Bismillahirrahmanirrahhim sebagai pembuka kata.

Selamat Datang ke blog saya yang tak seberapa ni.Bukan untuk menunjuk apa yang ada cuma sekadar untuk berkonsi beberapa cerita dan sebagai satu coretan kenangan buat diri saya sendiri dimasa hadapan.Boleh panggil saya Ain!!Umur 27 tahun (2015).Selamat berkenalan semua... =)


Terima kasih kerana sudi membaca.

Monday, 29 September 2014

Palace of The Golden Horses- Setiap sudut itu seni dan mengagumkan.

Assalamualaikum,

Rentetan dari entry sebelum ni pasal Mines cruise kat palace of the golden horses. Boleh pergi link NI untuk tahu pasal Mines Cruise ni. Alhamdulillah akhirnya dapat jugak merasa stay sini. Memang cantik sangat hotel ni. Dari segi seni bina bangunannya. Perhiasan dalaman yang mewah.. Kalau ikut ape yang saya dengar hotel ni dah berusia 24 thn yang mane telah wujud dari tahun 1990 dan pernah dapat rating 6 bintang pada ketika itu. Maaf ea kalau info ni salah sebab try google history hotel ni tak jumpa. Tapi sekarang dah jadi 5 bintang. Hotel ni dah menang best luxury hotel resort untuk tahun 2011, 2012 dan 2013 oleh world luxury hotel awards. Bersebelahan hotel ni ada kelab lumba kuda. Pemilik hotel ni sangat meminati kuda sebab tu semua hiasan dalam hotel ni ade gambar kuda. Hotel ni jugak pernah menjadi tempat persandingan mawi dan ekin dan juga datin umi aida dan suami. Harga hotel ni ade cecah sampai beribu tapi bilik memang macam istana. Dengan perhiasan perabutnye. Memang awesome. Meh saya share gambar sikit.


Sumber google



Sikit je gambar. Takut berat sebab banyak sangat. Tapi dah buat entry kat SINI. Jadi boleh tengok gambar bilik ape saya ambik, dining dan ape yang menarik kat hotel ni dan komen saya pasal hotel ni. Hotel macam istana tapi...... boleh tengok entry tu ea.

Itu jer

Wasalam.

Thursday, 25 September 2014

Giveaway 2014 Mialiana.com



Giveaway 2014 Mialiana.com bermula pada jam 8.30 pagi 20 September 2014 hingga 11.59 malam 30 September 2014. Menawarkan hadiah yang bernilai RM1,495.80 untuk dimenangi. Senarai hadiah ada di SINI.

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.

Syarat-syaratnya :

1. Wajib Follow Blog Sponsor
MiaLiana Aynora SewaKeretaSabah ProvideNetwork TengkuButang IeyzartdSyahieyr FuzaMusa YatiAdam ZafirahZarrae Cekelatmanih DayangDeno EngkuMuzahadin PetakBunga AinimRashihah KaryaMahirah Azhafizah Zaidalifah FatihahFazlin FatinFarhanah NiaEmkay SyiraLokman

2. Wajib Like Fanpage Sponsor


3. Buat entri bertajuk Giveaway 2014 Mialiana.com
4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

40 pemenang bertuah akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 10 Oktober 2014.

Good luck!

klik pada banner untuk join....

Pengalaman naik cruise di Palace of The Golden Horses, Mines

Assalamualaikum,

Hari selasa baru ni baru je balek dari kl. Alhamdulillah akhirnya dapat jugak merasa stay kat Palace of The Golden Horses Hotel. Next entry saya share pasal hotel ni ea. Kali ni nak share pasal Mines Cruise. Sape pernah pergi The Mines shopping mall mesti ade nampak bot yang kat sg kecik tengah2 shopping mall tukan. Ni la yang kami naik. Tapi saya dan husband naik dari hotel sampai ke Mines Wellness hotel. Memang niat nak naik bot ni bila datang sini. Siap survey harga lagi. Alhamdulillah rezeki husband dapat 2 ticket free one way. Balek kena bayar sendiri. Hehehe. Tapi kami dapat yang harga paling murah. RM9 one way, sightseeing cruise. Ok la untuk cuci2 mata. Arah ditujui mesti la The Mines shopping mall. Dah ni je yang menarik area situ. Yang kami punye bolen pilih nak pergi ke wellness hotel atau ke mines waterfront business park. Jadi google waterfront business park tu macam xde pape jadi kami pilih ke wellness hotel. Dari wellness hotel ni boleh jalan kaki ke The Mines. Dokat je.. Kalau nak direct ke The Mines harga kena lain pulak. Destinasi cruise ni ade banyak. Korang boleh pilih nak pergi mane. Paling lama perjalan 1 jam. Tapi keliling tasik area Mines tu jela. Pemandangan sangat cantik. Tasik pun bersih je warna hijau. Bukan warna coklat. Tasik dia pun ade banyak ikan, bangau dan kura2. Jadi kalau nak bagi diorang makan jangan lupa beli roti. Kadang2 burung pun tompang makan sekali. More info pasal cruise ni boleh pi SINI. Tengok la. Ade pelbagai jenis tour. Nak massage sambil tengok pemandangan pun ade. Meh nak share gambar.

Ni ticket dia.

Ni jetty kat the palace of golden horses hotel

Ni harga ticket

Ni masa bagi ikan makan. Pastu habis burung gagak panggil geng2 dia..

Ni la bot comel

Masa ni kami je yang naik

Pemandangan tasik. Laju jugak driver bot ni bawak.



Ni bangunan sapura

Dah sampai kat the mines ade panda yang comel2. Rasa nak ambik je satu.huhuhu

Ni view waktu malam

Okie. Itu je. Next entry pasal hotel plak ea. Hotel yang macam istana tapi.......

Wasalam.....



Saturday, 20 September 2014

Liebster Awards

Assalamualaikum,



Selalu la tengok logo ni 2 3 menjak ni tapi tak tahu pun ape dia sehingga la di tag oleh pemilik blog INI . Tq Afifah sebab tag akak.. Walaupun agak lambat jugak tahu tapi ade jugak idea nak buat entry. Jadi meh la saya jawab soalan afifah tu..

1.2 - bkn follower : agak blog ni layak di follow atau tak? kenapa? seyes xkan terasa!
Saya bukan follower. Tapi baru jadi follower. Tapi jawab soalan not follower la ea. Tak tahu la layak di follow ke tak sebab tak jelajah lagi semua entry afifah ni. Tapi dah follow pun sebab sudi tag akak. Tu pun dah dikira satu permulaan untuk mencipta satu hubungan. Thanks tag akak. Selamat berkenalan afifah. 


2. Kenal diri anda dengan bagi tahu 7 FAKTA tentang diri anda
1. Berasal dari gombak tapi sekarang dah jadi orang ganu.
2. Ade business online sendiri. Boleh tengok SINI
3. Peminat warna ungu dan turquoise
4. Suka matematik 
5. Takut katak dan cicak
6. Suka aktiviti lasak
7. Penggemar seafood

3. Beri kan 5 perkataan yang boleh describe diri anda.
a. Pemalu
b. Berdikari
c. Penyayang
d. Manja
e. Degil


4. Sejak bila berblog dan kenapa?
Mula berblog masa mula2 nak kahwin dulu. 2012. Konon nak buat blog pasal alam perkahwinan, rumah tangga tapi aleh2 jadi blog personal. Kalau tengok 1st entry dulu banyak info pasal kahwin.

5. Lima lagu yang tengah suka sekarang.
Tak tahu la. Jarang dah dengar radio.

6. Tiga movie yang anda suka.
a. Transformer
b. Tangled
c. Frozen

7. Peristiwa yang menggembirakan yang telah berlaku hari ni?
Duduk seharian dengan suami kat rumah.

8. Aktif berblog atau tak? Kenapa?
Masih aktif. Kalau tak buat entry untuk blog ni akan buat entry untuk 2 lagi blog saya. Boleh tengok SINI dan SINI.

9. Tiga blog yang selalu baca.
a. http://myfirdz-trulylove.blogspot.com
b. http://kasihlestariabadi.blogspot.com
c. http://aziejaya.blogspot.com

10. Apa yang cuba dicapai melalui blog korang?

Kenalan dan berkongsi info dengan orang lain.


11. Nak kenal tak dengan aku ? Kenapa ? (bajet hot gila)
Nak2.. 

Okie. Dah jawab..


Meh nak tag blogger yang terpilih. Kalau sudi join la ea. Kalau tak xpe.

