Assalamualaikum,
Pagi tadi buat telur separuh masak dalam roti lagi macam resepi yang pernah dikongsi disini. Saya masak roti ni sampai hangus sebab roti dia akan jadi rangup. Jadi masa nak makan husband tegur. Lepas ni jangan masak hangus dah. Tahu tak kalau hangus ia akan dapat kanser. Ha?yee...Tak tahu. Husband nak gi kerja jadi tak sempat nak explain kenapa. Jadi saya pun google. Jumpa website ni yang bincang pasal keburukan makanan terlalu garing atau hangus.
Antara isi kandungannya,
Makanan yang mengandungi acrylamide, PAH dan HAA dikatakan meningkatkan risiko keradangan. Terdapat pelbagai penyakit yang dikaitkan dengan keradangan berpanjangan termasuk kanser, penyakit jantung koronari, masalah oto-imiun(auto-immune disoeder, di mana sistem imiun menyerang tisu tubuh) dan masalah buah pinggang.
Kalau nak tahu lebih lanjut tentang jenis makanan macam mane boleh layari website ni ditulis oleh Dr. Bahrain Samah.
Jadi berhati-hatilah sebelum makan. Walaupun sekarang kita sihat, tapi apa yang kita makan sekarang kadang2 akan memberi kesan pada usia tua nanti.
Itu je..
Wasalam.
aaaa ?? seriously ?? huhuhuhu.. zara pon sbnr nya suka mknn hangus.. suka dgr bnyi crunch2 dlm mulut tuuuu.. ~.~
ReplyDeleteSame la.suke bunyi crunch2 jgk.tp husbnd org chemical tu direct terus tegur bila nmpk mkn roti hangus tu....bole skali skala tp jgn selalu.
Delete