semakin membulat.Dimulakan cerita memang saya senyap-senyap beli kek.Bawak balek pun sorok-sorok dari husband takut kantoi.Husband kata tak payah sambut sebab sebelum-sebelum ni dia jarang sambut besday dia.Tapi saya nak jugak sambut mengikutkan yang ni kali pertama kami sebagai suami isteri.Biar ada memori sikit walaupun saya pun memang jarang sambut besday saya.Kitorang tidur awal sangat sebab penat.Balek kerja terus pergi KLCC pergi PIKOM PC fair.Lepas tu gi pavilion makan mee kolok.Jadi balek tu terus tidur.Saya ingat nak bangun kol 12 tapi terlajak jugak sampai kol 1240.1240 tu bangun prepare kek.Lepas tu kejut husband sambil nyanyi lagu besday.Konon-konon surprise la.Tak jadi pun.Husband bangun sampai saya abes nyanyi.Cube teka ape jadi?Dia tido balek.Ceh.....dengan muka selamba plak tu tidur balek.Saya ape lagi tidur jugak sebab saya mengantuk sebenarnya.Tapi dalam hati touchinng ni sebab husband leh wat tak tahu je.Aiishh penat jer menyanyi.Takde sape dengar pun.Hukhukhuk.

Kol 3 husband terbangun.Saya pun terjaga.Husband gi dapur tanye "yang ape tu".Dia nampak kek tu tapi tak tahu yang tu kek sebab kek dia gelap.Saya beli kek buah kukus jadi memang gelap la kek tu tak macam kek hari jadi sebab husband suke kek buah tu.Jadi memang saya tak order la kek harijadi.Bercucuran air mata cakap yang saya dah siap nyanyi lagu besday.Boleh plak dia lupe.Tapi husband kata memang dia tak ingat langsung.Tapi memang pun sebab saya tengok muka husband masa dengar saya nyanyi tu mamai sungguh.Dah agak dah.Memang takde dalam ingatan kejadian tu.Jadi saya tak marah memang salah saya pun yang gi kejut orang tu malam-malam buta sape suruh.Jadi dia pujuk-pujuk terus cair.Kami pun makan la kek buah tu kol 3 pagi.Ishh memang gumuk la lepas ni.Tu la kisah sambut besday suami tercinta.Hehehe




Untuk husband:Hepi besday abang.Semoaga abang diberi kesihatan yang baik dan semoga kita dipanjangkan jodoh dan bahagia dunia akhirat.Amin....

Friday 12 April 2013

Last Part Kuching : Kek Lapis sarawak

Salam jumaat semua,

Sambungan pasal kuching.

Hari ni nak cerita pasal kek lapis tapi taknak membebel banyak sangat.Tengah ngantuk ni.HuHuHu.Tapi banyak gambar yg nak share.

Kek lapis sarawak yang popular sekarang mira kek lapis.Bila saya google mira cake house ni ada kat petra jaya yang mane ianya sangat la jauh dari hotel kami menginap.Tapi masa otw balek dari topspot borak-borak dengan pakcik teksi tanya dia kalau nak pergi seberang sungai tu berapa ringgit.Dia kata masa kecik-kecik dulu rm0.30 je.Sekarang mungkin dah naik.Bila dengar je camtu terus excited nak pi seberang.Esok tu pagi-pagi lagi dah keluar gi kat waterfront.Lepas tu husband cakap "Eh tu mira cake house yang syg nak tu".Dari sebelah sini dah nampak kedai tu.Jadi kami pun cari jeti nak pergi seberang.Nampak bot.Jeti dia depan hilton hotel.Jadi kami pun tunggu tepi jeti nampak ramai jugak orang yang ulang alik ke sana.Harga bot rm0.50 jer.Dengan excitednye kami naik.Bawah ni saya kongsi gambar.

Kami nak pergi sebelah sana.Nampak tak khemah putih tu?Yang tu la kedai makanan halal yang saya cakap tu.Banyak kedai kat situ.
Tengah naik bot nak gi jeti seberang tu
Ni dia mira cake house.


