Bismillahirrahmanirrahhim sebagai pembuka kata.

Selamat Datang ke blog saya yang tak seberapa ni.Bukan untuk menunjuk apa yang ada cuma sekadar untuk berkonsi beberapa cerita dan sebagai satu coretan kenangan buat diri saya sendiri dimasa hadapan.Boleh panggil saya Ain!!Umur 27 tahun (2015).Selamat berkenalan semua... =)


Terima kasih kerana sudi membaca.

Thursday 12 July 2018

Trip ke Hatyai Thailand Part 3

Assalamualaikum,

Habis dah cerita kat hatyai tapi ni kite buat penutup.Terlebih rajin la pulak.hahaha

Ni tips atau perkara yang korang perlu tau kalau malas nak baca part 1 dgn part 2

1. Beli tiket padang besar - hatyai boleh guna rm/baht. 50 baht atau rm7 utk seorang
2. Perjalanan 30-40 minit. Naik train yg boleh bukak tingkap tu.Train zaman dolu2.Kat malaysia xde dah train gini.Nak merasa leh la gi hatyai
3. Tak dinasihatkan ambik teksi sebab mahal.Ambik tuk tuk atau grab.Tuk tuk tempat2 yang kami pergi dia cas 100 baht.Tuk tuk ni boleh muat dalam 8 -10 orang. Grab cas 85 baht.Lagi murah Jadi hari kedua tu memang kami naik grab je sebab murah dan lagi selesa
4. Nak cari agensi pelancongan yang boleh bawak korang jalan2 kat hatyai boleh cari kedai2 depan2 stesen keretapi tu.Tapi nak lagi murah google la kat blog2 yang ade share.Ade pakcik tu cakap nak jalan2 1 hatyai paling ok RM100.Kalau lebih tu kire mahal.Tak yah ambik.
5. Hatyai ni kalau nak ikut tak banyak sangat tempat menarik (boleh google ye). Tempat yang sesuai untuk budak2 lagi la takde. Ermm kesian la mak pak je berjalan.Anak bosan je mengikut.huhuhu
6. Hatyai x sesuai nak shopping sebab harga kat sana lebih kurang je kat malaysia.Kalau shopping kat indon ok sebab jutawan kat sana.hehehe
7. Hatyai paling syok makanan dia.Wajib try pulut mangga (mangga manis2), ais krim kelapa, murtabak pisang (ni my mum punye lg sedap tp popular kat sana), sana popular dgn air teh.Durian. (kalau ade lagi blh tambah kat komen)
8. Kat sana susah nak jumpa roti ye.Kat 7 eleven pun xde roti langsung.Tak mcm kat sini.Jadi kalau nak lapik perut tu korang kena cari biskut atau koko crunch.
9. Kedai2 jual makanan pastikan ade logo halal
10. Asean market sesuai bawak stroller.Tapi nak makan level 2 tak boleh bawak stroller sebab naik guna tangga.Tapi jangan risau.level bawah pun ade kedai makan tapi x besar mcm level 2.Tapi ade la jual nasi2 kat situ.Nak makan sedap murtabak pisang, pulut mangga, kerabu mangga, rojak buah ke semua level 2.Suh la suami korang beli jap kt atas pastu makan kat bawah.Ni utk yg ade stroller.
11.Bp grand hotel dan lee garden hotel nak ke stesen keretapi jarak dia lebih kurang je.Walking distance.Jadi kalau nak jalan kaki pun boleh.Tengok maps.
12.Suggest hotel terbaik area lee garden.Sebab banyak makanan halal kat situ dan shopping mall.Banyak je hotel2 bajet area situ.
13. Sebelum naik tuk tuk tanya harga dulu.Kalau nak jimat boleh compare tuk tuk dengan grab mana lagi murah.
14. Pastikan korang pergi bukan pada musim hujan.Kalau x, dok hotel je la jawabnye
15. Kalau penjual area lee garden tu boleh jugak cakap bahasa melayu.Tapi kat festival hari raya tu sorang pun x pandai cakap bahasa melayu dan x paham bahasa english.Jadi korang akan cakap macam ayam dengan itik.Tak pun guna bahasa isyarat.
16. Sape allergik seafood siap2 la bawak ubat.Korang lalu depan gerai udang goreng confirm terliur.Takkan tengok je.hehehe.
17. Pastikan bawak baju yang tak perlu iron sebab kebanyakkan hotel kat situ x dibenarkan iron.
18.Channel tv kat sana ade tv3.Boleh la paham.Yang lain cakap thai.
19. Banyak kedai area lee garden atau sepanjang jalan situ ade sediakan perkhidmatan urut kaki.Penat2 jalan boleh la mengurut.Harga x ingat
20. Fast food restaurant macam kfc ke mcd ke x halal ye.Boleh google.Kami google kalau ade halal pun area bangkok.Hatyai xde.

