Bismillahirrahmanirrahhim sebagai pembuka kata.

Selamat Datang ke blog saya yang tak seberapa ni.Bukan untuk menunjuk apa yang ada cuma sekadar untuk berkonsi beberapa cerita dan sebagai satu coretan kenangan buat diri saya sendiri dimasa hadapan.Boleh panggil saya Ain!!Umur 27 tahun (2015).Selamat berkenalan semua... =)


Terima kasih kerana sudi membaca.

Saturday, 2 February 2013

Checklist Majlis perkahwinan

Assalamualaikum,=)

Pinjam laptop husband jap.Lame tak update blog ni.Sibuk dengan persiapan walimah minggu depan je lagi.Ni nak share checklist walimah supaya takde yang tertinggal nanti.Lagi seminggu ade jugak benda yang tak setel lagi.Tapi akan berusaha untuk siapkan walaupun tak tido.Sedey tak??huhu.

Checklist penting:

1) Catering - Ni paling penting.Kalau tak,tak makan la para tetamu yang datang.Duit pun banyak habis kat sini.Jadi bagi pengantin baru yang lain terutama lelaki memang ke kumpul banyak duit kalau nak guna catering.Memang mahal tapi ia akan membantu masa majlis.Tak perlu guna banyak orang.Semua catering yang uruskan.Senang...Saya ambik catering Sri Angsana.Murah dan makanan dia pun ok.Sebelum ambik catering ni diorang dah sediakan hari untuk rasa makanan mengikut pakej yang kita pilih.Yang nak lagi murahnya bila kerusi maje canopi semua percuma. Boleh pergi kat website kat sini .

2) PA system - Kami sewa PA system jugak supaya suasana takde la sunyi sangat.Tapi kami ambik yang islamic sikit.Belum bincang lagi perjalan majlis dengan diorang macamane.Tengah tunggu jugak diorang response email saya..... Korang boleh tengok website kat sini .

3) RELA - RELA dah ditempah oleh paklong saya.Tapi tak setellagi sebab tak tahu harga berapa.RELA ni penting jugak.Diorang akan dipertangungjawabkan untuk jaga lalu lintas dan parking.Senang sikit pada para tetamu nak tahu parking kat mane yang boleh.Kami ambik 3 orang RELA.

4) Baju bersanding - Kami sewa kat semua house level U5 betul-betul depan sayang you.Kalau nak survey harga barang-barang pengantin mesti akan pergi kat sayang you ni.Depan tu ada butik pngantin. Diana Bridal.Kat butik ni harga dia bagi saya agak murah berbanding butik lain yang saya survey.Saya sewa baju je lelaki dan perempuan lengkap dengan aksesori.Harga Rm780 tapi ade security payment Rm300.Kalau korang hilangkan barang diorang Rm300 pun hilang jugak la.Jadi total Rm1080.Yang menariknya kat butik ni boleh bayar ansuran.Baju kat sini ada dua jenis yang berlainan.Ada yang Rm780 ada yang Rm1500.Jadi sesiapa yang rancang kahwin awal-awal dan nak sewa Rm1500 boleh bayar ansuran setiap bulan.Tapi kami 2 minggu nak walimah baru pergi cari baju.Nasib baik butik ni boleh terima untuk alter baju tu lagi walaupun dah suntuk.Minggu depan baru pergi sana lagi untuk cuba baju yang dah di alter dan pilih aksesori yang berkenan.Boleh pergi kat website kat sini .

Baju family - Baju family dah setel.Semua pakai baju biru turqoiuse.

Goodies - Goodies tengah proses.Nanti saya share barang apa yang saya bagi.Tapi termasuk beg hanya Rm1 je untuk setiap goodies.Murahkan.Next entry k?hehehe

Bunting - Bunting tak siap lagi.Dah ade gambar yang nak buat.Husband tolong design bunting ni.Tapi tak tahu bila siap.Ni pun dah tido dah dia walaupun janji nak buat.ish..ish....xpe.sian dia penat.hihi..Saya akan ambik size 2 x 5.Besar tak?Tak tahu la sebab tak pernah order bunting pun sebelum ni.Minta-minta jumpa kedai yang murah nanti.

Ok,itu je pun yang nak share.Nak sambung lipat kotak goodies.

Wassalam dan selamat malam. =)

No comments:

Post a Comment