Bismillahirrahmanirrahhim sebagai pembuka kata.

Selamat Datang ke blog saya yang tak seberapa ni.Bukan untuk menunjuk apa yang ada cuma sekadar untuk berkonsi beberapa cerita dan sebagai satu coretan kenangan buat diri saya sendiri dimasa hadapan.Boleh panggil saya Ain!!Umur 27 tahun (2015).Selamat berkenalan semua... =)


Terima kasih kerana sudi membaca.

Thursday 6 March 2014

Cara daftar perniagaan secara online di SSM (step bergambar)

Assalamualaikum,

Alhamdulillah. Akhirnya saya telah bergelar businesswoman...yeeehoooooo........

Saya daftar menggunakan online SSM. Senang je.Tak perlu gi beratur kat kaunter. Segalanya dihujung jari...Malam buat, esok pagi saya dah dapat sijil perniagaan/ perakuan pendaftaran.

Jadi sharing is caring. Meh saya sharing2.

Sebelum tu.Ape yang perlu anda tahu?

ROB - Untuk perniagaan Enterprise
ROC - Untuk Sdn bhd

Bayaran pendaftaran perniagaan baru.
Untuk pemilikan tunggal (nama diri) - RM30 setahun. Bermakna kalau 5 tahun RM30x5
Untuk pemilikan tunggal (nama trade) dan pengkongsian - RM60setahun. Bermakna kalau 5 tahun RM60x5.

Tindakan jika gagal mendaftar perniaagan ialah denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

Tolong betulkan ea kalau ade yang tersalah.

1. Mula-mula boleh bukak website ni http://www.ssm.com.my/

Anda akan ke page ini.

Click e-Lodgement di kotak warna purple tu.

2. E-Lodgement

Ini dia benda yang anda kena buat. Step by step. myPortal tu nanti saya jelaskan ape kebendanya tu.
Next. Sila klik link no 1.
3. Pendaftaran pengguna portal MyGovernment (PSP)
Sila isikan maklumat yang diberikan. Bila dah daftar untuk verify anda kena cek email. Anda akan dapat macam ni.

Next. Sila klik link no 2.
4. Pendaftaran Pelanggan SSM.
Yang ni pun kena daftar. Sila isi form yang diberi sampai la anda diminta untuk bayar RM5.00 untuk yuran selama setahun untuk e-lodgement perniagaan dan RM120 untuk e-lodgement syarikat.. Cara bayaran boleh guna credit card(mastercard dan visa sahaja) atau debit/FPX..Kalau nak guna online banking macam maybank2u boleh klik debit/FPX. Bila dah bayar anda akan dapat email ni.


Nampak tu bayaran RM5.00


Lepas je isi ni anda akan dapat page macam ni. Ni adalah page https://www.malaysia.gov.my/


Ini la dia page myPortal kalau dari website SSM. Tapi selepas daftar anda akan ke page https://www.malaysia.gov.my/ . Saya nasihatkan sila isi penuh semua maklumat peribadi supaya senang untuk langkah selepas ini. Boleh tekan 'ubah'di kotak warna purple tu. Sila cek maklumat dengan betul termasuk la tarikh lahir walaupun tadi dah isi. Yang berwarna merah tu 'transaksi'  adalah segala maklumat tentang borang yang dah dihantar/dalam proses/tidak lengkap. Semua boleh cek kat situ untuk pastikan status borang kite. Macam bawah ni.


Nampak description tu. Ade not submitted, submitted, approved. Ni borang yang anda akan isi sekejap lagi samada dah submit ke belum, nama syarikat dan pendaftaran syarikat dah di approve atau belum.
Anda boleh klik banner atas tu untuk ke page home. Bawah ni home page government..

Dalam kotak merah tu ada 'My Page' kalau nak pergi ke maklumat peribadi anda seperti diatas

Next. Sila klik no 3 di page SSM. atau myGovernment di kotak merah diatas
5. SSM- Permohonan kelulusan nama perniagaan (ROB).

Klik 'online service' kotak purple tu. Page dia memang kosong camni ea.

Sila install Adobe reader vers 8 keatas. Kalau dah ada boleh klik 'Ok'

Sila baca syarat-syarat untuk nama syarikat di kotak hijau. Ikut step yang di beri.
Klik no. 1 untuk 'Open Form'. Anda akan pergi ke page dibawah.

