Bismillahirrahmanirrahhim sebagai pembuka kata.

Selamat Datang ke blog saya yang tak seberapa ni.Bukan untuk menunjuk apa yang ada cuma sekadar untuk berkonsi beberapa cerita dan sebagai satu coretan kenangan buat diri saya sendiri dimasa hadapan.Boleh panggil saya Ain!!Umur 27 tahun (2015).Selamat berkenalan semua... =)


Terima kasih kerana sudi membaca.

Showing posts with label Nak kongsi cerita. Show all posts
Showing posts with label Nak kongsi cerita. Show all posts

Thursday, 14 August 2014

Pengalaman menjalani latihan industri di petronas.

Assalamualaikum,

Teringin rasa nak share pengalaman dan kenangan semasa saya menjalani latihan industri kat petronas walaupun dah 2 tahun berlalu. Saya buat masa tahun 2012. Memang satu kenangan terindah buat saya. Tapi setengah orang mungkin ade pengalaman yang berbeza. Tapi saya dapat kat department yang best.

Ceritanya bermula bila saya nak apply untuk LI. Masa tu memang petronas menjadi salah satu tempat yang saya nak apply. Saya dapat offer dari petronas pun last2 minit. Masa tu saya dah dapat offer dari company lain. Tapi dalam hati ni tak tahu la kenapa saya mengharap sangat dapat kat petronas. Sampai saat2 akhir saya tunggu diorang kol. Sampai saat akhir jugak saya tak reply pun surat setuju dari company lagi satu sebab saya memang dapat rasa saya dapat kat petronas tu. Punye la mengharap. Keyakinan yang saya akan dapat kat petronas tu sebab 2 3 kawan saya dah dapat offer petronas. Kenapanya saya ni lambat sangat nak dapat. Memang saya tunggu sampai saat2 akhir baru dapat kol dari diorang. Bila diorang tanya nak ke tak buat intern kat situ terus saya jawab nak tanpa pikir panjang. Bila dah setuju memang lega sangat. Tak sangka lepas2 tu dapat kol dari diorang jugak tapi company petronas lain. Kan petronas ada company banyak2. Petronas gas, petronas dagangan, petronas carigali dan banyak lagi anak2 syarikat dia. Saya dapat petronas gas. Jadi saya pun tanya kawan2 saya yang tak dapat tempat lagi suruh kol diorang kalau nak intern kat situ sebab masih ada kekosongan lagi. Jadi mula la proses menghantar segala borang setuju bagai kat petronas. Jadi hanya menunggu untuk start intern je dengan perasaan excited.

Tempat intern saya kat nun bangunan paling tinggi kat malaysia. Twin tower. Tak pernah pun terpikir dapat naik situ apelagi keje kat situ. Lagi bertambah la keterujaan saya. Mana taknye sebelum2 ni curious gak ape la yang ada kat klcc tu. Selalu dengar tempat tinggi2 ni banyak hantu jer.hehehe

Bermula la hari pertama intern saya. Saya kena lapor diri awal pagi dapat level 50. Lebih separuh dari bangunan tu saya naik. Nasib la tak gayat. Masa mula2 tu blur2 lagi. Sampai salah naik lift sebab saya tak tahu lift kat situ fungsi dia lain dari lain. Pernah la naik bangunan TM tapi lift situ lagi senang nak paham walaupun 1st time guna. Nasib la ada orang tolong. Kalau tak mesti tak sampai level 50 tu. Lift kat situ sampai level 41 42 yang ade bridge tu kena tukar lagi. Level ganjil dengan genap lift dia lain. Mula2 tu konpius jugak tapi lama2 paham dah. Itu la pengalaman hari pertama selain duduk je kat ofis untuk sesuaikan keje. Tak silap seminggu jugak tak buat pape. Lepas tu baru la banyak keje.

Saya dapat kat department training. Department yang sediakan training untuk staff. Jadi memang awesome la. Selain dari tiap minggu dapat makan kat hotel, saya dapat jumpa dengan staff petronas dari bahagian exec  sampai la ke bahagian GM. Perhh memang pengalaman yang susah nak dapat ape tidak nye saya dapat dengar pengalaman2 dari orang2 yang dah berjaya. Cara kerja diorang. Memang cuak jugak la kalau keje kat sini. Tahap keje diorang memang high level. Professional yang super awesome. Keje yang ada kaitan dengan course saya tak banyak pun. Setakat buat slide dengan flash movie yang simple2. Itu je la. Yang lain gi ikut training kat hotel.

Lebih kurang 3 bulan lebih jugak saya LI kat situ. Memang saya puas hati dari segi pekerja dan jugak environment walaupun kadang2 banyak keje tapi sebab seronok banyak keje pun boleh jadi best. Kalau dapat lama lagi intern kat situ memang saya nak.

Dihari2 terakhir LI 2 kali diorang buat jamuan perpisahan. Berderai air mata walaupun sekejap je kerja kat situ. Saya sangat hargai segala ilmu dan juga bantuan dari staff2 kat situ. Memang pengalaman paling berharga dan takkan dilupakan. Setia dalam ingatan.....

Itu jer.
Wasalam.

UPDATE

Alhamdulillah..Post ni plg ramai yg bg komen.Yang tanye direct di email pun ramai.Ni saya share soalan dan jawapan bg yg malas nk bace komen kt bwh.

Cara nk mohon di petronas?

Ade satu cara shj nk apply praktikal di petronas. Boleh pi website INI. Bace ape yg dia nak. Download 'Application form'. Isi lepas tu email ke i_training@petronas.com.my beserta dgn Curriculum vitae, Copy of the latest results transcript dan Copy of your Industrial Training University Letter. 4 ni kena hantar. Klu takde permohonan kira tak lengkap. Saya email borang 20/01/2012 dan pihak petronas reply 26/01/2012 yang mengatakan permohonan saya sedang diproses. Kalau dalam 2 bulan takde ape2 reply dari petronas kira permohonan tu tdk berjaya.

17/02/12 - Saya dapat email dari petronas suruh email borang jawapan samada terima/menolak tawaran praktikal di petronas.Dalam masa yang sama diorg attached borang jawapan untuk saya isi dan offer letter serta 2 lg borang yg kena serahkan pada 1st day report sbg praktikal student kat klcc. 2 borang tu ialah

-          The original Secrecy Agreement (signed by yourself and your supervisor in PETRONAS)

-          The original Indemnity (Yang ni pihak u yg sign iaitu Ketua Coordinator untuk student praktikal)

Lagi satu yg diorang minta serahkan ialah


-          Copy of your insurance coverage. (Yang ni saya rasa saya x bg sbb masa tu xde ambik insurance coverage)

21/02/12 - Saya email borang jawapan pd diorang

Dalam offer letter dia dh siap2 bgtau tarikh,tempat nak lapor diri dan borang indemnity tu perlu diserahkn pd sape. Jd bace offer letter betul2 ye.
Saya perlu lapor diri 5/03/12.Saya praktikal dari 5/3/12 - 8/6/12..

