Bismillahirrahmanirrahhim sebagai pembuka kata.

Selamat Datang ke blog saya yang tak seberapa ni.Bukan untuk menunjuk apa yang ada cuma sekadar untuk berkonsi beberapa cerita dan sebagai satu coretan kenangan buat diri saya sendiri dimasa hadapan.Boleh panggil saya Ain!!Umur 27 tahun (2015).Selamat berkenalan semua... =)


Terima kasih kerana sudi membaca.

Tuesday 16 July 2013

Panggilan peperiksaan SPA

Assalamualaikum,

Dapat email ni semalam....


Jadi dalam dilema nak ke tak.

Sebab taknak pergi:

1. Tengah tunggu offer dari UIA.InshaALLAH akan dapat dalam masa terdekat.Tapi contract bukan permanent.
2. Gaji bagi saya ok dan environment pun ok.UIA kot.Islamic.Tu yang suka....
3. Kalau tolak offer ni akan di blacklist sebab dah tolakkan. Peperiksaan ni pun tak tentu dapat jugak.
4. UIA dekat dengan rumah.


Sebab nak pergi:

Kalau dapat banyak kelebihan.
1.
Gred : F41
Kod Skim : 1871
Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
Kem./Jab. : Jabatan Perkhidmatan Awam
Jadual Gaji : P1T1 RM1899.01 - P1T25 RM4715.47

Elaun (setakat disember 2008) :

Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) : RM300
Sara Hidup (COLA) : RM 300 (KL,Penang,JB,Bandar2 besar kat selangor)
Perumahan : RM 250

Jumlah Elaun : RM 850

2. Kerja tetap

Jadi nak minta sape-sape untuk bagi pandangan.

Patut pergi or not?



1 comment:

  1. ain, kita cuba je dulu..
    dapat atau tak belum tentu lagi
    yang penting kita cuba
    mane tau rezeki ramadan....:)

    ReplyDelete