Bismillahirrahmanirrahhim sebagai pembuka kata.

Selamat Datang ke blog saya yang tak seberapa ni.Bukan untuk menunjuk apa yang ada cuma sekadar untuk berkonsi beberapa cerita dan sebagai satu coretan kenangan buat diri saya sendiri dimasa hadapan.Boleh panggil saya Ain!!Umur 27 tahun (2015).Selamat berkenalan semua... =)


Terima kasih kerana sudi membaca.

Saturday, 20 September 2014

Menu pagi ni : lempeng kelapa bersama sambal ikan bilis. Resepi

Assalamualaikum,

Husband request buatkan lempeng kelapa. Jadi lagi ni bangun terus buatkan. Meh nak share resepi.

Sumber: Dapur tanpa sempadan
Resepi lempeng kelapa

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan kelapa parut putih
1 camca teh baking powder
1 1/3 cawan air (atau secukupnya)
Garam secukup rasa
1/2 sudu gula kasar - sy tambah

Gaulkan semua kecuali air. Dah sebati masukkan air sikit demi sedikit sampai adunan sebati. Adunan jangan cair sangat jangan pekat sangat.
Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak dan masukkan adunan. Ikut nak size besar mane. Siap.

Saya cicah dengan sambal ikan bilis.
Resepi sambal ikan bilis

Sumber: Azie Kitchen
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 mangkuk ikan bilis
1 mangkuk cili kering - dikisar
3 biji bawang besar
1 labu bawang putih
Sedikit halia (xletak sbb xde)
1/2 keping asam keping (boleh juga guna air asam jawa)
2-3 sudu besar gula
Garam

Cara cara:Kisar semua bawang dan halia berserta cili. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak.
Kemudian masukkan gula terlebih dahulu supaya sambal akan berwarna cantik kemerahan.
Setelah itu, baru dimasukkan air, sedikit garam dan asam keping.
Masukkan ikan bilis dan biarkan masak dengan api perlahan sehingga mencapai kepekatan sambal yang disukai.
Boleh tambah air jika nampak sambal agak kekeringan.

Ni hasilnya ♥♥♥



Selamat mencuba

Wasalam



No comments:

Post a Comment