Ade nak tambah boleh tambah kat komen ea

Kesimpulannya.Syok sebenarnya pi jalan2 ni.Melihat negara orang selain menimba pengalaman.Tapi pastikan rancang trip anda dengan betul supaya dapat jelajah semua.Kalau macam kami main redah je.Nak melawat kawasan.Hahaha.Lepas2 ni boleh gi lagi. Inshaa Allah next pi kundasang plak.Kalau rajin kite share ea.

Tq

Semoga membantu.

Trip ke Hatyai Thailand Part 2

Assalamualaikum,


Ok kita sambung ea.Nasib la rajin dtg awal. 🤣🤣

2nd day
Bangun2 je terkejut tengok muka suami.Muka dia kembang uolls.Semalam kan kami ada makan udang goreng.Suami kena gegata.Satu badan ye. Dia kata malam tadi x tido sebab gatal sangat.Dia dok bilik air sebab taknak ganggu kami tido. Saya perasan jugak dia pi toilet tu lama giler.Ingatkan dia membuang.Rupanya dia gatal.Tapi dia kata pg tu ok sikit klu compare malam tadi sebab dia stop garu.Lagi garu lagi teruk.Suami saya 1st time kena gegata ni.Dia bukan la allergik pd seafood.Tapi tak tau kenapa boleh jadi gitu.Alhamdulillah.Saya dan jannah tak kena.Jadi saya bg suami tido.Sebab dia x cukup tido.

Lunch
Kol 2 kami keluar.Kembang kat muka husband makin surut.Tak gatal dah tapi still kesian tengok dia.Esok2 tu dia kata sebenarnya dia rasa nak balek je malaysia sebab tak tahan tapi dia kesian kat kami sebab tak abes jalan lagi.Jadi dia bertahan je.huhuhu.Tq husband.Saya nk balek x kesah pun.Sebab inshaa Allah boleh dtg lagi.Ok kami mula cari makan dengan naik grab.Kami gi Central Festival cari makan kat sana.Susah betul nak cari makanan halal.Kalau ade depan lee garden tu.Tapi kedai2 situ rasa ptg2 baru bukak.Jadi kami pi la kat central festival.Sampai2 sana restaurant2 kat situ semua xde tanda halal.Jadi takut nak masuk.Kami jalan la sampai hujung level atas sekali.Alhamdulillah. Ade festival hari raya. Jadi kami masuk la. Banyak makanan.Semua halal.Memang rezeki sangat.Jadi kami beli makanan lunch kat situ.Kami beli macam2.Kami beli 2 bungkus nasi beriani.Sedap.2 bungkus pulut mangga ( ni mmg sedap giler). Sotong bakar (x berapa suka) pastu ade la makanan2 yg x pernah jumpa.Tak ingat nama dia.Lepas makan kami jalan2 kat mall.Kat level bawah sekali ade jugak kedai2 makan.Gerai kecik2.Situ baru ade makanan halal.Kami masuk supermarket.Suami beli durian yg dah siap pack tu.1 tu dalam 500 baht atau rm60.Giler mahal.Kalau kat malaysia Rm40 pun dah mahal sangat.Tapi nak cuba punya pasal.Memang berbaloi.Sedap giler.Besar tebal biji kecik.Puas hati sangat2.Very recommended.Sebenarnya plan lepas makan tu gi floating market tapi hujan.huwaaa.......Hujan lebat sangat.Jadi kami decide balek hotel je.Kalau reda lewat2 ptg kami gi lg.Jadi kami lepak kt hotel je.Balek naik grab lagi.

Sampai ke malam hujan x berhenti.Masa ni macam sedih sikit la.Semua plan x jd nak gi.Termasuk la floating market. Jadi kami gi lagi central festival.Nak cari makan.Nak jalan kaki kat lee garden hujan.Kami naik grab lagi.Sampai sana kami gi lagi festival raya tu.Makan kat situ.Abes makan bawak jannah main mainan yg ade kat mall tu.Naik train mcm kat ioi tu.Tengok kat luar hujan renyai2 dah.Masa tu dlm kol 9 dah.Floating market dah tutup.Jadi redha je la x dapat gi.Kami jalan gi asean night market.Kami pi makan murtabak pisang.Saya beli lagi pulut mangga.Hahaha.Lepas tu cari jersey bola utk adik saya.Sempat la grab baju german dgn brazil gred AAA.Dapat 500 baht utk 2 helai.Pastu shopping baju budak2 ni.Pastu kami dinner kat situ.Habis tu kami balek hotel.Abes dah cerita hari kedua yang penuh dengan kekecewaan sbb xleh gi mana2 sangat.