Kek maher zain
Kek harimau muda
Kek ombak rindu

Tester.Berwarna warni.Meriah sungguh.Banyak sangat sampai tak tahu mane nak pilih.Jadi husband kata ambik je yang mane-mane cantik.HuHuHu.

Jadi kami pun beli.Bagi yang naik flight jangan risau, diorang akan bungkus guna kotak.Dalam satu kotak muat la dalam 8 loaf.Setiap loaf ni harga dia RM10.Gemuk dah saya makan kek jer.Tapi memang sedap.

Wah dah promote mira cake house ni.Kak mira leh dapat diskaun tak?Hehehe.gurau jer.Kalau gi sarawak jangan lepaskan peluang untuk pergi tempat-tempat menarik kat sana dan beli makanan yang jarang  terdapat kat semenanjung.Jadi perjalanan saya ke kuching ni sangat berbaloi.Dapat naik bot pun dah excited.Hahaha.Jadi itu je la cerita pasal kuching.Next time kalau gi mana-mana lagi saya share.

Terima kasih kerana sudi membaca.

To my husband:Thanks untuk pre honeymoon ni.Hahahaha.Pandai-pandai jer pre..Cakap dengan husband yang ni pre honeymonn.honeymonn betul-betul gi korea.Boleh tak en hubby??Amboi demand...HiHiHi.Tak kesah pun asalakan dapat hidup bersama yang tu dah cukup.=)



Thursday 11 April 2013

Part 5 Kuching : Tempat dikunjungi dan carian kek lapis dan kuih chinchin

Assalamualaikum.

Sambungan.....

Lepas makan mee kolok kat satok, saya dan suami teruskan perjalanan untuk mencari kuih chinchin.Kuih chinchin ni kuih yang saya suka.Kalau kat semenanjung saya tak tahu nak cari kat mane.Jadi memang hasrat hati nak beli kat kuching selain dari kek lapis.Kami jalan-jalan ke padang merdeka, kompleks pelancongan sarawak,jalan-jalan kat satok,waterfornt, dan sekitar kawasan bandar tu.Sangat penat.Tapi nasib baik husband tahu arah tuju nak pergi.Dia memang nak bawak saya jalan-jalan kat tempat yang pernah dia pergi dulu,Jumpa kedai buku, "kat sini la abg selalu beli buku dulu", "kat sini tempat abg lari-lari" .Semua mengimbau kenangan suami yang pernah tinggal kat situ.Kami keluar seawal pagi sebab cuaca di kuching sangat panas. Jadi target dalam kol 12 ke dah balek hotel.Kalau nak keluar pun petang.Tapi petang tu hujan lebat hanya sempat pergi topspot je untuk makan.Kat bandar kuching ni banyak sangat tempat yang boleh dilawati.Tempat dia dekat-dekat jer.Bawah ni antara tempat yang saya dan husband pergi.........

Ni kat kompleks pelancongan sarawak. Masa ni ada orang kahwin tu yang ade belon-belon tu.
China town kuching. Yang ni tak singgah.Lalu je...HuHu
Ni kat padang besar.Ni la pokok terbesar kat bandar tu.Tengok akar dia.Serius besar....
Lupa la masjid ape.Ni masa otw nak gi satok jumpa masjid ni.
Street kat bandar.Rupe dia macam central market KL.Kiri kanan ade kedai yang jual banyak baju.Tapi kedai yang jual tradisional sarawak tak jumpa plak termasuk la makanan sarawak takde kat situ.
Kedai yang jual baju kat street ni.

Ni kompleks pelancongan sarawak.
Jalan kat kedai-kedai depan river.Kat sini banyak kedai yang jual kraftangan sarawak.Dan tepi-tepi kedai ni ade jual macam-macam jenis kek lapis.
Kek lapis.Beli satu jer sebab nak rasa.
Dan benda yang dicari.....
Kuih chinchin!!!Susah betul nak cari kuih ni.Jalan-jalan kat street ingatkan ade jual.Rupanya ade kat kedai deretan depan sungai tu.

