Bismillahirrahmanirrahhim sebagai pembuka kata.

Selamat Datang ke blog saya yang tak seberapa ni.Bukan untuk menunjuk apa yang ada cuma sekadar untuk berkonsi beberapa cerita dan sebagai satu coretan kenangan buat diri saya sendiri dimasa hadapan.Boleh panggil saya Ain!!Umur 27 tahun (2015).Selamat berkenalan semua... =)


Terima kasih kerana sudi membaca.

Monday, 16 December 2013

Beli rumah 2nd hand - Cara cari peguam

Assalamualaikum,

Hari ni nak share pasal beli rumah. Alhamdulillah. Semalam dah selesai sign sale & purchase agreement (S & P) bersama penjual. Kami hire lawyer di dungun.

Masa mula - mula nak beli rumah ni, saya dan husband macam blur je macamana nak start. Termasuk la macamane nak cari peguam. Google pun tak jumpa info macamane nak cari. Tambahan lagi kami takut kena tipu dan nak cari la peguam yang ok. Banyak comment yang saya bace sesetengahnya berhadapan masalah dengan peguam. Ade yang kena tipu jugak.

Setiap bank diorang ada lantik peguam sebagai panel bank tu supaya mudah untuk berurusan sebab peguam yang dilantik tu dah tahu dah ape yang bank nak. Sebelum ni kami dah pergi jumpa 2 peguam. 1 yang kat dungun ni dan satu kat kerteh. Tapi kat kerteh diorang panel bank islam. Boleh ambik diorang cumanya diorang hanya boleh buat document s & p sahaja. Dokumen gadaian kena cari peguam panel maybank. Jadi kami buat keputusan ambik panel maybank sebab senang diorang boleh buat dua2 dokumen. Kalau sape yang pergi buat pinjaman kat bank boleh minta kat pihak bank senarai nama peguam yang jadi panel diorang. Nanti diorang akan bagi. Jadi jangan risau la kalau tak dapat peguam. Salah satu cara lagi ialah korang boleh pergi ke website ni .Dalam website ni banyak sangat company peguam. Boleh cari je. Yang pasti peguam2 ni adalah yang bertauliah. Cara kami, kami pergi sendiri jumpa peguam tu, minta harga cas semua, lepas tu mesej person in charge maybank tanya adakah company ni panel maybank. Bile maybank kata ye, terus kitotang hire dia. Kejap je s & p dah siap.

Nak hire peguam ni pun kena pilih tempat yang sesuai. Kalau beli rumah kat kedah tapi hire peguam kat kl, memang susah la.Kenapa?
Ok. Ni saya cerita untuk beli rumah 2nd hand ea. Kalau jumpa peguam diorang mesti akan tengok salinan geran hakmilik. Diorang akan tengok 2 perkara.

1. Adakah rumah tu masih ada gadaian. Maksud gadaian disini, adakah pihak penjual masih ada baki hutang pada bank sebelum ni iaitu tak habis bayar rumah tu lagi pada bank yang penjual buat pinjaman beli rumah tersebut.
2. Adakah tanah rumah itu mempunyai sekatan daripada pejabat tanah. Maksudnya nak tukar hakmilik rumah tu kena minta persetujuan daripada pejabat tanah.

Kedua2 perkara ni la yang akan mengambil masa dalam proses pembelian rumah ni.
Untuk hire peguam seeloknya hire peguam yang berada dalam daerah yang sama dengan rumah yang korang nak beli supaya senang diorang nak berurusan dengan pejabat tanah.

Kes kami plak, kami beli rumah di kerteh yang mana pejabat tanah dikemaman tapi ambik peguam di dungun iaitu diluar daerah kemaman jadi peguam agak susah nak pergi ke pejabat tanah sebab ianya akan ambik masa sebab jauh. Jadi peguam diaorang akan tambah kos pada miscellaneous.

Jadi ini pendapat yang saya nak share sebab saya dah menghadapi situasi ni. Semoga boleh bagi info pada semua yang pertama kali nak beli rumah second hand.

Itu je. Nanti saya share lagi. InsyaALLAH.
Wasalam.

No comments:

Post a Comment