Bismillahirrahmanirrahhim sebagai pembuka kata.

Selamat Datang ke blog saya yang tak seberapa ni.Bukan untuk menunjuk apa yang ada cuma sekadar untuk berkonsi beberapa cerita dan sebagai satu coretan kenangan buat diri saya sendiri dimasa hadapan.Boleh panggil saya Ain!!Umur 27 tahun (2015).Selamat berkenalan semua... =)


Terima kasih kerana sudi membaca.

Saturday, 26 July 2014

Resepi biskut nestum dengan bahan yang simple. Tak perlu kisar halus..

Assalamualaikum,

Resepi biskut raya terakhir nak share sebelum nak raya ni. Kalau ada sape2 yang ada lebih bahan2 buat biskut sebelum ni boleh guna buat biskut nestum ni. Simple je. Cara buat senang dan bahan pun senang dan penting sedap. Saya ada tester yang jujur kat rumah ni. Kalau tak sedap memang dia akan kata tak sedap. Tapi yang ni sedap. Dia pun penah buat jugak ikut resepi ni.. Saya buat ni pun sebab lebih2 bahan2. Lagi satu cari semua resepi biskut nestum ni semua yang nak kisar halus. Kat rumah takde pengisar halus tu. Tapi jumpa resepi ni terus buat. Meh nak share...

Ni hasilnye.....


Bahan2 (resepi ambik dari mesra.net)

1 cawan tepung gandum
1 cawan nestum
1 1/2 cawan gula halus
8sb minyak sapi atau 250gm (ikut kelembutan)
2sb madu - tambahan

Cara2

1. Cairkan minyak sapi terlebih dahulu. 
2. Sementara tu masukkan semua bahan yang lain. Gaul2kan....
3. Minyak sapi dah cair sejukkan kejap. Masukkan bersama bahan tadi. Masukkan minyak sedikit demi sedikit. Nak tau adunan dah ok ke tak bila buat bulat adunan tak hancur. Jadi boleh stop masukkan minyak. 
4. Cara nak gunakan acuan tak boleh tekap adunan guna acuan sebab adunan campur dengan nestum dia masih merekah. Tapi buat bulat boleh. Jadinya ambik adunan tu masukkan dalam acuan. Padat2kan dalam acuan dah padat baru tolak adunan tu keluar dari acuan. Boleh imagine tak? Tak boleh, boleh tanye....hehehe. 
5. Bahagian atas boleh sapu dengan kuning telur. Tapi saya sapu dengan madu.
6. Lepas tu bakar dalam oven 150 dalam 5min. Nampak dah kekuningan tu dah masak dah tu.

Itu saje.

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment