Bismillahirrahmanirrahhim sebagai pembuka kata.

Selamat Datang ke blog saya yang tak seberapa ni.Bukan untuk menunjuk apa yang ada cuma sekadar untuk berkonsi beberapa cerita dan sebagai satu coretan kenangan buat diri saya sendiri dimasa hadapan.Boleh panggil saya Ain!!Umur 27 tahun (2015).Selamat berkenalan semua... =)


Terima kasih kerana sudi membaca.

Thursday, 18 July 2013

Biskut cornflakes madu

Assalamualaikum.

Hasil pertama dari oven hadiah dari suami.Biskut paling simple.Biskut conflakes madu.Senag je ea.Siap boleh hafal lagi resepi dia.Biskut ni buat sama-sama dengan En. suami.Dia yang excited nak buat.Jadi balek kerja je terus buat.Kiut je tengok lelaki wat benda-benda gini.

Meh nak share resepi.

Bahan-bahan

250gm butter (saya guna buttercup)
500gm cornflakes
1 sb asen vanilla
3 sb gula
10 sb madu
75gm kelapa parut kering (optional)
Manik warna warni (optional)

Suhu : 160'C 15 min..Masa ni elok duduk depan oven.Kalau agak-agak dah masak tu angkat je.Jangan jadi macam saya sampai hangus.Nak tau dah masak ke tak warna dia akan sedikit bertukar.Lepas angkat tunggu sejuk.Anda akan rasa yang cornflakes dah melekat antara satu sama lain.


Gula icing tu xde ea sebenarnye.Guna gula biasa jer.

1. Cairkan butter dalam kuali.Dah cair masukkan gula, esen vanilla dan madu.Gaulkan.Ramas cornlakes tapi jangan hancur sangat.

Lepas tu gaul butter yang telah dicampur dengan gula, madu dan esen vanilla bersama cornflake yang dah hancur.Gaulkan sekali kelapa parut.Dah rata boleh masukkan dalam papercup.
Dan sebagai hiasan letak manik warni warni.

Siap!!!

Dan hasilnya.....
Hahahaha..hangus..Ni yg 1st skali buat.

Dah siap susun dalam balang.

Ni la hasilnya.Sedap...Lepas ni nak buat lagi sebab dah nak habis.Favorite suami jadi memang tak sempat simpan la.

P/S:Best main masak-masak dengan suami.Lepas ni nak wat kuih lain pulak.InsyaALLAH akan cuba kek sarang semut plak.Hehehe


No comments:

Post a Comment