Bismillahirrahmanirrahhim sebagai pembuka kata.

Selamat Datang ke blog saya yang tak seberapa ni.Bukan untuk menunjuk apa yang ada cuma sekadar untuk berkonsi beberapa cerita dan sebagai satu coretan kenangan buat diri saya sendiri dimasa hadapan.Boleh panggil saya Ain!!Umur 27 tahun (2015).Selamat berkenalan semua... =)


Terima kasih kerana sudi membaca.

Wednesday 22 January 2014

Resepi Ayam Paprik

Assalamualaikum,

Hari ni nak share resepi ayam paprik. Dapat resepi ni dari sini. Dah 2 kali buat sedap. Cara dia pun sangat-sangat simple. Bagi saya nak buat paprik ni paling penting daun limau purut tu. Bau dia tu yang buat lagi sedap. Bagi saya memang suka sayur saya masukkan sayur banyak-banyak. Berkali-kali leh makan lagi. Meh tengok cara buat.

Bahan-bahan:



Ayam. Ikut la nak berapa banyak. Ambik isi dia potong kecik-kecik.
2 ulas bawang putih dan satu biji bawang merah kecil. Hiris untuk tumis
1 biji bawang besar. Saya guna bawang bombay. Selain sedap bawang ni akan naikkan bau lagi. Hiris bulat.
1 biji cili merah besar tu. Hiris serong.
11 biji cili api. Ikut saiz cili tu. Kalau kecik-kecik ambik 20 biji. Ni yang suka pedas la. Hiris halus atau pecah-pecahkan.
2 helai daun limau di koyak-koyakkan. Bau bau dia keluar
Bunga kobis. Potong kecik
2 biji Baby Corn. Jagung yang kecik tu. Saya suka sayur ni jadi saya letak lebih sikit.
1/2 biji carrot. Saya potong memanjang. Macam kat kedai tu. potong serong pun boleh.
2 biji kacang panjang. Takde kacang panjang saya guna kacang buncis. Potong pendek-pendek. Agak-agak la panjang dia. Jangan pendek sangat.
2 sudu besar cili kering. Ambik yang dah dimesin.
2 sudu besar sos tomato.
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram.
Garam dan satu cawan air.

Cara-caranya:

Tumis bawang.


Masukkan cili kisar. Masak lama sikit untuk pastikan cili betul-betul masak. Masak sampai pecah minyak.


Masukkan semua sos. Masak lagi sampai pecah minyak. Lepas tu masukkan isi ayam sampai ayam tu betul-betul masak.

Masukkan air sampai mendidih. Perasakan kuah tu. Tambah garam.


Masukkan semua bahan. Masak sampai sayur empuk. jangan masak lama nanti sayur layu tak sedap dah. Tutup periuk bagi bau daun limau tu meresap kat seluruh bahan. Kalau pekat tambah air sikit. Dah empuk sayur boleh tutup api. Siap!!!!

 Selamat Mencuba.

Wasalam.

2 comments:

  1. macma nk masak je lauk paprik ni balik ni..mcm sedap plak ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masakla. Tadi tengok dapur panas lebih kurang sama je resepi dia. Cuma beza dia guna seafood. Pengacara tu pun cakap daun limau purut tu kena lebih sikit sbb daun tu yang bagi masakkan tu jadi paprik. =) Selamat mencuba.

      Delete