Penginapan/pengangkutan- Tak disediakan. Kena pandai2 sendiri. Bagi yg dpt dekat klcc boleh cari kt mudah bilik sewa.Better cari area yg dekat dgn train.Kl sesak jd xyah la nk bwk kereta sndiri.Klu motor boleh..Selalu yg dekat dgn train area tmn melati n wangsa maju. Ade lg tp ni jela yg sy tau. Saya x sewa rumah sbb mmg org gombak. Ulang alik dari rumah je. Bagi yg dapat kt area kerteh ke better ade transport sendiri. Sini xde bas yg tepi jln macam rapid kl tu. Teksi pun susah nk cari. Rumah sewa boleh cari kt mudah. Area kerteh n paka.Kijal pun boleh.Kalau dungun tu dh jauh sgt.

Elaun-Masa zaman sy dpt RM800 sebulan.La ni xtau bape.

Pemilihan tempat- Masa isi application form dia ade suh pilih nak area mana. Nak kt kl ke, kt ganu ke.Blh pilih..

Pemilihan kos/program- Part ni sy xtau ye mcmane diorg pilih. Macam sy computer science. Tapi sy x galakkan pd yg betul2 nak timba ilmu pasal komputer praktikal kt sini. Kalau betul nak apply kat petronas ict. Yang tu better sebb semua org computer. Di petronas lebih pd management. Kos selain dari tu sy xtau diorg ambik ke x.

Pointer/cgpa- Pointer saya above 3. Tapi 2 kwn sy below diorg still dapat praktikal kt situ. Jadi jgn risau sgt kalau pointer rendah. Apply je dulu. Mana tau ade rezeki.

Communication- Kbnyakkan staff malay. Jadi ckp pun melayu la. Cuma kdg2 je ckp omputih. Jadi jgn takut. Cuba ckp english walaupun x pandai. Masa ni la nk improve ur english.

Praktikal dapat diserap/ x? - Yang ni saya tau ade 2 3 org jugak yg praktikal n dapat masuk petronas. Tapi bukan tetap but as a contract staff. Nak tetap still kena gi interview dan kena tgk pd kekosongan.

Office hour- Macam biasa 8 jam.

Diploma/degree - Masa saya praktikal sy praktikal dgn sorg budak diploma. Saya degree. Jadi budak dip pun boleh cuba apply klu nak.

Keje ape?-Keje bergantung pada kat mana adik2 semua dapat ye. Kalau dapat macam sy bahagian training utk staff, jd memang join training je.. Macam kwn sy dpt bahagian pengambilan practical student, keje dia pi semua university yg ade kt malaysia ni utk share cara nk praktikal di petronas.

Ape2 soalan selain dari diatas boleh email moonstar.nia@gmail.com..Soalan yg dh dijawab dlm ni klu tanye lg tdk akan dilayan.penat akak type pjg2 dik..sila la rajin2kan diri utk baca..tq

Ni ambik dr website discoverpetronas.com.my

Requirements
  • Malaysian or PETRONAS Sponsored Student pursuing undergraduate degree in higher learning institutions, either in Malaysia or overseas in related disciplines where industrial training is a mandatory part of course completion (preference will be given to third and final year students).
  • Performing the industrial training for a minimum duration of two (2) and a half months and maximum of eight (8) months.
  • Submission of the following documents (completed documents MUST be submitted via i_training@petronas.com.my):
    • Application Form
    • Curriculum Vitae
    • Copy of latest academic results
    • Copy of the Industrial Training Letter (signed by the University)
Terms & Conditions
  • Application must reach i_training@petronas.com.my three (3) months prior to the commencement of Industrial Training programme.
  • Should you not receive any reply from us within two (2) months, please consider your application to be unsuccessful.
  • Acceptance OR declination of offer must be notified within five (5) working days.
  • Only online applications will be entertained. Postal/courier applications are deemed as incomplete.​
Ni share dari sorg reader
Hi meor! from my experience, diorang x kan tgk pointer tu. course awk ni mmg famous je as my sv dkt petronas pun from international business. yg iv tu based on department, time sy hari tu diorang buat phone iv je. standard 6 months la. tp tu ikt university masing2.

SEKIAN......


Wednesday, 30 October 2013

Menang GA ...

Assalamualaikum,

Dah rabu dah.
Esok last day kejer. Yeeeehaaa......
Lepas tu jadi suri rumah sepenuh masa....Huhuhu

Tadi Blogger Yui mesej dan terus dapat topup RM5. Ni menang sebab join GA October 2013 by Yui. Thanks yui. Dua hari lepas menang Bantal Custom Made. Hadiah dari sertai GA October by Emas Putih. Tengah tunggu reply dari dyba. Dah hantar maklumat dah kat dia. Katanya dia macam familiar je muka saya. Tak tahu la dia kenal saya ke atau kembar saya. Tapi memang tak sabar nak dapat bantal comel tu.

Boleh gi kat blog diorang kalau nak blogwalking ke. Yui kata next month ada lagi GA. InshaALLAH akan join.

http://nusha1706.blogspot.com/ Blog Yui
http://sweetdyba.blogspot.com/ Blog Dyba gula gula

Thanks korang.

Wasalam


Tuesday, 29 October 2013

Rezeki datang dari pelbagai cara

Assalamualaikum,

Alhamdulillah. Rezeki Allah hari datang banyak sangat.
Entry sebelum ni ada cerita pasal family day kat i-city kan. Kan saya tak menang lucky draw yang mana antara hadiah dia RM500 Hi-Tea tak silap kat KL Tower. Sebenarnya nak menang sangat sebab sebelum ni memang jarang dapat menang kalau de lucky draw. Tapi takde rezeki jugak. Nak dijadikan cerita, tadi ada appreciation luncheon kat Eastin Hotel untuk saya sebab saya nak berhenti. Kira buat sambutan "farewell" untuk saya la. Bagi ucapan sikit je sebab tak nak hujan kat situ.Tapi yang syoknya dapat hadiah lagi best dari lucky draw tu.Sengih je dapat. Jadi hari ni dapat yang lagi baik. Alhamdulillah.Sebab tu ALLAH kata rezeki datang dari pelbagai cara. Mungkin kita tak dapat ape yang kita nak.Tapi sebenarnya ALLAH nak gantikan dengan lebih baik...Meh nak share gambar.Gambar tak berapa cantik sebab tak bawak camera kesayangan saya.Huhuhu



Ivy, Ahmed, Jelani and Kak Alwa

Kak leena dan kak Ain

Da Dan hadiahnya.......