Nah ni durian kami beli tu.Besar tau.Ni tanye suami.Jadi bayangkan la memang besar.isi tebal.biji kecik je.puas2.alhamdulillah dpt merasa durian thailand.

Ni pulut mangga kat festival hari raya tu.Nak cakap ni pulut mangga paling2 sedap saya makan antara banyak2 yang pernah saya rasa.Pulut dia tu sedang tp macam berminyak2.Tak tau nk citer camne.Tapi serius sedap.Korang kalau pi hatyai jumpa puluy ni pls bagitau kedai kat mana.Kalau gi lagi saya sanggup cari sebb sedap sangat.

Ni murtabak pisang.Macam roti canai letak pisang kat dalam.Pastu kat luar letak coklat.Makan sikit je dah muak.Murtabak pisang banjar lagi sedap.Boleh google korang.Tak tipu.hihihi


3rd day

Kami ingatkan train terawal kol 8 pagi tau.Tapi kol 7 tu kami dah siap2 check out.Husband nk ambik grab tapi dia kata lambat.Dia tengok maps stesen keretapi tu dekat je.Walking distance.Dalam 300 meter.Dekatkan.Jadi terus decide jalan kaki.Pagi2 tu memang clear je.Tak banyak kereta.Sampai je stesen terus beli tiket.Orang tu suh naik train terus.Rupa2 nye paling awal 730.Alhamdulillah nasib sempat.Tapi ramai jugak yang naik masa ni.Serius awal lagi kot.Sampai je padang besar baru beratur kat imigration.Sampai sana dalam kol 8 lebih gitu. Kami pun tak sempat breakfast tadi jadi kami makan kat stesen keretapi padang besar. Habis tu terus gerak nak balek kl.Tapi xde pun direct kl terus.Berhenti tido 2 malam kat swiss garden hotel damai laut.Bercuti kat perak pulak.hahaha..Dah tu baru balek kl pi pullman hotel kl pulak suami ade seminggu meeting situ.Sambung lagi holiday kat situ.Syok betul hidup.Tapi memang cuti raya ni kami guna betul2 untuk bercuti.Alhamdulillah segala berjalan lancar.Takde perkara buruk terjadi.Next saya buat sikit entry penting yang perlu tau kalau nak pi hatyai ni.

Sekian

Wednesday 4 July 2018

Trip ke Hatyai Thailand Part 1

Assalamualaikum,

Sorry lama x update.Tahap malas melampau. Trip pi jakarta+bandung last ye pun x share lg.Gi batam awal thn hari tu pun malas nk share.hahaha.Sorry ea korang.Kalau rajin tu datang kita share.hihihi.

Ni nak share trip redah pi thailand.Sebab kami plan last minit.Suami dpt cuti raya semnggu.Jadi abes raya di kl kami saja2 jalan pi raya rumah moyang kat kedah.Alang2 dah ade kat kedah kite jalan2 lagi.

Ade la google sikit2 sebelum pergi. Ni kami share pengalaman kami pulak ye.

20 June 2018
Mula gerak dari kl ke kedah.Ramai blogger share naik ets.Tapi kami pi naik kereta sebab nak singgah kedah dulu. Kalau naik ets mahal jugak tau.Tiket dalam rm70++ sorang. Kami 4 orang.2 dewasa 2 budak. Ermmm xtau la mana berbaloi.Kereta ke ets sbb tol dan minyak suami bayar. 😂😂 Kami gerak pagi dalam kol 10. Sampai umah moyang kol 4.Siap beraya terus gerak pi perlis nak cari hotel.Sebelum tu kami jalan2 kat padang besar.Saja nak survey tempat kereta api kat mana.Sebab 1st time.Esok paginya takde la kelam kabut. (Tapi rupa2nya..erm...sambungan kat bawah. ).. Pusing padang besar cakap suami boleh ke kalau kita gi je mlm ni. Train xde dah.Try tengok kat bukit kayu hitam.Kami pi pusing bukit kayu hitam. Masa ni saya dah penat giler kot.Dari pagi berjalan.Jam dalam kol 7 8 gitu. Gi bukit kayu hitam xtau dah nak park kete kat mana.Lepas tu cek grab dari sempadan ke hatyai tu rm100.Erm... xjadi la.Kami patah balek gi kangar cari hotel.Penat giler kot pusing2.Dengan hotel tido malam ni baru nak cari.huwaa.....Akhirnye jumpa hotel regency kt kangar.Walk in rate mlm tu rm200. Tengok online Rm180 incl bkfast.Tapi kami x larat dah nk pusing cari hotel lain.Jadi ambik je la..Tapi mmg rugi sebenarnye.Check in kol 9 10 pg2 esok kol 8 bla.sape suruh last minit kan.Huhuhu...

