Bismillahirrahmanirrahhim sebagai pembuka kata.

Selamat Datang ke blog saya yang tak seberapa ni.Bukan untuk menunjuk apa yang ada cuma sekadar untuk berkonsi beberapa cerita dan sebagai satu coretan kenangan buat diri saya sendiri dimasa hadapan.Boleh panggil saya Ain!!Umur 27 tahun (2015).Selamat berkenalan semua... =)


Terima kasih kerana sudi membaca.

Thursday, 14 August 2014

Resepi ayam masak kicap lada hitam

Assalamualaikum,

Kali ni nak share resepi ayam masak kicap lada hitam. Resepi ni saya ambik dari sahabat saya nurraihana. Pernah pergi makan kat rumah dia bersama nazihah daud sahabat saya jugak dan resepi ini yang dia sajikan untuk kami. 1st time makan terus jatuh cinta jadi minta resepi dari dia. Memang sedap. Husband pun suka. Jadi saya pun nak share dengan pembaca blog ni jugak.



Bahan2
Ayam 3-4 ketul.
3 biji bawang merah kecik hiris
2 biji bawang putih dihiris
1 biji bawang besar. Saya suka guna bawang holland dihiris
1 inci halia dihiris
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu besar kicap. Kalau suka pekat boleh tambah lagi
1 btg serai diketuk
2 sudu besar biji lada hitam di tumbuk
1 btg cili merah besar dibelah 2
Garam

Cara2
1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia.
2. Gaulkan bahan yang telah ditumbuk bersama kunyit dan sedikit garam.
3. Gaulkan bersama ayam. Panaskan minyak. Minyak sedikit je. Goreng ayam sampai masak.
4. Bila ayam dalam kuali dah kering, masukkan bawang besar, serai, lada hitam dan cili besar. Gaulkan.
5. Tuangkan kicap. Ikut nak banyak mane. Kalau pekat boleh tambah air. Masukkan gula.

Siap!!!
Selamat mencuba.
Wasalam

No comments:

Post a Comment