Syukur ya ALLAH. Tak tahu la harga dia berapa. Dapat pun dah bersyukur.

Itu je.
Semoga company ni akan lebih success.

Wasalam.

Monday, 28 October 2013

Family day at i city , Shah alam

Assalamualaikum,

Happy Monday semua.. Dah hari isnin dah. Semua liat lagi ker? Huh saya pun diakhir-akhir masa nak kerja ni jadi malas plak. Tapi kena habiskan kerja sebelum cuti panjang.Hihihi

Nak cerita pasal family day company husband sabtu lepas.

1st time ikut family day. Syokkk...Kenal ramai la kawan-kawan husband. Dan saya jumpa balek dengan rakan sekerja dulu. Kakak-kakak HR..Dah ada yang dah anak dah. Best dapat jumpa kak farah. Tapi sayang kak wani dah takde. Kalau tak lagi syok. Ok family day kali ni diorang adakan kat i city. Diorang buat segala acara, makan-makan. persembahan dekat MTV world stage i-city. Tak silap last pergi i -city ni masa 2011 dengan aisyah kama dan kawan dia..Bila sampai je sini segalanya dah berubah dah. Paling ketara parking. Dulu RM3 je sekarang RM10. Mak aiii..mahalnye.Belum lagi tiket masuk permainan dalam tu. Acara start kol 830 dan berakhir lebih kurang kol 1. Banyak jugak acara yang ada. Sukaneka, family photoshoot boleh terjah website diorang kat sini , face panting, pertandingan mewarna dan banyak lagi la. Budak-budak memang suka. Lagi satu pakaian beragam. Comel-comel je diorang. Lepas bagi hadiah untuk lucky draw (saya tak menang ='( ) kami pergi terjah semua tempat yang ada kat situ. Dapat free. Kalau kena bayar memang tak gi la. Kami dapat gi kat 4 tempat. Snowwalk, Trick Art museum, Water world dan Red Carpet.Kat snowwalk kan kena pakai boot and glove yang mane harga dia tak termasuk harga tiket tukan. kena bayar asing. Tapi boleh je masuk tanpa sewa benda tu. Kena tahan sejuk sikit la. Meh nak share gambar.

Owner blog ni. Macam budak-budakkan?


Dalam Trick Art Museum

Ni kat Red Carpet. Husband tengah bisik ape la tu dekat Albert Einstein

Konon sejuk la sampai tutup-tutup mata?

Ni masa family photoshoot.

Love u darling.

Rambut hijau husband..Lawak sangat.

Tu Jer. Best sangat. Tahun depan nak join lagi...

Wasalam

P.S: Nak pi bukit cerakah nanti. Harap jadi la. Ajar budak comel men basikal.Hehehe

Wednesday, 23 October 2013

Berjalan-jalan ke kuching - Jalan kaki atau sewa kereta lagi baik?

Assalamualaikum,

Banyak plak idea nak tulis hari ni. Idea datang dari seorang reader yang komen tanya soalan kat saya mane yang lebih baik jalan kaki ke, sewa kereta atau motor kalau nak berjalan-jalan kat kuching. Nak balas je komen tapi taip-taip aikk banyak plak. Jadi baik buat entry supaya dapat share kat semua sekali.
Ok 2 kali pergi kuching, lagi sekali inshaALLAH tahun depan. Husband pernah tinggal sana jadi saya cepat tahu tempat-tempat persekitaran kat sana. Nak suruh jalan sorang pun takpe.Hafal la jugak jalan-jalan kat situ. Tapi yang area kat bandar je la. Ok. Kalau nak jalan kaki kena ikut lokasi hotel korang duduk kat mane. Kalau dekat dengan waterfront tempat yang boleh berjalan ialah sarawak waterfront , mira kek lapis dan topspot. Patung-patung kuching tu pun area situ. Kalau duduk hotel dekat dengan padang merdeka tempat berhampiran yang boleh pergi 6 muzium sarawak boleh pergi entry ni , pasar satok, india street, china street. Tapi kalau nak pergi antara 2 tempat ni waterfront dan muzium pun boleh tapi kena jalan jauh sikit la. Maksudnya kalau duduk hotel dekat waterfront nak pergi area muzium kat padang merdeka boleh cuma jauh sikit la. Macam tu la sebaliknya. Boleh penat jugak. Tapi kalau memang nak jalan-jalan bagi saya acceptable lagi kalau jalan kaki. Kalau pasal nak shopping, shopping complex banyak dekat area waterfront iaitu dkat dengan hotel hilton, pullman. Tapi kalau nak shopping barang-barang tradisional ke, atau kedai biasa-biasa boleh pergi kat pasar satok. Yang ni pasal jalan kaki ea. kalau nak lagi paham boleh tengok kat google maps.

Tapi ikut keselesaan masing-masing. Kalau suka berjalan naik kereta or motor pun boleh jugak. Lagipun kat kuching ni jalan tak sesak macam kat KL. Kalau ada anak yang penat kena berdokong better sewa kenderaan la.

Family mertua pun pergi baru-baru ni tapi diorang sewa kereta. Kampung halaman kot. Jadi memang diorang perlukan kenderaan sebab nak melawat jiran tertangga dulu. Ok. Kalau sewa kereta ni semua tempat boleh pergi. Yang jauh-jauh pun boleh. Macam taman budaya, taman negara bako, Pasar serikin, banyak la. Kalau nak sewa kereta boleh google jer. InshaALLAH ada blogger yangs share no. Kalau motor saya tak berapa pasti. Tapi sewa motor pun macam syok jugak. Senang. Celah jer. Ikut la keselesaan. Tapi untuk saya inshaALLAH tahun depan nak sewa kereta plak sebab nak gi tempat-tempat jauh.

Itu jer.
harap dapat menjawab soalan siti khadijah.

Tq sudi membaca.
Wasalam.


Tuesday, 22 October 2013

Bukan senang lelaki nak ingat tarikh penting.Betul tak?

Assalamualaikum,

Kan.kan.kan....Betul tak?
Tapi tak semua. Ade jer yang ingat.Macam adik-adik lelaki saya. Tiap kali besday mak diorang ingat.Belikan la kek.Makan sama-sama. Tapi bukan lelaki je ea. Perempuan pun ada jugak yang pelupa. Tapi perempuan ni jenis pelupa benda-benda yang remeh.

Ok.Yang jenis tak ingat ni tak dapat nak nolong la. Terutama kalau tarikh macam aniversary ker. Ada suami yang kena sabar sebab kena pujuk isteri. Jangan kena tidur luar sudah. .Sapa suruh lupakan. Penting tu. Takkan la sampai macam tukan.Walaupun bagi lelaki tarikh-tarikh tu biasa-biasa je tapi lain dengan perempuan. Tarikh tarikh penting ni memang diorang akan ingat. Bagi kami yang perempuan ni tarikh-tarikh tu adalah istimewa dan patut ingat. Mungkin sebab ada peristiwa-peristiwa manis yang jadi. Bukan suruh sambut besar-besaran, cuma ada kat sisi pun dah kira cukup. Takde la masa anniversary suami ada kat tempat lain isteri ada kat tempat lain. Bukankah tarikh tu tarikh yang sama kte disatukan dengan ikatan pernikahan.cehh..cehhh..cehhh....hehehe. Jadi kena la selalu ingat hari tu. Kenangan paling bermakna kot. Lelaki jangan anggap ia perkara remeh. Kalau nak rapatkan lagi hubungan tarikh-tarikh macam tu la kite boleh luangkan masa bersama. Ye.. hari-hari pun boleh rapatkan tapi kalau dah hari-hari busy camno. Hihihi.

Bila lelaki ingat tarikh-tarikh penting ni boleh mengalir air mata terharu tau. Wahhh dia ni ambik berat jugak hal-hal macam ni. Romantiknye.......

Hah jadi kat saya semalam. 21/10. Tak ingat langsung ape jadi dengan tarikh ni. Nak tahu ape jadi?Tahun lepas tarikh yang sama husband bagi bunga.Masa tu 1st time dapat bunga dari dia. Excited lebih la. Jadi pernah la gurau-gurau dengan husband kalau camtu setiap 21/10 nak bunga jugak. Dah lama dah gurau benda tu. Tak sangka habaq hang, tak sangka yang boleh rasa nak pengsan dia ingat benda tu. Semalam dia ambik saya dari tempat kerja kat seat saya ada bunga. Kenapa budak ni tiba-tiba bagi bunga ni. Pelik takyah cakap la.Tapi biar je la dulu. Jenuh jugak pikir hari ape ni. Tapi memang dah confirm dah takde pape. Akhirnya husband cakap."Sayang lupe tarikh ni de ape"..Hahhhh baru la ingat peristiwa itu. Wahhhhhh romantiknya budak ni. Dia ingat. Dia ingat. Perh terharu takyah cakap la. Sweet sangat. Sengeh sepanjang malam. Hehehe. Jadi pada lelaki jangan anggap ia remeh. Perempuan suka benda-benda gitu. Dah namanya perempuan suka yang romantik jadi kena berusaha la sikit.

Okie.
Itu jer.

Wasalam.

P.S: Thanks suami. =)



Buah roselle - Cara buat sirap/jus, air roselle dan khasiatnya

Assalamualaikum,

Hari ni nak share mengenai buah roselle. Mungkin ada yang pernah minum air roselle nikan. Tapi saya minum air memang dibuat oleh mak mertua. Husband pun suke. Jadi kalau gi rumah mertua benda tu la cari dulu. Sampai nak habis dah air tu kat umah mertua. Kitorang je yang minumHuhuhu. Bukan saja sedap tapi berkhasiat. Nanti dah pindah ganu memang nak tanam pokok roselle ni kat rumah. Dulu tak tahu rupe bentuk buah ni. Ingat kan macam buah naga. Besar. Tapi sebenarnya kecik-kecik. Sebelum ni pun memang tak tahu pun kewujudannya. Tapi bila dah diperkenalkan oleh mertua ooowhhh baru tau. Mak mertua pun tanam pokok ni kat rumah. Mama beli pokok ni dekat pasar serdang. Tak tahu la mana satu pasarnya. 1 pokok RM2. Berbeza kalau beli buah sahaja harganya 1kg RM10. Kalau nak lagi murah beli kat sarawak. 3kg RM10. Murah gilerkan.Meh nak share macamane nak buat jus/sirapnya. Ni mak mertua yang ajar.

Kalau 1kg buah roselle ni memerlukan 2kg gula.
Ambil kelopak roselle ni dan buang biji dia. 
Masukkan dalam periuk gula dan air.Air mesti paras gula jer. Jangan lebih takut tak rasa manis.Biar sampai gula cair. Lepas tu baru masukkan kelopak roselle.Kacau. Memang pekat sangat warna roselle ni. Masa kopek kelopak dia ni pun tangan akan berwarna merah. 

Bila dah sebati semua tunggu sejuk lepas tu masukkan dalam balang atau botol.
Letak dalam peti sejuk.
Setiap kali nak buat air roselle. Hanya ambik 2-3 sudu sirap/jus yang kte buat tadi tambah air dan ais.Macam buat air sirap. Ikut la. Kalau rasa tawar lagi tambah lagi sirap/jus tu.
Siap. Kalau makan kelopak roselle ni pun sedap. Husband suka sangat makan kelopak dia ni. Rasa mcam makan asam. Air roselle ni rasa masam manis tapi seriusly sedap.

Ni pokoknya.Mak mertua tanam.



Ni kelopaknya yang boleh dimakan. Pekatkan warnanya. Seriously sedap. Nyam2.



KEBAIKAN PENGAMBILAN ROSELLE . Saya ambil dari website ni. http://heazelle.wordpress.com/khasiat/

Membantu penghadaman

Melembutkan dan menyihatkan kulit

Membantu melancarkan pembuangan air kecil

Membantu mengurangkan pengumpulan lemak

Membantu mengurangkan tekanan darah tinggi

Mengurangkan haba badan, batuk dan mencairkan kahak

Antara lain roselle juga ada zat-zat berikut;

Rozel (Roselle) atau dikenal dengan nama latin Hibiscus Sabdariffa, merupakan tumbuhan yang memiliki banyak khasiat untuk kecantikan dan kesihatan. Jangan terkejut, ia mempunyai 3 kali lebih banyak vitamin C daripada anggur. Dr. Abdul Aziz Sharaf dari Sudan Research Unit, Institute of African and Asian Studies telah mengadakan penelitian mengenai khasiat bunga rozel dan mendapat

Khasiat:

- Membantu proses pencernaan, meningkatkan kelenjar usus dan berfungsi sbg tonik.

- Memperlancar peredaran darah.