Yang tu je la nak cerita..Next entry atau entry yang terakhir cerita pasal kek lapis.Nak pergi beli kek lapis ni kena naik bot.Excited sungguh.Lame tak naik bot.Last naik masa pergi taman kelip-kelip kuala selangor masa darjah 6.HuHuHu.Tunggu..............

Sekian

To my Beloved Husabnd: I'll Always love you...no matter what....Hihihihi


Wednesday 10 April 2013

Part 4 Kuching: Mee kolok dan sio bee

Assalamualaikum

Sambung lagi....

2nd day hari sabtu kami pergi ke satok.Pergi satok jalan-jalan nak cari kedai makan halal.Sini memang susah nak cari kedai makan yang halal.Boleh kira jari je kedai yang halal.Jalan-jalan kat satok jumpa satu kedai halal.Pagi-pagi lagi kami order mee kolok.Sampai je kuching mee kolok la antara makanan yang jadi pilihan kami untuk makan.Saya order mee kolok ayam dan husband order mee kolok daging.Mungkin tak kena dengan lidah saya, saya rasa mee kolok kat pavilion kl lagi sedap.Lain orang lain selera kan.Lagi satu saya order sio bee.Konon nak rasa makanan pelik.Sio bee ni memang 1st time jumpa.Dia sebenarnya adalah ayam yang dah dibuat macam fishball.Chickenball??HaHa...Tak kesah la.Tapi ermm tak berapa kena jugak dengan tekak saya.Cari-cari laksa sarawak jugak.Tapi susah nak jumpa sebab kedai makanan halal sikit.Last day baru tahu yang kedai makanan halal sebenarnya kat seberang sungai.Kat situ memang banyak sangat kedai halal.Next entry saya cerita ea.Excited dapat naik bot.HuHu.Tapi kalau pergi sarawak cuba la mee kolok dengan laksa sarawak.Sangat popular.Dan kalau jumpa yang sedap lagi best.Setakat ni yang sedap saya jumpa kat pavilion dengan mak mertua saya punye.Next time kalau dapat pergi memang akan cari mee kolok yang sedap.Husband kata ada satu kedai yang sedap kat satok tapi kami tak sempat nak pergi sebab hujan.InsyaALLAH next time.HiHi

Mee kolok ayam.Saya punya.
Mee kolok daging.Husband punya.
Mee dia macam maggi.Tapi lagi sedap.
Ni sio bee yang saya cakap tu.Chickenball??Hehehe

Itu jer pasal makanan.Next entry pasal kek lapis dan kuih chinchin dan juga tempat yang kami pergi.....

Sekian.....

Part 3 Kuching : Makan-makan di topspot

Assalamualaikum,

Sambungan pasal kuching,Kali ni pasal makan-makan.Kalau sape yang duduk atau pernah pergi kuching, topspot antara tempat makan yang popular kat bandar kuching.Penggemar seafood memang kena pergi sebab kat sini terdapat pelbagai jenis makanan laut dan harga dia agak ok.Mahal memang mahal tapi ada jugak makanan yang bila kita banding dengan semenanjung, harga dia agak murah tapi sangat puas hati.Sangat2.Seafood dia semua fresh.Tak rugi la.Berbaloi dengan harga yang kita bayar. Tempat ni sesuai makan ramai-ramai.Ada banyak kedai dan majority adalah kedai chinese.Tapi jangan risau.Mereka ada tampal sijil halal sarawak.Tapi kena cek betul-betul, ada yang saya tengok baru expired sijil tu.Tempat yang saya pergi nama dia bukit mata.Sijil expired 2014.Tempat ni paling ramai orang.Ramai yang dah book awal-awal.Jadi kalau nak pergi, pergi dalam kol 5.Kol 6 confirm dah penuh.Bila makan kat sini jangan harap la nak makan pakai sudu.Kalau order ketam confirm pakai tangan jugak.Lokasi dia dekat dengan pullman hotel,bertentangan kompleks tun jugah dan berhampiran dengan hotel yang kami duduk. Hotel kami dah cerita kat SINI .1st day pergi kami order lobster dengan ketam.Lobster 1kg RM68.Ketam 1kg RM60.Kami order lobster seekor dapat harga RM40.Ketam pun seekor harga RM20.Cukup untuk kami berdua.Lobster dia sangat besar dan puas hati sangat.Sampai sekarang terasa lagi kenikmatan lobster tu.Fresh.Ketam kami order masak sambal.Lobster kami bakar jer campur dengan cheese.Tapi tak sedap bila campur cheese.Tapi memang puas hati.Nikmatnya makan lobster tu sampai tak hirau pun hujan lebat.Habes makan baru pikir aik camne nak balek hotel.Jadi kami ambik teksi.