21 June 2018

Kol 8 kami gerak dari hotel. Masa perjalanan dalam 30 minit. Sampai la kat padang besar.Pi la tempat keretapi semalam yang kami sangka betul.Rupanya2 tu laluan imigresen pi thailand.hahaha.Confident betul sgt semalam. Dah buang Masa kat situ.Kelam kabut pi cari stesen keretapi. Rupanya ktm padang besar tu la stesennye. Nasib dekat je. Dah kelam kabut sebab nak beli tiket takut abes. Seperti yang sedia maklum keretapi pi hatyai ade 2 trip je.Pg satu ptg satu.Kalau terlepas pg mmg kena ambik ptg la.Alhamdulillah nasib baik ade tiket.

Stesen kereta api padang besar-hatyai
Stesen ni dua tingkat tau.Kami parking kat sini jugak.Takde cas.Free je.Parking pun x banyak kereta tapi dapat parking x berbumbung.Yang berbumbung sikit je.Rasa macam xde guard yg jaga jugak.Risiko atas diri sendiri.Korang masuk je terus gi kat level 2.level 1 kira macam bawah tanah gitu.Level 2 ade kedai makan.Kalau tak sempat bfast leh la makan situ dulu.Macam kami bawak stroller.Lift hanya untuk staff sahaja.Jadi kalau nk guna lift kena mnta izin staff kt situ.Tapi saya dah turun guna tangga baru tau.Cari lift x jumpa jadi guna je la tangga angkut stroller tu.Nasib ringan.Turun level 1.Masa ni ramai dah beratur untuk beli tiket.Kalau korang turun tangga pergi belah kiri.Keluar pintu.Beratur sepanjang laluan tunggu train tu sbb kaunter tiket hujung. Dpt imagine x?kalau xtau tanye je org kat situ. Tiket boleh beli guna rm atau baht.1 tiket 50 bath atau rm kena rm7.Anak2 saya setahun dgn 4 thn free.Jadi mak pak dia je kena byr.Total RM14.Setel beli tiket kena beratur utk imigresen.Imigresen bukak lambat giler.Sementara nak tunggu imigresen bukak korang gi cari borang biru utk isi.Bagi tiket kat kakak sorang tu.Dia pakai baju biasa je.Nanti dia bagi borang.foc.Kalau ada anak kena mnta jgk walaupun xde tiket.Lama jugak beratur.Kami sampai td dalm kol 9 pg.Selesai imigresen semua kol 1040 baru train gerak.Dapat naik train yg jenis tingkap terbukak.Memang best rasa angin luar. Tido pun sedap.Baru nak lelap tengok2 sampai dah.Hahaha.perjalanan ambik masa dalam 30-40 minit saja.

Ni tiket pdg besar -hatyai 50 baht

Jadual perjalanan.Boleh rancang nak pergi n balek bila

Borang biru yang kena isi dan simpan sepanjang berada kat hatyai


Sampai di thailand + check in hotel
Sampai je kat thailand xyah cop ape2 dah.Terus je keluar.Borang biru tu simpan ye.Kami keluar terus ade orang pelawa guna perkhidmatan diorg.Macam nk guna transport ke nk tukar duit ke.Tapi suami nk tukar duit jd ikut je la.Dia bawak pi kedai dia.Dia ckp la kalau nak guna transport utk pusing hatyai pun diorg ade sediakan.Tapi kami xnak pun sebab ni plan redah.Tak tau nk pi mana pun lagi.Yang tau nak check in hotel dulu.Suami tukar rm100 dpt 800 bath jeTapi dia tukar RM50 je sbb dia kata rugi giler tukar situ. Mahal.Ni pun terpaksa sbb nak guna naik teksi ke hotel.Diorg sediakan teksi gi hotel. Mahal jugak berbading tuk tuk.200 baht.Kalau tuk tuk lg murah.Kami sampai hotel dalam kol 1040 waktu thailand.(masa thailnd lewat 1 jam).Suami try tanye leh check in x sbb awal sgt lg kot.Alhamdulillah nasib boleh.Kami stay kat hotel bp grand hotel hatyai.kenapa pilih hotel ni sebab murah. Rate 1 mlm dalam RM110 je. Tapi tak termasuk bfast.Kami tak pasti makanan hotel halal atau x. Setel check in terus masuk bilik.Bilik semua ok cuma kat sini x dibenarkan iron ea. Jadi siap2 la bawak baju atau tdg yg x perlu gosok. Kami tdo sampai ptg.Sebab penat sangat. Ptg x igt kami bagun kol bape tapi x silap lepas asar baru gerak cari makan.

