Weekend baru ni saya ikut husband pi kuantan. Masa nak gi makan uncle jack kat giant kuantan tu ternampak la berderet baju cheongsam budak2. Mahu tak rambang mata tengok kecomelan baju2 tu. Dengan merah menyala. Jadi lepas makan tu terus ajak husband gi tengok jap kalau2 ada baju untuk jannah. Seriusly umi dia ni yang terlebih excited nak beli. Cari punya cari takde untuk baby. Semua 1yr above. Sedih. Tapi tak putus asa cari jugak. Kebetulan masa cari tu ade sorang chinese ni pun tengah belek2 baju kat situ. Tak lama tu dia bagi ni baju size baby. Warna pink. Tapi saya try lagi cari kot2 la ade warna merah. Lepas tu auntie tu kata sudah takde la size baby. Satu tu jer. Rupa2nya dari tadi dia tak beredar dari situ sebab dia pun tolong cari jugak kot2 ade yang lain. Tq ea auntie carikan sama2. Jadi memang tinggal sehelai je size baby. Romper cheongsam. Rezeki jannah. Actually ni la 1st time tahu cheongsam pun ade yang jenis romper. Cantik sangat cheongsamnye. Geram tengok. Raya cina nanti baru bagi jannah pakai bila nak balek umah nenek2 kat kl tu. Tak sabarnye nak tengok. In shaa allah nanti saya share gambar jannah pakai cheongsam..
Ni dia cheongsam nye. Comelnye baju ni.
Belanja gambar lagi.
Itu jer.
P.s Rambut jannah pendek lagi takleh nak wat sanggul. Jadi jannah pakai headband jela.
Wasalam
No comments:
Post a Comment