Ni dia topspot.Masa ni awal lagi.Dalam kol 6 memang penuh.

Ketam sambal

Lobster.Atas tu cheese.Tak sedap cheese tu jadi saya buang makan isi dia je.Nyam2..sedap sangat2.

2nd day kami pergi lagi sebab sedap sangat.Kali ni kami order 2 ekor ketam dengan 2 ekor udang.Tak tahu nama udang dia.Tapi besar la.Harga dia lebih kurang dengan harga lobster.Kali ni ketam kami order sambal dan udang kami minta bakar kosong.Takde cheese dah.Sangat selera makan.Husband makan nasi 2 pinggan.Alhamdulillah rezeki dan kenikmatan yang ALLAH bagi..Memang sangat berbaloi walaupun beratus habes kat makan jer..Tapi berbaloi.Saya boleh bagi kepuasan 10/10..Kalau dapat lagi pergi kuching memang topspot tempat 1st skali saya nak pergi sebab saya ni giler seafood.

Udang bakar
Sambal ketam

Nyam2

Setakat tu jer.Lepas ni nak cerita pasal mee kolok dan sio bee.

Sekadar berkongsi.Mungkin boleh menjadi rujukan untuk sesiapa yang nak pergi kuching kalau nak pilih tempat makan..


Sekian....

Tuesday 9 April 2013

Part 2 Kuching : Hotel dan Teksi

Assalamualaikum,

Pagi!!!

Hari ni sambung cerita pasal kuching.Pasal hotel pulak.Kami duduk kat Harbour view hotel.Dari KLIA ke harbour view hotel kalau naik teksi RM26.Korang kena beli tiket kat kaunter teksi.Teksi kat sini diorang tak guna meter.Kalau macam pergi area dekat-dekat pun still kena cas.Dari topspot ke harbour view yang sebenarnya amat la dekat akan kena RM10.Kami terpaksa naik sebab hujan.Kalau tak, jalan kaki je.Borak-borak dengan pakcik teksi dia kata kalau guna meter pun bukak pintu jer kena RM10.Kalau macam kat KL bukak pintu RM3 je kan.Kat sana mahal.Tapi jangan risau, teksi sangat senang nak dapat.Kat harbour view lokasi dia strategik.Dia diantara bandar dan waterfront.Service kat sane saya boleh bagi 5/10.Kenapa?Kalau sape yang pernah duduk situ tau la kenapa.HeHe.Tapi kalau book harbour view ni last minit boleh dapat harga promotion.Jadi kami dapat promo price..Boleh pergi kat website dia.Banyak hotel jugak kat area situ.Hilton, pullman ,marghareta.Yang tu semua dekat dengan river sarawak.Jadi boleh jalan-jalan kat river tu.Hotel kami jauh dengan padang merdeka.Sangat jauh.Suami pernah duduk sana jadi kami berjalan sampai ke satok.Next entry saya cerita pasal tempat yang kami pergi ea.

Ni dia harbour view.Bangunan warna warni tu tak silap nama dia medan pelita.Kat situ ade wayang.Depan HV ialah temple.Dan ade James brooke bistro jugak.

Sekian

Monday 8 April 2013

Part 1 Kuching:Pengalaman menaiki MALINDO AIR

Assalamualaikum,

Badan masih penat lagi.Baru semalam balik dari kuching.So hari ni excited nak cerita pasal kuching.Sekadar untuk berkongsi dan sebagai satu coretan kenangan saya dan suami di kuching.

