Bismillahirrahmanirrahhim sebagai pembuka kata.

Selamat Datang ke blog saya yang tak seberapa ni.Bukan untuk menunjuk apa yang ada cuma sekadar untuk berkonsi beberapa cerita dan sebagai satu coretan kenangan buat diri saya sendiri dimasa hadapan.Boleh panggil saya Ain!!Umur 27 tahun (2015).Selamat berkenalan semua... =)


Terima kasih kerana sudi membaca.

Showing posts with label Gombak Medical Centre. Show all posts
Showing posts with label Gombak Medical Centre. Show all posts

Wednesday, 21 January 2015

Harga deliver di Gombak Medical Centre GMC

Assalamualaikum,

Kali ni nak share harga keseluruhan bersalin di gmc. Saya ambik pakej mariam yang berharga RM2100. Tapi tu tak termasuk rawatan tambahan macam sunat.

Ni bil dia. Jadi siapa2 yang tengah survey hospital bersalin kalau harga ni within budget korang boleh la wat kat sini je.

Klik utk lebih jelas.Harga keseluruhan RM2682.

GMC sekarang ada pakej baru. Korang boleh gi kat fb diorang. 
https://www.facebook.com/GombakMedicalCentre

Itu je.
Wasalam

Monday, 19 January 2015

Review Hospital bersalin Gombak Medical Centre GMC

Assalamualaikum,

Seperti yang sedia maklum, gmc ni la hospital yang saya pilih untuk bersalin. Sebab utama adalah semua staff hospital ni perempuan dan kedua sebab dekat dengan rumah mak saya. Saya ambik pakej mariam jadi dapat stay 2 hari satu malam. Dari segi service dia saya takde komen ape2 sebab semuanya ok. Nurse2 dia pun baik2. Masa 1st nak cek bukaan, sampai2 je diorang terus cek. Takde lengah2. Masa nak bersalin pun cepat je. Berjalan lancar je. Ade sekali saya kena tegur dengan sorang nurse ni sebab saya taknak baring. Saya bukan taknak baring tapi kalau saya baring saya rasa nak teran. Jadi saya duduk. Dah banyak kali nurse tu suh baring saya tak dengar last2 dia tegur. Tapi tegur secara berhemah walaupun dengan nada tegas. Lepas tu saya terus baring. Sakit sangat tahan teran. Masa meneran pun nurse tolong tolak perut saya bagi baby mudah keluar. Lepas tu diorang tak habis2 bg semangat boleh puan, boleh sikit je lagi. Tapi masa ni saya tak fokus jadi saya tak kisah ape jadi kat sekeliling saya. Lepas bersalin pun masa keluar darah banyak pun diorang banyak tolong. Boleh baca balek entry sebelum ni. Nurse kat sini cakap pun lembut2. Masa nak balek sorang nurse ni tolong dokongkan baby sampai ke kereta sebab saya pun jalan slow2 sebab sakit kat bawah.

Hospital ni bilik dia xde la banyak tapi oleh kerana semua pakej pesakit dibenarkan stay 1 malam je, jadi setiap malam tu ade la bilik kosong. Labor room pun tak besar mana tapi okla. Simple je takde serabut. Sini pun ade sediakan surau jugak.

Bilik yang saya dapat bilik single 2 katil. Bermakna katil satu lagi untuk husband. Bilik dia ok. Rasa cam nak tinggal lama je.huhuhu. Ade aircond, tv dan toilet pun dalam tu. Takde la nak jalan jauh2.
Bilik bersepah. Masa ni tengah mengemas untuk balek.


Makanan yang diorang sediakan pagi air milo panas dengan biskut kering. Tengah hari dan malam nasi dengan sup daging dan ikan singgang.




Satu je yang kalau boleh dibetulkan. Saya tak nampak pun bell kat pintu masuk. Kalau boleh tulis la pls press here. Kalau tak mesti konfius eh betul ke ni pintu masuk. Bukan saya je ea yang tak nampak. Ade sorang blogger tu share pengalaman dia, dia pun tak nampak gak.huhuhu

Yang lain semua ok.

Itu je. Wasalam

Wednesday, 10 December 2014

Diari hamil: Harga antenatal check up di Gombak Medical Centre

Assalamualaikum,

Sebelum ni saya ada share harga check up di Columbia Asia Hospital Setapak. Boleh pi kat link NI. Kali ni nak share harga kat Gombak Medical Centre(GMC). Sekarang setiap minggu gi check up situ sebab dah akhir2 ni kan walaupun syarat pakej bersalin yang saya ambik hanya 2 kali shj untuk jumpa doktor yang akan sambut baby saya nanti. Tapi alang2 check up je every week jadi boleh tahu perkembangan baby macamane. Meh la nak share harga yang dikenakan.

Ni harga setiap kali check up. Tak berubah. RM95 je. Setiap kali check up dr akan scan perut. Tak kisah scan 3d ke 2d ke 4d ke harga tetap sama. 

Yang ni harga masa 1st time check up. Mahal sikit RM114 sebab masuk sekali harga untuk registration.

Bagi saya harga dia ok la sebab kalau nak compare tempat lain mesti lagi mahal. Dan untuk scan ultrasound 4d ke 3d ke 2d ke still sama RM45. Tempat len mahunye beratus.

Okie itu je. Semoga boleh membantu anda yang tengah cari tempat nak buat check up. :)

Friday, 24 October 2014

Diari Hamil: Hospital bersalin pilihan saya Gombak Medical center (GMC). Pakej yang ditawarkan...

Assalamualaikum,

Sambungan.....

