Bismillahirrahmanirrahhim sebagai pembuka kata.

Selamat Datang ke blog saya yang tak seberapa ni.Bukan untuk menunjuk apa yang ada cuma sekadar untuk berkonsi beberapa cerita dan sebagai satu coretan kenangan buat diri saya sendiri dimasa hadapan.Boleh panggil saya Ain!!Umur 27 tahun (2015).Selamat berkenalan semua... =)


Terima kasih kerana sudi membaca.

Tuesday 17 December 2013

Beli rumah - Loan rumah dengan maybank

Assalamualaikum,

Sambungan beli rumah.
Husband buat loan dengan maybank sebab dia kata senang. Loan kereta pun dengan maybank jugak. Jadi nak gunakan 1 bank jer.
Alhamdulillah urusan pinjaman dipermudahkan walaupun ambik masa lebih kurang 3 minggu. Kenapa lama sangat?Ok. Untuk buat pinjaman dengan bank kena la ada bukti yang kita nak beli rumah tu dan nak pinjam jugak bergantung kepada current value rumah yang kite nak beli tu. Semuanya bank akan buat. Husband buat pinjaman di maybank KLCC. Person in charge dia nama elaine. Dia sangat bagus. Masa jumpa dia, dia terangkan dengan jelas pasal pinjaman. Kalau ada ape2 pertanyaan pun, kami terus mesej dia. Senang nak berkerjasama dengan dia. Yang buat lambat proses tu sebab kami berurusan di KL. Jadi pihak bank kena minta maybank di kerteh ni untuk buat valuation. Diorang kena ambik gambar rumah yang kita nak beli tu jugak untuk approval. Jadi bila kena berurusan dengan orang lain tu yang ambik masa lama. Tapi dah setel dah pasal pinjaman jadi lega sikit. Kalau nak ikut interest yang dikenakan maybank agak tinggi kalau nak dibandingkan dengan bank lain. Sebab tu korang dinasihatkan survey dulu bank lain yang mungkin offer interest lagi rendah. Kalau nak beli rumah ni kalau buat pinjaman harga yang kite perlu bayar macam sama kite beli 2 biji rumah. Jadi banyak sangat risiko kena ambik. Husband ambik islamic loan. Kalau korang buat perbandingan islamic loan lagi untung daripada conventional. Jadi buat homework dulu k sebelum buat pinjaman. Pilih yang terbaik. InsyaALLAH lepas ni kalau beli rumah lagi akan cuba buat pinjaman di bank lain pulak.

Itu je.
Wassalam.


4 comments:

  1. Replies
    1. Aah.byk jugak..nnti klu ade ape2 tambahan akak share lg ea.mane tau shakira pun tgh plan nk beli rumah jugak ke kan.leh study bnda2 cmni.hihihi

      Delete
  2. ooo..macam tu ke?? tak tau pun sebelum ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup..sebab tu nk beli rumah kena byk membaca.tapi lain org lain pengalamanya..hehehe

      Delete