Bismillahirrahmanirrahhim sebagai pembuka kata.

Selamat Datang ke blog saya yang tak seberapa ni.Bukan untuk menunjuk apa yang ada cuma sekadar untuk berkonsi beberapa cerita dan sebagai satu coretan kenangan buat diri saya sendiri dimasa hadapan.Boleh panggil saya Ain!!Umur 27 tahun (2015).Selamat berkenalan semua... =)


Terima kasih kerana sudi membaca.

Saturday, 26 July 2014

Cerita sebelum menjelang hari raya.....

Assalamualaikum,

Nampaknya ramai dah balek kg. Blog pun sunyi je. Tak ramai yang buat entry. Mungkin tengah busy untuk persiapan raya. Lepas raya baru bertimbun timbun entry nak sharekan....

Saya? Masih di terengganu. Tak gerak mana pun lagi.Menghabiskan masa dirumah bersama suami. Plan raya tahun ni ingat nak balek kedah kg suami. Esok la hasrat hati nak gerak. Tapi cancel sebab my mil masuk wad malam tadi. Mungkin kena tahan sampai hari raya kedua. Jadi pakat2 kami beraya di kl lagi tahun ni. Dan family husband beraya di hospital la nampaknya.. Lama jugak mil kena tahan wad. Ade prob kat pankreas. Harap hari ni dia beransur pulih la. Mane tau boleh raya kat rumah. Sedey kot raya kat hospital.

Raya tahun ni macam kelaut sikit. Baju raya pun takde. Tak berapa nak excited sangat. Mungkin esok balek kl baru pi jalan2 cari baju raya. Nak cari baju raya untuk my father jugak. Mak punye baju tahun ni special sikit sebab saya jahit sendiri. Semalam bertungkus lumus siapkan. Perhhh tak expert mane pun tapi satu hari je siap. Jahitan.. hancus. Tapi nampak la rupenye. Hehe. Gitu la kalau buat last minit. Tahun depan belajar jahit baju melayu plak sebab tahun lepas jahit jubah raya sendiri....

Makanan yang saya nak sangat makan raya ni antaranya kuah lontong. InsyaALLAH mak nak buat. Nanti nak minta resepi jugak sebab ni resepi arwah nenek. Kuah dia memang sedap. Favourite sanak saudara jugak. Lepas tu nak makan karipap kecik yang ade inti serunding rasanya..bipang kuaci. Yang tu jela kot.

Itu jela cerita sebelum nak raya ni. Yang balek kg hati2 ea. Saya harap sangat balek kl esok tak jem.amin.....

Dikesempatan ni jugak nak minta maaf jika ada kesalahan sepanjang menulis blog ni.

Sumber : google

Selamat hari raya.

Wasalam.

No comments:

Post a Comment