Isi semua maklumat. Jenis perniagaan anda kena jelaskan contoh macam online store -jual baju, kasut dan ...Dah siap boleh tekan finish.

Klik no. 2 plak. 
Lepas tu klik no. 3 'Submit' button.
Siap!!!!
Boleh pergi kat transaksi  seperti diatas untuk semak status borang samada dah approve atau belum. Kejap je diorang approvekan. Dah approve boleh pergi langkah seterusnya. Kalau tak approve kena ulang balek isi. Tukar nama perniagaan tu balek.

Selesai untuk pendaftaran nama perniagaan.

Next. Sila klik no 4 di page SSM atau kalau guna mygovernment ke gi step ni dulu.

6. SSM - Pendaftaran Perniagaan (ROB)

Klik 'Perkhidmatan Atas Talian' kotak berwarna kuning tu.

Klik link kotak purple tu.

Ikut langkah di atas. Search "ROB". Klik link no 3.

Klik.

klik.

Tekan Open form A kotak purple tu. Isi borang dia bawah. Kalau takade cawangan boleh pergi terus ke step 3.Isi borang dibawah dulu ea.


page 1
"Name approval no" tu tengok kat transaksi. Masukkan no lepas tu verify. Nanti automatik business nama kat bawah tu keluar nama perniagaan yang korang dah daftar tu. Semua maklumat dah auto isi. Just cek jer. Klik finish. Ni ada 2 page. Jadi setiap page diwajibkan klik finish.

page 2
Untuk business type tu tekan search. Anda akan pergi ke page di bawah.

Ok taip jenis perniagaan anda ape.
Ikut step. Tekan select. Automatik ape yang kita select tu akan masuk kat borang atas.

Siap tekan finish.

Anda akan balek ke page ni. Dah siap tekan submit sampai la ke proses pembayaran. Untuk pendaftaran setahun anda dikehendaki membayar RM60.00 jika menggunakan trade name. Dah bayar anda akan dapat email macam ni.

Berjaya. Cek kat transaksi balek untuk tengok status borang.

Sekarang tunggu approval dari ssm.Dah approve boleh cek email. Anda akan dapat sijil perakuan pendaftaran seperti email dibawah. 


Sekejap je diorang approve. Saya buat kol 8 malam. Esok pagi kol 8 dah dapat dah.Dah boleh download perakuan ni.

Alhamdulillah. Siap semua. Sorry panjang sangat supaya mudah untuk korang buat.

Tak larat dah nak type.

Wasalam.

128 comments:

  1. kenapa saya xboleh buka website ssm ? :-(
    mohon bantuan...

    ReplyDelete
  2. Syukur Alhamdulillah, sangat membantu..
    semoga dipermudah urusan dunia dan akhirat..
    Terima kasih.. :)

    ReplyDelete
  3. sis nak tanya, kalau daftar SSM ni ada hidden charge tak? macam cukai tahunan ke? or whatsoever?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selain bayaran yg diminta seperti diatas iaitu mcm yuran ke setakat ni sy tahu takde cas lajn yang dikenakan..cuma perlu renew lesen je klu dh tamat tempoh.yg tu prosedur lain.mungkin ade cas untuk renew.

      Delete
  4. Replies
    1. Cara bayar ada ditulis kat atas.Cara bayaran boleh guna credit card(mastercard dan visa sahaja) atau debit/FPX..Kalau nak guna online banking macam maybank2u boleh klik debit/FPX..

      Delete
  5. Hi. Saya stuck kat 'pendaftaran pelanggan ssm'. bila nak isi borang katanya 'myForm dalam penyelenggaraan. Dah tak boleh daftar online ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy tak pasti la.cuba buat lagi skali.klu still dapat yang sama mungkin mmg dlm penyelenggaraan..klu nk confirm kne call ssm sendiri....sy nk tolong tgk tp website mygoverment tu xleh bukak..loading memnjang.sori ea..

      Delete
  6. salam, nk tnye, utk elodgement tu, kene bayar rm5 or rm120?

    *tlg reply yg ni, yg tadi lupa buat notify me* TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini yang sy faham. Rob untuk perniagaan iaitu klu en nak guna enterprise. Roc untuk syarikat. Ni kalau nak guna sdn bhd. Jadi bayaran rm5 untuk daftar rob dan rm120 untuk daftar roc. Jadi step yg sy tunjuk kat atas ni utk rob sbb sy guna enterprise. Beza enterprise dan sdn bhd en boleh baca kt sini http://ca2advisor.blogspot.com/2014/01/perbezaan-syarikat-sendirian-berhad-dan.html.

      Delete
  7. salam dear. thanks for this guideline, really helpful. i nk tny, i da buat bayaran rm 5 tu n dah dpt email confirmation. tp bile nk isi borang approval of business name tu die kata suruh register as subscriber seolah2 yg sy submit tadi tak approve. bile tgk kt 'transaksi' yg kt tepi kiri tu, die tulis ssb sucriber registration tu not submitted. mcmane eh camtu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba tgk kat atas step pendaftaran pelanggan ssm. Gambar ke 3 yang ada transaksi utk subscriber sy pun not submitted..lepas tu successful. Sy lupe samaada saya buat balek atau mmg org ssm tu yg approved.sbb klu business name approval tu kena tunggu org ssm yg approved. Tapi saya rasa sy buat balek..sorri dh lupe dah ape yg sy buat.cuba buat balek....

      Delete
  8. salam puan..kalau sy klik link no 2, akan kuar page mygov..so sy kna klik myforms..utk lengkapkan dan hantar borang ye..kemudian bru la smpi ke step yg lna byr tu...betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seingat saya sepatutnya kalau klik no 2 terus keluar form.jadi boleh terus isi sampai dia suruh byr rm5. Tapi sy baru cek myform tu dlm penyelenggaraan.rasanya tak boleh nak isi. Minta encik confirmkan dgn ssm..mungkin tak boleh daftar online buat masa ni.

      Delete
    2. ok tq puan..will try again

      Delete
    3. hampir siap..sok nk byr rm60..harap2 lulus..tq skali lg..puan pnah wat current account utk company x?? boleh share??

      Delete
    4. Sy tak pernah buat acc utk company lg sbb company kecik je..nnti klu sy ade niat nk buat sy share ea...

      Delete
  9. apa maksud tarikh mula beniaga? nk kena tulis tarikh masa hari daftar ke atau tulis bila2 masa yg kan dtg?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tarikh encik start pniagaan tu.cth klu start bln lpas tulis tarikh bln lpas. Letak je tarikh ape2 sbb sy rasa klu buat tarikh akn dtg x boleh.. kalau encik x start lg pniagaan encik tulis tarikh hari ni..itu yg sy tau la. Mnta maaf klu salah.itu seigg sy masa daftar ni...

      Delete
    2. saya tulis tarikh semasa... tetiba dapat email kena kompoun rm 500.. kenapa pula? salah mana pula?

      Delete
  10. Terima kasih. Info yang sgt berguna.

    ReplyDelete
  11. Bila dia minta Rm 5 untuk bayar tu? And kenapa time nak buka form je dia tulis please register as ssm user before using this service? Pening dahh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Encik dh daftar sbg pengguna ssm ke blm?step no 4 atas skali sbb lps daftar tu baru dia minta byran pndaftaran rm5 tu.lps je byr automatik akn masuk kt page www.malaysia.gov.my..tp klu dh daftar still kluar mcm tu tp dia dh pergi kt malaysia.gov.my en boleh cek status kt "transaksi" tgk samada dh successful or not...

      Delete
  12. MINTA YG KOMEN KT SINI YANG TANYA SOALAN DAN BERJAYA BUAT MINTA SHARE SUPAYA ORG YG ADE MASALAH YG SAMA BOLEH TAHU JGAK NK SELESAIKN MCMANE. JADI BOLH SALING TLG MENOLONG SBB SY PUN BGTAU APE YG TAHU JE..

    ReplyDelete
  13. as salam sis..bila sy masuk kt lodgement trs masuk portal myGovernment..
    sy try masuk kt no 4 tu trs masuk form kt portal myGovernment..xde mnta byr pe2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg ni dh sampai step yg mane?sorry sy pn confuse dgn step sy buat tu..huhuhu.klu smpai pndaftaran ssm tu patut lps isk form baru dia mnta byr.klu terus masuk page mygoverment tu cuba cek status kt transaksi belh kiri..dia akn tulis dh daftar ssm ke belum.klu xde kt list transaksi tu try buat balek.....

      Delete
    2. dia akan mintak dua kali bayar..
      pertama lepas isi borg SSM subscriber registration - RM5
      kedua lepas isi borg pendaftaran perniagaan (ROB) - RM60 utk setahun.

