Bismillahirrahmanirrahhim sebagai pembuka kata.

Selamat Datang ke blog saya yang tak seberapa ni.Bukan untuk menunjuk apa yang ada cuma sekadar untuk berkonsi beberapa cerita dan sebagai satu coretan kenangan buat diri saya sendiri dimasa hadapan.Boleh panggil saya Ain!!Umur 27 tahun (2015).Selamat berkenalan semua... =)


Terima kasih kerana sudi membaca.

Monday 3 June 2013

Google penunjuk jalan sesat

Assalamualaikum,

Gempak betul tajukkan?Tapi memang penunjuk jalan sesat pun....

Kisahnya berlaku pada sabtu lepas.Kami nak ke kenduri sepupu dia felda tembangau.Jadi kami guna google maps.Yang ni la pengalaman paling ngeri dalam hidup saya.

Kami pergi ikut instruction yang sepupu saya yang diberi melalui sms sebab dia tak sempat nak pos kad jemputan.Lokasinya di felda tembangau 1.Sebenarnya dah sampai dah cuma instruction salah jadi kami terus hilang arah.Jadi kami guna la gps google maps.Cer korang google maps felda tembangau.Jadi kami ikut la jalan yang ditunjuk.Makin lama makin jauh kami jalan sampai la masuk ladang kelapa sawit.Jalan dia jangan cakap la.Tanah merah dan ada jugak batu-batu kecik.Mula tu jalan ok.Tapi makin lama makin teruk.Memang ngeri sangat.Nak patah balek tak boleh sebab dah jalan jauh.Jadi memang kena teruskan la walau macamane pun sebab dah nak sampai kat felda tembangau yang berkotak tu kalau ikut maps.

Husband saya yang drive, mak dan adik lelaki saya dok belakang.Perempuan tahu je la kalau berada dalam situasi macam tu.Memang serius ngeri.Bayangkan kereta tu bunyi 'bang' kat bahagian bawah.Semua kami redah.Saya dan mak dah mengucap dah tanpa henti.Memang rasa nak menangis.Macam orang yang sesat dalam hutan sorang-sorang cari jalan keluar.Tapi kami ni nasib baik berempat.Apa yang paling saya risau takut kereta tak boleh gerak.Bukan je ade lubang-lubang besar tapi ada lecah dan tanah jelus.Giler tak cuak.Adik kat belakang relax.Tapi mak memang tak berenti mengucap.Suruh kami patah balek.Tapi husband kata kalau patah balek lagi teruk sebab kami dah jalan jauh kedalam.Kalau patah balek kami terpaksa jalan kat jalan yang teruk tadi untuk kali kedua yang mane ia akan lagi bawak keburukan pada kereta.Bunyi kereta bahagian bawah jangan cakap.Rasa macam nak tertanggal.Kereta pun bukan jenis 4 wheel tayar besar macam hilux tu.Jadi paham-paham je la rupanya macam mane.Jalan tu pun makin dalam dah tak serupa jalan.Ade lubang besar.Ade jalan yang muat-muat kereta.Kecik sangat.Kiri kanan memang ladang kelapa sawit.Sape dok kat ladang kelapa sawit tahu la rupa dia macamane.Saya rasa motor je yang mampu jalan kat situ kalau tengok struktur tanah dia.

Dah sampai kat kotak felda tembangau tu kalau mengikut goolge maps terus dah takde dah coordinat kedudukan kami.Lagi la giler dibuatnya.Tapi tengok dalam google tu memang ade jalan besar kat depan.Jadi kami teruskan lagi harap-harap dapat la pergi kat jalan besar tu.Tak tahu la berapa lama kami dalam hutan tu.Husaband cuba tenangkan saya dan mak sebab memang kami macam nak nangis dah.Nasib baik husband penyabar.Dia tak marah pun.Cool jer.Dia dah la kena fokus dengan jalan lepas tu kena fokus dengan kami lagi.Memang respect la dengan tahap kesabaran dia.Ada satu jalan tu adik lelaki saya terpaksa keluar nak tengok boleh lalu ke tak sebab ade tanah jelus.Tapi macamane pun kami kena lalu jugak.Husband bawak laju sebab takut tersekat.Saya pun banyak kali cakap dengan husband jangan stop sebab takut kereta berhenti.

Alhamdulillah kami jumpa polis bantuan.Dia wat sekatan kat dalam hutan tu.Tak tahu kenapa ade sekatan kat dalam hutan tu.Jadi memang bersyukur sangat.Husband turun tanye dengan polis tu.Dia cakap jalan ni jalan short cut.Sebenarnya ade jalan lain.Jadi dia suruh kami terus lagi untuk jumpa jalan besar.

Bukan habis kat situ je ea.Jalan terus banyak lagi yang kami kena hadapi.Kami terus je macam polis tu cakap.Dan last sekali kami nampak jalan besar.Alhamdulillah.....................

Tapi bile dah jumpa jalan besar kami tak tahu macamane nak pergi ke jalan tu sebab sepanjang jalan tu ade longkang.Tapi ade satu jalan tu berbukit sikit.Yang tu bukan jalan tapi saya suruh husband try jugak.Yela sebab tak sabar nak pergi kat jalan besar tu.Jadi husband try akhirnya berjaya jugak berada kat jalan besar.Alhamdulillah.Nak kol sepupu tapi line telephone takde.Jadi kami tanye kereta yang lalu kat situ.Dapat jugak jumpa jalan yang benar.Perjalan yang sepatutnya 3 jam jadi 7 jam.Kami datang kenduri tu orang semua dah balek.Kereta husband jangan cakap la.Memang macam baru balek membajak.Turun-turun terkejut sebab bamper bahagian depan bengkok kedalam.Nasib baik bahagian bawah takde yang bocor.Tapi itu pun tak tahu la masih ok ke tak.Nanti baru nak hanta service tengok kondusi kereta tu macamane.

Alhamdulillah perjalanan balek berjalan lancar sebab sepupu bagi maps.Tapi otw balek ikut jalan tasik bera jumpa accident.Seorang mati sebab nampak seluruh badan telah ditutp.Jadi kami rasa bersyukur sangat sebab masih diberikan peluang untuk hidup walaupun menlalui dudgaan yang berat.

Meh nak share gambar rupa bendtuk kereta.

Nampak tak?Bamper dah bengkok ke dalam.Tak tahu la berapa kena nanti ni.

Kereta baru balek membajak.Huhuhu



Tapi memang ni satu pengalaman yang mengerikan dalam hidup saya.Jadi gps ni bukan tak boleh guna cuma kalau nak pergi ke kawasan kampung memang dia akan bagi jalan yang pelik.Short cut yang memang mengerikan.Kalau kawasan bandar takpe kalau nak guna.

Itu je la.Semoga tak jadi pada orang lain.


To my lovely husband: Thanks sebab sentiasa ade dalam susah senang...

Sekian
Wasalam.

No comments:

Post a Comment