Bismillahirrahmanirrahhim sebagai pembuka kata.

Selamat Datang ke blog saya yang tak seberapa ni.Bukan untuk menunjuk apa yang ada cuma sekadar untuk berkonsi beberapa cerita dan sebagai satu coretan kenangan buat diri saya sendiri dimasa hadapan.Boleh panggil saya Ain!!Umur 27 tahun (2015).Selamat berkenalan semua... =)


Terima kasih kerana sudi membaca.

Monday 22 October 2012

Prosedur Nikah terkini


Entry kali ini akan menerangkan cara dan prosedur lengkap perkahwinan di Malaysia. Prosedur ini pada asalnya boleh digunakan di mana-mana negeri di seluruh Malaysia. Namun, perbezaan mungkin boleh wujud selaras dengan keperluan dan diatur serta ditetapkan oleh jabatan agama islam negeri.

Secara ringkasnya proses perkahwinan adalah seperti berikut:

Kursus Pra Perkahwinan [WAJIB]


Boleh dihadiri pada bila-bila masa. Sebaik-baiknya 3 bulan sebelum tarikh pernikahan. Selepas kursus anda akan mendapat Sijil Kursus Pra Perkahwinan. Sijil Kursus Pra Perkahwinan boleh diguna pakai di mana-mana negeri dan tidak mempunyai tarikh luput. 
Kursus Pra Perkahwinan boleh dihadiri bersama pasangan atau berseorangan. Yuran kursus biasanya dari RM40 hingga RM80. Di sesetengah negeri, terdapat ujian pada akhir kursus pra perkahwinan.

Pergi ke PAID yang terdekat


Anda digalakkan untuk pergi ke Pejabat Agama Islam Daerah, PAID yang terdekat dengan kawasan anda sebelum anda memulakan proses persediaan borang perkahwinan anda. Tanyakan pada pegawai yang bertugas bagaimana prosedur perkahwinan di kawasan tersebut. Ini kerana proses dan prosedur perkahwinan berubah dari masa ke masa. Bagi negeri Selangor misalnya, proses pengisian borang perkahwinan kini adalah secara online. Jadi untuk mengelakkan anda tersilap dan terpaksa memulakan semula pengisian borang dari awal, sila rujuk PAID yang terdekat.

Saringan HIV


Contoh Borang Saringan HIV Pra Perkahwinan
Saringan HIV adalah untuk menentukan status HIV anda. Sekiranya non-reactive, anda akan dibenarkan untuk meneruskan ke proses yang seterusnya. Sekiranya reactive, anda perlu untuk mengambil saringan susulan untuk menentukan sama ada anda anda HIV positive atau negative.

Bagi Negeri Selangor, anda dibenarkan untuk melakukan ujian saringan HIV di klinik kerajaan atau swasta seperti di bawah:

Carta alir ujian saringan HIV bagi klinik kerajaan atau swasta

Di bawah adalah senarai klinik swasta untuk ujian saringan HIV bagi perkahwinan.


Senarai makmal swasta yang diiktiraf MS IS0 15189 di Selangor dan Kuala Lumpur:
  1. Scope Medical Microbiology
  2. Sunway Medical Centre
  3. Gribbles Pathology (M) Sdn. Bhd. Selangor
  4. Pantai Premier Pathology Sdn. Bhd. Kuala Lumpur
  5. Pathology & Clinical Lab (M) Sdn. Bhd. Selangor
  6. University Malaya Medical Centre
  7. Sime Darby Medical Centre
  8. Clinipath (M) Sdn. Bhd. Selangor
  9. Stem Life Bhd. Kuala Lumpur
  10. Makmal-makmal hospital swasta (MSQH Accredited Hospital)

  • KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital
  • Sunway Medical Centre
  • KPJ Kajang Specialist Hospital
  • Pantai Hospital Klang
  • KPJ Damansara Specialist Hospital
  • KPJ Selangor Specialist Hospital
  • Columbia Asia Hospital Puchong
  • Assunta Hospital
  • Sime Darby Medical Centre
  • Sri Kota Specialist Medical Centre

Senarai klinik swasta yang dibenarkan untuk ujian saringan HIV pra perkahwinan

Isi Borang Berkaitan


Diantara borang yang biasanya perlu diisi adalah borang permohonan kebenaran perkahwinan, borang permastautin (bagi seseorang yang tinggal dikawasan yang lain dari yang terdapat pada ICnya), dan borang akuan bujang. Bagaimanapun, seperti mana yang telah diterangkan pada permulaan tadi, sila rujuk PAID yang terdekat bagi memastikan borang apa yang perlu diisi.

Serahkan borang yg telah di isi, keputusan saringan HIV & Sijil Perkahwinan kepada PPN terdekat


Selepas selepas selesai mengisi borang berkaitan, sila bawa borang, dokumen berkaitan & sijil perkahwinan kepada Penolong Pendaftar Nikah (PPN) kawasan anda. Siapa PPN kawasan anda? Anda boleh bertanya kepada imam surau/masjid berdekatan atau penghulu kampung/taman/kawasan.

PPN akan memeriksa dan memastikan semua dokumen telah siap dan betul sebelum mengecop dan memberikan kelulusan untuk perkahwinan yang dipohon.

Hantar borang kepada PAID terdekat


Selesai urusan dengan PPN, anda dikehendaki untuk menyerahkan borang yang telah siap kepada PAID untuk diproses. Proses mungkin mengambil masa 1 - 2 hari. Borang yang telah selesai hendaklah diserahkan kepada bakal isteri untuk diproses.

Perbezaan prosedur bagi bakal suami dan bakal isteri ialah ketika berurusan dengan PPN. Bagi bakal isteri, dia hendaklah membawa wali dan 2 orang saksi untuk menandatangani borang dihadapan PPN.

Selesai! Hantar borang tersebut kepada PPN/Tok kadi di kawasan di mana pernikahan akan diadakan untuk temu janji perkahwinan anda. Pastikan Tok kadi anda "free" pada masa pernikahan supaya ketika pernikahan kelak tidak berlaku apa-apa perkara yang tidak diingini. Selamat Bernikah...

No comments:

Post a Comment