Bismillahirrahmanirrahhim sebagai pembuka kata.

Selamat Datang ke blog saya yang tak seberapa ni.Bukan untuk menunjuk apa yang ada cuma sekadar untuk berkonsi beberapa cerita dan sebagai satu coretan kenangan buat diri saya sendiri dimasa hadapan.Boleh panggil saya Ain!!Umur 27 tahun (2015).Selamat berkenalan semua... =)


Terima kasih kerana sudi membaca.

Wednesday, 10 December 2014

Diari hamil: Harga antenatal check up di Gombak Medical Centre

Assalamualaikum,

Sebelum ni saya ada share harga check up di Columbia Asia Hospital Setapak. Boleh pi kat link NI. Kali ni nak share harga kat Gombak Medical Centre(GMC). Sekarang setiap minggu gi check up situ sebab dah akhir2 ni kan walaupun syarat pakej bersalin yang saya ambik hanya 2 kali shj untuk jumpa doktor yang akan sambut baby saya nanti. Tapi alang2 check up je every week jadi boleh tahu perkembangan baby macamane. Meh la nak share harga yang dikenakan.

Ni harga setiap kali check up. Tak berubah. RM95 je. Setiap kali check up dr akan scan perut. Tak kisah scan 3d ke 2d ke 4d ke harga tetap sama. 

Yang ni harga masa 1st time check up. Mahal sikit RM114 sebab masuk sekali harga untuk registration.

Bagi saya harga dia ok la sebab kalau nak compare tempat lain mesti lagi mahal. Dan untuk scan ultrasound 4d ke 3d ke 2d ke still sama RM45. Tempat len mahunye beratus.

Okie itu je. Semoga boleh membantu anda yang tengah cari tempat nak buat check up. :)

No comments:

Post a Comment