- Mengubati luka luar dan dalam.

- Mengubati penyakit kulit, menghaluskan kulit dan memperlambat penuaan, menyebabkan wajah nampak muda dan berseri.

- Sbg diuretic, penurun suhu dan pereda rasa nyeri (penenang alami.)

- Bersifat detoksifikasi, membuang racun.

- Mempunyai efek anti kejang otot.

- Memiliki zat anti bakteria dan anti virus.

- Membunuh bakteria penyebab TBC.

- Memiliki zat anti kejang saluran pernafasan

- Mencegah peradangan pada saluran kencing dan pembentukan batu karang.

- Mencegah penyakit jantung.

- Mengatasi masalah selsema, batuk, dan demam.

- Mengubati asma dan alergi.

- Mengubati insomnia.

- Menormalkan kadar gula darah, tekanan darah, kolestrol, dan asam urat.

- Mengatasi penyakit kardiovaskular/darah tinggi.

- Vitamin C dan serat yang tinggi yang terdapat dalam rozel mampu bertindak sebagai anti oksidan dan sebagai anti kanser.

- Meningkatkan stamina dan daya tahan tubuh

- Menyihatkan mata

- Menyeimbangkan berat badan.

- Mengurangi panas dalam .

- Menurunkan tingkat penggumpalan lemak di hati.

- Mengubati pening kepala/migraine.

- Membantu memulihkan dari ketergantungan ubat dan alkohol.

- Menghilangkan sakit sakit di badan.

- Membantu mencerdaskan otak pada anak-anak kerana mengandungi Omega 3 dan DHA

- Dapat mengurangi risiko osteoporosis.

- Mengobati sakit tenggorokan dan sawan.

- Mengatasi masalah stress/tekanan.

Kandungan Rozel:

Mengandung vit.C kadar tinggi (tiap 100 gram Roselle mengandung 280 mg Vit. C);Vit.B1, B2; D, dan Niasin; Protein 1,145 gr;Lemak 2,61 gr;Serat 12gr; Kalsium 1,263 gr;Fosfor 273.2 mg;Zat besi 8,98 mg; Malic Acid 3,31%;Fruktosa 0,82%;Sukrosa 0,24%; Karoten 0,029%;Tiamin 0,117 mg;Niasin 3,765 mg; juga mengandung 18 asam amino yang diperlukan tubuh; Gossypetin Anthocyanin; Potassium, dan Flavonoid.

Itu je.Terima kasih la sebab sudi baca entry yang panjang ni.Hihihihi

Thursday, 17 October 2013

Menawan Broga Hill (Tips dan gambar)

Assalamualaikum,

Minta maaf la. Baru nak update. Busy dan malas.Hehehe.Entry sebelum ni ada cakap kan saya dan husband nak pi broga hill. Akhirnya cita-cita itu menjadi. Sebelum ni hangat-hangat tahi ayam jer. Tak pergi-pergi. Lepas jer saya tulis entry tu balek terus husband ajak pi. Tanye dia baca entry saya ke. Dia kata tak. Kan memang dah plan awal-awal nak pi. Lagi pun cuti rayakan. Tapi kami pi ahad lepas. Sabtu tido umah mertua. Pagi-pagi kol 430 dah bangun. Semangat sungguh. Kol 5 dah gerak. Pagi-pagi buta dengan jalan lengang. Kami ikut jalan kajang menghala ke semenyih. Minta tolong GPS tunjuk jalan/ Alhamdulillah tak sesat. Setengah jam jugak la sampai dari serdang tu. Sampai terus berhenti kat masjid solat subuh. Memang sebelum nak sampai ke broga tu ade masjid. Lupa plak nama masjid tu ape. Lepas solat teruskan perjalanan. Nanti jumpa nottingham university. Memang dah dekat la tu. Sampai-sampai cari parking. Sebelum ni saya dah pernah pergi dah sini bersama dengan budak-budak kelas cs110. Rindu la kat korang.Huhuhu.Jadi masih ingat la lagi jalan-jalan pi sini. Parking kat luar jer. Kat dalam kena bayar rm2. Dah ramai dah orang masa ni. Masih gelap gelita. Kami mulakan perjalanan dalam 620 gitu. Bermula la pendakian. Semua dah ready. Torchlight husband pegangkan. Saya bawak camera. Mengah ok. Tak sampai separuh jalan lagi. Husband kat belakang bagi semangat. Jangan takut walaupun masih gelap masa daki ni pun dah ramai orang berbaris. Uhhhh rasa nak give up jer. Bila la nak sampai ni. Bila la nak sampai ni. Yang tu je la yang dok ulang. Memang menguji mental betul.Yang tak bestnya belakang kami ada group yang hisap rokok. Aduiii memang lagi susah nak bernafas. Daki slow2 akhirnya............ sampai jugak. Sampai terus duduk. Tak larat.Tak larat..Masa ni air tak bawak. Telan air liur je la. Sapa jual air atas tu confirm laku.Tak sampai puncak lagi masa ni. Rehat jap. Dah hilang penat husband ajak pi puncak. Wahhh agak curam jugak nak naik. Gagahkan diri. Akhirnya sampai jugak puncak. Yeeeaahaaaaa. da be da be du. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Lega..... Menikmati udara segar pagi-pagi. Syokk betul.Tapi sayang tak boleh tengok matahari naik sebabnya langit ditutupi dengan awan nanonanonano........Tapi sejuk dengan angin sepoi-sepoi bahasa dan kabus. Best sungguh. Nyaman jer. Lepak lama jugak. Dalam setengah jam jugak la nak sampai atas.Tanpa berhenti k. Kat atas tu dah ramai giler orang. Dekat beratus jugak la. Berbilang bangsa dan berbagi peringkat umur. Dalam kol 8 20 camtu kami balek sebab takut panas. Tuturn kejap jer. Dalam 20 minit. laju betul. Masa turun ni pun ade jugak orang yang baru nak naik. Ramainye la orang pi sini. Balek singgah umah mertua berakfast. Jadi habis la sudah cerita ekspedisi mendaki bukit broga. Hehehehe. Meh layan gambar.Tapi sikit jer sebab tak nampak pape pun. Dipenuhi dengan kabus. Meh nak share tips jugak.

Kabus. Ramai tak? Kat tempat saya tengah duduk ni pun ramai jugak.

Ni la diantara pendaki-pendaki yang sudah berjaya menawan bukit broga. =)

Ni sepasang suami isteri yang tengah dating atas batu. hehehe

Meh nak share tips plak.

Sebelum.

