Pagi2 lagi dah rasa lapar. Jadinya benda pertama yang teringat chocolate snickers yang dapat free bila beli jus sunkist malam tadi.. Memang dari malam tadi dok teringat coklat tu.. Tapi sekarang kan dah sensitif isu halal haram coklat semenjak kes cadbury tu. Jadinya nak makan pun kena make sure jugak ada halal ke tak. Kalau nak ikutkan memang ramai yang hentam jakim dan ada yang tak percaya. Tapi saya masih lagi tiada was2 dengan jakim. Kalau yang masih tak percayakan jakim itu terpulang pada masing2. Yang penting saya masih ade keyakinan. Sambung pasal snickers. Sebelum makan sabarkan diri cek halal ke tak coklat ni. Sebelum ni saya pernah buqng coklat m&m sebab saya tak jumpa pun halalnya. Jadi kalau snickers ni pun tak halal, kena buang jugak la nampaknya.huhuhu.Mula2 saya pergi ke website halal jakim tapi takleh kluar plak list badan islam yang diiktiraf jakim sebab tak install plug in. Kalau guna laptop boleh la. Tapi malas nak on laptop. Jadinya google jumpa application yang dibuat oleh MAMPU. Myjakim. Senang. Ade directori halal, ade list badan islam yang diiktiraf. Jadi mudah nak cek semua kat situ. Selain tu ade jugak khutbah jumaat, bacaan yasin dgn doa2..... Jadi lepas2 ni kalau gi beli barang pun senang nak cek logo2 halal luar negara ni. Klik je myjakim. Ok. Setel sudah. Snickers ni pun dah nak abes gak.hehehe.....
Pengguna android boleh pi kat play store type myjakim. Ni ha logo apps tu.
Itu je.Wasalam
No comments:
Post a Comment