Bp grand hotel hatyai


Jalan2 cari makan
Tempat makan yang dituju adalah area le garden. Tempat makan tepi2 jalan tu.Tapi pastikan ada logo hala baru beli. 1st sekali nampak ais krim kelapa terus beli.Tak silap 50 baht.Kami beli 2.Tapi rasa dia x sesedap kami makan masa kat festival makanan thai kat dungun.Kat dungun tu lagi sedap. Pastu kami beli pulut mangga.50 baht. Jalan2 lagi kami beli udang goreng.Perhh besar giler,Harga pun besar.300 baht.Tapi puas, tu pun jannah nak lagi.Habis beli makaan kami balek hotel makan kat hotel.Dari hotel walking distance je tp jauh jugak.Dengan bawak budak2 lagi.. Makan2 tggu maghrib baru gerak balek ke le garden.Kami cari salma rstaurant.Melalui google area situ ade 3 je kedai makan halal. Salma restaurant, hamid restaurant dgn kelantan seafood.kalau mengadap le garden mall tu salma restaurant belah kiri.Tiga2 kedai makan ni dekat dengan le garden tu.Kami order nasi 3 pinggan, Udang goreng butter, air carrot susu, mineral dgn tomyam udang galah.Total 600 baht (dlm rm60) utk 2 orang.Kalau saya la rasa x berbaloi.Sebab nya tomyam dia biasa2 je.xde special pun.Tapi ok la mahal sebab ade udang.Kalau ikut rasa x berapa puas hati.Balek tu rasa macam nak beli lg udang goreng tepi jalan tu.Jannah kata tu lg sedap.Tapi ckp dgn dia esok sbb kami baru lepas makan.Takut nafsu nak beli je lebih.Saya beli lg pulut mangga.pastu kami pusing2 kat mall area situ.le garden mall dgn odean mall.utk pengetahuan my husband tertinggal charger dlm kete.huhuhu.Jadi nak tak nak kena cari jgk charger.Cari area mall tu ade tp mahal ok.Husband kata baik beli ori punye kalau harga sama dgn ori.

Aiskrim kelapa

Tomyam salma restaurant

Central festival mall dan asean night market

Jadi kami balek hotel ambik stroller, rehat jap pastu gerak gi central festival naik tuk tuk.Tuk tuk memang sentiasa ade kat depan hotel tu.Dia cas 100 baht.Dpt la tawar jd 90 baht. Gi survey kat central festival mall.Alhamdulillah.Ada pun.Lagi murah dari kt tempat le garden n odean tu.Dah jumpa kami pi jalan kaki ke asean night market. Keluar dr mall tu jalan ke kiri sampai jumpa bangunan tulis asean.Gi belakang bangunan tu.Situ la tapak asean night market.Sampaj2 cari air sebab penat jalan tu. Walking distance ea tp kalau malas nak jln boleh naik tuk tuk je. Beli air mangga dgn air tebu.Dua2 air x sedap.Tebu masam,Mangga macam buah dia dah lama.Kecewa disitu.Pastu jalan2 survey ape ade kat situ.Nak cari jersey bola utk adik2 lelaki sy.Tanye harga gred aaa 350 baht.Saya x tau la mahal ke murah.Dalam RM40.Jadi x beli ape pun situ. Balek hotel naik tuk tuk kena cas 100 baht. Abes dah aktiviti hari pertama kat hatyai.

Asean night market.Tempat ni berbumbung tau.Ade 2 level.Level atas tmpat makan.Jadi kalau hujan korg leh masukkan tempat ni dlm list.

Central festival mall. Mall plg besar kt hatyai

Ni kedai baju bola kat asean night market



Kan dah panjang jela.Ni malas update ni..hahaha.Tapi sebab takut kot la pergi lagi nanti senang boleh refer.

Korang tunggu la sambungan dia.xtau la bila. 🤣🤣🤣