Bismillahirrahmanirrahhim sebagai pembuka kata.

Selamat Datang ke blog saya yang tak seberapa ni.Bukan untuk menunjuk apa yang ada cuma sekadar untuk berkonsi beberapa cerita dan sebagai satu coretan kenangan buat diri saya sendiri dimasa hadapan.Boleh panggil saya Ain!!Umur 27 tahun (2015).Selamat berkenalan semua... =)


Terima kasih kerana sudi membaca.

Thursday 18 July 2013

Akibat tak bayar zakat

Assalamualaikum,

Salam jumaat.

Hari nak cerita pasal satu peristiwa yang diceritakan oleh tuan punya diri jugak yang mane dia juga seorang ustaz dan telah diceritakan oleh kakak saya malam semalam.

Ustaz tu cerita masa dia mula-mula kerja dulu dia tak pernah bayar zakat.Mungkin masa tu dia belum jadi ustaz kot.Dan mungkin ada juga antara kita yang baru je mula kerja tak tahu eh kena bayar zakat ke tak.Nanti saya share link ea.

Satu hari dia telah terlibat dalam satu kemalangan bila dia terlanggar sebuah kereta mewah.Dalam keadaan cemas turun dari kereta dia minta maaf.Dan tuan kereta tu minta ganti rugi.Masa tu ustaz tu memang betul-betul takde duit dan merayu pada pemilik kereta mewah tu.Jadi pemilik kereta mewah tu minta berapa yang ustaz tu ada.Dan ustaz tu pun kata yang dia hanya ada RM600 sahaja.Jadi melayang la RM600 ringgit.

Selepas dari kejadian tu dia pun berjumpa dengan seorang ustaz dan menceritakan kejadian tersebut.Soalan yang ditanye ialah "Kamu bayar zakat tak?".Dan ustaz tu pun cakap yang dia tak bayar zakat. Dan ustaz tu pun kata "Padan muka. Cuba kira zakat yang awak kena bayar setahun berapa?"Dan ustaz tu kira ianya RM600.

Allah tarik RM600 tu sekelip mata je....

Dan selepas tu dia pun bayar zakat.

Zakat yang dimaksudkan diatas ialah zakat pendapaan.
Ni link kalkulator untuk mengira berapa banyak yang anda kena bayar setahun.




Menurut istilah agama Islam, zakat ialah mengeluarkan sebahagian harta pada kadar yang tertentu untuk diberikan kepada yang berhak menerimanya dengan beberapa syarat.
Zakat adalah salah satu daripada lima rukun Islam. Hukumnya fardu ain bagi setiap orang Islam yang cukup syaratnya. Allah berfirman, maksudnya,
Dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat hartamu.’ (an-Nisa, 77)
Ambillah (sebahagian) dari harta mereka (menjadi) sedekah, (supaya) dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan menyucikan mereka (dari akhlak yang buruk).’ (at-Taubah, 103)
Jika syahadah dikatakan ibadah hati dan lisan, sembahyang pula adalah ibadah tubuh badan, maka zakat adalah ibadah harta benda dan kewangan. Ibadah ini sangat-sangat dituntut hingga menjadi Rukun Islam. Sabda Rasulullah s.a.w.,

 ‘Islam itu ditegakkan atas lima dasar: Menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, mengerjakan sembahyang lima waktu, membayar zakat, mengerjakan puasa dalam bulan Ramadan, dan haji.’ (Riwayat at-Tarmizi dan lain-lain)

Sekian
Yang baik itu datang dari ALLAH, yang buruk datang dari diri saya sendiri.
Wallahu A'lam Allah lebih tahu

1 comment: