Bismillahirrahmanirrahhim sebagai pembuka kata.

Selamat Datang ke blog saya yang tak seberapa ni.Bukan untuk menunjuk apa yang ada cuma sekadar untuk berkonsi beberapa cerita dan sebagai satu coretan kenangan buat diri saya sendiri dimasa hadapan.Boleh panggil saya Ain!!Umur 27 tahun (2015).Selamat berkenalan semua... =)


Terima kasih kerana sudi membaca.

Thursday 26 February 2015

Menyelongkar barang di lazada.com.my

Assalamualaikum,

Fuhh hari ni baru selesai nak buat entry setelah banyak kali selongkar page lazada tu. Banyak sangat yang ingin dimiliki namun 5 barang sahaja yang saya teringin beli.

Kat page lazada tu ade beberapa ketegori yang diorang sediakan. Jadi mudah la nak cari barang ape yang kita nak. Salah satu kategorinye ialah toys, kids and babies.

Bila ada anak kesayangan kami nurul jannah safiyyah semua barang untuk dia kami nak beli. Sebelum ni baby cot dia pun kami beli kat lazada. Boleh tengok entry ni balek. Murah berbanding dengan harga kat luar. Hari-hari plak tu ada diskaun. Pokai duit walid jannah rambang mata umi tengok barang-barang kat lazada ni.

Kali ni pun ade 5 barang untuk jannah yang umi teringin nak belikan....
Jeng jeng jeng.....

1.


Baby Neck Float Ring. Umi dah bercita2 nak jannah pandai berenang seawal 6 bulan. Dah suruh walid ready untuk ajar jannah. Jadi benda alah ni amat-amat la diperlukan.

2.


Baby Developmental Play Tent Mat
Sekarang jannah dah start menggunakan pancaindera dia. Suka tengok kipas. Kaki dia gerak-gerak pun dia tengok jugak dengan muka pelik. Tu kaki awak la jannah.huhuhu. Jadi play tent mat ni akan membantu perkembangan dia untuk kenal anggota badan dia dan menggunakan pancaindera dia sambil baring-baring atas mat tu.

3.


Baby walker. Kaki jannah dah kuat maybe sebab badan dia besar jadi badan dia cepat kuat dari budak sebaya dia. Kalau kita pegang dia untuk bagi dia berdiri, dia akan angkat kaki dia berjalan ke arah kita. Jadi sikit masa lagi dah boleh dah dia guna walker ni.

4.


Baby carrier. Baru ni beli untuk jannah. Tapi tersalah beli. Kami beli jenis crotch baby carrier. Jenis ergo macam ni baru sesuai untuk baby.

5.

Baby bath tub. Bath tub jannah dah tak muat. Kaki dia panjang dah. Jadi better ada yang baru. Senang nak mandikan.

Tengok muka jannah. Memang wow la klu umi belikan kan?hihihi

P.s sekarang kalau nak beli ape2 lazada adalah rujukan pertama sebab kebanyakkan barang-barang kat situ murah-murah belaka dan hari-hari ada diskaun.... wow..



You can check out the products at Lazada This post is an entry for the ShopCoupons Blogger contest. Being hosted by ShopCoupons. Lazada voucher sponsored by Lazada Malaysia.

Monday 16 February 2015

Romper cheongsam untuk baby

Assalamualaikum,

Weekend baru ni saya ikut husband pi kuantan. Masa nak gi makan uncle jack kat giant kuantan tu ternampak la berderet baju cheongsam budak2. Mahu tak rambang mata tengok kecomelan baju2 tu. Dengan merah menyala. Jadi lepas makan tu terus ajak husband gi tengok jap kalau2 ada baju untuk jannah. Seriusly umi dia ni yang terlebih excited nak beli. Cari punya cari takde untuk baby. Semua 1yr above. Sedih. Tapi tak putus asa cari jugak. Kebetulan masa cari tu ade sorang chinese ni pun tengah belek2 baju kat situ. Tak lama tu dia bagi ni baju size baby. Warna pink. Tapi saya try lagi cari kot2 la ade warna merah. Lepas tu auntie tu kata sudah takde la size baby. Satu tu jer. Rupa2nya dari tadi dia tak beredar dari situ sebab dia pun tolong cari jugak kot2 ade yang lain. Tq ea auntie carikan sama2. Jadi memang tinggal sehelai je size baby. Romper cheongsam. Rezeki jannah. Actually ni la 1st time tahu cheongsam pun ade yang jenis romper. Cantik sangat cheongsamnye. Geram tengok. Raya cina nanti baru bagi jannah pakai bila nak balek umah nenek2 kat kl tu. Tak sabarnye nak tengok. In shaa allah nanti saya share gambar jannah pakai cheongsam..


Ni dia cheongsam nye. Comelnye baju ni.

Belanja gambar lagi.




Itu jer.

P.s Rambut jannah pendek lagi takleh nak wat sanggul. Jadi jannah pakai headband jela. 


Wasalam

Friday 13 February 2015

Hadiah giveaway dari blogger vitaminhouz.com

Assalamualaikum,

Seperti yang sedia maklum, saya de bagitau baru2 ni de barang rahsia sampai kat rumah. Tu la dia hadiah menang giveaway special mama & bayi yang dianjurkan oleh blogger vitaminhouz.com kak mashitah. Menang 1st prize hadiah super duper awesome. Ni la hadiah paling mahal yang pernah saya menang sepanjang berblog ni. Saya dapat hadiah breast pump autumnz. Saya nak ucap alhamdulillah di atas rezeki ni dan kepada kak mashitah yang telah memilih saya sebagai pemenang. Memang best sanagt breast pump ni. Sangat2. Tak tahu dah nak cakap camne. Nanti la in shaa allah saya buat review pasal breast pump ni ea.



Okie. Itu jer....

Wasalam

Thursday 12 February 2015

Giveaway 7 HARI by Syira Lokman

Assalamualaikum,


Tamat 16 Feb 2015

Sunday 8 February 2015

Sudah sampai. Apakah ia?

Assalamualaikum,

Alhamdulillah barang yang ditunggu2 dah sampai.yeehooo... Tapi tak bukak lagi. Nak tunggu husband balek bukak sama2 dengan dia. Nanti saya share ea.


:)

Friday 6 February 2015

Buka akaun tabung haji untuk bayi baru lahir

Assalamualaikum

Rabu lepas husband cuti. Macam2 benda kami setelkan. Gi tukar ic baru, gi maybank tukar alamat dan nak masukkan duit syiling tabung tapi mesin kira duit syiling tu tak boleh guna. Dan kami gi bukak akaun tabung haji untuk jannah.

Sumber google


Masa orang lawat jannah, diorang ade la hulur2 duit untuk jannah. Jadi duit tu la kami simpan dalam akaun baru jannah. Baru tau yang kat tabung haji baby pun leh wat akaun. Takde syarat umur. Hari ni jannah dah 53 hari. Kecik2 lagi dah banyak duit jannah ni..

Jadi sape yang nak buat senang je. Bawak sijil kelahiran anak atau mykid. Pastu isi borang buka akaun gi kaunter siap. Kalau tabung percuma tu ade stok dapat la korang tabung tu. Tadi takde stok jadi tak dapat la jannah tabung tu. Nanti nak tuntut jugak. Hihihi

Ni gambar baru jannah...


Okie.itu je.
Wasalam


Thursday 5 February 2015

Kes buang bayi. Baru saya tahu perasaannya..

Assalamualaikum,


Saya tak tahu la ni gambar bila tapi bila ada anak ni baru tahu perasaan tengok gambar ni macamane. Ya Allah.. tak dapat bayang perasaan ni. Rasa nak nangis. Dulu sebelum ade anak sedih memang sedih tapi bila dah ada anak ni perasaan tu lagi mendalam. Tak dapat bayangkan kalau jannah kena macam ni. Tak sanggup. Sampainya la hati buat macam tu. Kesian baby tu tak berdosa. Sampai dalam longkang diorang sanggup buang. Kejamnye la..

Ya Allah sayang kat anak saya ni. Sedangkan dia muntah pun boleh nangis ini kan pulak diperlakukan macam baby2 yang tak berdosa tu. Tak tahu dah nak cakap. Kenapa la diorang tak sayang baby secomel tu. Suci. Takde dosa ape lagi. Kenapa la sanggup buat camtu. Tak sanggup tengok dah.. kesiannya budak tu. Tak tahu hidup ke tak. Sampainye la hati....


Saya sayang anak saya sangat2.....

Wasalam.

Sunday 1 February 2015

Baju kurung cantik2.HOT SELLING. Limited Editon.Mai tengok2 dulu...

Assalamualaikum,

Special Color BLOCKING AYUNI (CBA )
LIMITED edition : mATCHING bERSAMA kAIN cREEPE sILK design Abstract.
Ukuran Mini Kurung dengan Lipat BATIK depan .
MATERIAL Baju dari Jenis : Valentino Crepe : Hot Selling Fabric
** GAMBAR / COLOR BAJU DI PATUNG ADALAH 90% REAL COLOR






Baju Kurung Pahang Pesak Gantung - Khazanah Budaya Busana Tradisional.
Kurung Pahang deengan kain SUSUN TEPI
Bercorak abstrack di Kaki Kain dan Lengan
Material Kain : Galaxy Printed Silk .
Material Kain yang Silk yang lembut tapi tahan lasak .
SAIZ SS, S , M , L, XL
LIMITED EDITION !! 8 code Design Sahaja .




Berminat boleh WhatsApp laju2 kat no ni 019 3738658 atau PM kat fb ni https://www.facebook.com/einia88