      Delete
  14. Salam SIS kalau nak renew lesen perniagaan boleh online juga ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak renew lagi tapi sepatutnya boleh. Cuba tengok pic ke 2 dari atas bahagian ROB ade link permohonan pembaharuan pendaftaran perniagaan. Saya google pun ade yang renew online. Pergi link tu isi form nnti dia suruh bayar renew utk berapa tahun yang anda nak.

      Delete
  15. Salam sis, nk tny..dekat sijil bahagian bawah skali bertarikh di tu tulis kuala lumpur ka kalau buat online ni...

    ReplyDelete
  16. dah cuba beberapa kali tapi mash tak dapat. daftar msia.gov tu dapat. mula2 dapat log in tapi pas tu dah xdapat... boleh tolong tak...? nak gi ssm jauh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dh dapat ke?dh verify email ke?dia ade tulis x error ape2 yg mnyebabkn xleh login?sy kurg pasti knape x boleh sbb xnmpak ape yg salah....

      Delete
  17. salam..nak tnya..kenapa bila sy nak isi form subscriber tu kan,sy x boleh nak taip apa2..dia jadik macam form tu kena print/save..nak click apa2 kt form tu pn mmg x bole..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guna browser ape?takut masalah kt browser.try guna ie....

      Delete
    2. saya pun jadi mcm sis ni..tak boleh isi pape kt form subsriber tu..mula2 guna mozilla firefox tak boleh..buat guna internet explorer pun tak boleh isi pape..adehh

      Delete
    3. Sorry saya tak tahu la kenapa sbb saya ok je guna ie. Minta kol ssm tanya. Mubgkin diorang boleh tolong.

      Delete
  18. Good info. Sy pn dlm proses nk dftr bisnes.
    jemput jengok blog sy www.simplyrentbyeachother@blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga berjaya utk daftar.in shaa allah akn dtg kunjung.....

      Delete
  19. Salam Hi, nk tnye knpe ehh sy punya tk kuar ponn utk payment RM5 tuh ? Sy dh ikut step by step dahh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba tgk kat transaksi di mygov punye website registration ssm subscriber dah successful ke blm. Klu blm try isi form tu balek. Sepatutnya lepas register dia akan terus suruh bayar rm5 tu....

      Delete
  20. salam.....
    saya nak tanya...sy dh register pada hari jumaat...dh bayar rm 5 .......
    dh isi borang...letak nama kedai............dh submit.........
    dari hari jumaat sampai skg....sy semak transaksi......masih dalam IN PROGRESS....
    memamng nak approve tu lambat ker........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Byr Rm60 dh ke?diorg akan approve waktu keje.sy buat mlm pagi tu dah approve..

      Delete
  21. Assalamualaikum.. nk tanya.. nak byr utk rm5 tu bila sy open form tak boleh baca.. boleh tahu tak guna browser apa?? Pening da mcm2 download pon tak leh baca file tu. Jenis file aspx?.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya guna internet explorer..... tak pasti la kenapa kalau tak boleh baca. Cuba kol ssm.mungkin diorang boleh tolong.....

      Delete
    2. Kena pakai Internet Explorer. Saya pakai Chrome memang tak boleh baca form.

      Delete
  22. Salam nk tnyee. sy dh smpai dkt pndftran perniagaan tuhh.. semuaa sy dh isi .. tp knpe butang submit tk boleh tekan yee ? Dia kaler kelabu lg ? Ade ape2 yg belum sy isi ke ??? lg satuu document ape yg kne letakk ?? tq,, harap sudi jawab :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dokumen ape kna letak?mksudnye?cuba cek kt transaksi ape yg dh success....

      Delete
  23. Assalam...

    Nape u buat macam senang je...sy buat x jadi2...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Tak srnang pun masa buat mula2.byk try n error.benda ji x boleh buat sy buat lg sekali smpai success.kdg2 wrbsite ni lembab kna tunggu pastu x buat buat lg.kna byk kali cuba.

