Bismillahirrahmanirrahhim sebagai pembuka kata.

Selamat Datang ke blog saya yang tak seberapa ni.Bukan untuk menunjuk apa yang ada cuma sekadar untuk berkonsi beberapa cerita dan sebagai satu coretan kenangan buat diri saya sendiri dimasa hadapan.Boleh panggil saya Ain!!Umur 27 tahun (2015).Selamat berkenalan semua... =)


Terima kasih kerana sudi membaca.

Monday 14 October 2013

La Cucur KLCC

Assalamualaikum,

Sapa pernah makan kat La cucur KLCC?? Hari tu 1st time husband bawak pi sana. Selalu kat foodcourt je kan. Saya ni jenis berjimat sikit. Cakap kat husband kalau mahal takmo la. Lepas tu husband bawak jugak pi dan cakap harga kuih seketul 40 sen. Caya la. Pi la makan ambik la beberapa ketul kuih dengan nasi lemak. Serious sedap kuih-kuih kat situ. Tak tipu.Memang rasa sangat. Jadi makan la kat situ.Yang bestnye tempat duduk dia tersorok sikit. Habis makan bayar tengok bil rupa-rupanya harga seketul kuih rm1.20. Tertipu rupenya. Jenuh la buat muka caya. Husband kata kalau tak cakap 40sen saya tamo gi. Jadi akhitnya saya pergi.Tapi bagi saya berbaloi la sebab kuih muih dia memang sedap. Lepas tu tiap kali pi KLCC gi situ. Itu la tempat lepak saya. Pernah sekali tu dok situ sebelah meja dengan Lan kidal dok lepak dengan Ramli Ms. Tapi buat biasa je la. Jadi sape yang tak pernah try boleh try. Kat situ la satu-satunya kedai kuih muih yang banyak kuih. Tapai pun ada tau.

Ni kedainye. Sebelah famous amos dekat dengan KFC.

Ni la yang saya order. Memang sedap.

Ni la rupe kedainye.Hiasan dalam kedai ni cantik.Suke..

Ok.Itu jer nak share. 

Wasalam




1 comment:

  1. Pergh gilalah harganya..huhu tak apalah kak, hubby belanja..bukan selalu dapat makan kuih mahal :)

    ReplyDelete