Bismillahirrahmanirrahhim sebagai pembuka kata.

Selamat Datang ke blog saya yang tak seberapa ni.Bukan untuk menunjuk apa yang ada cuma sekadar untuk berkonsi beberapa cerita dan sebagai satu coretan kenangan buat diri saya sendiri dimasa hadapan.Boleh panggil saya Ain!!Umur 27 tahun (2015).Selamat berkenalan semua... =)


Terima kasih kerana sudi membaca.

Thursday 4 October 2012

Ape itu perkahwinan?

Assalamualaikum,

Semoga semuanya sihat dan sentiasa dibawah rahmat ALLAH SWT.amin...Hari ni kite cerita pasal kahwin ea.eh lepas2 ni semua pasal kahwin.. =)


Semua orang ingin berkahwin.Saya pun nak kahwin.Awak,kita semua....Semua rasa nak kahwin kan?kan?kan?.Ingin menjadi isteri , ingin menjadi suami.Ade anak, ade keluarga..Namun maksud dan matlamat perkahwinan itu sendiri masih belum jelas.
Beberapa persoalan perlu dijawab sebelum kita melangkah ke alam rumah tangga.Ini perlu kerana kita berkahwin bukan untuk sehari dua.Tapi untuk selama-lamanya.Antara persoalan yang sepatutnya kita tahu dan ambil tahu ialah:

Apa itu perkahwinan?
Dan jawapan yang selalu kite dengar:
Akad nikah?erm....nak menjadi suami/isteri untuk melahirkan zuriat
Best dapat isteri/suami.
dan
Kenapa saya perlu berkahwin?
Dan jawapan yang selalu kite dengar:
Kerana semua orang perlu kahwin.
Rasa dah sampai waktu untuk saya berkahwin
Kerana kawan-kawan saya ramai yang dah kahwin
Nak dapat anak ramai-ramai
Nak bersanding atas pelamin. hu?huhuhu

Dan kite juga sering ditanya bila nak kahwin??
Saya juga sering diajukan dengan soalan yang sama.huhu..Dan jawapan yang selalu kite dengar
Jodoh tak sampai lagi makcik
(jawapan dalam hati: makcik tanye banyak kali,ape kata makcik tolong carikan)huhuhu




Itulah perkara-perkara yang selalu bermain dalam fikiran kite..

Jadi hari ni saya ingin memulakan 1st entry saya dengan ape itu perkahwinan (pernikahan).Nak kahwin kena tahu semua ni.Takde la bila pak imam tanya kita tak tahu nak jawab..:

Dari sudut bahasa: himpun,kumpul atau cantum.

Dari sudut syarak: ikatan yang menghalalkan pergaulan lelaki dan perempuan yang diharuskan berkahwin.

Keharusan untuk berkahwin juga ada dijelaskan didalam beberapa ayat al quran dan juga hadis Rasulullah SAW.Antaranya:

Surah Al-Nur ayat 32:

"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya, kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui."

Sabda Rasulullah SAW:

Nikah itu adalah sunnahku maka sesiapa yang tidak beramal dengan sunnahku bukanlah ia daripada golonganku.  (Riwayat Ibn Majah)

Wahai orang muda, sesiapa antara kamu yang mempunyai kemampuan (zahir dan batin), maka hendaklah dia berkahwin kerana ia lebih menundukkan pandangan dan lebih memelihara faraj dan siapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa kerana berpuasa itu memecahkan syahwat jimak (mengurangkan keinginan jimak)

Matlamat perkahwinan pula ialah untuk mencapai kebahagiaan hidup berkeluarga yang berkekalan dan mendapat keredhaaan ALLAH SWT. Ia juga bertujuan untuk memelihara kehormatan diri dalam melaksanakan tuntutan agama di saming mewujudkan ikatan kasih sayang antara suami dan isteri serta menambahkan (meramaikan) zuriat.

Yang paling penting,berkahwin bukan untuk sehari dua, tetapi untuk selama-lamanya.Dalam perkahwinan peranan bukan sahaja pada isteri/suami tapi kedua-duanya sekali.Bersedia untuk menjalankan tanggungjawab itu harus difikirkan terlebih dahulu samada kite sudah bersedia untuk memikulnnya atau tidak..Saya?.....saya dah sedia. =)


Wasalam





No comments:

Post a Comment