      Delete
  24. hi. saya baru nak mula berniaga online. adakah pendaftaran ini menyebabkan kita perlu membayar tax? tq...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy kurang pasti la mengenai tu.tp klu enterprise pemilikan tunggal. Jd cukai atas individu tu sendiri....boleh rujuk sini http://www.hasil.gov.my/goindex.php?kump=5&skum=2&posi=5&unit=1&sequ=1 atau http://ca2on9-tax.blogspot.com/p/blog-page_11.html

      Delete
  25. salam hai tuan rumah hihi
    nak tanya, saya dah bayar yg RM5 tu then dapat email payment dah approved
    lps tu web tu loading lama gila. then saya semak dekat ''transaksi SSM''
    dia tulis not submitted. apa maksud tu ya?
    dan kenapa saya x ada kena isi nama perniagaan dan rm60 tu?
    pening betulll .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takut dia stuck masa loading lama tu, tu yg x submit tu..klu cmtu cuba wat step 5 permohonan kelulusan nama perniagaan..klu x boleh kna kol ssm la sbb takut klu buat balek semula nnti kna byr rm5 tu balek.....

      Delete
    2. aah. same here. NOT SUBMITTED pulakkk. T____T

      Delete
  26. Apa beza rob n roc? Jd dropship kne dftr jgk ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh rujuk sini. http://www.1syarikat.com.my/perbezaan-antara-syarikat-sdn-bhd-dan-perkongsian-milikan-tunggal.. klu utk dropship logik akal saya kata sepatutnya kena sebab still berniaga..tp berniaga atas nama produk org lain.tp mnta kol ssm untuk kepastian....

      Delete
  27. assalamualaikum puan, mmg byk membantu tp sy cuba drp semalam x dpt2 lgsg...lain drp yg ditunjukkan dan form ROB tu kena isi manual ke then scan ke . Pls advise .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam....semua form kna isi online.x perlu scan or print. Kdg2 form tu yg x boleh nk isi. Jd cuba guna internet explorer ver 7.0 and above atau mozilla firefox..

      Delete
  28. Kalau dropship kena pilih ROC atau ROB?

    ReplyDelete
  29. Slm.hai yunk.im a newcomers ni bsness field.hpe u can help me dear.sy on9 bisnes..sy perlu dftr bwh undr rob/roc?

    ReplyDelete
  30. salam. sy dah daftar tapi xdpt emel pngesahan mcm mana ye

    ReplyDelete
  31. Saya dah berjaya daftar tp kena compound sebab lewat daftar. alasan tarikh memulakan perniagaan sy pada 23/12/2014. saya mendapat kelulusan perndaftaran perniagaan pada 23/12/2014 lbh kurang pkl 4 dan sy terus isi borang pendaftaran perniagaan pada hari yg sama pkl 5 lebih.. kemudian sy mendapat email kompoun rm 500 sebab lewat daftar.. lewat yg mcm? sedangkan tarikh yg di beri 30 hari dari tempoh kelulusan pendaftaran perniagaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy rasa ada masalah kat tarikh mula perniagaan tu.xpasti la. Xpernah dpt situasi mcm ni. Cuba kol ssm.

      Delete
  32. salam. sis saya masih xdpt verification email since dri smlm dah daftar.. minta tolong ye.. tq :)

    ReplyDelete
  33. saya tersekat di semasa nak dafta subcribe ssm. macam mana ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu boleh gi kt page yg ade transaksi tu try cek status kat situ...

      Delete
  34. mohon pencerahan...ssm ni dftr untuk 1 perniagaan online atau boleh utk sume online?
    mksd sy, klu sy ad page kt instagram n facebook.
    sy kne dftr ssm 2 kali o skali je?
    tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu kt insta n fb guna 1 nama perniagaan, daftar sekali je...klu lain2 nama perniagaan kena buat byk kali...

      Delete
  35. terima kasih byk2..akhirnye setelah 3 hari selesai gak ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..memang kena byk kali try n error buat bnda ni....byk masalah klu isi online ni.sama2....

      Delete
  36. sy xdpt nak search business type masa nk isi form a. knp ye? dah restart laptop. dah tukar browser

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy x igt la form tu mcmane.klu business type tu gna popup kna on popup dulu....klu x boleh cuba guna browser lain2..

      Delete
  37. huhu dah try tapi tak jadi. lepas verify email n klik link "click here" terus pegi my portal tapi tulis tiada data. tak paham dan sedang cuba lg ni. huwaaa tension

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba refresh balek page myportal tu.sy pun byk kali cuba...mmg kna byk sabar.....gud luck.

      Delete
  38. saya tak tau macamana nak bayar ni.

