Bismillahirrahmanirrahhim sebagai pembuka kata.

Selamat Datang ke blog saya yang tak seberapa ni.Bukan untuk menunjuk apa yang ada cuma sekadar untuk berkonsi beberapa cerita dan sebagai satu coretan kenangan buat diri saya sendiri dimasa hadapan.Boleh panggil saya Ain!!Umur 27 tahun (2015).Selamat berkenalan semua... =)


Terima kasih kerana sudi membaca.

Tuesday 22 January 2013

lagu untuk pasangan baru kahwin

Assalamualaikum,

Hihi..senyum-semyun sambil tulis sebab ada sesuatu yang mencuit hati saya..Hari ni nak kongsi lagu dari Tan sri dato' sm salim.Yang mencuit hati bila lagu ni saya dengar sama-same dengan suami.Itu pun secara tak sengaja terdengar lagu ni.Lirik dia memang kena sangat untuk kami yang baru kahwin ni.Comel sangat dua-dua gelak dengar lirik dia.Ada nasihat jugak dalam lagu ni.Untuk yang baru kahwin boleh dengar.Lirik dia best.....enjoy....


Dulu Lain… Sekarang Dah Lain…
Dulu Bujang… Sekarang… Dah Kahwin…
Ha, dah pun kahwin.
Kaf ha wau ya nun:
Kongsi hidup, waktu yang nikmat.
Sehari aja! Lepas tu beban ini.
Dulu cari-cari, dah dapat.
Jagalah baik-baik.
Dulu Lain Sekarang Lain
Dahulu bujang, sekarang dah kahwin
Dulu Lain Sekarang Lain
Dahulu seorang, sekarang berdua
Dulu Lain, Sekarang Dah Lain…
Wahai teruna, wahai si dara
Sekarang sudah berumahtangga
Wahai teruna, wahai si dara
Sekarang sudah berumahtangga
Binalah hidup dengan sempurna
Rumahtangga aman bah’gia
Binalah hidup dengan sempurna
Rumahtangga aman bah’gia
Penuh dengan berbudi bahasa
Ha, dulu seringgit, makan seorang
Sekarang seringgit, makan dua orang
Kalau benih baik, seringgit makan lima orang
Tapi takpa!
Rezeki anak ada!
Dulu Lain Sekarang Lain
Dahulu bujang, sekarang dah kahwin
Dulu Lain Sekarang Lain
Dahulu seorang, sekarang berdua
Dulu Lain, Sekarang Dah Lain…
Bilalah sudah berumahtangga
Habislah juga zaman muda
Bilalah sudah berumahtangga
Habislah juga zaman muda
Jangan dibuat yang isteri tak suka
Jangan meminta yang suami tak rela
Jangan dibuat yang isteri tak suka
Jangan meminta yang suami tak rela
Tentu selamat rumahtangga
Ha, ingat!
Dulu balik lambat, sekarang kenalah balik cepat
Dulu tengok orang dua mata
Sekarang tutup sebelah mata
Aman rumahtangga
Dulu Lain Sekarang Lain
Dahulu bujang, sekarang dah kahwin
Dulu Lain Sekarang Lain
Dahulu seorang, sekarang berdua
Dulu Lain, Sekarang Dah Lain….

Wednesday 16 January 2013

Doorgift kahwin - 10 jenis cenderamata

Assalamualaikum,

Kalau sebelum ni saya dah bagi beberapa idea untuk doorgift makanan.Boleh baca kat sini.Hari ni nak kongsi 10 lagi barang yang boleh diberikan semasa majlis perkahwinan.

1. Jar - Jar ni agak mahal.Saya pernah survey rm 1.90 sebotol.Belum tambah dengan isi dalam dia.Selalunya orang akan letak gula-gula, biskut atau apa-apa je yang boleh muat dalam tu.

2. Sapu tangan - Sapu tangan yang kecik tu.Kalau pergi kat kedai barangan pengantin ada yang jual bungkus.Murah je benda ni.Dalam Rm1.Tapi rasa ada yang lagi murah dari tu.
comelkan? Boleh pelbagaikan bentuk sapu tangan tu.

3. Cawan -  Selalunya orang bagi cawan yang kecil tu sebab ianya murah.Sebiji dalam Rm2.Kalau ada bajet lebih boleh bagi cawan yang ada gambar korang (pengantin).


4. Sudu mini - Sudu ni comel jer.Kalau bajet kurang boleh la bagi sudu ni.Boleh hias cantik-cantik.


5. Labu Sayong - Sepupu saya bagi labu ni.Tapi banyak lebih jadi saya pun dapat lebih.Harga dia saya tak tahu la berapa.Kalau malas nak fikir benda apa nak bagi, bagi je labu sayong ni.Tapi tak tahu kat mana ade jual benda ni.hehehe

6. Tasbih - Tasbih ni hari tu survey mahal jugak.Dia ada macam-macam jenis dan corak.Yang tu yang buat mahal tu.

7. Keychain - Keychain pun boleh bagi.Letak la kata-kata sikit.Tak pun gambar korang (pengantin)

8. Pemegang kad - Harga untuk pemegang kad ni yang saya tahu antara Rm 1.50 - RM2..Boleh letak coklat jugak.

9.Lilin - Lilin pun salah satu barang yang boleh diberikan.Sekarang lilin dah ada pelbagai bentuk.

10. Bag duit - Yang ni baru je lagi.Bag duit comel yang berbentuk piramid.Pernah jumpa untuk 1000pcs harga dia Rm 0.99.Murah jugak.Bagi yang ni je senang.Tak yah pikir yang lain.



Inilah antara barang yang boleh saya kongsi.Saya punya??Tunggu.......

Terima Kasih kerana sudi membaca. =)




Thursday 3 January 2013

Pameran Pengantin Malaysia 4 - 6 Jan 2013

Assalamualaikum,

Excited nak pergi pameran pengantin.InsyaALLAH sabtu ni akan pergi ke sana bersama suami.Nak cari mungkin ada kedai kad kahwin atau sewa baju pengantin yang murah-murah.Selalunya masa ni la diorang akan buat promosi.Mungkin pada bakal pengantin yang lain boleh pergi jugak.Banyak idea atau pilihan yang boleh kita dapat kat sana.


Jom!!!