Bismillahirrahmanirrahhim sebagai pembuka kata.

Selamat Datang ke blog saya yang tak seberapa ni.Bukan untuk menunjuk apa yang ada cuma sekadar untuk berkonsi beberapa cerita dan sebagai satu coretan kenangan buat diri saya sendiri dimasa hadapan.Boleh panggil saya Ain!!Umur 27 tahun (2015).Selamat berkenalan semua... =)


Terima kasih kerana sudi membaca.

Friday 31 May 2013

Dah 6 bulan...Alhamdulillah.........

Salam...

Uiish bukan 6 bulan pregnant ea.Kalau dah kawin mesti orang ingat yang tu kan.

Alhamdulillah....Dah 6 bulan usia perkahwinan kami.Sepanjang 6 bulan ni banyak yang saya dah belajar menjadi seorang isteri.Mendapat seorang suami yang memahami, baik hati, bertanggungjawab, tolak ansur, pemurah dll dah membuatkan saya cukup bersyukur.

Tadi suami tercinta buat surprise for celeb our anniversary.Hepi sampai sekarang.Sengih memanjang..Sayang kat suami...

Kisahnya....

Hari ni suamiku cuti.Jadi budak sorang ni je la yang keje.Tengah hari tadi dia ambik budak ni bawak balek rumah.Sempat la saya kemaskan rumah sementara dia pergi solat jumaat.Habis solat dia hanta saya balek ofis tapi dia kata nak ke JJ jap nak beli barang untuk kete.Memang tak expect langsung yang dia akanwat surprise sebabnya dia bukan la suka surprise2 ni.Sebelum kahwin seingat saya sekali jer dia pernah buat surprise,Bagi bunga kat depan orang ramai kat klcc.Romantik tak.Tapi masa tu dia bagi dia terus lari sebab malu.Huhuhu..Tapi of kos la saya hepi gilerkan.Lepas -lepas tu takde dah surprise.Jadi memang tak expect pun kali ni akan berlaku lagi.

Dalam kol 530 saya balek dia ambik.Sampai-sampai rumah saya terus ke dapur nak sediakan makanan untuk berbuka.Tiba-tiba dia panggil."Yang........."..Saya cakap kenapa.Tak menyahut.Jadi saya terus ke bilik...

Tadaaa.........

Ade sehelai jubah, buku dengan bunga tersusun rapi atas katil.Sweet sangat....Apalagi terus terkam suami.Peluk kuat2.Hepi sangat....Tak tahu la hepi sebab dapat benda-benda tu ke ape.Tapi memang hepi sangat.Siap nangis2 lagi.Yela betapa baiknya suami.Ingat kat kite.Saya??Takde hadiah k nak bagi.Jahat tak?Tapi suami jenis yang kalau nak hadiah kena tanya dulu.Kalau beli yang dia tak suka memang dia takkan pakai la.Jadi memang takde surprise la untuk dia.

Tapi rasa seronok sangat.Sweet sangat la........Boleh plak dia gi beli hadiah ni sorang2.Serba salah rasa...Sian dia susah2.Tapi bila pikir dia buat ni semua untuk saya,,,terharu sangat.....Isteri dia ni dah la banyak wat perangai.Tapi still dia leh tahan dan sabar.Terima kasih abang.Rasa nak nangis lagi.. ='(

Ni lah hadiahnya.Simple tapi bermakna.

Semoga perkahwinan kami ni kekal sampai bila2.Amin Ya Rabb.......

Untukmu suamiku....



Lirik Lagu Cinta Bersatu - Liyana Jasmay

Di matamu ku berharga
Kau perlakukan aku
Lebih dari mencintai dirimu

Di dekatmu ku merasa
Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu

Hanya kamu saja
Yang mampu begitu
Tulus
Mengerti aku

Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku

Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu

Gayamu
Sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuatku diriku jatuh cinta padamu



p/s: Tq abang.Maafkan ayang sebab banyak sangat wat salah.Tapi percaya la.Ayang sayang abang... =) 


Thursday 30 May 2013

partner giveaway by atiqah-farah

DUE DATE : 16 JUNE 2013

3rd Annivesary GA Blog by Emas Putih

As-Salam


22 MAY 2013 - 05 JUNE 2013


Wednesday 29 May 2013

Sate kajang di taman melati

Salam semua,

Semalam berkesempatan merasai sate kajang hj. samsuri kat taman melati.Dekat je dengan balai bomba taman melati. Selalunya lalu jer.Tapi memang husband dah janji nak belanja kat situ.Saya pun nak tengaok gak besar mane sate kajangnye.Tak pernah makan pun.Service dia memang cepat.Kami datang dalam 630 untuk bukak puasa.Order tak lama tu dah sampai dah makanan.Sampai berbuka makanan dah sejuk.Huhuhu.Tapi ramai jugak yang makan kat situ.