    ReplyDelete
  39. nak tanya, masa nak isi borang pendaftaran perniagaan tu, no. kelulusan nama tu camne nak tahu ye ? nak semak di mana nombor tu ? xde dpt pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dh wat permohonan nama syarikat ke blm?klu blm buat dulu.tunggu ssm approve baru boleh daftar syarikat.no kelulusan tu klu ssm dh approve gi kat myportal lepas dh daftar pelanggan ssm gi kt transaksi..kt situ ade tulis no kelulusan. Ikut step satu persatu kt atas ea,,,,

      Delete
  40. sebelum tu dah buat permohonan nama syarikat n dah approve dah. cuma xtau yg no.kelulusan nama tu rupanya kena letak no.reference. hehe. xpe, dah selamat semua alhamdulillah. dah approve n dpt lesen dah on that day jugak. x smpai sejam kot submit dah approve. terima kasih ye entry ni sgt membantu sy walaupun byk kali juga try n error. tak cuba tak tahu hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..kan.kan.mmg kena wat byk kali. Tension gak.tp klu sabar in shaa allah boleh...

      Delete
    2. kenapa semua orang menunggu approval less than one hour? iolls dah masuk hari ketiga tak approve lagi T_T stress sangat :3

      Delete
    3. Dh byr rm60 la kan?email byran dh dpt?cer tgk kt transaksi status dia ape..klu nk lebih selamat kol terus ssm sbb klu dh byr nk buat balek nnti tba2 approve rugi plak duit tu..klu confirm rm60 tu x byr lg leh cuba wat balek..

      Delete
    4. La yeke.klu cmtu try isi balek borg kelulusan nama tu..sepatutnya kjp je dh approve..

      Delete
    5. dah lulus kak. but kan, ni saya pening nak isi pendaftaran lak. tarikh mula tu harini ke camne ek? sebab ada baca kat ruangan komen macam ade yang kene kompaun 500 hengget :3 omg

      Delete
  41. Terima kasih atas info2 yg sis kongsikan kat sini. saya ni just dropship agent jer... kadang2 pening juga nak isi boring.. haha... baru jer dh submit permohonan daftar perniagaan ROB.. yang saya pelik napa kat jenis perniagaan tu takda tertulis jual atas talian or online business? feeling curious la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. sy pun jual online jugak.mybe diorg x update lg system tu kot.xpe.asalkan kte dh daftar.okie.sama2....

      Delete
    2. Huhu....pendaftaran sy dh bjaya.. skrg boleh la jual tanpa rasa was2 lagi.. tq ya sis

      Delete
  42. seigt akak xleh wat tarikh hari ni.kena buat tarikh sebelum ni. Mcm 3 hari or seminggu seblm nk ke..tp x berani ckp sbb akak masih x paham sgt pasal tarikh tu smpai ade kna denda tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa saya daftar hari tu contohnya tarikh hari ni 30/1/2015 kan? Saya letak tarikh memulakan perniagaan 1/1/2015.. nasib baik lah x kena kompaun.. mungkin kna daftar perniagaan dlm masa sebulan kot selepas mulakan perniagaan

      Delete
    2. Terima kasih atas pengkongsian..sy pun x igt buat tarikh bile....

      Delete
  43. untuk mendaftar perniagaan anda di SSM, Kementerian Kewangan dan CIDB saya syorkan pergi laman web ni www.daftarsyarikat.biz , diorang tolong buatkan dari a-z , dapat percuma koleksi kertas kerja, senarai badan pembiayaan dibawah agensi kerajaan untuk dihubungi dan contoh template profail syarikat(senang kita tinggal nak key in maklumat je kat dalam profail tu) . kalau pergi sendiri pun boleh cuma tinggal renyah je la nak beratur pastu nama tak lulus kena pergi balik dah satu kerja plak, duit minyak lagi...yang ni saya just melalui facebook je dgn admin dia untuk berinteraksi secara on9...lesen saya sehari je diorang siapkan. Lepas tu kendian2 kalau ada apa2 yang u all tak faham pasal perniagaan dan ingin bertanyakan maklumat lanjut ada live support di yahoo messenger, skype, facebook dan gtalk dengan whatsapp dan viber.

    ReplyDelete
  44. Pendaftaran mesti buat waktu operasi sistem ka..or bila2 masa..mlm n hari2 mggu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila2 boleh buat cuma approval dr pihak diorg, diorang hanya akan buat waktu bekerja.cth isi2 maklumat mcm atas ni hari sabtu.setel isi tinggal nk approve dr diorg. Hari isnin or selasa baru diorg approve.

