Bismillahirrahmanirrahhim sebagai pembuka kata.

Selamat Datang ke blog saya yang tak seberapa ni.Bukan untuk menunjuk apa yang ada cuma sekadar untuk berkonsi beberapa cerita dan sebagai satu coretan kenangan buat diri saya sendiri dimasa hadapan.Boleh panggil saya Ain!!Umur 27 tahun (2015).Selamat berkenalan semua... =)


Terima kasih kerana sudi membaca.

Friday 4 April 2014

GiveAway Contest Gila Buasir Otak: Artikel Pilihan

Assalamualaikum,

Jom join interesting contest ni. Kalau takde idea nak tulis ape, korang boleh linkkan je entry2 sebelum ni.


Contest ni tamat esok. Masih ade peluang lagi. Mane tau rezeki anda untuk dapat hadiah RM30.. Klik banner untuk join.

Artikel pilihan saya nak share pasal cerita macamana nak berubah..

Kisahnya beberapa hari lepas ade seorang pembeli ingin membeli tudung labuh bidang 60 dari saya. Dalam email dia, dia ada mengatakan bahawa "ini pertama kali saya nak pakai". Betapa gembiranya saya bila ada orang lain mempunyai niat yang baik untuk berubah. Ia membuat saya teringat semula bila pertama kali saya nak berubah dari tudung bawal pendek kepada bidang 60.

Perubahan saya bermula pada disember 2012 selepas saya di ijab qabul kan. Suami saya sangat suka pada perempuan tudung labuh. Katanya cantik. Tapi takdir ALLAH dia dijodohkan dengan saya yang bertudung biasa. Memang berniat dari awal untuk labuhkan tudung saya cuma saya tak bersedia lagi untuk memberanikan diri kearah tu. Tapi lepas kahwin suami banyak bagi sokongan jadi ia menguatkan hati saya untuk berubah. Lagi satu bila suami kata perempuan tudung labuh cantik, dari dia kata cantik pada perempuan lain, baik dia kata cantik pada isteri dia. Betul tak?Jadi cantik tu subjektif. Tak semestinya seksi tu cantik. 

Kalau nak ikutkan saya dulu sangat-sangat tak jaga aurat saya. Pakai baju ketat, tak pakai sarung tangan, sarung kaki, dan tudung pulak selak kat bahu jadi nampak bahagian dada. Tapi saya berubah sedikit-sedikit. Mula-mula saya pakai baju paras peha dan saya tak selak tudung kat bahu dah. Saya tutup dada.Lepas tu saya pakai sarung tangan, lepas tu baru saya mula pakai sarung kaki. Jadi lepas kahwin tu saya mula pakai tudung labuh. Semuanya saya buat secara berperingkat.

Kisah masa saya nak tukar tudung biasa ke tudung labuh.Dari mula lagi saya tahu pasti akan ada orang yang akan perli saya, bukan nak bersangka buruk, tapi itulah hakikatnya pada zaman sekarang. Pantang orang nak jadi baik sikit. Kalau tak nak sokong diam tu lebih baik. Hihihihi...Hari pertama lagi saya dah digelar ustazah. Saya hanya senyum sahaja. Saya tak berkecil hati langsung dan anggap itu hanya gurauan walaupun bukan sorang dua yang tegur macam tu. Tapi saya tak endahkan pun semua tu. Saya tahu diorang nak mengusik. Hari pertama saya pakai lebih kurang hanya paras pinggang belakang, bila orang lain dah biasa tengok perubahan saya tu, hari berikutnya saya panjangkan lagi tudung belakang saya melepasi lutut. Boleh bayangkan panjangnya macamane. Sekurang-kurangnya saya tak risau dah pasal aurat saya. Tudung tu dah sama panjang dengan baju. Baju jarang pun tak nampak sebab ditutupi dengan tudung.

Perubahan tu tak semestinya secara drastik. Sikit-sikit asalkan dalam hati tu dah berniat. Niat tu pulak kena kekal dan biar ianya kerana ALLAH. InsyaALLAH bila niat kerana ALLAH kalau ape2 jadi kita tak berubah. Memang ianya bukan mudah tapi kalau tak berusaha macamane nak tahu. Yang penting istiqamah. Nak jadi baik bukan mudah tapi tengoklah ganjaran ALLAH bagi untuk setiap kebaikan yang kita buat. Besar pahalanya. Ingat senang2 je ALLAH nak bagi tanpa diberi ujian. Berat ujian yang kita hadapi lagi besar ganjaran yang kita dapat. Jadi sapa yang dah berniat tu teruskan. Siapa yang berkawan dengan penjual minyak wangi, akan dapat wangiannya. Jadi bila kita dah jadi baik ni, ALLAH akan hantarkan orang-orang baik disekeliling kita. InsyaALLAH.....

Yang penting jangan kisah ape orang nak cakap. Lama2 diorang akan senyap. Kalau itu yang kita bimbangkan sampai bila2 kita akan berada ditakuk lama. Takut tak sempat nak berubah.

Semoga saya dan anda semua akan terus istiqamah untuk menjadi wanita solehah.


Itu je.

Wasalam.

2 comments:

  1. salam singgah jemput join segmen..hadiah menarik http://blogashalya.blogspot.com/2014/03/mr-mrs-hafiezy-mini-giveaway.html

    ReplyDelete
  2. datang dari segmen yang sama... alhamdulillah berhasil berubah ke arah kebaikan. dulu tak suka pakai jubah, gemok katanya. now dah suka sangat. kalau shopping, asyik belek jubah2 ja. btw, gook luck ya!

    singgah baca article saya pulak.
    http://masyghulonline.blogspot.com/2014/02/giveaway-contest-gila-buasir-otak.html

    -admin-

    ReplyDelete