Meh la layan gambar.

Sate kajang Hj. Samuri.Banyak jugak cawangan dia.Boleh tanye pakcik google.

Ada kelapa jugak.Saya suka makan isi kelapa.Sebab tu selalu minum air kelapa.

Kami order jugak Nasi Goreng Paprik.

Ni menu utama kami.Kuah dia sedap.kami order sate ayam dan sate ikan.1st time makan sate ikan.Tak berapa suka.Tapi husband kata sedap.

Harga sate dia lebih kurang macam kat pasar malam.Macam sate ayam rm0.70 sate daging rm0.80 sate ikan tak tahu.Selain sate yang kami order ni ada jugak sate daging, sate arnab dan sate rusa.

Itu je nak kongsi.Boleh try rasa.Boleh tahan la.Kuah dia pun sedap.Kalau ada wat party ke boleh jugak tempah beli kat sini.

Sekian

p/s: Lepas ni takmo dah minta ape-ape kat suami.Semua dia nak belikan.Kita pun jadi rasa serba salah sebab setiap kali minta dia mesti bagi.Rasa bersalah sangat.Sian kat dia.Lepas ni nak kumpul duit nak beli rumah plak.Kena berjimat.Sayang kat suami.Thank you abg....=)......


Tuesday 28 May 2013

Kisah suami semasa saya ting tong

Salam,

Bagi semua wanita, benda ni pasti akan berlaku.Selalunya sekali pada setiap bulan.Period!!Bahasa sopannya datang bulan.. =).Masa ni otak kita akan ting tong.Semua la nak marah, nak cari pasal, nak nangis tiba-tiba.Memang ting tong la.Termasuk la saya.Selalunya benda-benda ni akan jadi seminggu sebelum datang bulan.Jadi masa tu saya dah tau yang saya kena kawal semua.

Jadi yang selalunya jadi mangsa ialah suami saya sebab bangun tido nampak muka saya, nak tido pun nampak muka saya.

Saya selalunya akan rasa sensitif.Takde pape tiba-tiba rasa nak nangis.Kalau nak marah tu jarang la lebih kepada sensitif.Suami cakap sikit je sensitif padahal sebelum-sebelum ni dia cakap benda yang sama jugak tapi saya siap bergurau lagi.Tak paham sungguh!!!

Tapi suami dah tahu dah perangai saya.Bila sampai je waktu, dia pun akan berjaga-jaga.Cakap pun kena susun ayat betul-betul walaupun takde benda pun.Dan waktu ni memang suami sangat-sangat memahami.Kalau ape-ape dia tahu, ok sebab budak sorang ni tengah ting tong.Jadi kadang-kadang memang dia tak layan pun ting tong saya ni.Makin dilayan takut jadi lagi teruk.

Tapi ape yang sangat-sangat berterima kasih pada dia dan nampak betapa sabarnya dia pada 2 hari lepas.Masa tu kami nak solat dan tiba-tiba alarm bunyi.Saya la yang set alarm tu.Tapi ia sangat-sangat wat saya sakit hati macam rasa nak baling je hp tu.Padahal hari-hari lain pun bunyi jugak tapi biasa la tengah ting tong.

Tabiat saya kalau nak marah saya tak marah tapi saya nangis sebab saya tak pandai nak marah.Jadi pergi kat suami cakap.
Saya:  "Abang ayang rasa nak marah sekarang".Sambil nangis dan dalam hati memang rasa nak marah sangat-sangat.
Suami: "Kenapa".Dengan suara lembut
Saya: "Sebab alarm tu"
Suami: "La yeke.Meh sini bawak hp tu".Sambil menuju ke suami.
Suami pun bukak alarm tu.Selalunya sesetengah hp alarm dia boleh set nak bunyi berapa lama.Tapi Hp saya murah memang takde setting tu.Kalau tak tutup memang dia akan berbunyi sampai bateri pun boleh habis.Tension kan..
Suami pun tak tahu nak buat macamane.Last-last dia pujuk jer.Lama-lama saya ok.

Dari kejadian ni saya sedar sesuatu.Bila saya tengah marah, suami cuba untuk tenangkan saya.Bukan cari pasal atau keluarkan kata-kata macam contoh "Campak je HP tu" tak pun "Lain kali tak payah set alarm tu".Kata-kata tu akan buat kita akan rasa lagi marah.Jadi pendekatan yang suami saya buat pada saya hari tu memang selalu ingatkan saya kalau salah seorang dari kami marah, tenangkan....bukan tambahkan lagi.Bukan cari pasal lagi.

Kite isteri kalau tenangkan hati suami elok-elok insyaALLAH lembut la dia...Isteri kot.bagi ayat bunga-bunga sikit.Hehehe.

Masa ting tong ni memang kena kawal marah dan jangan terlalu sensitif sangat.Kena awal-awal setkan kat kepala otak untuk lawan benda-benda tu.Banyak ingat ALLAH..Itu akan lebih membantu.
Dah abes dah kisah ting tong saya.

Itu je yang nak dikongsi.

Terima Kasih kerana sudi membaca.
Wasalam

p/s:Terima kasih suamiku.



Mee Udang Mak Jah Di Kuala Lumpur

Salam Selasa semua!!!

Hari tu ade cakap nak pergi rasa mee udang mak jah kat wangsa walkkan.Akhirnya semalam berkesempatan jugak menjejaki restaurant itu.Kami pergi untuk berbuka puasa.Kami datang awal.Dalam 630 gitu.Nak tunggu berbuka lepak jap kat situ.Lagi pun kat situ ada disediakan wifi.Kalau masa U dulu, kedai wifi la tempat kami lepak untuk wat assigment.Sekarang lepak dengan husband plak.Hehehe.

Meh nak share gambar.

Ni menu dia.Semalam ambik mee udang special.Dapat 6 ekor udang..Tak puas sangat sebab mee dia sikit.Maybe sebab lapo kot.Huhuhu

Ni la rupa dalam restaurant tu.Time ni tak ramai orang.Nanti ingat nak bawak family makan kat sini.InsyaALLAH....


Ni dia mee udang mak jah special.Sedap-sedap.Nanti nak try buat plak kat rumah.

Kalau nak pi senang jer.Cari maybank wangsa walk mesti senang jumpa.Kalau dari Sri Ayutthaya Thai Restaurant tu terus nanti jumpa bulatan ambik no 12 means terus je sampai hujung.Kedai dia memang betul2 hujung.

Itu je nak share.

Sekian....

Wasalam.

Monday 27 May 2013

Segmen: Jom Blogwalking bersama Cik Bintang

Segmen: Jom Blogwalking bersama Cik Bintang



klik banner untuk join..


First Giveaway by Nurin Aireen & Ieyra Ghani


klik banner untuk join

Assalamualaikum. Akhirnya tercapai jugak hasrat nak buat first GA tapi bukan sorang sorang tau. GA ni berpartner. Terima kasih tak terhingga kepada para sponsor yang sudi sponsor GA first kami ni. Hehe okay dah, malas nak berintro panjang panjang karang merapu ke bab lain. Dengan lafaz bismillah, kami merasmikan GA ni. Nak join GA first kiteorang? Klik banner kat atas. Hadiah-hadiah menarik menanti anda!




 Buku A Doctor In The House Tun Mahathir Biography bernilai RM100
 Buku Islamik
 Bling bling stylish necklace
 Keychain Cameron Highland
 Owl Keychain Felt
 Keychain Little Domo
 Novel The Wedding Breaker 
 Bookmark Tribal
 Shawl/Tudung bawal
 Bookmark doodle
 Bunny fridge magnet
 Shiseido mask
 Sebanyak RM 135 topup ditawarkan untuk para pemenang!


    Klik sini untuk tengok gambaran hadiah dan pembahagiannya! =)





  Jangan risau, pemilihan pemenang adalah 100% menggunakan pak cik random.org. Biar   
  adil untuk semua.


SESIAPA YANG TIDAK MENGIKUT SYARAT, AKAN DIBATALKAN PENYERTAANNYA JADI TOLONG JUJUR!


Kami mencari seramai 54 orang pemenang!! Jom meriahkan GA pertama kami! Mana tahu rezeki anda kali ni! Goodluck 

Kisah Hujung minggu

Salam semua,

Selamat pagi!!!
Hari isnin yang sangat malas.
Bukan saya sorang jekan ade perasaan malas ni..kan..kan..kan...

Hehe

Hari jumaat hari tu wat kuey teow goreng, hari sabtu husband request mee kari.1st time buat jugak.Kali ni tawar sikit tapi husband kata dah sedap dah.Rasa dan bau ade cume mungkin kena letak garam lagi sikit.Tapi kami masak sama-sama.Jadi dia pun takleh la komen banyak sangat kan.Hihihi.Tapi satu bungkus mee tu kami berdua habiskan.Memang lapo betul...

Resepi tak ingat ambik kat mane.Takde la susah sangat buat.Tapi saya tetap ada masalah untuk tahu samada dah pecah minyak ke belum.Bukak api kecil je, tunggu lama jugak tapi minyak tak pecah pon.Saya seriusly tak tahu pecah minyak tu macamna dan ambik masa bape lama.Kena masak 2 jam ke baru pecah minyak.Aiisshhhh...serius tak tahu.Jadi kuah saya tu memang tak pecah minyak.Tula mak ajar tak nak tengok betul2..(tarik telinga)....HuHuHu

Meh nak share hasil air tangan sendiri.....


Ni baru ade hiasan sikit.Husband yang suh hias cantik2.Huhuhuhu


Ni la hasilnya.Kerang banyak giler letak.Husband suh makan kerang banyak2.Memang tak larat nak abeskan.Serius banyak....

Itu je cerita pasal masak memasak.

Sekarang cerita pasal movie


Semalam pi tengok wayang kat wangsa walk.Kami tengok cerita epic.Animation dia cantik tapi jalan cerita tu agak mengantuk la.Maybe sebab takde yang lawak..Tapi boleh la.Bagi saya The Crood lagi best.

Yang comel dan mengelikan dalam citer tu ialah lintah dan siput.Rasa nak lenyek2 je diorang.Geram!!!Comel sangat.Yang geli of kos katak.EEiiiieeewwww..........Tapi animation dan graphic dia sangat cantik la.


Tengok poster ni baru tau suara Tara tu suara beyonce.Laaaaa.....baru perasan.ish2..


Itu je la kisah hujung minggu.......

Sekian

Wasalam....


Saturday 25 May 2013

kuey teow goreng

Salam,

Selamat Pagi!!!

Nak cerita pasal kuey teow goreng.Semalam berbuka husband minta buat kuey teow goreng.Tak pernah buat sebelum ni sebab tak berapa minat dengan kuey teow.Mula-mula tu pi JJ husband kata "xpe biar abg masakkan hari ni". Jadi kami pon beli la bahan-bahannya.Kuey teow ni kami letak kerang sebab husband suka lagi satu sebab saya ada darah rendah jadi kerang baik untuk saya jugak.Sampai-sampai rumah google resepi. Jadi resepi yang simple dari blog ni Akubukanmasterhef .Kebanyakkan resepi kena ada kicap pekat.Semalam cari kicap pekat tak jumpa.Dekat-dekat kol 630 baru start masak.Tapi tugas telah bertukar tangan kepada saya.Kenapa ek?Ermm bila dah jumpa katil memang terus la jadi malas.Jadi suami bergolek-golek dikatil saya pi la masak.Nanti kelaparan plak kami.Hasrat nak tengok suami masakkan kuey teow goreng telah dibawa angin lalu.Mungkin satu hari nanti akan merasa jugak air tangan suami.Uiikk bukan saya malas nak masak.Cuma memang betul-betul nak tengok suami masak.