      Delete
  45. assalam,,

    saya sdg ikut step 1 skrg,, masuk step ke 2, page error,,nape ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah satu sebab prob kat internet.buat ni internet kna laju.kdg2 tu dia loading lama sgt pastu page error.Yg keduanya page tu yg ade problm..jd klu mcm tu try buat lagi dan lagi dan lagi....bkn sy sorg yg adib sorg je yg mcm ni.sy n readers yg komen kt atas ni pun ade yg kena try byk kali....gud luck ea.

      Delete
  46. Nak tnya lah kenapa lepas klik "rob" tu xleh nk sumbit...klik dkt openform pstu nk klik "finish" tu cmne?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro turbo try guna internet explorer..kdg2 isu sbb browser.....

      Delete
  47. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry tertekan delete...yup reference no ambik kt transaksi di myportal...

      Delete
  48. salam...sis nak tanya...sy dh buat pendaftaran tu tp xde keluar utk pembayaran rm5 tu...terus ke my portal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni mesti dh berjayakan.sorry la x jenguk blog....

      Delete
  49. Hehe, Nak cerita mana tahu dapat bantu sapa2 yang tengah ada masalah.

    24mac2015,
    stuck dekat Langkah 3, tak leh nak buka form sebab dia kata saya tak daftar lagi SSM subscribe, padahal dah log in dan dah bayar RM5 dah pun. Kita ni tak boleh duduk diam, RM5 besar nilai nya. So terus call SSM minta bantuan. Tapi saya disuruh hantar emel di enquiry@ssm.com.my kena printskrin problem dan ceritakan masalah. Dalam 3jam baru dia orang reply emel tu. Saya terus isi borang cepat2 masa tu dalam pukul 11 pagi.

    25mac2015
    Cuba buka balik borang nak isi ROB, alhamdulillah dah ok. Dan dah dapat send. Berjaya masa pukul 3petang. Tiap 1 jam tengok dah approved ke belum. Sampai pukul 5 dah give up nak check.

    26mac2015
    Aiyakkk. Sekarang pukul 4petang. Dari semalam ni dah 24jam masih lagi in process. Sekarang ni masih lagi menunggu dan laman web diorang tengah busy pulak. krik krik krik

    btw thanks for this tutorial dan sangat membantu.

    Semoga Allah kasi kekuatan pada saya dan pada yang tengah cuba nak daftar jugak heheheh.

    aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks sbb share.mmg dpt bantu pun yg lain..kna try n error.kdg2 bkn salah kte,prob kt page diorg jugak...tq ea.....

      Delete
  50. Terima kasih di atas penerangan secara terperinci! Sangat membantu!

    ReplyDelete
  51. assalam
    sya dh lps step 1 bila nak ke step 2 kenapa x blh ye?
    dia keluar laman saya je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.step 1 yg mane sis? Sis dh daftar ssm subscriber..klu blm gi kt page ni http://www.ssm.com.my/en/eLodgement-services .kt atas ade cara2nye..klu dah daftar sis kna bgtau stuck kt mne...,.

      Delete
  52. dah siap link 1 tpi nk dftar link 2 trus kluar kne login portal rsmi krjaan..mcm mane??

    ReplyDelete
    Replies
    1. dh cuba login yg en daftar link 1 tu?klu x blh en try daftar link 2 sbb ade 2 kali pndftaran.1 ssm 2 mygov...dua2 ni kna daftar.

      Delete
  53. Terima kasih atas perkongsian. Saya nak tanya, total untuk pendaftaran ssm secara online ni berapa ya. Terima kasih lagi sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung pd nama perniagaan sis
      Nama sendiri =RM30 setahun
      Nama trade=RM60 setahun
      Fee pndftaran ssm = RM5

      Delete
    2. Terima kasih atas jawapn sis. Contohnya, saya nak buat nama perniagaan menggunakan nama trade, total pendaftaran ssm online yg perlu saya bayar ialah RM60 + RM5 = RM65 la kan sis?

      Delete
  54. thanks sis atas info..saya pun tengah mencari info untuk nak daftar dengan ssm.. Harap-harap tak de masalah nak daftar ni.

    ReplyDelete