Bismillahirrahmanirrahhim sebagai pembuka kata.

Selamat Datang ke blog saya yang tak seberapa ni.Bukan untuk menunjuk apa yang ada cuma sekadar untuk berkonsi beberapa cerita dan sebagai satu coretan kenangan buat diri saya sendiri dimasa hadapan.Boleh panggil saya Ain!!Umur 27 tahun (2015).Selamat berkenalan semua... =)


Terima kasih kerana sudi membaca.

Thursday 6 November 2014

Rasa teruk sangat bila tak ingat hari....... macamane boleh lupa..

Assalamualaikum,

Rasa teruk sangat pagi ni. Rasa macam hilang ingatan sekejap. Dari semalam saya ingat hari ni hari jumaat. Siap cakap dengan husband lagi hari ni kite beli barang ea sebab jumaat dia cuti. Semalam pun cakap dengan customer hari ni husband cuti jadi boleh carikan kain utk diorang. Siap buang sampah lagi hari rabu hari tu sebab ingat hari khamis. Lori sampah datang kutip hari khamis. Patut tengok sampah ada lagi sebab memang patut diorang ambik hari ni bukan semalam. Siap fikir hari ni nak baca kahfi sebab ingat hari jumaat. Paling teruk sekali bila........................................................

Saya ignore je husband pagi tadi sebab ingat hari ni dia tak keje. Jadinya saya ingat dia bangun nak pi toilet ke. Saya biarkan jela selambe baring atas katil tak bangun. Tengok2 dia dah siap nak pi keje. Selalu saya yang sediakan sarapan, sediakan baju dia, kemas laptop dia masukkan dalam beg n bukakkan pagar. Hari ni semua dia buat sendiri. Serba salah rasa.. rasa macam aaaahhhhh macamane boleh ingat hari ni dia cuti. Nasib baik dia ok je sebab memang dia tahu saya lupe hari. Siap dia tunjuk lagi hp dia kata ari ni hari khamis..... Memang saya tak ingat sangat2. Ya allah.... hari ni kena ingatkan dalam otak hari ni hari KHAMIS...

P.S: sorry abang..lupe hari..sampai bila2 akan ingat hari ni.......

2 comments:

  1. salam singgah ain..
    jgn sedih2..biasa la tu terlupa hari..nak2 dah ada anak lagi la pelupa.
    :)

    ReplyDelete
  2. hehe.. pernah juga terlupa hari.tapi sib baik sy ni bujang lagi *-*

    ReplyDelete