Tapi ianya tak sia-sia.Wahhh dapat pujian yang tak terhingga.Bukan senang oo nak dapat pujian dari suami.Dia ni jujur orangnya.Tak suka menipu.Selalunya sebelum-sebelum ni mesti ada komen garam kurang sikit la, manis sangat la, tapi semalam memang perfect.Sampai dia kata ha dah boleh dah bukak kedai makan dah ni.Hehehe.Kuey teow sebungkus tu boleh kata dia yang banyak habiskan.Saya tak berapa minat kuey teow jadi makan sikit je la.Alhamdulillah.Atas pertolongan ALLAH jugak.Selalu sebelum masak memang berdoa bagi la masakkan ni sedap.Jadi semalam sangat hepi la sebab akhirnya ade jugak masakkan yang perfect.Semua cukup rasa.

Meh nak share gambar.Tapi tak berapa lawa la sebab takde pun deco ape-ape.Yang penting rasa.


Sikit ni kuey teow saya.

Itu je nak share pun. Resepi saya ikut 100 peratus dari blog ni Akubukanmasterchef .Tq ea tuan punya blog.

Bukan nak puji diri sendiri dengan kesedapan masakan ni tapi nak luahkan rasa hepi sebab dapat pujian dari orang tersayang.Sambil cium dahi dan cakap "pandai isteri abang masak". Isteri mana yang tak hepikan kan kan.hehehehe. 

TQ abg.Always love u....

Thursday 23 May 2013

Seafood di senibong johor

Salam semua,

Baru nak update.

Dah basi gak citer ni.Kejadian ni terjadi pada sabtu lepas.Nak update tapi sd card ade problem.Tak boleh nak bukak file.Jadi dengan bantuan my lovely husband akhirnya berjaya.Baru boleh update.

Dimulakan cerita last weekend hari tu memang dah plan nak pi jalan-jalan.Tapi takde idea nak pi mane.Nak gi endau rompin tapi jauh sangat.My lovely husband nak kawasan yang macam hutan-hutan sikit.Nak hirup udara segar katanya.Badan dia pun tak berapa nak sihat.Oleh kerana jauh jadi ami plan nak pi melaka jer.Dekat sikit.Tapi panas pulak.Kami ni putera n puteri lilin.Jadi terus cancel.Google-google tempat menarik kat johor.Antaranya legoland.Tapi saya tak berapa teringin plak nak pi sane.Last skali jumpa blog NI  terus memecut laju ke sana.Takde la laju sangat.Kampung senibong johor.1st time tahu tempat ni.Tempat ni kalau hangpa semua nak pi guna GPS better cari permas jaya.Kalau cari senibong memang pusing-pusing la.Permas jaya senang sikit.Itu mengikut GPS sygic.Lokasi dia betul-betul di tepi laut antara singapore dan malaysia.Kalau makan kat situ memang pemandangan singapore la.Dekat jer rupenya johor dengan singapura.Tak sangka la sedekat tu.Berenang pun boleh sampai.Kalau saya tak sampai la.Terapung je atas pelampung sebab tak pandai berenang.Hahahaha.
Jadi meh layan gambar..

Jap tengah terkedu.Husband tolong basuhkan pinggan dan masukkan baju dalam mesin.Tercengang jap.........

...
...
...
...
Ok.Dia nak gerakkan otot badan.Kalau hari-hari nak gerakkan otot badan, saya goyang kaki je la.Hehehe
Dah tidor pun dia.Good nite abg..

Sambung citer balek.
Meh nak share gambar.

Ni la tempat kami pergi.Selera senibong seafood.Ade 2 3 kedai lagi sebelah ni.Jangan risau,Masa saya pergi ni pun dekat kol 7.Tempat masih banyak kosong.

Yang ni la tempat makannya.Tak tahu la nak cakap tepi laut ke or tepi sungai.Rasa macam tepi sungai jer.

Ni antara hasil laut yang ada.Boleh pilih mana yang nak.
Pilihan kami?

Ni dia....
Udang sudah pasti.Masak sambal udang.Besar-besar udang dia.Yang ni tak silap RM65.Puas la dan sangat-sangat pedas.Memang keluar air mata makan ni.
Lagi satu udang galah.Besar giler.Isi dia banyak macam makan lobster kat topspot dulu.Ni masak lemak cili.Pedas lagi.Huhuhu,Tapi serius ni puas.Harga dia pun agakla mahal.Tak silap RM75 untuk 3 ekor.

