Happy Monday semua.. Dah hari isnin dah. Semua liat lagi ker? Huh saya pun diakhir-akhir masa nak kerja ni jadi malas plak. Tapi kena habiskan kerja sebelum cuti panjang.Hihihi
Nak cerita pasal family day company husband sabtu lepas.
1st time ikut family day. Syokkk...Kenal ramai la kawan-kawan husband. Dan saya jumpa balek dengan rakan sekerja dulu. Kakak-kakak HR..Dah ada yang dah anak dah. Best dapat jumpa kak farah. Tapi sayang kak wani dah takde. Kalau tak lagi syok. Ok family day kali ni diorang adakan kat i city. Diorang buat segala acara, makan-makan. persembahan dekat MTV world stage i-city. Tak silap last pergi i -city ni masa 2011 dengan aisyah kama dan kawan dia..Bila sampai je sini segalanya dah berubah dah. Paling ketara parking. Dulu RM3 je sekarang RM10. Mak aiii..mahalnye.Belum lagi tiket masuk permainan dalam tu. Acara start kol 830 dan berakhir lebih kurang kol 1. Banyak jugak acara yang ada. Sukaneka, family photoshoot boleh terjah website diorang kat sini , face panting, pertandingan mewarna dan banyak lagi la. Budak-budak memang suka. Lagi satu pakaian beragam. Comel-comel je diorang. Lepas bagi hadiah untuk lucky draw (saya tak menang ='( ) kami pergi terjah semua tempat yang ada kat situ. Dapat free. Kalau kena bayar memang tak gi la. Kami dapat gi kat 4 tempat. Snowwalk, Trick Art museum, Water world dan Red Carpet.Kat snowwalk kan kena pakai boot and glove yang mane harga dia tak termasuk harga tiket tukan. kena bayar asing. Tapi boleh je masuk tanpa sewa benda tu. Kena tahan sejuk sikit la. Meh nak share gambar.
Owner blog ni. Macam budak-budakkan?
Dalam Trick Art Museum
Ni kat Red Carpet. Husband tengah bisik ape la tu dekat Albert Einstein
Konon sejuk la sampai tutup-tutup mata?
Ni masa family photoshoot.
Love u darling.
Rambut hijau husband..Lawak sangat.
Tu Jer. Best sangat. Tahun depan nak join lagi...
Wasalam
P.S: Nak pi bukit cerakah nanti. Harap jadi la. Ajar budak comel men basikal.Hehehe
No comments:
Post a Comment