1. Jangan lupa bawak torchlight.
2. Pastikan pakai kasut yang mempunyai tapak yang tahan lasak dan tidak licin. (Tapi ade je orang pakai selipar.Tapi untuk keselamatan pakai la yang elok ea.)
3. Bawak air. Tapi botol kecik. Seboleh-bolehnya jangan la bawak barang yang akan menjadi beban kepada anda. Tak pasal-pasal kena buang je kang semua sebab tak larat nak bawak.Huhuhu
4. Sape ada trekking poles bawak la. Senang sikit nak daki. Kalau tak da korang ambik la batang-batang kayu kat rumah korang tu. Asalkan ianya selesa pada korang.
5. Sejadah. Sapa yang nak solat kat atas tu boleh la bawak sejadah. Pastikan air pun kena bawak lebih untuk wudhuk. Kiblat?Hp kan cangih-canggih. hehehe
6. Buang air besar. Benda ni tak ramai yang cakap. Tapi ni tips dari cikgu kesatria saya tiap kali kalau nak naik gunung. Kenapa? Sebab kalau korang tak buang, bila mendaki wap akan naik kat otak yang akan buat korang jadi pening. dan rasa nak pitam.
7. Stretching exercise supaya kaki tak cramps.

 Semasa.
1. Jaga setiap langkah anda.
2. Jangan buang sampah. Jagalah kebersihan tempat tu.
3. Jangan buat benda yang tak sepatutnya.Paham-paham la ye.
4. Jangan duduk. Penat macamane pun jangan duduk. Nanti korang akan pening. Berdiri je untuk hilangkan penat tu. Jangan duduk. Kalau boleh jangan berhenti. Teruskan walaupun jalan perlahan dari kura-kura.Kena teruskan jugak.

Selepas.
1. Masa nak turun pun jaga langkah anda.
2. Jangan turun secara laju yang boleh menyebabkan hentakan pada setiap langkah. Nanti kaki akan terima tekanan dan akan sakit.
3. Buat la stretching.

Itu jer tips yang saya nak kogsi.

Kalau ada lagi nak tambah boleh share ea.

Wasalam.

P.S: InshaALLAH kat terengganu nanti pun akan cari bukit-bukit macam ni yang boleh dijadikan tempat untuk kami suami isteri beriadah bersama. Thanks abang bagi semangat semasa diri ini give up.Hehehe

Monday, 14 October 2013

La Cucur KLCC

Assalamualaikum,

Sapa pernah makan kat La cucur KLCC?? Hari tu 1st time husband bawak pi sana. Selalu kat foodcourt je kan. Saya ni jenis berjimat sikit. Cakap kat husband kalau mahal takmo la. Lepas tu husband bawak jugak pi dan cakap harga kuih seketul 40 sen. Caya la. Pi la makan ambik la beberapa ketul kuih dengan nasi lemak. Serious sedap kuih-kuih kat situ. Tak tipu.Memang rasa sangat. Jadi makan la kat situ.Yang bestnye tempat duduk dia tersorok sikit. Habis makan bayar tengok bil rupa-rupanya harga seketul kuih rm1.20. Tertipu rupenya. Jenuh la buat muka caya. Husband kata kalau tak cakap 40sen saya tamo gi. Jadi akhitnya saya pergi.Tapi bagi saya berbaloi la sebab kuih muih dia memang sedap. Lepas tu tiap kali pi KLCC gi situ. Itu la tempat lepak saya. Pernah sekali tu dok situ sebelah meja dengan Lan kidal dok lepak dengan Ramli Ms. Tapi buat biasa je la. Jadi sape yang tak pernah try boleh try. Kat situ la satu-satunya kedai kuih muih yang banyak kuih. Tapai pun ada tau.

Ni kedainye. Sebelah famous amos dekat dengan KFC.

Ni la yang saya order. Memang sedap.

Ni la rupe kedainye.Hiasan dalam kedai ni cantik.Suke..

Ok.Itu jer nak share. 

Wasalam




Saturday, 12 October 2013

Rezeki - Pizza Big Box, cheesy bites trio dan aiskrim abd wahab

Assalamualaikum,

Selamat malam,

Alhamdulillah rezeki hari ni. Baru lepas makan ais krim hasil tangan bapa mertua. Excited sebab baru jumpa scoop ais krim. Terus buat. Lepas tu husband baik hati belanja pizza. 1 jam tunggu. Bunyi motor je tengok luar. Tapi tak sampai-sampai. Mungkin motor meragam kot. Malam ni tidor sini sebab esok ada plan lain. Nak pi tawan bukit broga. InshaALLAH gagahkan diri untuk gerak awal. Semangat betul.Semua benda dah prepare. Kalau tak bangun jugak tak tahu la. Harap-harap dipermudahkan la. Camera dah stanby. Tinggal nak shoot jer..Kalau ada gambar dan kalau jadi inshaALLAH saya share ea.
\
Meh tengok hasil tangan bapa mertua. En Abd Wahab.. Siap de pisang dengan waffle lagi. Macam kat kedai dah rasa. Hehehe. Tq Papa....

Nampak sedapkan. Memang sedap pun. Tambah anggur dengan kacang gajus. Kekenyangan sebelum pizza sampai. Esok takyah makan dah. Yola tu..

Rezeki malam ni. Nak spagetti sebenarnya. Favourite tu.Tq En. Suami....Nanti belanja lagi.

Itu jer.
Selamat malam semua.
Baca doa sebelum tidor. Semoga ALLAH berikan nafas lagi untuk esok.

Wasalam

P.S: Permudahkan perjalanan kami esok ke borga hill ea. Harap-harap dapat la tengok sunrise.

Friday, 11 October 2013

Zaman dolu-dolu

Assalamualaikum,
Salam Jumaat.

Hari tu google pasal gunung senyum di pahang sebab cerita kat husband pasal gunung tu. Dah banyak kali jejakkan kaki kat gunung tu. Bila google pasal tu keluar la gambar aktiviti kesatria negara yang buat camping kat situ. Of course, saya antara komander yang join camping tu.Hehehe.Yer dulu saya komander kesatria yang ade sesetengah student sangat anti dengan komander. Pandangan setiap orang lain-lain.Ade jugak yang sayang komander..... =)

Tapi tu kisah dahulu.

Bila dah google jumpa la pemilik gambar di goole images.

