Bismillahirrahmanirrahhim sebagai pembuka kata.

Selamat Datang ke blog saya yang tak seberapa ni.Bukan untuk menunjuk apa yang ada cuma sekadar untuk berkonsi beberapa cerita dan sebagai satu coretan kenangan buat diri saya sendiri dimasa hadapan.Boleh panggil saya Ain!!Umur 27 tahun (2015).Selamat berkenalan semua... =)


Terima kasih kerana sudi membaca.

Sunday, 20 July 2014

Resepi puding jagung. Step by step (bergambar)

Assalamualaikum,

Teringin lama dah nak puding jagung. Kalau beli kat luar tak puas hati sebab kadang2 mesti ada yang lebih tepung dan rasa jagung je walaupu jagung dia takde. Jadi buat sendiri puas hati. Resepi diambil dari blog mamawandiha.blogspot.com. Boleh klik ea. Banyak resepi lain yang saya rujuk kat situ.

Jadi meh nak share resepinya.....
Saya buat separuh dari sukatan resepi ni sebab sorang2 makan. Husband tak berapa suke sangat puding ni.
Bahan-bahannya:-

1 tin jagung jenis creamy - ni saya lebihkan sebab suka jagung yang banyak.
1 tin susu cair
3 cawan air
1 1/2 cawan gula pasir
1 1/2 cawan tepung kastad

Ni bahan2nye.... saya ikut sukatan cawan yang selalu buat untuk minum teh or coffee.


Cara :-

1. Bancuh tepung kastard dengan air hingga sebati 


2. Kemudian masukkan semua bahan2 lain dan bancuh rata. 
3. Masak puding dengan menggunakan api yang kecil...hinggalah masak (kental & berkilat). Maksudnya masak hingga betul2 air dia kering dan susah nak gaul dah.
4. Kemudian masukkan ke dalam loyang
5. Bila sejuk masukkan dlm peti sejuk sebelum dipotong.

Siap!!!

Nilah hasilnye...


Minta maaf.Potonga  tak cantik. Tapi rasa dia sedap.

Okie itu je.
Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment