Bismillahirrahmanirrahhim sebagai pembuka kata.

Selamat Datang ke blog saya yang tak seberapa ni.Bukan untuk menunjuk apa yang ada cuma sekadar untuk berkonsi beberapa cerita dan sebagai satu coretan kenangan buat diri saya sendiri dimasa hadapan.Boleh panggil saya Ain!!Umur 27 tahun (2015).Selamat berkenalan semua... =)


Terima kasih kerana sudi membaca.

Friday 8 November 2013

Nasi dagang dan keropok lekor sedap terengganu

Assalamualaikum,
Lama tak update. Sejak berhenti kerja ni saya sebok sebab jadi secretary husband.Gi outstation ikut sokmo. Minggu ni je dah 2 kali pi kerteh. Cari rumah jugak. Famuily Family mertua pun tolong jugak. Sama-sama pi kerteh cari rumah. Dah abes dah hutang dengan mak mertua bawak pi jalan-jalan kat kerteh. Bapa mertua plak bawak pi jalan kat tempat memancing kat jeti cruise awana. Tapi tak sempat pancing pun.Huhuhu.Kali ni husband bawak kat kedai makan semua sedap. Salah satunye kedai nasi dagang. Perhhh memang sedap. Tak caya boleh cuba. Kedai ni dekat depan masjid bukit kemasik. Kalau datang dari arah KL, sampai je area kemasik cari surau kg. feri belah kiri. Jalan sikit de simpang 4. Masuk kanan.Betul2 kat simpang kanan tu kedai dia. Gerai biasa je. Tapi nasi dagang dia luar biasa. Sedap..Serius. Lagi sedap dari nasi dagang kat resort world awana tu. Tapi dia bukak pagi jer. Petang tak bukak. Hari tu kami pi sarapan kat situ.Lepas je sarapan pi pusing-pusing tengok rumah kat area situ. Dalam kol 10 sarapan lagi. Kali ni bawak family mertua pi makan kat kedai kopok lekor tepi pantai sebelah resident hotel yang selalu kami pi. Boleh bace entry ni balek. Family mertua suka sangat dengan keropok lekor kedai tu. Akhirnya tanya jugak kat pemilik kedai tu keropok lekor tu buat sendiri ke beli. Lepas diorang kata beli terus bagitahu kedai dia. Dekat gelombang pantai. Ade satu kilang(takde la kilang sangat) tapi kat situ la diorang buat keropok lekor tu. Mak mertua minta  resepi terus. Meh nak share gambar diorang tengah uli tepung.
2013-11-03 11.02.36
Keropok Sri Paka
2013-11-03 10.59.042013-11-03 10.59.212013-11-03 10.59.562013-11-03 11.00.16
Itu jer.
 
Wasalam.




No comments:

Post a Comment