Bismillahirrahmanirrahhim sebagai pembuka kata.

Selamat Datang ke blog saya yang tak seberapa ni.Bukan untuk menunjuk apa yang ada cuma sekadar untuk berkonsi beberapa cerita dan sebagai satu coretan kenangan buat diri saya sendiri dimasa hadapan.Boleh panggil saya Ain!!Umur 27 tahun (2015).Selamat berkenalan semua... =)


Terima kasih kerana sudi membaca.

Showing posts with label Makanan. Show all posts
Showing posts with label Makanan. Show all posts

Friday, 28 March 2014

Perbezaan 3 jenis pecal. Pecel jawa, pecel ayam dan pecel lele

Assalamualaikum,

Semalam saya ada share buat pecel jawa, jadi ade idea nak share perbezaan pecel ni dengan pecel yang lain.

Saya selalu sebut pecal bukan pecel. Ketiga-tiga pecel ni berasal dari indonesia.
Ape yang beza pasal 3 pecel ni?

  

Bahan:

Pecel jawa: Bahan2 terdiri daripada sayur sayuran dan ulam. Antaranya pucuk ubi, taugeh, tauhu goreng, kangkung, kacang panjang, timun dan tempe. Kadang2 boleh masukkan sengkuang jugak. Boleh jugak dimakan bersama dengan nasi himpit.

Pecel ayam: : Bahan utama ialah ayam goreng atau pun ayam panggang. Boleh disertakan sekali dengan timun atau sayur hijau lain seperti salad. Boleh jugak dimakan dengan nasi putih.

Pecel lele: Ayam goreng atau ikan goreng.Untuk tambahan boleh disertakan sekali dengan kacang panjang dan timun. Boleh juga dimakan dengan nasi putih.

Kuah:

Pecel jawa: Menggunakan kuah kacang.

Pecel ayam: Sambal cili.

Pecel lele: Sambal lele atau sambal cili.

Tempat popular ( yang saya tahu)

Pecel jawa: Kawasan selangor di sabak bernam, kuala selangor, dan tanjung karang.

Pecel ayam: Terengganu

Pecel lele: Tak berapa tahu tapi kat ayam penyet seksyen 7 shah alam popular dengan makanan ini.

Ok. Itu jer.




Thursday, 27 March 2014

Lunch - Pecal Jawa

Assalamualaikum,

Lunch ape korang?Kalau takde idea boleh tiru macam saya.

Makan pecal. Buat sendiri tapi kuah kacang beli yang dah siap. Dah lama beli sekarang baru gunakan. Beli kat pasar pagi gombak. Memang sedap dan pedas. Meh nak share gambar.

Ni dia rupe kuah kacangnya.



Itu je. Yang puasa sunat minta maaf ea. Boleh cari ni masa berbuka nanti kalau teringin.


Wasalam

Tuesday, 22 October 2013

Buah roselle - Cara buat sirap/jus, air roselle dan khasiatnya

Assalamualaikum,

Hari ni nak share mengenai buah roselle. Mungkin ada yang pernah minum air roselle nikan. Tapi saya minum air memang dibuat oleh mak mertua. Husband pun suke. Jadi kalau gi rumah mertua benda tu la cari dulu. Sampai nak habis dah air tu kat umah mertua. Kitorang je yang minumHuhuhu. Bukan saja sedap tapi berkhasiat. Nanti dah pindah ganu memang nak tanam pokok roselle ni kat rumah. Dulu tak tahu rupe bentuk buah ni. Ingat kan macam buah naga. Besar. Tapi sebenarnya kecik-kecik. Sebelum ni pun memang tak tahu pun kewujudannya. Tapi bila dah diperkenalkan oleh mertua ooowhhh baru tau. Mak mertua pun tanam pokok ni kat rumah. Mama beli pokok ni dekat pasar serdang. Tak tahu la mana satu pasarnya. 1 pokok RM2. Berbeza kalau beli buah sahaja harganya 1kg RM10. Kalau nak lagi murah beli kat sarawak. 3kg RM10. Murah gilerkan.Meh nak share macamane nak buat jus/sirapnya. Ni mak mertua yang ajar.