Ni dia blog diorang Dalliance dan Afiqah's Journey . Kawan seangkatan masa komander dulu dengan little kiut miut junior. Boleh terjah blog diorang ea. Hihihi

Pagi ni mentalaah blog diorang je. Yela sejak habis blaja tu berapa kali je jumpa kat luar sebab semua orang pun bawak haluan masing-masing. Dan bila dah kawin memang tak berkesempatan nak jumpa berjimba naik gunung, turun gunung. Jadi baca blog diorang nak tahu aktiviti terbaru pasal diorang dan jugak pasal komander. Seriusly, rasa nak nangis. Giler rindu zaman dolu-dolu gi camping,daki gunung, redah hutan, kawad. Ahhhhhhhhh..............

Tapi sedar diri ini dah tak larat. Boleh pancit kalau nek gunung. Dok umah tido tak exercise langsung camno nak daki gunung. Boleh PENGSAN!!!! (gelaran masa komander sebab selalu pengsan.Low Blood pressure  memang gitu.Bukan alasan ea tapi memang kenyataan. Hihihihi).

Tapi tu semua kenangan.

Banyak yang saya blajar dari jadi komander ni. Belajar berdikari, beranikan diri, disiplin, jangan putus asa dan banyak lagi la. Tak sia-sia jadi komander ni.

Rindu la komander.

Sumber : Google image. Gambar saya tak de.Tak tahu la time ni hilang mane.Huhuhu.


Itu jer.


P.S:  Nanti nak ajak jugak husband daki broga hill. Dah lama plan tapi selalu tak jadi.


Tuesday, 8 October 2013

Rumah sewa area kerteh dan sekitarnya..

Assalamualaikum,

Bulan depan nak pindah dah tapi tak dapat lagi rumah. Tengah sibuk mencari tapi google je. Kalau nak pi sana tak berkesempatan lagi.Agak-agak nak pindah baru leh pi sana.Survey rumah kat mudah pun de yang jauh dari tempat kerja husband. Kalau yang sewa perhhh mahal sungguh mengalah kan rumah sewa kat gombak ni. Gombak ni boleh lagi dapat RM450 sebulan 3 bilik 2 bilik air. Kat sana survey RM600 sebulan untuk 2 bilik 1 bilik air. Serius mahal!!!. Try jugak cari rumah nak beli. Tapi kalau kat internet ni banyak agent. Nak percaya pun memang tak boleh selagi tak jumpa depan mata. Rasa cam nak pi kerteh je sekarang cari betul-betul. Ade jer rumah company husband sediakan. Tapi queue panjang tak tahu tahun bile la boleh dapat. Pening-pening. Sekarang pun tengah siap sedia pikir pasal bisness online. Dok sana nanti jadi suri rumah sepenuh masa. Bosan jugak kalau takde benda nak buat. Jual la ape yang patut. Husband dah sokong 100% cuma kemalasan dalam diri ni berganda-ganda. Huhuhu. Berhenti kerja ni baru la pikir betul-betul.Semoga dipermudahkan....Amin......

P.S: Weekend ni baru bagitahu family pasal nak pindah. Dah bayangkan dah air mata mak berguguran sebab terpaksa berjauhan dengan anak kesayangan dia ni. Walaupun boleh je melawat tiap bulan tapi gombak-kerteh tetap jauh. Berjam-jam baru sampai.. Aduii sedih dah........ ='(.

Wednesday, 2 October 2013

Jawatan kosong IT Assistant IIUM gombak

Assalamualaikum,

Untuk pengikut tegar blog saya ni mesti pernah baca pasal saya nak pindah.Sekarang tengah mencari pengganti untuk mengisi jawatan saya ni. IT assistant di Institute for Language Advancement (IfLA) International Islamic University Malaysia (IIUM) kampus gombak. Ni official website company ni. http://www.iium.edu.my/ifla Siapa berminat boleh hantar resume kat saya ea. ainifla@gmail.com..



TQ

Tuesday, 24 September 2013

Jadi orang ganu la kito

Assalamualaikum,

Sekarang tengah tunggu confirmation letter dari company husband. Hari tu dah meeting. Kalau dah dapat surat ni baru la betul-betul saya jadi orang ganu.Dah dengar ura-ura husband kena pindah awal tahun ni lagi tapi takde la secepat ni.Bila je husband bagitahu kena pindah hati hepi sikit sebab saya memang teringin nak duduk terengganu.Dapat pulak kat kerteh. wahh best2. Banyak kali dah jejakkan kaki kat kerteh tu sebab tu rasa macam seronok je dok sana. Kampung-kampung gitu. Yela.Dah 25 tahun dok bandar bila jumpa kampung wahhhh amannya.Tapi satu je kat kerteh ni, tepi laut sangat. Confirm hitam la muka nanti. Selalu kalau pi kerteh dok kat awana atau residence. Kalau kat residence tu memang tak sah kalau tak makan kat kedai tepi laut sebelah hotel tu. Sotong goreng dia besaq habaq hang.Makan abc jagung. Perhhh sedap sungguh. Pernah cerita kat entry ni. Tapi apa-ape pun kena tunggu surat dulu baru leh cerita nak dok kat mana, cari rumah kat mana, dan keberatan hati ni nak tinggalkan family kat KL ni.Huhuhuhu....

Sekian

P.S: Demimu suami kemana sahaja aku akan bersama-samamu.. =)

Friday, 20 September 2013

Tabiat suke tengok kaki orang.....

Assalamualaikum,

Salam Jumaat semua.

Hari ni nak share cerita pasal stokin.

Readers yang perempuan gerak-gerakkan kaki kamu..Pakai stokin tak??

Readers lelaki ni untuk anak-anak dan isterimu.

Saya ada satu tabiat suka tengok orang pakai stokin ke tak. Kenapa??Sebab saya ada satu experimen yang saya buat sorang-sorang. Takde keje betul.Huhuhu


Hasil pemerhatian saya:

Saya lihat cantik kakak-kakak, adik-adik, wanita-wanita diluar sana yang pakai tudung walaupun tak labuh tapi cukup sopan dengan memakainya sehingga menutup dada mereka.Baju longgar. Takmo ketat-ketat. Tak nampak bentuk badan. Tak nipis. Berbaju kurung.Cantik.. Cuma satu yang sering kaum wanita ni abaikan adalah tak pakai sarung kaki.

Jujur. Saya juga ada kenalan yang sangat-sangat jaga solatnya, selalu membaca mathurat setiap hari, menjaga auratnya (tudung labuh, tidak ketat, melepasi pinggang), menjaga halal haram makanannya tapi satu je benda yang dia abaikan dia tak pakai sarung kaki.

Kamu...kamu...kamu yang sedang saya lihat...... Itulah saya yang dahulu.

Dulu saya tak pakai sarung kaki.Tapi sangat jaga benda lain. Kerana apa?Tiada siapa yang ingatkan saya. Yang berani tegur saya.....