Ni raddomly je.
Tapi yang banyak kena tag ni blog yang saya suke baca.
11 yang terpilih. Jeng jeng jeng.....

a. http://myfirdz-trulylove.blogspot.com

b. http://kasihlestariabadi.blogspot.com
c. 
d. http://www.mamaniza.com
e. http://www.azhafizah.com
f.  http://lifeisgreatwithme.blogspot.com
g. http://mamapapaamir.blogspot.com
h. http://lekatlekitgurl.blogspot.com
i.  http://msvelentine.blogspot.com
j.  http://ynarazali.blogspot.com
k. http://afifahaddnan.blogspot.com

Soalan2 nya....


1. 3 perkara yang anda rindu?

2. 3 perkara yang anda tak suka orang buat pada anda?
3. Tempat yang anda nak sangat pergi tapi tak tertunai lagi?
4. Ape yang anda nak buat kejap lagi?
5. Ape yang teringin sangat nak makan hari ni?
6. Adakah anda jadi seperti apa yang anda inginkan?Kalau x ape cita2 anda yang sebenar?
7. Kereta yang anda idamkan?
8. Kalau anda jadi kartun, anda nak jadi watak ape?
9. Kata2 yang selalu anda pegang untuk terus hidup?
10. 1 hari yang memalukan dan lawak yang pernah jadi pada anda?
11. Ape pendapat anda tentang blog ni?

Jenuh jugak nak pikir soalan. 

Okie itu je. Selamat menjawab. Kalau ade blogger yang tak tag tapi nak jawab jugak dipersilakan.

Wasalam.

Menu pagi ni : lempeng kelapa bersama sambal ikan bilis. Resepi

Assalamualaikum,

Husband request buatkan lempeng kelapa. Jadi lagi ni bangun terus buatkan. Meh nak share resepi.

Sumber: Dapur tanpa sempadan
Resepi lempeng kelapa

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan kelapa parut putih
1 camca teh baking powder
1 1/3 cawan air (atau secukupnya)
Garam secukup rasa
1/2 sudu gula kasar - sy tambah

Gaulkan semua kecuali air. Dah sebati masukkan air sikit demi sedikit sampai adunan sebati. Adunan jangan cair sangat jangan pekat sangat.
Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak dan masukkan adunan. Ikut nak size besar mane. Siap.

Saya cicah dengan sambal ikan bilis.
Resepi sambal ikan bilis

Sumber: Azie Kitchen
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 mangkuk ikan bilis
1 mangkuk cili kering - dikisar
3 biji bawang besar
1 labu bawang putih
Sedikit halia (xletak sbb xde)
1/2 keping asam keping (boleh juga guna air asam jawa)
2-3 sudu besar gula
Garam

Cara cara:Kisar semua bawang dan halia berserta cili. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak.
Kemudian masukkan gula terlebih dahulu supaya sambal akan berwarna cantik kemerahan.
Setelah itu, baru dimasukkan air, sedikit garam dan asam keping.
Masukkan ikan bilis dan biarkan masak dengan api perlahan sehingga mencapai kepekatan sambal yang disukai.
Boleh tambah air jika nampak sambal agak kekeringan.

Ni hasilnya ♥♥♥



Selamat mencuba

Wasalam



Monday, 15 September 2014

UOX celcom tempoh kredit tamat bila cecah umur 26 thn.Cara lanjutkan kepada tempoh sah kredit 1 tahun.

Assalamualaikum,


Baru je lanjutkan tempoh sah kredit kepada 1 tahun. Sebelum ni saya guna UOX. Beli plan ni masa belajar diploma dulu. Dah lama dah. Memang masuk je umur 26 tahun tempoh sah kredit akan tamat. Budak U mesti ramai yang guna plan ni kan.Kalau sebelum ni tak topup pun kalau ade seringgit pun masih boleh guna lagi. Tapi bila tamat tempoh topup RM10 tahan 7 hari. Guna kedit pun tak selalu. Buat untuk kol mak je. Kawan2 internet dah ada. Jadi RM10 tu seminggu tak habis pun. Tempoh sah kredit yang habis dulu. Bila topup bertambah2 duit. Jadi husband pun suruh buat setahun terus. Tak payah nak topup banyak kali. Selagi ade duit boleh guna tak payah risau tamat tempoh dah.

