Assalamualaikum,
Salam jumaat semua.
Sori lama tak update sebab malas sangat.Banyak benda nak cerita tapi akibat malas biarkan gitu jer.
Oohhww saya dengan rasminya dah jadi orang ganu.Ni kat ganu la ni. Minggu lepas lagi mai sini. Tapi sedih sebab rumah tak dapat lagi. Masih mencari. Sepanjang minggu ni dok kat awana kijal. Semalam baru check out. Nak extend lagi kat situ tapi sebab banjir bilik semua dah penuh. Bukan saya saja yang tak de tempat tinggal, semalam orang putih yang dok awana tu pun patah balek sebab tak boleh balek kl. Jadi memang semua berebut bilik. Bilik bumbung bocor pun diorang sanggup ambik. Betapa susahnya sebab banjir. Saya pi dungun. Duduk kat hotel saujana. Nanti saya update kat blog review hotel ea. InsyaALLAH. Hari mulakan misi mencari rumah. Sebenarnya nak balek kl tapi kemaman banjir terpaksa dok sini lagi. Miss kl so much. Jadi sekarang di kerteh. Terperangkap antara kemaman dan dungun. Dua2 tempat ni banjir. Hotel, homestay tak yah cakap la. Semua penuh.Sepanjang perjalanan nampak ada rumah yang dah ditenggelami air.Kesian diorang..Air sungai pun macam dah nak sampai jalan raya dah. Nasib boleh lalu lag... Harap sangat segala urusan hari ni dipermudahkan dan banjir makin pulih. Amin......
Wasalam
ain xdapat rumah lagi? jenuh nak bayar hotel selagi banjir xsurut..huhu... sabar ye..
ReplyDeleteAah.mmg jenuh pun.nk cari rumah pn susah.sini asyik hujan jer...byk dugaan.tp insyaALLAL pasti ade hikmah..thanks honey....
ReplyDelete