Total untuk makan ni je RM156.Kalau sape-sape yang nak pergi timbang dulu ape yang kite nak.Takut harga dia mahal.Ni pun kami dah pokai.Kalau topspot dengan harga mcam ni memang lagi untung sebab murah.Tapi ok la.Kalau topspot kena nek fligh bagai.Ni dekat je.Tapi menu masakkan pedas sangat puas hati.Yang penting dapat makan udang.Lagi-lagi puas hati.Hehehe.
Ni suasana malam.Nampak tak lampu-lampu tu.Yang tu la singapura.Memang jelas dari tempat makan ni.Orang singapura pun ramai makan kat sini.

Balek kami tidur kat johor.Esok tu baru balek KL.Sepanjang jalan highway johor ni, banyak sangat pokok diorang tanam kat divider jalan.Memang cantik la.Tiba-tiba suke johor sebab mesra alam.

Ok.Yang tu je nak share.Mane tau sape-sape yang teringin nak makan seafood leh pi sini.

Next nak pi try kat kuala selangor plak.Kat tempat kelip-kelip.Last pi sana masa darjah 6.HuHuHu

Sekian

Wasalam.

Saturday 18 May 2013

Tolong doakan saya....


Saya nak jadi isteri solehah....




Tolong doakan saya....


"Apabila seorang perempuan mendirikan solat 5 waktu, berpuasa sebulan (ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai"
(Hadis riwayat Ahmad)

Untuk anda yang sedang membaca.Saya doakan untuk anda juga.Sama-sama kita bersabar dalam menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan penuh ikhlas.Sama-sama kita berusaha untuk jadi yang terbaik untuk suami tercinta.Amin Ya Rabb.


"Wanita solehah lebih baik dari bidadari syurga"


Sekian.

Putrajaya

Assalamualaikum,

Cube teka saya kat mane?Kat rumah mak mentua.1st time kena tinggal sorang2 kat umah mentua.Husband ade training lagi.Tapi saya ok jer.Mentua sporting.Pagi-pagi lagi bangun tengok2 diorang tgh lawan game.Sweet jer.Ni tengah buat rumah untuk burung merpati diorang.

Hari nak pi nilai sat.Nak tengok-tengok kain.Tapi bukan nak cerita pasal nilai.Nak cerita pasal gi putrajaya hari tu.Semalam update gambar gi sepang je kan.Takmo cerita banyak.Meh2..nak share gambar.....

Pergi alamanda jap untuk lunch n solat.Tapi panas giler jadi kami lepak kat luar jer ni.
Ni la antara student yang pergi.
Lepas tu gi masjid putrajaya.Dah perna masuk dah.Jadi kali ni dok luar jer..
Jambatan putrajaya.
Lepas tu kami pergi sini.Monumen kebangsaan.Takde ape pun kat situ.Cume kite boleh tengok tasik putrajaya.
Ni student kami.

Itu jer.

Sekian.






Friday 17 May 2013

Muzium Automobil Nasional Litar Sepang

Salam jumaat semua,

Nak update pasal trip semalam.Kitorang pergi muzium automobil sepang.Baru tau kewujudan muzium ni.Sampai je sepang kitorang sesat.Bukan sesat ape.Dah sampai dah cume tak jumpa pintu masuk ke muzium tu.Rupanya memang kena masuk dari entrance litar sepang tu.Sangat excited bila dengar bunyi enjin F1.Tapi kami tak dibernarkan masuk sebab takde buat ape-ape surat kebenaran. Dengar pun jadilah.Lepas tu kami pergi ke alamanda untuk lunch.Malangnye satu hari alamanda takde air cond.Jadi memang kepanasan la dalam tu.Kami terpaksa keluar untuk hilangkan panas tu.Lepas tu terus gerak ke putrajaya pergi ke masjid putrajaya.Last tempat kami pergi ialah millenium monumen kebangsaan.Meh nak share gambar....


Ni la muziumnya...

Bawah ni antara kereta yang terdapat kat situ...


Ni la rupa dalam muzium tu.


Kereta buatan malaysia pun ada juga dipamerkan.

Itu jer.

Next entry putrajaya plak ea.


sekian.