Bismillahirrahmanirrahhim sebagai pembuka kata.

Selamat Datang ke blog saya yang tak seberapa ni.Bukan untuk menunjuk apa yang ada cuma sekadar untuk berkonsi beberapa cerita dan sebagai satu coretan kenangan buat diri saya sendiri dimasa hadapan.Boleh panggil saya Ain!!Umur 27 tahun (2015).Selamat berkenalan semua... =)


Terima kasih kerana sudi membaca.

Monday, 29 September 2014

Palace of The Golden Horses- Setiap sudut itu seni dan mengagumkan.

Assalamualaikum,

Rentetan dari entry sebelum ni pasal Mines cruise kat palace of the golden horses. Boleh pergi link NI untuk tahu pasal Mines Cruise ni. Alhamdulillah akhirnya dapat jugak merasa stay sini. Memang cantik sangat hotel ni. Dari segi seni bina bangunannya. Perhiasan dalaman yang mewah.. Kalau ikut ape yang saya dengar hotel ni dah berusia 24 thn yang mane telah wujud dari tahun 1990 dan pernah dapat rating 6 bintang pada ketika itu. Maaf ea kalau info ni salah sebab try google history hotel ni tak jumpa. Tapi sekarang dah jadi 5 bintang. Hotel ni dah menang best luxury hotel resort untuk tahun 2011, 2012 dan 2013 oleh world luxury hotel awards. Bersebelahan hotel ni ada kelab lumba kuda. Pemilik hotel ni sangat meminati kuda sebab tu semua hiasan dalam hotel ni ade gambar kuda. Hotel ni jugak pernah menjadi tempat persandingan mawi dan ekin dan juga datin umi aida dan suami. Harga hotel ni ade cecah sampai beribu tapi bilik memang macam istana. Dengan perhiasan perabutnye. Memang awesome. Meh saya share gambar sikit.


Sumber google



Sikit je gambar. Takut berat sebab banyak sangat. Tapi dah buat entry kat SINI. Jadi boleh tengok gambar bilik ape saya ambik, dining dan ape yang menarik kat hotel ni dan komen saya pasal hotel ni. Hotel macam istana tapi...... boleh tengok entry tu ea.

Itu jer

Wasalam.

No comments:

Post a Comment