Bismillahirrahmanirrahhim sebagai pembuka kata.

Selamat Datang ke blog saya yang tak seberapa ni.Bukan untuk menunjuk apa yang ada cuma sekadar untuk berkonsi beberapa cerita dan sebagai satu coretan kenangan buat diri saya sendiri dimasa hadapan.Boleh panggil saya Ain!!Umur 27 tahun (2015).Selamat berkenalan semua... =)


Terima kasih kerana sudi membaca.

Monday 15 September 2014

UOX celcom tempoh kredit tamat bila cecah umur 26 thn.Cara lanjutkan kepada tempoh sah kredit 1 tahun.

Assalamualaikum,


Baru je lanjutkan tempoh sah kredit kepada 1 tahun. Sebelum ni saya guna UOX. Beli plan ni masa belajar diploma dulu. Dah lama dah. Memang masuk je umur 26 tahun tempoh sah kredit akan tamat. Budak U mesti ramai yang guna plan ni kan.Kalau sebelum ni tak topup pun kalau ade seringgit pun masih boleh guna lagi. Tapi bila tamat tempoh topup RM10 tahan 7 hari. Guna kedit pun tak selalu. Buat untuk kol mak je. Kawan2 internet dah ada. Jadi RM10 tu seminggu tak habis pun. Tempoh sah kredit yang habis dulu. Bila topup bertambah2 duit. Jadi husband pun suruh buat setahun terus. Tak payah nak topup banyak kali. Selagi ade duit boleh guna tak payah risau tamat tempoh dah.

Cuba2 google. Kalau nak tukar kepada setahun kena tukar plan. UOX tak boleh tukar setahun. Plan yang boleh Xpax, X2 dan Xpax24. Nak tukar kepada xpax n x2 dah tak boleh. Jadi pergi tanya kat celcom centre kat menara atlan. Diorang tolong tukarkan kepada plan Xpax24. Ni plan baru celcom. Bila tukar pada plan ni kena deduct RM5. Cas panggilan pun dah berubah. Kalau dulu UOX 1sen/sms, plan ni 2sen/sms. Info pasal plan ni leh tengok kat SINI. Sms pun jarang guna selalu msg2 dengan husband je. Kawan2 guna whatsapp je. Jadi takpela mahal 1 sen pun. Kena tunggu 24hr baru boleh tukar kepada tempoh sah kredit setahun. Kalau nak tukar setahun kena tolak RM30. Kalau nak 2 thn RM50. Jadi make sure kredit banyak la sebelum buat benda ni. Cara2 nak tukar:

1. Dial *118#
2. Akaun saya
3. Perkhidmatan lain
4. Tempoh sah kredit
5. Subscribe 1yr atau 2yr
6. Proceed
7. EXP YES to 28882

Dah siap. Sekarang boleh cek baki dan ada tulis tempoh sah kredit setahun akan datang. Jadi saya punye 15/9/2015 baru tamat tempoh.

Bila berjaya nanti akan dpt msg suruh topup minimum RM30 dalam masa 6 bulan untuk kekalkan tempoh kredit tu. Jadi lepas ni nak topup tunggu la berbulan2 baru topup lagi. Bagi saya berbaloi la dari kena topup banyak2 kali.

Okie itu je.

Wasalam

3 comments:

  1. Replies
    1. Yup.baru tau.maxis dan digi pun rupanya ada jugak...

      Delete
  2. actually tgh plan nak tukar ke celcom ni..thanks utk maklumat yg sgt2 membantu ni..kes kita mmg sama..

    btw..anda di taggg..sudi2 lah join ye.. :)

    http://afifahaddnan.blogspot.com/2014/09/roll-on-liebster-award-untuk-semua.html

    ReplyDelete