Bismillahirrahmanirrahhim sebagai pembuka kata.

Selamat Datang ke blog saya yang tak seberapa ni.Bukan untuk menunjuk apa yang ada cuma sekadar untuk berkonsi beberapa cerita dan sebagai satu coretan kenangan buat diri saya sendiri dimasa hadapan.Boleh panggil saya Ain!!Umur 27 tahun (2015).Selamat berkenalan semua... =)


Terima kasih kerana sudi membaca.

Sunday, 23 March 2014

Resepi Ikan celup tepung Ganu kite

Assalamualaikum,

Hari ni nak share resepi ikan celup tepung. Sape datang ganu mesti selalu nampak ikan ni. Agak popular jugak ikan ni. Jadi dah jadi orang ganu ni mesti nak belajar jugak cara buat. Husband pun dah jadi suke dah masakkan ni. Sodap....tepung dia pun sodap. Meh nak share cara buat.

Bahan-bahan
3 ekor ikan - selalu saya buat ikan selar, ikan cencaru, ikan selayang, ikan kembong. Pilih la mane2 pun.
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
Telur sebiji - ambik putih telur saja. Tapi saya ambik jugak kuning telur. Takut membazir.
Air sedikit dan garam

Bersihkan ikan dulu pastu tapis buang air.

Masukkan tepung gandum dan tepung beras serta sedikit garam.Gaul sebati. Lepas tu bahagi 2 tepung tersebut. 1 bahagian dicampur dengan sebiji telur dan sedikit air.Kacau sebati. Jangan terlampau cair nanti tak melekat kat ikan bila disalut.

Salut ikan dengan tepung dan telur tadi.

Dah salut kat atas , salut sekali lagi dengan bahagian tepung tanpa telur plak. Ok. Dah boleh goreng. Siap goreng tapis minyak dulu ea sebelum hidang.

Siap!!!!Rasa tepung dia sangat sedap.


Selamat mencuba.

Wasalam


No comments:

Post a Comment