Kalau 1kg buah roselle ni memerlukan 2kg gula.
Ambil kelopak roselle ni dan buang biji dia. 
Masukkan dalam periuk gula dan air.Air mesti paras gula jer. Jangan lebih takut tak rasa manis.Biar sampai gula cair. Lepas tu baru masukkan kelopak roselle.Kacau. Memang pekat sangat warna roselle ni. Masa kopek kelopak dia ni pun tangan akan berwarna merah. 

Bila dah sebati semua tunggu sejuk lepas tu masukkan dalam balang atau botol.
Letak dalam peti sejuk.
Setiap kali nak buat air roselle. Hanya ambik 2-3 sudu sirap/jus yang kte buat tadi tambah air dan ais.Macam buat air sirap. Ikut la. Kalau rasa tawar lagi tambah lagi sirap/jus tu.
Siap. Kalau makan kelopak roselle ni pun sedap. Husband suka sangat makan kelopak dia ni. Rasa mcam makan asam. Air roselle ni rasa masam manis tapi seriusly sedap.

Ni pokoknya.Mak mertua tanam.



Ni kelopaknya yang boleh dimakan. Pekatkan warnanya. Seriously sedap. Nyam2.



KEBAIKAN PENGAMBILAN ROSELLE . Saya ambil dari website ni. http://heazelle.wordpress.com/khasiat/

Membantu penghadaman

Melembutkan dan menyihatkan kulit

Membantu melancarkan pembuangan air kecil

Membantu mengurangkan pengumpulan lemak

Membantu mengurangkan tekanan darah tinggi

Mengurangkan haba badan, batuk dan mencairkan kahak

Antara lain roselle juga ada zat-zat berikut;

Rozel (Roselle) atau dikenal dengan nama latin Hibiscus Sabdariffa, merupakan tumbuhan yang memiliki banyak khasiat untuk kecantikan dan kesihatan. Jangan terkejut, ia mempunyai 3 kali lebih banyak vitamin C daripada anggur. Dr. Abdul Aziz Sharaf dari Sudan Research Unit, Institute of African and Asian Studies telah mengadakan penelitian mengenai khasiat bunga rozel dan mendapat

Khasiat:

- Membantu proses pencernaan, meningkatkan kelenjar usus dan berfungsi sbg tonik.

- Memperlancar peredaran darah.

- Mengubati luka luar dan dalam.

- Mengubati penyakit kulit, menghaluskan kulit dan memperlambat penuaan, menyebabkan wajah nampak muda dan berseri.

- Sbg diuretic, penurun suhu dan pereda rasa nyeri (penenang alami.)

- Bersifat detoksifikasi, membuang racun.

- Mempunyai efek anti kejang otot.

- Memiliki zat anti bakteria dan anti virus.

- Membunuh bakteria penyebab TBC.

- Memiliki zat anti kejang saluran pernafasan

- Mencegah peradangan pada saluran kencing dan pembentukan batu karang.

- Mencegah penyakit jantung.

- Mengatasi masalah selsema, batuk, dan demam.

- Mengubati asma dan alergi.

- Mengubati insomnia.

- Menormalkan kadar gula darah, tekanan darah, kolestrol, dan asam urat.

- Mengatasi penyakit kardiovaskular/darah tinggi.

- Vitamin C dan serat yang tinggi yang terdapat dalam rozel mampu bertindak sebagai anti oksidan dan sebagai anti kanser.

- Meningkatkan stamina dan daya tahan tubuh

- Menyihatkan mata

- Menyeimbangkan berat badan.

- Mengurangi panas dalam .

- Menurunkan tingkat penggumpalan lemak di hati.

- Mengubati pening kepala/migraine.

- Membantu memulihkan dari ketergantungan ubat dan alkohol.

- Menghilangkan sakit sakit di badan.

- Membantu mencerdaskan otak pada anak-anak kerana mengandungi Omega 3 dan DHA

- Dapat mengurangi risiko osteoporosis.

