Bismillahirrahmanirrahhim sebagai pembuka kata.

Selamat Datang ke blog saya yang tak seberapa ni.Bukan untuk menunjuk apa yang ada cuma sekadar untuk berkonsi beberapa cerita dan sebagai satu coretan kenangan buat diri saya sendiri dimasa hadapan.Boleh panggil saya Ain!!Umur 27 tahun (2015).Selamat berkenalan semua... =)


Terima kasih kerana sudi membaca.

Thursday 28 March 2013

Resepi Kari Ikan tanpa santan yang mudah

Assalamualaikum...

Semalam nak tulis pasal ni tapi  terlupa.Dulu semalam baru belajar buat kari ikan.1st time buat hasilnya....erm boleh makan tapi tak rasa kari rasa benda lain dan takde pun bau kari.Tapi boleh dimakan.Kira makan kuah lain la.Tak tahu kenapa jadi lagu tu.Husband bagi markah 3/10.. sikitkan..=( Tu cerita hari isnin.Cakap dengan husband, saya akan masak kari sampai betul betul jadi.Rabu malam masak lagi.Kari ikan lagi.Yang ni serius jadi.Husband tambah nasi tak tahu la berapa senduk.Boleh kata separuh periuk tu abes.Dia kata sedap sangat.Selera betul makan.Yang ni dapat 8/10 markah.Bukan setakat tu je.Oleh kerana dah sedap malam tu punya, lagi excited nak masak.Pagi tu masak lagi.Kali ni kari telur.Yang ni kurang sikit sebab telur rebus tak masak sangat.Habis hancur dalam periuk.Tapi jadi jugak sebab ada rasa kari.Kali ni masak tak tengok resepi dah.Dah melekat dah resepi kat kepala otak ni.Betul la quotes "practice make perfect".Lepas ni kena masak banyak-banyak kali.Baru tau mana kurang kat masakkan tu.Meh saya share resepi.Banyak kali buat sebenarnya senang je buat kari ni.Tak susah mana pun.hihi

Bahan-bahan

Bawang besar 2 ulas.(tapi kat rumah ada bawang kecik je jadi saya ambik 5 ulas) 4 ulas kisar 1 ulas hiris
Bawang putih 3 ulas. 2 ulas kisar 1 ulas hiris.
1 inci halia-kisar
3 sekawan rempah - bunga lawang,kayu manis, pelaga(oh baru tau rupe pelaga macamane.Huhu)
Daun kari
Kalau nak pedas letak la cili kisar dalam 2 sudu besar makan.
1 cawan asam jawa
Serbuk kari (selalu guna babas) 2-3 sudu besar makan.Tapi kalau suka pekat tambah lagi 1 sudu.Campur serbuk dengan air.
Masukkan bende(tapi suami saya tak suka bende jadi saya tak masukkan)
Ikan yang dah disiang.

Cara-cara
Masukkan minyak sedikit
Tumis bawang yang telah dihiris, rempah dan daun kari.Sampai kekuningan.
Lepas tu masukkan bahan kisar sampai naik bau.
Lepas tu masukkan kari yang dah dicampur dengan air tunggu sampai pecah minyak.
Lepas tu masukkan air asam jawa.Kacau sebati.Tunggu sampai mendidih.
Masukkan gula dan garam secukup rasa.
Akhir sekali masukkan ikan.
Tunggu agak-agak ikan tu masak.

Siap!!!

Simple je kan.Kalau yang baru mula-mula nak belajar macam saya, resepi ni pun dah ok.Tapi jangan bergantung pada resepi sangat.Kena ada skill jugak.Skill saya agak-agak je.Bila lama-lama kita sendiri akan tahu kurang dan lebihnya.

Selamat mencuba.

Wasalam



No comments:

Post a Comment