Bismillahirrahmanirrahhim sebagai pembuka kata.

Selamat Datang ke blog saya yang tak seberapa ni.Bukan untuk menunjuk apa yang ada cuma sekadar untuk berkonsi beberapa cerita dan sebagai satu coretan kenangan buat diri saya sendiri dimasa hadapan.Boleh panggil saya Ain!!Umur 27 tahun (2015).Selamat berkenalan semua... =)


Terima kasih kerana sudi membaca.

Tuesday, 13 August 2013

Mentarang Sabak Bernam

Assalamualaikum,

Sabtu lepas balek sabak bernam rumah arwah nenek.Ikut latar lebih kurang 2 jam tapi balek ambik masa 3 jam sebab jam kat tanjung karang.Tapi sepanjang latar tu memang tak jem.

Seronok dapat balek kg.Tahun lepas balek jugak tapi singgah kejap je.Kali ni lama la sikit.Pergi beraya rumah kawan-kawan mak.Riuh..Biasa la lama tak jumpa.Padi baru nak naik.Ada yang baru tanam.Syioook balek sana sebab kawasan sawah.Angin sepoi-sepoi bahasa gitu.Dulu kecik-kecik selalu jugak tangkap ikan kat parit.Mandi dalam parit pun ada..Tu kenangan masa kecik.Susah nak lupakan.Best sangat..

Kali ni pak long pun balek jugak.Family dia besar.Jadi meriah sikit.Lunch makan kat situ.Pak long pergi sungai besar pagi tu untuk beli lauk lunch.Salah satunye mentarang.Sepanjang jalan sabak bernam tu memang akan ada orang jual mentarang.Memang senang nak cari.Dulu datang tertanya-tanya jugak ape benda la mentarang tu.Tak tahu plak dia dah popular.Siap masuk tv lagi.Tapi sejak popular ni makin naik harga.Sekilo RM10..Dulu boleh dapat murah dari tu.Maklong la yang cakap gitu.Sekarang dah mahal sangat.

Seronok makan ramai-ramai.Lauk kampung..Budu pun ada.Mentarang tu rebus jer.Isi dia lebih kurang macam lala cuma cengkerang dia memanjang..Tapi masa kami makan tu mentarang la tak berapa diusik.Sebab tak biasa makan kot.Tapi kalau buat masak lemak cili padi mesti lagi dapat sambutan.Nak cari kat KL ni memang susah la.Tunggu raya tahun depan baru dapat rasa.

Lagi satu musim-musin raya ni semua nak naik harga.Mangga yang selalunya murah kat tepi jalan tu pun naik harga.Erm....Ramai dapat duit raya kot tu yang leh naikkan harga tu.huhuhu.

Ni la gambar mentarang ambik kat google..Hari tu tak sempat nak snap sebab lapor sangat dah..hehehe

Sumber : Google

Sekian



1 comment:

  1. jarang jumpa mentarang nie. aritu nad pegi Melaka baru dapat makan hehe

    ReplyDelete