- Mengobati sakit tenggorokan dan sawan.

- Mengatasi masalah stress/tekanan.

Kandungan Rozel:

Mengandung vit.C kadar tinggi (tiap 100 gram Roselle mengandung 280 mg Vit. C);Vit.B1, B2; D, dan Niasin; Protein 1,145 gr;Lemak 2,61 gr;Serat 12gr; Kalsium 1,263 gr;Fosfor 273.2 mg;Zat besi 8,98 mg; Malic Acid 3,31%;Fruktosa 0,82%;Sukrosa 0,24%; Karoten 0,029%;Tiamin 0,117 mg;Niasin 3,765 mg; juga mengandung 18 asam amino yang diperlukan tubuh; Gossypetin Anthocyanin; Potassium, dan Flavonoid.

Itu je.Terima kasih la sebab sudi baca entry yang panjang ni.Hihihihi

Friday, 18 October 2013

Biskut paling nipis dan sedap

Assalamualaikum,

Sekarang ni sangat suka makan biskut ni. Biskut ni ada potato dan sayur. Tapi yang syoknya ianya sangat nipis. Bila dah makan akan ada rasa potato macam makan Jacker patato chips. Serius sedap. 1st time makan masa dapat hamper dari my chinese friend, Ann toong. Dia bagi sebagai hadiah masa lepas raya aidilfitri hari tu. Makan-makan tiba rasa sedap plak. Terus cari kat supermarket. Sangat susah nak cari. Last-last jumpa kat econsave dan carefor. Hari tu gi seven eleven pun jumpa jugak. Kalau korang jumpa korang try la rasa. Sedap. Itu ikut lidah saya la. Hehehe

Ni la biskutnya.


Kenipisannya. Serius nipis. Thanks husband tolong pegangkan.Hihihihi

Itu jer.

Wasalam.


Wednesday, 21 August 2013

Aroma ikan bakar jeram

Assalamualaikum,

Last weekend saya dan husband telah menjejakkan kaki di ke aroma ikan bakar yang orang dok cakap tu. Pergi dalam pukul 11 selepas breakfast. Konon nak makan untuk lunch.Tapi brekfast pun dah makan nasi.Camno?Huhuhu.Masa ni tak ramai orang.Kalau petang-petang tu mungkin ramai.Tambahan lagi weekend kan..Kami ikut latar.Takde la jauh sangat.Kalau sape nak pi boleh jalan ikut latar.Masuk kuala selangor.Nanti jumpa simpang 3.Kanan pi sabak bernam, kuala selangor. Kiri pi klang.Ambik jalan pi klang.Lepas tu jalan je terus.Jauh jugak la.Sampai jumpa sign board jeram.Dah nak dekat dah tu.Nanti jumpa balai polis jeram dan shell belah kiri. Betul-betul je depan balai polis tu ade simpang 4.Masuk kanan.Dari situ dah nampak sign board aroma warna hijau.Jalan je terus sampai hujung .Nanti kat hujung ada simpang ke  kiri. Masuk kiri.Dah sampai....

Meh tengok gambar....

pintu gerbang

Seni bina menggunakan buluh 

Ni la tempat makan dia. Banyak sangat tempat duduk.
Masa ni kosong jer. Yela pukul 1 lebih.Kalau kol 6 confirm penuh.

Belakang tu saung dan bambo.Kalau nak privacy boleh makan kat situ.Tapi kena caj la.Saung =RM10 bambo = RM20.

Tu dia saung.Saung ni boleh duduk dalam 6-8 orang.kalau bambo boleh duduk lagi ramai.

Ni pemandangan laut dari arah aroma. Banyak pulau kat depan tu.

Ni dia pilihan makanan laut.Boleh pilih kat sini.Tapi tak banyak choice macam kat senibong.

Ni pilihan makanan kami. 3 ekor ketam dan seekor sotong.Cukup untuk kami berdua yang lepas breakfast ni.Itu pun jenuh nak habiskan sotong tu.Ketam masak cili.Harga untuk ini dan 2 pinggan nasi beserta 3 gelas air mangga dan satu air kelapa berharga RM72.80

Ok.Kalau nak ikut selera saya, saya tak berapa nak suka ketam masak cili.Rasa macam banyak sangat letak sos tiram.Bau dia pun sangat kuat.Tangan sampai malam masih bau lagi walaupun dah berkali cuci dengan sabun.Tekak saya tak berapa la untuk masakkan ni.Makanan laut dia fresh tapi ketam dia kecik-kecik.Sotong dia serius besar.Jadi memang puas makan sotong dia tu.Saya pun tak banyak nak komen sebab menu pun sikit.Memang datang untuk mencuba jer. Mungkin lepas ni nak cuba kat bagan lalang plak.Hihihi.Pokai suamiku.

Itu je.

Sekian

Wasalam.


Thursday, 15 August 2013

Puding raja atau puding Istana.Sedap dan menarik

Assalamualaikum,


Sumber Google


Sumber : google


1st raya hari tu gi rumah mak mertua.1st time jumpa benda alah ni.Adik ipar yang buat.Menarik.Dapat la satu tupperware kecik yang selalu orang guna isi taufufa kat pasar malam tu.Cara makan dia kena tuang susu cair.Memang tak pernah tau pun.Dan yang kuning-kuning tu kuning telur.Tapi kena ada skill nak buat panjang-panjang macam mee tu.Gaul-gaul bawah ada pisang ok.Banyak betul bahan-bahan dia.Ada asam, kacang gajus..dan macam-macam.Tak berapa tahu la bahan-bahan dia.Kalau beli kat kedai mahal ni.Selalunya diorang akan jual dalam kuantiti yang sikit.Sebabnya?Sebabnya... seriusly akan rasa tak lalu.Mual.Takde selera.Cukup la 3 4 suap je.Mungkin sebab ada susu.Yang tu tekak saya dan husband la.Kalau orang mungkin boleh makan banyak-banyak.Sebab tu diorang jual sikit jer tapi mahal..Mungkin sebab susah nak buat kot.Tapi dapat rasa pun dah ok.Bukan tak sedap tau benda ni.Sedap untuk suapan 4 5 je.Lepas tu gerenti akan rasa tak lalu.Lepas ni tengah tunggu lagi satu makanan yang saya tak pernah jumpa dan makan.Pasor manok.Makanan sarawak.Tahu tak manok tu ape?Manok tu ayam.Ayam yang dibakar didalam buluh.Tapi ape bezanya?Saya pun tak tahu.InshaALLAH kalau dapat rasa saya share ea.=)


Sekian

Tuesday, 13 August 2013

Mentarang Sabak Bernam

Assalamualaikum,

Sabtu lepas balek sabak bernam rumah arwah nenek.Ikut latar lebih kurang 2 jam tapi balek ambik masa 3 jam sebab jam kat tanjung karang.Tapi sepanjang latar tu memang tak jem.

Seronok dapat balek kg.Tahun lepas balek jugak tapi singgah kejap je.Kali ni lama la sikit.Pergi beraya rumah kawan-kawan mak.Riuh..Biasa la lama tak jumpa.Padi baru nak naik.Ada yang baru tanam.Syioook balek sana sebab kawasan sawah.Angin sepoi-sepoi bahasa gitu.Dulu kecik-kecik selalu jugak tangkap ikan kat parit.Mandi dalam parit pun ada..Tu kenangan masa kecik.Susah nak lupakan.Best sangat..

Kali ni pak long pun balek jugak.Family dia besar.Jadi meriah sikit.Lunch makan kat situ.Pak long pergi sungai besar pagi tu untuk beli lauk lunch.Salah satunye mentarang.Sepanjang jalan sabak bernam tu memang akan ada orang jual mentarang.Memang senang nak cari.Dulu datang tertanya-tanya jugak ape benda la mentarang tu.Tak tahu plak dia dah popular.Siap masuk tv lagi.Tapi sejak popular ni makin naik harga.Sekilo RM10..Dulu boleh dapat murah dari tu.Maklong la yang cakap gitu.Sekarang dah mahal sangat.

