Assalamualaikum,
Sambungan dari topik beli rumah.
Last week kami dah dapat report dari pejabat hartanah yang pihak maybank cadangkan.Masa mula-mula dapat kol dari pejabat hartanah ni, kami macam blur sebabnya aiiik kenapa kena buat penilaian lagi. Bukan haritu pihak maybank dah buat ke. Boleh tengok entry sebelum ni. Berapa banyak penilaian kena buat. Rupanya pejabat hartanah yang kol kami ni adalah salah satu panel maybank jugak. Jadi pihak maybank dah siap bagi maklumat pasal rumah yang kami nak beli untuk buat laporan penilaian rumah. Nak tahu kenapa pentingnya proses ni boleh pi kat website ni .Yang dulu masa maybank buat penilaian tu hanyalah untuk dapatkan approval untuk offer letter. Jadi pembeli kena hire mana2 pejabat hartanah untuk sediakan laporan lengkap pasal rumah tu. Saya tengok laporan tu memang sangat2 lengkap. Diorang pi kat rumah tu siap detailskan satu-satu macam contoh lokasi rumah dekat dengan ape, jenis rumah guna batu ke papan ke, syiling jenis ape, lantai jenis ape, macam-macam lagi la. Memang sangat2 detail. Bila dah siap laporan ji diorang akan bagi pihak pembeli satu, pihak bank satu. Yang kami punya bulan 12 hari tu diorang kol, last week siap. Harga bergantung pada harga rumah yang anda beli dengan kos-kos tambahan. Contoh kos travelling. Kalau beli rumah kat ganu tapi hire kat kl memang mahal la sebab agen hartanah tu kena travel jauh. Kami ambik kat kuantan punya. Pastikan ambik yang berdaftar ea. Kalau bank ada panel penilai sendiri baik ambik diorang punya. Kalau nak tahu penilai tu berdaftar atau tak boleh cek kat sini . Harga yang dikenakan pada kami RM650 .Jadi korang kena la simpan duit jugak untuk wat penilaian ni. Proses dengan peguam tak setel lagi. Masa diorang bagi 3 bulan untuk setel tapi memang kami slalu follow up. Tengok la kalau dah siap insyaAllah saya buat summary proses beli rumah ni.
Ok itu je.
Wasalam.
tq 4 sharing..good info..
ReplyDelete