Kami pergi selama 3 hari 2 malam.Untuk part ni saya nak cerita mengenai pengalaman menaiki malindo air.Ni flight yang baru sahaja beroperasi.Jadi segala-galanya baru.Dan ini pun adalah yang terbaru buat saya sebab baru first time naik flight.kesiankan?huhuhu..

Husband ajak pergi kuching last week.Plan nak pergi dalam bulan 6 atau 7.Tapi bila tau je yang malindo air ade promotion terus tukar tarikh.Untuk promotion yang saya dapat.Untuk satu hala rm38 seorang.Murahkan?Jadi untuk seorang pergi dan balik dalam RM76.Yang tu dah termasuk cas untuk tax.Jadi 2 orang?Korang darab la 2.

Tiket
Flight kami pukul 11.25 pg.Kol 630pg kami dh gerak ke KLIA sebab kami naik train.Dari gombak ke KL sentral.Dari KL sentral ambik KLIA express.Harga tiket RM26 seorang.Terus sampai KLIA.Kol 9 kami dah sampai.Kaunter pun tak bukak lagi tau.Kaunter bukak dalam kol 930.Jadi gi jalan-jalan kat KLIA tu jap.

KLIA Express


Kol 930 gi check in.Bawah ni kaunter dia.Gi main building ea level 5.Pergi je kat kaunter dia.Row F.Tapi lupe dari no brape start tapi sampai F19 row untuk malindo.

Kaunter Malindo Air

Boarding time kol 10.55pg.Sebelum tu kami pun jalan-jalan la tanpa arah tujuan.HuHu
Dalam kol 10pg kami masuk.Pergi kat gate 4A.Tunggu dalam tu.Kol 11.15 lebih kurang baru kami dibenarkan masuk dalam flight.Teruja sungguh.Biasalah 1st time.kesian2.HuHu
Rupe bentuk dalam flight macam bawah ni.
Semua tempat duduk ada screen.Business class special sikit la.Screen tak macam ni.Lain sikit.

Diorang sediakan macam-macam untuk tengok.Korang boleh tengok cerita, tengok video klip, main game, dan tengok perjalanan kapal terbang tu dah gerak sampai mana.Ade peta yang menunjukkan kapal tu sedang bergerak.Korang jugak boleh sambungkan usb jugak.Tapi earphone kena bawak sendiri ea.Kalau nak beli ada jugak diorang jual.Harga RM5.
Yang ni flight baru nak gerak dari kuching.Nampak tak gambar kapal terbang tu? 


Ade 5 pilihan bahasa. English, malay, chinese, hindi dan japanese

Antara cerita yang ada dalam tu.Filem, drama asia, english, indonesia, tamil semua ada.

Memang tak bosan la kalau duduk dalam tu.Tapi saya?Tidoooooo.....HeHe.

Makanan?Dapat free sandwich dengan air mineral.Kalau flight lain ade yang kena bayar lebih dan kena beli.Ni free jer.HiHi

Sandwich dan air mineral
Ni dia Malindo Air


Pandangan dari dalam Malindo

Balek dari Kuching pun kami guna flight yang sama.Tapi.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....
.....



Flight delay 2 jam...........Mencongok la kat airport tu 2 jam.Penerbangan kami yang sepatutnya pukul 1.50 telah bertukar ke pukul 4.Lama tu tunggu.Diorang kata sebab flight dari kuala lumpur lewat sampai.Tapi pihak malindo bagi kupon makan McD. Pilih la ape-ape je yang korang nak.Tapi diorang benarkan ambik set.Jadi saya ambik yang mahal.
Ni dia...

Jadi bagi saya perkhidmatan dia ok cuma masa je yang tak on time.Tapi mungkin sebab masih baru lagi kot banyak benda yang diorang kena uruskan.Takpela....Next time mungkin lebih baik.

Next entry nak cerita pasal hotel, makanan, tempat yang dikunjungi dan kek lapis.Tunggu...........

Untuk suami:Thanks sebab bawak jalan-jalan.Tak kesah pun pergi mana asalkan dapat sama-sama.Lepas ni gi mane ek??HeHeHe