Bismillahirrahmanirrahhim sebagai pembuka kata.

Selamat Datang ke blog saya yang tak seberapa ni.Bukan untuk menunjuk apa yang ada cuma sekadar untuk berkonsi beberapa cerita dan sebagai satu coretan kenangan buat diri saya sendiri dimasa hadapan.Boleh panggil saya Ain!!Umur 27 tahun (2015).Selamat berkenalan semua... =)


Terima kasih kerana sudi membaca.

Thursday 12 July 2018

Trip ke Hatyai Thailand Part 3

Assalamualaikum,

Habis dah cerita kat hatyai tapi ni kite buat penutup.Terlebih rajin la pulak.hahaha

Ni tips atau perkara yang korang perlu tau kalau malas nak baca part 1 dgn part 2

1. Beli tiket padang besar - hatyai boleh guna rm/baht. 50 baht atau rm7 utk seorang
2. Perjalanan 30-40 minit. Naik train yg boleh bukak tingkap tu.Train zaman dolu2.Kat malaysia xde dah train gini.Nak merasa leh la gi hatyai
3. Tak dinasihatkan ambik teksi sebab mahal.Ambik tuk tuk atau grab.Tuk tuk tempat2 yang kami pergi dia cas 100 baht.Tuk tuk ni boleh muat dalam 8 -10 orang. Grab cas 85 baht.Lagi murah Jadi hari kedua tu memang kami naik grab je sebab murah dan lagi selesa
4. Nak cari agensi pelancongan yang boleh bawak korang jalan2 kat hatyai boleh cari kedai2 depan2 stesen keretapi tu.Tapi nak lagi murah google la kat blog2 yang ade share.Ade pakcik tu cakap nak jalan2 1 hatyai paling ok RM100.Kalau lebih tu kire mahal.Tak yah ambik.
5. Hatyai ni kalau nak ikut tak banyak sangat tempat menarik (boleh google ye). Tempat yang sesuai untuk budak2 lagi la takde. Ermm kesian la mak pak je berjalan.Anak bosan je mengikut.huhuhu
6. Hatyai x sesuai nak shopping sebab harga kat sana lebih kurang je kat malaysia.Kalau shopping kat indon ok sebab jutawan kat sana.hehehe
7. Hatyai paling syok makanan dia.Wajib try pulut mangga (mangga manis2), ais krim kelapa, murtabak pisang (ni my mum punye lg sedap tp popular kat sana), sana popular dgn air teh.Durian. (kalau ade lagi blh tambah kat komen)
8. Kat sana susah nak jumpa roti ye.Kat 7 eleven pun xde roti langsung.Tak mcm kat sini.Jadi kalau nak lapik perut tu korang kena cari biskut atau koko crunch.
9. Kedai2 jual makanan pastikan ade logo halal
10. Asean market sesuai bawak stroller.Tapi nak makan level 2 tak boleh bawak stroller sebab naik guna tangga.Tapi jangan risau.level bawah pun ade kedai makan tapi x besar mcm level 2.Tapi ade la jual nasi2 kat situ.Nak makan sedap murtabak pisang, pulut mangga, kerabu mangga, rojak buah ke semua level 2.Suh la suami korang beli jap kt atas pastu makan kat bawah.Ni utk yg ade stroller.
11.Bp grand hotel dan lee garden hotel nak ke stesen keretapi jarak dia lebih kurang je.Walking distance.Jadi kalau nak jalan kaki pun boleh.Tengok maps.
12.Suggest hotel terbaik area lee garden.Sebab banyak makanan halal kat situ dan shopping mall.Banyak je hotel2 bajet area situ.
13. Sebelum naik tuk tuk tanya harga dulu.Kalau nak jimat boleh compare tuk tuk dengan grab mana lagi murah.
14. Pastikan korang pergi bukan pada musim hujan.Kalau x, dok hotel je la jawabnye
15. Kalau penjual area lee garden tu boleh jugak cakap bahasa melayu.Tapi kat festival hari raya tu sorang pun x pandai cakap bahasa melayu dan x paham bahasa english.Jadi korang akan cakap macam ayam dengan itik.Tak pun guna bahasa isyarat.
16. Sape allergik seafood siap2 la bawak ubat.Korang lalu depan gerai udang goreng confirm terliur.Takkan tengok je.hehehe.
17. Pastikan bawak baju yang tak perlu iron sebab kebanyakkan hotel kat situ x dibenarkan iron.
18.Channel tv kat sana ade tv3.Boleh la paham.Yang lain cakap thai.
19. Banyak kedai area lee garden atau sepanjang jalan situ ade sediakan perkhidmatan urut kaki.Penat2 jalan boleh la mengurut.Harga x ingat
20. Fast food restaurant macam kfc ke mcd ke x halal ye.Boleh google.Kami google kalau ade halal pun area bangkok.Hatyai xde.

Ade nak tambah boleh tambah kat komen ea

Kesimpulannya.Syok sebenarnya pi jalan2 ni.Melihat negara orang selain menimba pengalaman.Tapi pastikan rancang trip anda dengan betul supaya dapat jelajah semua.Kalau macam kami main redah je.Nak melawat kawasan.Hahaha.Lepas2 ni boleh gi lagi. Inshaa Allah next pi kundasang plak.Kalau rajin kite share ea.

Tq

Semoga membantu.

No comments:

Post a Comment