Pernah dulu saya tanya pada kawan saya "kaki aurat ke?".. Betapa ceteknye ilmu agama saya.Betapa bodohnye saya rasa dengan soalan itu. Malunya jadi orang islam.Malu sangat.....

Masa kerja dulu pun bila dah sampai je ofis terus tukar kasut dengan selipar.Senang nak jalan guna selipar.Jadi sekali dengan sarung kaki saya bukak. Padahal ada je perkerja lelaki. Tapi buat tak kesah.

Tapi akhirnya saya tersedar sendiri.Mula belajar pakai sarung kaki.Pakai sarung kaki warna coklat tu. Tapi jangan pakai yang jarang yang masih nampak kulit kita tu. Bila dah pakai lama-lama jadi biasa. Baru terjaga semua aurat kita.Nak berubah bukan senang. Tapi kalau tak mulakan sampai bila-bila kita kat tahap tu jugak. Jadi mulakan sikit-sikit. Bila dah start pakai sarung kaki, mula pulak dengan sarung tangan. Bila dah pakai tudung 45, panjangkan sikit ke 55, lagi 5 je nak jadi 60.

Kalau kita buat baik orang mengata, buat jahat pun orang mengata, apakata buat apa yang ALLAH suruh.Kalau asyik dengar je orang nak kata, dosa kite bukan diorang yang tanggung.Tutupkan telinga. Lama-lama diorang penat la tu.

Saya tau ada je yang berniat nak buat cuma tak buat-buat lagi. Mulakan dari sekarang. Tak rugi pun buat benda baik. Untung lagi adalah....

Sumber: google

Itu je nak kongsi.Memberi peringatan kepada semua sebab dulu takde pun orang nak bagi peringatan kat saya. Nasib baik ALLAH sedarkan saya.

P.S : Sekarang anda pun boleh la tengok kaki sendiri dan kawan anda. Pakai sarung kaki tak???

Wasalam.

Wednesday, 18 September 2013

Muzium dan Galeri Seni Bank Negara

Assalamualaikum,

Kalau tengok entry di sini saya ada bagitahu pasal muzium dan galeri seni bank negara. Kali ni nak cerita pasal ape yang ada kat situ. Lepas je pergi ke hi 5 bread town kami terus bertolak ke muzium dan galeri bank negara yang terletak berhampiran open university di sasana kijang, jalan Dato' Onn KL.Muzium ni ada 3 tingkat dan mempunyai 6 galeri anda boleh kunjungi.

Children's Gallery
Bank Negara Malaysia Gallery
Economics Gallery
Islamic Finance Gallery
Numismatics Gallery
Art Galery

Tapi kami hanya sempat pergi 4 galeri jer.Children dan Islamic finance tak sempat. Masuk adalah percuma dari 10am - 6pm. Masa ni kami telah di bawa mengelilingi galeri ni oleh En Nizam. Memang best sangat dengan dia ni sebab knowledge dia sangat banyak. Dia kata selalunya kalau dengan dia akan ambil masa 2 jam.Setiap satu tu memang dia akan terangkan dengan sangat terperinci. Student pun sangat khusyuk dengar explaination dari dia.Yang paling penting galeri ni boleh ambik gambar.Tu yang syok leh share dengan korang.Hehehe.Meh layan gambar la pulak.


Ni dekat Art Gallery



our student



Ni teachers with beautiful panting


Lupe ni kat galeri mana.Tak silap galeri  numismatik

Econimic galeri.Dalam ni ada cerita mengenai krisis ekonomi.


Tu dia En nizam (kiri depan) tengah terangkan kat student.

Duit baru.Disini dipamerkan duit awal-awal keluar dulu sampai la yang la ni.

 Memang tak rugi datang sini.Banyak ilmu yang boleh kite dapat.Sesuai la untuk educational trip.

Itu jer nak cerita.

Wasalam.


Tuesday, 17 September 2013

Firework Putrajaya 2013 (gambar)

Assalamualaikum,

Ceria di pagi selasa...Huhuhu..yola.....ngantuk lagi ni.hihihihi

Semalam 16 sept pada tahun lepas adalah hari pertunangan saya..Jadi saya dan suami pi celebrate our anniversary.Hihihi.Sajee....Lagi pun semalam cutikan.Tapi kami celebrate hari ahad sebabnye semalam dia kena gi outstation.Sedih tak?huhuhu...

Dari pagi sampai malam berjalan je keje. Tapi tak gi mana sangat pun. Sempat la pergi main memanah kat Aeon Au2. First time main. Syok jugak..InshaALLAH next time nak main lagi walaupun tembak kat merata jer.Ape la.Huhuhu.Tapi seronok.Tak tangkap gambar pun sebab tak bawak camera.. Lepas tu gi shopping sikit pastu terus gerak gi putrajaya. Hari tu kan tak dapat tengok firework kat sarawak. Jadi husband bawak pi putrajaya. Dalam kol 7 sampai sana terus gerak gi Masjid Sultan Mizan.MasyaALLAH.... Cantik sangat masjid tu. Masjid paling cantik saya pernah tengok. Kiri kanan tasik. Depan matahari terbenam. Cantik sangat. Ni pun tak tangkap gambar jugak.Next time kalau berkesempatan teringin gak nak tangkap gambar pemandangan ciptaan ILAHI.Serius cantik.Lepas solat terus gerak ke presint 5. Kat jambatan gemilang.Alhamdulillah. Dapat jugak parking.Lepak dalam kereta tengok star trek tunggu sampai kol 9 baru keluar berjalan. Ramai sangat orang.Photographer pun dah ambik tempat dah untuk shot terbaik.Husband pun dah start cari setting camera supaya dapat gambar cantik. Cari tempat nak duduk. Betul - betul dekat dengan bunga api tu. Kol 10 dah ready untuk ambik gambar. Agak lewat jugak start. Bila start jer.... wahhhh cantiknye..........

Meh tengok gambar.....

Bangunan kat putrajaya. Tak tahu nama bangunan ni ape.

Pemandangan malam jambatan gemilang

Ni dia.....


Cantik......Banyak sangat......





Berjaya jugak tangkap gambar love tu.Hehehe



Itu jer...

Balek sangat la jem. Kol 1 baru sampai rumah.Respect la kat husband yang sangat la penyabar.Penat kot.....Dengan jem lagi. Sampai rumah solat terus tido..

PS : Credit kat husband untuk semua gambar ni.Cantik abang tangkap.Thanks bawak jalan-jalan.Lepas ni kite jelajah terengganu plak ea. Selamat tinggal KL....huhuhuhu


Wasalam......