Cuba2 google. Kalau nak tukar kepada setahun kena tukar plan. UOX tak boleh tukar setahun. Plan yang boleh Xpax, X2 dan Xpax24. Nak tukar kepada xpax n x2 dah tak boleh. Jadi pergi tanya kat celcom centre kat menara atlan. Diorang tolong tukarkan kepada plan Xpax24. Ni plan baru celcom. Bila tukar pada plan ni kena deduct RM5. Cas panggilan pun dah berubah. Kalau dulu UOX 1sen/sms, plan ni 2sen/sms. Info pasal plan ni leh tengok kat SINI. Sms pun jarang guna selalu msg2 dengan husband je. Kawan2 guna whatsapp je. Jadi takpela mahal 1 sen pun. Kena tunggu 24hr baru boleh tukar kepada tempoh sah kredit setahun. Kalau nak tukar setahun kena tolak RM30. Kalau nak 2 thn RM50. Jadi make sure kredit banyak la sebelum buat benda ni. Cara2 nak tukar:

1. Dial *118#
2. Akaun saya
3. Perkhidmatan lain
4. Tempoh sah kredit
5. Subscribe 1yr atau 2yr
6. Proceed
7. EXP YES to 28882

Dah siap. Sekarang boleh cek baki dan ada tulis tempoh sah kredit setahun akan datang. Jadi saya punye 15/9/2015 baru tamat tempoh.

Bila berjaya nanti akan dpt msg suruh topup minimum RM30 dalam masa 6 bulan untuk kekalkan tempoh kredit tu. Jadi lepas ni nak topup tunggu la berbulan2 baru topup lagi. Bagi saya berbaloi la dari kena topup banyak2 kali.

Okie itu je.

Wasalam

Saturday, 13 September 2014

KIDS AND BABIES' FAIR 11TH - 22ND SEPTEMBER 2014 (HYPERMARKET)

Assalamualaikum,

Pada sape yang tak tahu lagi. Ni nak bgtau yang mydin ade buat kids and babies's fair. Jadi sape2 yang nak beli barang baby boleh la ramai2 serbu mydin. Mane tau ade yang murah.


Wasalam


Tudung Labuh Koshibo RM18 sahaja..

Assalamualaikum,

Ade sape2 lagi nak order tudung ni boleh gi SINI.
Ni warna yang masih available.



Facebook: http://www.facebook.com/belitudunglabuh
Email: belitudunglabuh@gmail.com

Boleh bagi Nama, warna, kuantiti, alamat dan no telefon.
Wasalam.

Sunday, 7 September 2014

Mini GA September Cash RM300 by Emas Putih

As-Salam

[Siala nak join sila tekan banner di atas]

Mini GA September Cash RM300 ini di anjurkan oeh Emas Putih dan disponser oleh Emas Putih ,  Anagurls , Aimisyafiqah , Julia , Dyba , Tarmizi Mizi , Angah Judin , Amir Zahari , Nisa Ahmad , Halim Brothers 

Segmen: Kenal Ke Kita?? by MiN

Assalamualaikum,

Entry sebelum ni ada share mengenai 10 fact about me. Ni ada kaitan dengan segmen di bawah ni. Kalau naknjoin boleh klik pada banner.


Segmen ni takde had masa. Boleh join bila2 nak..
Kalau nak tau 10 fact about me boleh gi SINI

 Itu je.

Wasalam.

Saturday, 6 September 2014

10 Fact About Me

Assalamualaikum,

Terlebih rajin plak nak join Segmen: Kenal ke kite?by Min. Jadinya b4 tu nak share 10 fact about me kalau bagi yang tak kenal lagi.


1. Nama Nur Ain (bermaksud cahaya mata) anak kepada Nordin dan Aisyah mak n ayah tersayang.
2. Isteri kepada suami tercinta Abdul Hadi Azimi dan ibu kepada ........ (masih menanti cahaya mata pertama...insyaALLAH.)
3. Mempunyai kakak kembar (Nur Aini) dan merupakan anak kedua dari 4 beradik.
4. Suri rumah sepenuh masa dan ada business online sambilan. Boleh terjah page ni.
5. Tak banyak cakap tapi seorang pendengar yang baik.
6. Sangat suka udang. Tak berapa makan daging.
7. Takut dan geli pada haiwan yang lembik macam katak dan cicak.
8. Pernah menawan gunung ledang dan gunung tebu dan berakit di sg. Perak. Pengalaman yang super awesome.
9. Jenis simple dan berfikiran positif. (Tak berapa kisah pandangan orang lain. Janji diri sendiri dan ALLAH tau ape yang kita buat.). Mudah terima teguran..
10. Nak bukak kedai pakaian muslimah  satu hari nanti....

Itu je kot. Info mengenai segmen ni pada entry selepas ini...

Hihihi

Wasalam.