Bismillahirrahmanirrahhim sebagai pembuka kata.

Selamat Datang ke blog saya yang tak seberapa ni.Bukan untuk menunjuk apa yang ada cuma sekadar untuk berkonsi beberapa cerita dan sebagai satu coretan kenangan buat diri saya sendiri dimasa hadapan.Boleh panggil saya Ain!!Umur 27 tahun (2015).Selamat berkenalan semua... =)


Terima kasih kerana sudi membaca.

Thursday 6 March 2014

klcc dan kebakaran hutan di jabur semalam.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah. Semalam selamat sampai dari KL.
Dapat jumpa mak tersayang..Rasa tak cukup je sebab dapat jumpa sekejap.Takpela sebab macam setiap minggu je akan ke KL lagi.huhuhu..
Tengok kat area KLCC takde la teruk sangat jerebu. Still boleh nampak bangunan-bangunan tinggi. Tapi jerebu masih jugak kelihatan. Agak panas jugak kalau nak compare dengan kerteh....wahh jadi orang kerteh puji kerteh je keje..hehehe. Meh nak share gambar KLCC. Nampak cantik sangat dengan lampu-lampu malam..Tangkap dari bilik hotel.Nanti saya share hotel mane. Selalu la jenguk2 blog review hotel ea.

Cantikkan?Cumanya menara 1 tu tertutup sikit sebab terhalang dgn menara 3. Tinggi jugak menara 3 tu.....

On de way balek semalam kat area jabur-cherating pembakaran hutan yang amat dahsyat.. Nak share gambar tapi ade dalam camera husband. Tak tahu la dalam berita ade ke dak sebab tak sempat nak tengok. Abes berita baru sampai umah. Mula-mula tu ingat awan sebabnya memang macam awan bergumpalan warna hitam.Mane la tau nak hujan ke.. Tapi dengan yakinnya husband kata tu asap. Dok caya mulo2. Tapi bila lalu je kawasan tu haaa ambik. Tak nampak jalan dah. Dengan bau asap yang kuat sangat. Kiri kanan pokok dah rentung dah. Agak besar jugak kebakaran dia. Rasa macam nak kena dah kat kawasan gebeng tu. Macam dekat sangat. Dari jauh pun dah boleh nampak asap dia. Tapi serius..serius..serius dahsyat. Bukan bau asap je, bau busuk ape ntah ade jugak. Pening bau. Bau dia sampai masuk dalam kereta. Baju-baju kami pakai ni pun bau sekali. Hari tak tahu la dah ok ke tak. Harap2 dah padam la. 

 Jadi sebagai rakyat malaysia yang prihatin kepada kesihatan diri sendiri dah orang tersayang, tolong la berhenti dari melakukan kebakaran terbuka. Teruk dah cuaca kat malaysia ni. Kalau kita tak selamatkan, siapa lagi?


Itu je.


P.s : Banyak benda nak share jadi kenangan je sebab takde mood nak menaip.. nanti la saya cuba merajinkan diri....



No comments:

Post a Comment