Bismillahirrahmanirrahhim sebagai pembuka kata.

Selamat Datang ke blog saya yang tak seberapa ni.Bukan untuk menunjuk apa yang ada cuma sekadar untuk berkonsi beberapa cerita dan sebagai satu coretan kenangan buat diri saya sendiri dimasa hadapan.Boleh panggil saya Ain!!Umur 27 tahun (2015).Selamat berkenalan semua... =)


Terima kasih kerana sudi membaca.

Monday, 29 July 2013

Ada apa dengan jeti star cruise awana kijal

Assalamualaikum,

Selalu pergi kerteh dan stay kat awana kijal.Setiap kali lalu situ mesti akan rasa curiga apa yang ada dekat jeti cruise awana kijal.Jalan masuk pun dah nampak sunyi.Ada kapal cruise ke?Jadi rasa ingin tahu yang kuat saya pun google..Owhhh.....

Jadi dah tahu la ape yang ada kat situ.Tapi tak puas hati jugak nak jugak tahu apa yang ada.Jadi minggu lalu pergi ikut husband outstation..Alang-alang ajak husband pergi.Pergi tengok tak yah lepak-lepak pun takpe sebab saya nak tahu sangat apa yang ada kat situ.

Jadi pagi-pagi dalam kol 730 pagi husband ajak pergi.Meh nak share gambar.



Jalan nak ke jeti star cruise awana kijal..Sunyikan dan scary?Kami siap terserempak dengan sekumpulan babi.Masa tu dah suruh husband patah balek.Tapi babi tu dah masuk hutan tu balek jadi teruskan jugak.Yang ni masa kol 730 pagi..

Bila sampai je situ............

Bukan kami sorang je k.Banyak jugak rupenya.Dekat 10 biji kereta jugak la.

Dan ape yang ada kat situ?

Tadaaa...ada jeti jer.Hehehe.Kami tak pergi hujung jeti tu sebab seriusly ramai sangat orang memancing kat situ.Nampak sesak plak.Tapi pemandangan dia sangat cantik.Tengok matahari baru naik.

Jadi tempat ni sebenarnya sering dikunjungi oleh kaki-kaki mancing je.Kalau nak berkelah tu memang tak sesuai sebab kawasan dia hutan sangat.Camping mungkin boleh.Tapi kalau nak tau kat sini ada kubur.Tak banyak pun.Saya cuma nampak batu nisan lebih kurang dalam 5 batu nisan kat kawasan kubur tu.Kubur tu dekat dengan jalan masuk ke jeti ni.Jadi agak seram jugak la.

Puas.Semua tanda tanya dah terjawab.

Ada apa dengan jeti star cruise awana kijal...

Sekian


1 comment:

  1. jeti pun pemandangan dia tetap cantek.
    nad suka pantai :)

    ReplyDelete