Seronok makan ramai-ramai.Lauk kampung..Budu pun ada.Mentarang tu rebus jer.Isi dia lebih kurang macam lala cuma cengkerang dia memanjang..Tapi masa kami makan tu mentarang la tak berapa diusik.Sebab tak biasa makan kot.Tapi kalau buat masak lemak cili padi mesti lagi dapat sambutan.Nak cari kat KL ni memang susah la.Tunggu raya tahun depan baru dapat rasa.

Lagi satu musim-musin raya ni semua nak naik harga.Mangga yang selalunya murah kat tepi jalan tu pun naik harga.Erm....Ramai dapat duit raya kot tu yang leh naikkan harga tu.huhuhu.

Ni la gambar mentarang ambik kat google..Hari tu tak sempat nak snap sebab lapor sangat dah..hehehe

Sumber : Google

Sekian



Monday, 8 July 2013

Cream Puff

Assalamualaikum,

Baru la ni dapat makan cream puff.Dah berbulan nak tapi tak dapat-dapat.Boleh je dapat tapi malas nak berjalan pi beli.Ade yang dekat tapi tak sedap.Nak jugak yang jauh tu.Tadi nak hanta barang kat bos singgah sat kat situ.Ahamdulillah ada rezeki untuk hari ni.Sarapan cream puff...Hehehehe

Ni dia.Ingatkan murah macam kuih biasa.Rupenya mahal.RM1 sebiji.Ambik 3 biji.

Sekian


P.S: Mengantuk je hari ni..Malam tadi tidor lambat.Pi kedai pekena tomyam campur.Sampai sakit kepala sebab ngantuk ni.Sila bertahan wahai mata...........

Wednesday, 29 May 2013

Sate kajang di taman melati

Salam semua,

Semalam berkesempatan merasai sate kajang hj. samsuri kat taman melati.Dekat je dengan balai bomba taman melati. Selalunya lalu jer.Tapi memang husband dah janji nak belanja kat situ.Saya pun nak tengaok gak besar mane sate kajangnye.Tak pernah makan pun.Service dia memang cepat.Kami datang dalam 630 untuk bukak puasa.Order tak lama tu dah sampai dah makanan.Sampai berbuka makanan dah sejuk.Huhuhu.Tapi ramai jugak yang makan kat situ.

Meh la layan gambar.

Sate kajang Hj. Samuri.Banyak jugak cawangan dia.Boleh tanye pakcik google.

Ada kelapa jugak.Saya suka makan isi kelapa.Sebab tu selalu minum air kelapa.

Kami order jugak Nasi Goreng Paprik.

Ni menu utama kami.Kuah dia sedap.kami order sate ayam dan sate ikan.1st time makan sate ikan.Tak berapa suka.Tapi husband kata sedap.

Harga sate dia lebih kurang macam kat pasar malam.Macam sate ayam rm0.70 sate daging rm0.80 sate ikan tak tahu.Selain sate yang kami order ni ada jugak sate daging, sate arnab dan sate rusa.

Itu je nak kongsi.Boleh try rasa.Boleh tahan la.Kuah dia pun sedap.Kalau ada wat party ke boleh jugak tempah beli kat sini.

Sekian

p/s: Lepas ni takmo dah minta ape-ape kat suami.Semua dia nak belikan.Kita pun jadi rasa serba salah sebab setiap kali minta dia mesti bagi.Rasa bersalah sangat.Sian kat dia.Lepas ni nak kumpul duit nak beli rumah plak.Kena berjimat.Sayang kat suami.Thank you abg....=)......


Tuesday, 28 May 2013

Mee Udang Mak Jah Di Kuala Lumpur

Salam Selasa semua!!!

Hari tu ade cakap nak pergi rasa mee udang mak jah kat wangsa walkkan.Akhirnya semalam berkesempatan jugak menjejaki restaurant itu.Kami pergi untuk berbuka puasa.Kami datang awal.Dalam 630 gitu.Nak tunggu berbuka lepak jap kat situ.Lagi pun kat situ ada disediakan wifi.Kalau masa U dulu, kedai wifi la tempat kami lepak untuk wat assigment.Sekarang lepak dengan husband plak.Hehehe.

Meh nak share gambar.

Ni menu dia.Semalam ambik mee udang special.Dapat 6 ekor udang..Tak puas sangat sebab mee dia sikit.Maybe sebab lapo kot.Huhuhu

Ni la rupa dalam restaurant tu.Time ni tak ramai orang.Nanti ingat nak bawak family makan kat sini.InsyaALLAH....


Ni dia mee udang mak jah special.Sedap-sedap.Nanti nak try buat plak kat rumah.

Kalau nak pi senang jer.Cari maybank wangsa walk mesti senang jumpa.Kalau dari Sri Ayutthaya Thai Restaurant tu terus nanti jumpa bulatan ambik no 12 means terus je sampai hujung.Kedai dia memang betul2 hujung.

Itu je nak share.

Sekian....

Wasalam.

Tuesday, 16 April 2013

Megi ketam kemaman

Assalamualaikum,

Morning all,

Last saturday gi kerteh.Jadi singgah kat kemaman semata-mata nak makan megi ketam yang orang kata sedap kat 4x4 megi ketam bistro.Lokasi dia dekat dengan masjid geliga.Kalau dari kuantan masjid geliga sebelah kanan, jalan depan sikit je jumpa t shoppe jalan lagi sikit dekat sebelah bangunan t shoppe tu la kedai dia.Tapi korang kena u turn kat depan sikit lepas jambatan sungai kemaman tu.Jom layan gambar.

Ni dia ketam yang masih hidup lagi.Dia ade gred a b c d.Korang boleh pilih mane yang nak.Kat sini ade ketam nipah dan ketam bunga.
ketam gred c. saya punya
ketam gred a. husband punya.Korang boleh tengok perbezaan 2 2 ketam ni.Gred a lagi besarkan.
Memang berbaloi la.Tapi still takleh tanding seafood kat topspot kuching tu.Masih teringat kesedapannya.
Meh sini saya share harga dia semua.Siap ambik gambar menu lagi.Hehehehe

Ni la menu yang ada.

Jadi sape yang pergi ganu tu leh singgah jap kalau nak rasa.Megi dia pun sedap.Tak tahu guna megi ape.Try buat megi camtu kat rumah semalam tak jadi.Huhuhu.

Itu je nak share.
Hehehe

Sekian

Thursday, 27 December 2012

Laksa sarawak dan mee kolok

Morning all,

Hari ni nak share makanan kegemaran saya sekarang iaitu mee kolok dengan laksa sarawak.Dua-dua makanan ni diperkenalkan oleh suami saya.Kalau kat semenanjung ni tempat satu-satunye yang saya pernah jumpa kat food court pavilion.Jadi jumaat lepas kami pun pergi pavi semata-mata untuk makan mee kolok dan laksa sarawak.Kalau kat sarawak suami cakap makanan ni murah.Tapi kat pavi mahal sikit tapi puas hati sebab sedap.Bawah ni laksa sarawak.Laksa sarawak mee dia tak guna laksa macam kat semenanjung.Tapi guna bihun.Saya tak pandai buat tapi suami pandai buat laksa ni.Ianya dicampur dengan hirisan ayam.Nyam-nyam.Terliur rasa.
Bawah ni pula mee kolok.Mee ni setakat ni kami tak jumpa lagi jual kat mana-mana.Jadi nak buat pun tak boleh.Mee dia sangat halus.Ada fish cat dengan fish ball dan dicampur dengan kuah sup.Tapi rasa dia lain sangat dari mee sup.Sangat sedap.Nyam-nyam.


Kalau pergi pavilion boleh la try makanan ni.Kedai dia bawah ni. Harga untuk kedua-dua makanan ni antara rm8 - rm10 setiap satu.
Sarawak cuisine

Selamat mencuba.Serius sedap.....

To my beloved husband ---- > Nanti kite gi makan lagi ea..=)