Bismillahirrahmanirrahhim sebagai pembuka kata.

Selamat Datang ke blog saya yang tak seberapa ni.Bukan untuk menunjuk apa yang ada cuma sekadar untuk berkonsi beberapa cerita dan sebagai satu coretan kenangan buat diri saya sendiri dimasa hadapan.Boleh panggil saya Ain!!Umur 27 tahun (2015).Selamat berkenalan semua... =)


Terima kasih kerana sudi membaca.

Friday 29 October 2021

Cara daftar perniagaan secara online di SSM yang terkini melalui Ezbiz ssm (Step bergambar)

 Assalamualaikum.


Lama tinggalkan blog ni. Tapi sebab baru-baru ni daftarkan perniagaan untuk adik jadi kita share sekali kat sini.


Sebelum ni saya pernah share tapi yang terbaru ni memang lain cara dia. Korang boleh ikut step kat bawah ni ye:


Penting!!

Sila sediakan dulu benda-benda ni untuk mudahkan pendaftaran:

1. Bayaran pendaftaran:-

A. Personal Nama - RM30/Setahun

B. Trade Name - RM60/Setahun

C. Business info - RM10


2. Gambar:-

A. Ic depan belakang. Macam korang gi kedai photostat tu. Dalam 1 page ade gambar depan ic dengan gambar belakang ic.

B. Gambar sua foto atau selfie sambil pegang Ic. Pastikan tulisan ic tu jelas. Ni betul2 gambar selfie ye. Jangan suruh orang tangkap gambar. (Saya la yang buat tu šŸ¤£šŸ¤£) Korang yg nak daftar tangkap sendiri. Guna camera depan. Tulisan kat ic tu akan terbalek tau. Tapi yang ni la yang diorg nak.

C. Gambar lesen memandu/pastport/surat beranak


Okay dah ada semua boleh follow step bawah šŸ˜


1. Sila layari laman sesawang ssm yang ni. Www.ezbiz.ssm.com.my . Pertama sekali kena Sign Up. Klik Sign Up.


2. Isikan maklumat yang diminta

Selesai isi klik "Register"


3. Lepas klik register dia akan ke page bawah ni. Korang isi semua ye.


Dah isi semua klik "Save"

4. Dah klik Save dia akan keluar yang ni

Klik "Home"



5. Dah klik Home boleh dah Sign in. Dah sign in main page macam bawah ni.

Klik "User Profile" . Lepas tu pilih "User verification request"

Selagi tak setel user verification ni Menu akan keluar macam ni. Kalau dah setel baru dia keluar link untuk daftar perniagaan.



6. Dah klik User verification dia akan keluar page bawah ni:

Klik "Add new"

7. Dah klik Add New akan ke page bawah ni:

Sila upload gambar yang diminta. Dah upload boleh klik "Submit". Ni dokumen yang saya tulis atas tadi.

8. Dah klik Submit akan ke page bawah ni:

Status in process. Nanti pihak SSM akan semak. Kalau ok diorang approve.

Masa saya ni saya punya tak lepas sebab gambar selfie adik saya tu saya yang tangkap.hahaha. Jadi kena submit semula. Bila dia cek ada masalah akan keluar status macam bawah ni: 



Nampak tak query tu. Korang klik yang bulat ada gambar pensel tu untuk edit.


9. Dah klik gambar pensel tu dia akan keluar apa yang perlu korang betulkan. Maksudnya dia bagitahu apa yang salah macam bawah ni :-

Dalam kotak merah tu yang kena betulkan. Macam ni gambar selfie tu salah.Jadi kena upload semua balek. Dh upload klik "Submit"

10. Dah klik submit dia akan ke page bawah ni:

Status akan tukar ke "In process resubmission"
Lepas tu korang klik Home. Diorang akan suruh verify syarat2. Belah kiri. Alaaa lupa nak screenshot.hahaha. Korang klik kotak "Confirm" tu untuk step daftar perniagaan pulak.

11. Bila diorang dah approve, Menu atas tu akan keluar list macam bawah ni: 

Klik "My Business Services". Pilih "New Business"

12. Dah klik akan ke page bawah ni:

Isi semua maklumat yang diminta. Untuk Add business code tu boleh rujuk contoh dibawah

13. Klik " Add business code". Pilih kategori business yang korang akan jalankan. Contoh seperti dibawah. Hanya type sahaja jenis perniagaan yang korang akan jalankan.

Contoh untuk perniagaan berkaitan"kenderaan". Type kenderaan dan pilih kategori yang korang nak jalankan. Tick kat kotak tu.

Ni contoh perniagaan "Pakaian". Dah tick kategori perniagaan yang korang nak boleh klik add.

Ni contoh dah add business code. 

14. Dah add business code boleh isi maklumat seterusnya.

Selesai isi boleh klik "Submit Payment"

15. Dah klik Submit Payment akan ke page bawah ni

Ni adalah jumlah bayaran mengikut nama perniagaan yang korang pilih. Untuk trade name RM60 dan tambahan business info RM10. Boleh klik cara bayaran yang korang nak. Sape nak bayar secara online boleh klik "Pay online". Pay online boleh guna online banking atau credit card.


16. Dah selesai payment akan ke Home page. 

Korang klik "My Business Services" dan pilih "List New Business Registration" untuk semak pendaftaran korang tadi.

17. Dah klik List New Business Registration akan ke page bawah ni

Kalau korang dah isi tadi lepas tu tak siap. Dia akan auto save. Jadi boleh klik Draft untuk sambung isi maklumat. Untuk tengok status pendaftaran tadi Approve atau tak boleh klik Approve/Reject. Kalau reject boleh semak apa yang perlu korang betulkan.Lepas tu korang boleh klik yang bulat ade pensel tu.


18. Bila dah klik pensel tu akan keluar page bawah ni:

Korang boleh download borang-borang tu. 

Nota tambahan: Boleh semak email masing- masing setiap kali korang submit setiap step atas ni. Kira sebagai notification dari ssm la. 


Dengan ini korang dah daftar perniagaan dengan SSM. Tahniah!


No comments:

Post a Comment