Kali ni nak share pasal hospital bersalin pilihan saya. Kalau baca entri sebelum ni mesti korang dah tahu hospital mane yang saya pilih.

Gombak Medical Center (GMC)

Sebab saya pilih hospital ni??

Of coz sebab utama adalah dr. perempuan. Masa mula2 pergi hospital ni memang semua saya tengok staff2 dia semua perempuan. Jadi 1st checkup saya checkup dengan Dr. Hamiza kalau tak silap. ke Dr. Fidak. Konfius la.huhuhu. Tapi yang sambut baby kami nanti in shaa ALLAH Dr. Zana.

Kedua sebab dekat dengan rumah mak. Jadi senang kalau ape2. 5 hingga 10 minit je dari rumah mak.

ketiga Pakej yang ditawarkan amat berpatutan.

Ni copy paste dari FB diorang. Boleh pi SINI 


Ni saya share ape yang ade pada setiap pakej.


Ni pakej yang saya ambik. Ade sekali urutan selepas bersalin iaitu sebanyak 3 kali. Barang nak berurut kena sediakan sendiri ea. Diorang akan datang rumah untuk berurut. Ia juga termasuk pemeriksaan postnatal. Suntikan hepatitis b saya dah buat dah kat sini hari tu. Ni dia akan buat untuk kali kedua.

Yang ni bila bersalin akan disambut oleh pegawai berpengalaman iaitu doktor la. Same jugak dengan pakej maryam.

Untuk yang ni akan disambut oleh bidan terlatih. Rasanya nurse yang akan sambut.

Ni untuk tambahan.

Okie itu je.
Harap boleh bantu korang yang masih tercari2 kat mane nak bersalin nanti.

Wasalam

Wednesday, 22 October 2014

Diari Hamil: Pengalaman mencari hospital bersalin

Assalamualaikum,

Ni nak share pengalaman mencari hospital bersalin. Saya dah listkan dah beberapa hospital dan siap google lagi mana yang terbaik. Alhamdulillah kalau nak bersalin bab bayaran tak risau sangat sebab company husband ade cover. Tapi ade limit jugak la. Setakat normal tu boleh la. Kalau kena czer bayar la selebihnye. Husband pun tak kisah mana2 hospital yang penting service bagus dan paling penting doktor perempuan. Kat dungun ni ade hospital dungun je jadi orang2 kat sini kalau nak private memang akan ke kuala terengganu atau kuantan. Husband prefer hospital private bukan sebab mampu bayar ke ape. Yang tu semua belakang kira. Yang paling utama doktor nak sambut baby kami nanti mesti perempuan. Jadi hospital private boleh pilih2 doktor mane kita nak. Kalau kerajaan takut tak boleh buat. Tapi kalau request boleh jer. Banyak google pasal hospital. Kat kuala terengganu hospital semua dr. lelaki. Jadi kami decide nak bersalin kat KL je sebab family dua2 ade sana dan kat KL banyak pilihan.

1st hospital yang kami nak Columbia Asia Hospital Setapak yang mane salah seorang Dr. dia dr. yang memang femes. Dr. Masita Mansor. Baca review dari orang lain pun kata dia ni bagus dan islamik orangnye. Jadi pergi KL pergi klinik dia dulu kat Klinik Pakar Medina Taman Melati. Nak buat appointment dah penuh. Tak silap 3 kali kami buat appointment tak pernah dapat. Busy sungguh dr. tu dan ramai betul pesakit2 dia. Jadi kami decide gi direct kat Columbia Asia memandangkan dia pun ade kat situ setiap hari selasa. Jadi buat appointment tak silap bulan 6 hari tu tapi ade kosong masa bulan ogos. Lama betul nak tunggu turn. Before tu dah pergi jumpa Dr. Sudha kat columbia asia jugak. Tapi hati ni tetap nak Dr. Masita jugak sebab husband pun kata masa bersalin ni kita kena ade support. Kalau dapat Dr. Masita dia boleh la tolong2 ingatkan atau nasihatkan ape2 yang kita lupe berkaitan dengan islam. Contoh doa ke, surah2 terbaik ke sebab masa sakit bersalin tu semua boleh lupe. Jadi memang kami tunggu sampai bulan ogos untuk jumpa Dr. masita.

Dalam pada yang sama saya cari jugak hospital lain. Selayang hospital dah tolak awal2 sebab google2 dr. dia lelaki. Jadi kalau tak dapat dr. Masita ni baru la akan gi survey Hospital Tawakal, Ampang puteri atau pusrawi. Tapi semua ni pilihan terakhir sebabnya hospital ni jauh dari gombak. Tiba2 masa google2 jumpa pasal Gombak Medical Centre (GMC). Hospital ni kecik je tapi yang penting dr. kat situ semua perempuan termasuklah nurse2 diorang. Jadi cakap dekat husband try pergi checkup kat situ kalau ok kite proceed je la bersalin kat situ. Masa nak pergi appoinment dengan Dr. Masita tu before tu gi check up kat GMC dulu. Kalau GMC ni ok bersalin je la kat situ dari mengejar Dr. Masita yang tak confirm boleh dapat tu. Jadi kami pun gi checkup kat situ. Memang dekat je dengan rumah mak. Tak besar sangat pun hospital dia tapi lengkap. Kiranya kalau kena czer pun dia boleh buat kat situ sebab sebelum ni kawan saya gi satu private hospital bila czer je dia kena transfer hospital lain. Leceh plak kena tukar2 hospital. Tapi kat GMC ni semua ade ok la. Jadi kami pun decide gi situ.

Next entri saya share pasal pakej hospital ni ea.

Itu je....

Wasalam.