Bismillahirrahmanirrahhim sebagai pembuka kata.

Selamat Datang ke blog saya yang tak seberapa ni.Bukan untuk menunjuk apa yang ada cuma sekadar untuk berkonsi beberapa cerita dan sebagai satu coretan kenangan buat diri saya sendiri dimasa hadapan.Boleh panggil saya Ain!!Umur 27 tahun (2015).Selamat berkenalan semua... =)


Terima kasih kerana sudi membaca.

Saturday, 22 March 2014

Tempat paling santai untuk dating

Assalamualaikum,

Saya dan suami baru dating kat sini tadi. Orang kerteh atau paka mesti ada yang pernah lepak tempat ni. Entry sebelum ni pun dah banyak kali dah cerita pasal tempat ni. Tapi kali ni nak share gambar sekali. Setelah sekian lama baru tahu tempat ni namanya kampung cacar paka. Lokasi tepi pantai berhampiran The Qamar Resort. Hari ni warna air laut cantik.Macam kat pulau tioman dah rasa. Ade hijau2 biru gitu.Subhanallah cantik sangat......sangat. Pi sendiri tengok baru tahu cantiknya macamane. Tu yang best kalau dating tu. Tapi dating untuk orang yang dah kawin ea. Belum kawin dilarang sama sekali......Meh nak share.....

Syok makan kat sini sambil merasai tiupan angin dan derusan ombak.

Tempat makan kami

Ais jagung ade ais krim. Keropok lekor dan pisang goreng. Sorry tinggal pinggan je. huhuhu. Selalu orang akan makan ikan celup tepung. Tapi saya dah pandai buat jadi tak order. Nanti saya share resepi dia. lagi satu orang selalu order sotong sumbat. Besar sotong dia.

Ni permandangan pantai. Cantik........

Itu jer.

Wasalam.

No comments:

Post a Comment