Bismillahirrahmanirrahhim sebagai pembuka kata.

Selamat Datang ke blog saya yang tak seberapa ni.Bukan untuk menunjuk apa yang ada cuma sekadar untuk berkonsi beberapa cerita dan sebagai satu coretan kenangan buat diri saya sendiri dimasa hadapan.Boleh panggil saya Ain!!Umur 27 tahun (2015).Selamat berkenalan semua... =)


Terima kasih kerana sudi membaca.

Wednesday 4 October 2017

Fungal Ear Effection ( Jangkitan kulat dalam telinga ) PART 3

Assalamualaikum

Sambungan... Malas betul la dh update.huhuhu


Ok 2 minggu kemudian datang balek.Sebelum datang saya suruh husband cek ada lagi tak.Dia kata ada. Jadi bila dia dah cakap macam tu saya resdy awal-awal kot2 kena sedut lagi.Sakit hari tu masih teringat lagi tau. Jadi sedapkan hati takpe biar sakit asalkan semua kulat tu takde.Dah tak nak dah kena sedut banyak kali.

Jadi pagi tu kami pergi ke kpj pahang. Memang dah buat appoinment jadi terus jumpa doktor. Doktor check jugak macam hari tu. Jeng jeng jeng. Memang ada lagi ok. Jadi kena sedutttttt... lagi... huwaaa...... 😂😂😂 Tabahkan la hati. Sakit tapi tak seteruk yang 1st tu sebab yang ni kulat baru nak membiak. Kulat ni dia akan selalu tumbuh jadi kita kena selalu mati kan dia non stop. Kalau tak dia akan tumbuh dan tumbuh lagi.

Masukkan lagi ubat titik.Next appointment 3 minggu lagi.Ni lama sikit sebab doktor ada hal. Masa ni telinga tak sakit. Lepas 3 minggu kami pergi lagi. Alhamdulillah akhirnya telinga saya clear dari sebarang kulat.

Bila dah kena ni saya lebih berhati2. Dengan anak2 pun saya jaga sebab saya tau sakitnya macamana. Kos keseluruhan untuk 3 apoinment ni di kpj pahang RM500 ++.
Harap entry ni akan jadi rujukan untuk korang. Yang tak kena lagi memang tak cari entry ni.Yang kena mesti sibuk google sebab tak tahu apa nak buat.hehehe.Macam saya la tu.

Next kita nk citer pasal holiday..Hehehe. Tak sabar nak share. Memang banyak nak share sebab banyak betul benda jadi kat sana.Tapi belajar dari pengalaman.Lepas ni boleh dah gi jauh2..ngee....

2 comments:

  1. kesian dkt sis,moga cepat sembuh
    btw singgah and follow https://marblemomo.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Saya baru lepas kena sedut dgn doc sri..fuhh memang sakit la bab kena jangkitan fungus ni.dulu bernanah tak sakit sgt kena seduy.this time kes fungus mmg berair la mata tahan sakit.next week pulak appointment.risau pulak rasa

    ReplyDelete